Tuesday, April 27, 2010

Bantah 'Gempabumi Kerana Pakaian Tak Sopan'

Hojatoleslam Kazem Sedighi Ulama Iran yang mengeluarkan pernyataan  sebab gempa tersebut

Ulama Kanan Iran, Hojatoleslam Kazem Sedighi, membuat kenyataan gempar.

Salah satu banner dari grup penentang fatwa ulama Iran tentang  sebab gempa bumi

Menyebabkan muncul grup penentang kenyataan ulama Iran itu.. Ini antara contoh banner yang membantahnya.

KL APR 27 10: Seorang Ulama Kanan Iran, Hojatoleslam Kazem Sedighi, dilaporkan membuat kenyataan bahawa kejadian gempabumi di Iran adalah disebabkan ramai wanita yang berpakaian tidak sopan dan mendedahkan aurat mereka di khalayak ramai.

Maka timbuah gerakan penentang kenyataan tersebut. Mereka menyebutkan, ulama Iran itu mengatakan 'sebab dari semakin kerap beraku bencana gempa bumi akhir-akhir ini adalah kerana banyak wanita yang membuka aurat, diantaranya menggunakan baju belah nampak dada, dan maraknya perzinahan serta seks bebas'.

Seperti dilaporkan oleh 'Telegraph' pengikut grup penentang kenyataan Kazem itu sudah mencapai ratusan ribu. Malah untuk menarik penyokong-penyokongnya, wanita-wanita membuka payudara mereka untuk membuktikan gempa tidak terjadi kerana perbuatan mereka itu. Jennifer McCreight 22 tahun Mahasiswa dari West Lafayette, Indiana Amerika Syarikat adalah pelopor dari grup penentangan itu.

Di blognya McCreight menulis “In the name of science, I offer my boobs” (atas nama ilmu pengetahuan saya tawarkan payudara saya) dilanjutkan dengan kalimat..

“Many women who do not dress modestly … lead young men astray, corrupt their chastity and spread adultery in society, which (consequently) increases earthquakes,” Hojatoleslam Kazem Sedighi was quoted as saying by Iranian media. Sedighi is Tehran’s acting Friday prayer leader.
I have a modest proposal. Sedighi claims that not dressing modestly causes earthquakes. If so, we should be able to test this claim scientifically. You all remember the homeopathy overdose?

Komen Blog Ibnu Hasyim: Mungkin disinilah letaknya perbedaan pandangan antara sudut pandang agama (pebagai agama) dan sudut pandang akal, walaupun dalam Islam akal dan agama tidak bertentangan. Apapun reaksi orang ramai, sudah sewajarnya tugas seorang ulama menyampaikan saranan kebaikan kepada manusia, walaupun di mana mereka berada.

Apa lagi bila semakin meluasnya media ditengah cepatnya informasi dan pesatnya pertumbuhan teknologi internet terutama pengguna jejaring sosial seperti Facebook, Twitter dan Blog.

Imam Muslim meriwayatkan di dalam Shahihnya dari jalan Abu Hurairah radhiyallahu’anhu, dia berkata; Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Islam datang dalam keadaan asing (dagang). Dan ia akan kembali menjadi asing sebagaimana kedatangannya. Maka beruntunglah orang-orang yang asing itu.” (HR. Muslim [145] dalam Kitab al-Iman. Syarh Muslim, 1/234).

Beruntung orang-orang asing atau dagang itu, yang dakwahnya menghadapi cabaran seperti nabi-nabi terdahulu. Contohnya Nabi Nuh pun atau Nabi Ayub yang menghadapi rintangan dari ahli keluarga sendiri. Wallahu 'aklam.

Pantai Bogel Rasmi Pertama Di Negara Majoriti Muslim




Pantai Berbogel Dibuka Di Turki

KHABAR 'jijik' datang dari Turki, untuk pertama kalinya di dunia secara rasmi sebuah negara yang bermajoriti umat Islam, menyediakan tempat bagi para pelancong asing untuk berbogel ria tanpa benang sehelaipun yang menempel di tubuh mereka.

Sebuah hotel baru di Turki akan memanjakan para pelancong tamu mereka yang gemar 'telanjang', dapat melampiaskan perilaku binatang mereka di sebuah pantai di Turki pada minggu depan, kata sebuah laporan akhbar pada hari Ahad kelmarin (25/4).

Terbuka secara eksklusif untuk para pelancong orang asing, hotel ini akan memfasilitasi para pelancong untuk telanjang di pantai yang rencananya akan mulai beroperasi pada tanggal 1 Mei akan datang di wilayah baratdaya Turki dekat resort utama Marmaris, tindakan hotel ini dianggap sebagai sebuah revolusi kecil di masyarakat konservatif Turki, lapor akhbar Turki Milliyet.

"Nudisme diperbolehkan di areal kompleks hotel, namun tidak di pantai umum yang berada di dekat sini," kata Ahmet Cosar, pengurus pemesanan hotel Adaburnu-Golmar, mengatakan kepada akhbar.

Untuk tamu yang berkeinginan 'bermain-main' di pantai tanpa benang sehelaipun yang menutupi tubuh mereka, pihak hotel akan menyediakan shuttle bus dari dan ke pantai bogel tersebut.(AK)

Tenaga Kerja Indonesia Ditembak Polis Malaysia. 3 Korban.

Avatar  Redaksi Indonesia

RNW 23 April 2010: Kasus Penembakan TKI Akan Dilaporkan Ke Dewan HAM PBB

LSM Indonesia, Migrant Care, berencana melaporkan kasus penembakan terhadap tiga tenaga kerja Indonesia oleh polisi Malaysia kepada Dewan HAM PBB dan Amnesty Internasional.

LSM tersebut mendesak agar dilakukan investigasi terhadap kasus yang dianggap melanggar HAM itu. Anis Hidayah Direktur Eksekutif Migrant Care mengungkapkan kepada Radio Nederland Wereldomroep tentang kasus penembakan tersebut.

Penangkapan

Beberapa teman-teman korban menyebutkan pada 13 Maret 2010 sekumpulan orang-orang yang mengaku sebagai polisi pada malam hari mendatangi tempat tinggal tenaga kerja Indonesia yang ada di Damansara, tanpa membawa surat-surat penangkapan.

"Mereka mengatakan sedang mencari gang yang namanya gang Gondol yang katanya itu merupakan suatu gang rompak atau perampok di sana", tutur para saksi.

Kemudian tanpa memberikan surat apapun dan tanpa melakukan tanya jawab dan sebagainya, tiba-tiba keenam TKI itu diangkut, termasuk tiga korban itu. Dua hari kemudian para TKI membaca berita bahwa tiga orang sudah ditembak oleh polisi di danau kota Putri Slangor.

Tidak percaya

Menurut Anis Hidayah, teman-teman para tersangka memang tidak percaya bahwa ketiganya terlibat dalam pencurian mobil. Karena ketiga orang itu tidak bisa mengendarai mobil.

Selain itu, beberapa sumber mengatakan bahwa ketiga orang itu memang ditembak oleh polisi diraja Malaysia. "Kemarin (22/4-Red) kami menerima informasi bahwa ketiga orang itu memang ditembak dari jarak dekat," jelas Anis Hidayah.

Tim pembela

Saat ini pihak masyarakat sipil di Malaysia, termasuk Migrant Malaysia, Suara Rakyat Malaysia dan Asosiasi Pengacara Seluruh Malaysia sudah membentuk tim independen untuk melakukan investigasi dan penyelidikan peristiwa penembakan itu.

Di Indonesia sendiri Pemda Jawa Timur juga telah membentuk tim pencari fakta yang akan melakukan upaya-upaya strategis menangani peristiwa itu. Menurut Anis, hasil utopsi jenasah jenasah yang dilakukan di Surabaya kira-kira seminggu lagi akan ada hasilnya.(AK)

Monday, April 26, 2010

Nik Aziz Ulas Kekalahan PR H/S'ngor


KOTA BHARU, 26 April: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, kekalahan adalah motivasi untuk terus berjuang lebih kuat bukan berpatah semangat. Perjuangan menegakkan kebenaran melawan kebatilan katanya tidak boleh berhenti selagi manusia itu masih diberi peluang untuk hidup.

“Selagi hidup kita di muka bumi ni masih ada, perjuangan menegakkan syiar Islam mesti diteruskan, Nabi Muhammad saw berjuang selama 23 tahun dan ia harus diteruskan dalam semua aspek,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kekalahan tipis Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor semalam. Beliau ditemui media selepas merasmikan program pertukaran Pelajar Muhammadiyah Padang Sumatera Barat dengan Yayasan Islam Kelantan di ibu negeri hari ini.

Biarpun kalah dari sudut undi, namun Pakatan Rakyat jelasnya tetap menang dari aspek moral. Sokongan pelbagai kaum kepada Pakatan Rakyat jelasnya cukup membuktikan Pakatan Rakyat adalah wadah terbaik rakyat negara ini.

Selain itu kekalahan itu menurutnya menjadikan ikatan antara parti dalam Pakatan Rakyat semakin kukuh berdepan Pilihan Raya Umum akan datang. “Kita mesti ingat di Malaysia ni walaupun kita kalah dalam pilihanraya kecil tetapi bila masuk pilihanraya umum kita menang,” katanya lagi.

Pilihanraya kecil P.94 Parlimen Hulu Selangor dimenangi calon BN P. Kamalanathan dengan majorit 1725 mengatasi calon Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim. (AK)

Komen Blog Ibnu Hasyim: Tiada kalah dalam perjuangan Islam, samada menang atau syahid..

Kampung Khas, Penduduknya Kena Berbogel Di Eropah

Salah satu kampung khusus kaum Hippies dimana semua penduduknya   diharuskan telanjang
Quantcast
Kampung khas penduduknya kena bertelanjang..

DITENGAH krisis ekonomi melanda Eropah, dimana sektor properti salah satu sektor paling terkena imbas dari badai krisis hingga kini, namun ada hal yang mengejutkan orang ramai. Apa dia? Rupanya ada segmen properti yang menunjukan pertumbuhan naik luar biasa melonjak. Itulah segmen perumahan khas bagi komuniti masyarakat telanjang atau lebih dikenal dengan kaum nudies (Hippie).

The Mediterranean town Le Cap d’Agde adalah salah satu tempat di daerah selatan Perancis dimana komuniti Hippie ini berada, jumlahnya kini semakin meningkat pesat. Pelik sungguh. Mungkin jiwa mereka berubah, kerana nak buat apa yang orang lain tak buat. Kebanyakan mereka adalah orang tua yang hidup menyendiri (Single Parent), sudah berumur.

Mereka mengatakan ingin kembali pada alam dimana segalanya serba natural hingga seolah-olah haiwan, kerana tak pakai pakaian lagi. Tarzan atau orang asli pun ada rasa malu, tutup juga sikit-sikit, walaupun pakai kulit kayu.

Harga rumah di sana paling murah sekitar 90 ribu Euro lebih bahkan menurut Xinhua, mencapai hingga 140 ribu Euro. Lingkungan Real Estate para Hippies ini berbeza dengan perumahan umumnya dimana banyak tumbuh-tumbuhan seperti di kampung dan hutan. Jelas d isana tidak ada orang masuk yang memakai pakaian. Selain tempat tinggal permanen, beberapa flat di sana juga disewakan untuk pengunjung yang datang. Sejak dari Mei hingga September tahun lalu sahaja sudah ada 4,000 orang pelancong berkunjung kesana dengan tarif sekitar 140 Euro bagi Flat permalam.

Naik takut kita, bila Seorang Ulama Kanan Iran, Hojatoleslam Kazem Sedighi, dilaporkan membuat kenyataan bahawa kejadian gempabumi di Iran adalah disebabkan ramai wanita yang berpakaian tidak sopan dan mendedahkan aurat mereka di khalayak ramai. Iran yang terkenal dengan pakaian menutup aurat pun masih berjaga-jaga, apalagi seperti di sini. Atau seperti di Malaysia, yang berpakaian tetapi bertelanjang? (MA)

Sila lihat Catatan Perjalanan di Iran..

Lari Bogel. Rumah Urut, Siapa Malu?


MALU...tukang urut warga asing yang ditahan dalam operasi di sebuah  spa malam, kelmarin.
MALU...Tukang urut yang ditahan dalam operasi di sebuah spa malam.

KLANG, APR 26 10: AMAT memalukan apabila seorang tukang urut wanita warga asing yang sedang memadu asmara dengan pelanggannya di sebuah spa di bandar ini, bertindak melarikan diri dalam keadaan bogel sebelum diberkas sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang, di sini, kelmarin.

Dalam operasi bermula kira-kira jam 10 malam dan berakhir tiga jam kemudian itu, polis menahan lima wanita Indonesia dipercayai terbabit dalam aktiviti tidak bermoral manakala dua lagi sempat melarikan diri. Siasatan polis mendapati spa terbabit mempunyai lesen sah untuk menjalankan perniagaan rumah urut, bagaimanapun pemilik terbabit dipercayai menyediakan khidmat seks kepada pelanggannya sekali gus menyebabkan mereka mampu meraih pendapatan lumayan selain mendapat permintaan menggalakkan daripada pelanggan.

Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, pusat spa terbabit sudah dua kali diserbu pihak berkuasa, namun pengusahanya tetap berdegil dengan menjalankan aktiviti tidak bermoral.

“Ketika pemeriksaan dibuat, kelima-lima wanita berusia lingkungan 20-an gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri dan kita percayai mereka tidak mempunyai dokumen sah.

“Semua mereka kemudian dibawa ke IPD untuk tindakan lanjut. Kami juga akan mengambil tindakan ke atas pemiliknya yang didapati terbabit dalam aktiviti tidak bermoral,” katanya di sini, semalam.

Difahamkan, harga ditawarkan untuk khidmat urutan adalah RM100 manakala caj tambahan berjumlah RM50 dikenakan ke atas pelanggan bagi menyentuh beberapa bahagian tubuh tukang urut warga asing itu. Turut ditemui ketika serbuan itu, kondom yang belum dan sudah diguna bertaburan di atas lantai.

Ketika serbuan, terdapat tujuh tukang urut berada di dalam bilik masing-masing bersama pelanggan, bagaimanapun sebaik menyedari premis mereka diserbu, mereka bergegas melarikan diri. Lima daripadanya diberkas sebelum polis mengarahkan mereka supaya menutup tubuh bogel dengan tuala.

Mohamad berkata, turut ditahan dalam seruan itu seorang pelanggan, bagaimanapun dia dibebaskan sejurus keterangannya direkodkan.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Bila lagi kes rumah urut bermaksiat ini akan selesai? Pihak kerajaan seolah-olah ketandusan idea untuk selesaikan. Pemimpin-pemimpinnya macam tak cukup otak memikirkannya. Sungguh memalukan negara umat Islam yang bernama Malaysia ini.. Hal sekecil ini kaau tak mampu tadbir, berhentilah jadi kerajaan. Bagi parti lain memerintah.(AK)

Lihat sebelum ini...

Awas, HP Tiruan, Anda Jangan Jadi Mangsanya..

PENGGUNA
pix_middle
GOMBAK, APR 26, 10: Hasrat menghadiahkan telefon bimbit baru kepada isteri dan ibu mentua sebagai tanda kasih sayang tidak disambut gembira, malah melukakan hati seorang kontraktor yang tersedar dia ditipu Geng Sabah yang dikesan aktif melakukan penipuan menerusi penjualan telefon tiruan atau jenis cap ayam kepada mangsa.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Nizam, 36, berkata kegiatan penipuan licik terbabit berlaku ketika dia berhenti untuk mengisi minyak di stesen Petronas tidak jauh dari Plaza Tol Gombak, Lebuhraya Karak, dekat sini.

Menurutnya, dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari Sabtu lalu, dia dihampiri seorang lelaki berusia awal 20-an yang menyapanya sambil menunjukkan telefon bimbit Nokia model N97.

“Lelaki terbabit menawarkan telefon itu pada harga RM600 berbanding harga pasaran mencecah RM1,500.

“Dia mendakwa memperoleh bekalan telefon itu daripada hasil rampasan Kastam Diraja Malaysia (KDRM),” katanya ketika ditemui di sini.

Menurut Nizam, dia membelek telefon bimbit berkenaan dan yakin ia model tulen berdasarkan keadaan luarannya selain turut berfungsi seakan-akan model asli.

“Selepas berunding dan tawar-menawar hampir 10 minit, lelaki terbabit bersetuju menjual telefon bimbit Nokia N97 dengan harga RM600 manakala model N95 dengan harga RM250.

“Saya yang tertarik harga ditawarkan itu bersetuju membeli dua N97 dan dan dua N95 dengan membayar tunai RM1,700,” katanya.

Menurutnya, dia berniat membeli empat telefon berkenaan untuk dihadiahkan kepada isteri dan ibu mentuanya.

“Lebih meyakinkan apabila selepas dibelek berulang kali, telefon bimbit terbabit mempunyai aplikasi dan paparan tidak ubah seperti telefon asli hingga menyebabkan saya sukar membezakan antara produk palsu dan tulen.

“Namun, selepas selesai membuat pembelian, saya singgah di sebuah kedai telekomunikasi di sebuah pasar raya besar di Gombak untuk memeriksa telefon itu,” katanya.

Nizam berkata, dia bagaimanapun terkejut apabila dimaklumkan pekerja kedai berkenaan empat telefon yang dibelinya itu tiruan dan mudah rosak.

“Malah telefon bimbit ‘tipu’ berkenaan tidak berfungsi seperti didakwa apabila aplikasi kamera, ‘bluetooth’ dan perisian lain termasuk WiFi tidak wujud,” katanyaenurutnya, dia yang berang berusaha menjejaki suspek, namun lelaki terbabit tiada di stesen minyak berkenaan.

“Dengan bantuan rakan saya merancang untuk memerangkap suspek dengan menghubungi telefon bimbitnya seolah-olah mahu membuat lebih banyak tempahan telefon palsu itu.

“Selepas beberapa hari mencuba, suspek membalas SMS saya dan bersetuju menjual telefon bimbit BlackBerry dan Nokia N97 dengan harga beberapa ratus saja,” katanya.

Nizam berkata, selepas rancangan diatur, dia bersama beberapa rakan berjumpa suspek di stesen minyak Petronas berhampiran Plaza Tol Gombak kira-kira jam 1 tengah hari semalam.

“Sebaik melihat kelibat suspek, kami menangkapnya sebelum memaksa pemuda terbabit mendedahkan kegiatan dilakukan. Dia mengaku bekerja untuk seorang lelaki Sabah yang membekalkan telefon palsu terbabit.

“Suspek berasal dari Kelantan dan dikenali sebagai Raja itu mendakwa menerima upah lumayan bagi setiap telefon bimbit yang dijual kepada mangsa. Berikutan itu kami memaksanya memulangkan semula wang ditipu sebanyak RM1,700 jika tidak mahu diheret ke balai polis,” katanya yang sempat merakam wajah suspek yang menipunya.

"Menurutnya, pemuda terbabit yang didesak menghubungi ‘bos’ yang melindunginya bagi meminta wang terbabit dihantar segera.

“Tidak sampai 15 minit kemudian seorang lelaki muncul membawa sampul kertas berisi wang sebelum menyerahkannya kepada kami. Sejurus itu kedua-dua lelaki terbabit meninggalkan lokasi.

“Mereka menyasar mangsa di kalangan pemandu kereta terutama yang berhenti mengisi minyak. Mereka sentiasa berpindah bagi mengelak jejak mereka dikesan,” katanya.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Perlu dihebahkan kepada orang ramai, supaya pengguna tidak ditipu. Banyak penipuan model begini, yang bukan sahaja HP. Kementerian bertanggung jawab teruskan pemantauan, supaya anda tidak termasuk mangsanya. (AK)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails