Friday, March 26, 2010

Bantah Akhbar Sweden & Kuncu-kuncu Yang Hina Nabi..



Demontrasi hari ini di depan kedutaan Sweden..

KIRA-KIRA 500 umat Islam berkumpul di depan kedutaan Sweden di ibu negara bagi menyatakan bantahan mereka terhadap tindakan tiga akhbar Sweden yang didakwa menghina Nabi Muhammad hari ini.

Sejurus selepas menunaikan solat Jumaat di masjid bersebelahan bangunan Tabung Haji di Jalan Tun Razak, mereka berarak di kedutaan tersebut, kira-kira 500 meter sahaja daripada tempat tersebut. Kumpulan tersebut diketuai Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan dan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Jais Abdul Karim.

Di samping bertakbir dan berselawat, mereka melaungkan slogan anti-Sweden seperti “Biadap Sweden” dan “Jahanam Sweden”. Mereka juga membawa kain rentang dan poster bertulis “Kami kasih Nabi", “Jangan Hina Nabi Muhammad” dan "Kami berjuang untuk nabi kami".

Kelihatan kira-kira 40 anggota polis, termasuk Unit Simpanan Persekutuan (FRU) mengawal sekitar kawasan tersebut. Tiada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku. Setibanya kumpulan itu ke kedutaan negara terbabit di Plaza OSK, Jalan Ampang kira-kira jam 2.15 petang, Nasrudin dan Jais kelihatan naik ke pejabat kedutaan tersebut di tingkat 8 untuk menyerahkan memorandum bantahan mereka.

Memorandum dua halaman itu - ditandatangani 19 NGO Islam - antaranya menuntut kerajaan Sweden mengambil tindakan tegas terhadap tiga akhbar terbabit yang didakwa menimbulkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia. Selepas itu, pemimpin tersebut turun dan berucap kepada kumpulan penunjuk perasaan tersebut, sebelum disudahi dengan tindakan Nasrudin membakar bendera Sweden kira-kira jam 3.00 petang.

Sebelum ini, dilaporkan lakaran karikatur yang menggambarkan kepala Nabi Muhammad pada badan anjing - karya pelukis Sweden Lars Vilks - dikemukakan sebagai bahan pameran di sebuah pusat warisan budaya Sweden. Bagaimanapun, lakaran itu ditolak atas sebab-sebab keselamatan.

Namun, sebuah akhbar Sweden kemudian menyiarkannya bersama tulisan editorial yang mempertahankan kebebasan bersuara. Tiga lagi akhbar Sweden kemudiannya turut menyiarkan semula karikatur itu. Tindakan itu yang membawa kepada bantahan negara-negara Islam sehingga Vilks menerima beberapa ancaman bunuh.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Dilaporkan, ada seorang pemuda sedang bertugas disebuah supermarket di KL, tiba-tiba melihat seorang pelanggannya memakai baju lakaran karikatur yang menggambarkan kepala Nabi Muhammad pada badan anjing. "Kau pakai baju ini untuk menghina Nabi kami?" Katanya kepada lelaki itu. Mula-mula lembut.

"Ini hak kebebasan manusia?" Jawab lelaki itu.

".. Walaupun merampas hak kecintaan kami kepada Nabi kami?" Sergah pemuda itu memotong. "Biadap!!"

Berlakulah pergaduhan. Pemuda itu sanggup menanggung risiko, walau dibuang kerja, kerana mempertahankan aqidah sebagai seorang Islam. Memang penghina-penghina Nabi patut diajar. Memang patut diajar kalau anda jumpa orang yang menghina Nabi umat Islam. Awas orang yang memakai baju begitu.. (2MA)

Ada kaitan..
Dan lain-lain.

Majlis Syura PAS: Ahmad Awang Di Ketepikan?

Majlis Syura: Ahmad Awang tidak terima maklumat

KL, 26 Mac: Ustaz Ahmad Awang (gambar), bekas anggota Majlis Syura Ulama PAS pagi tadi berkata, beliau tidak pula diberitahu oleh kepemimpinan PAS bahawa khidmatnya tidak lagi diperlukan oleh majlis itu seperti yang dispekulasikan di dunia maya sejak dua hari yang lalu.

“Ana memang tidak ada menerima apa-apa lagi maklumat itu,” jelas beliau ketika dihubungi Harakahdaily.

Bagaimanapun, beliau secara peribadi telahpun memberitahu Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bahawa beliau masih bersedia untuk memikul tanggungjawab tersebut demi memperkukuh parti.

“Ahad lepas, apabila Presiden singgah di Semangol (Perak), saya ada bertanya tentang perlantikan semula Majlis Syura dan beliau (Abdul Hadi) menjelaskan beberapa orang akan dilantik.

“Dari pertanyaan saya itu, Ayah Chik (Abdul Hadi) tentu faham bahawa saya masih bersedia untuk pikul tanggungjawab perkukuh parti walaupun saya tolak pelawaannya untuk saya dilantik semula menjadi Pesuruhjaya PAS (Perak) selepas muktamar lalu (2009),” ujarnya.

Maka, beliau berkata, tidak timbul persoalan bahawa beliau tidak berminat lagi untuk memberi komitmen kepada parti seperti yang didakwa oleh pihak tertentu.

Ini kerana, menurut beliau, perbualannya dengan Abdul Hadi jelas mencerminkan beliau bersedia memikul amanah tersebut demi memperkukuh parti.

“Kalau saya tidak berminat untuk menjadi (ahli majlis) syura, perkukuh parti, takkan saya bertanya Ayah Chik (Abdul Hadi) tentang perlantikan semula majlis syura,” ujarnya.

Ditanya tentang kaedah baru dalam perlantikan semula Majlis Syura Ulama, beliau berkata, kaedah tersebut sekadar menurut tatacara Perlembagaan PAS yang baru dipinda.

Katanya lagi, sepatutnya usia menjawat jawatan dalam majlis tersebut sehingga bulan September ini.

Namun, kesemua anggota Majlis Syura, termasuk dirinya bersedia untuk melepaskan jawatan lebih awal demi memudahkan pengurusan pentadbiran parti, tidak lebih dari itu.

Dalam perkembangan yang lain, beliau berkata, dengan tidak dilantik lagi Pesuruhjaya PAS membolehkan beliau memperkukuhkan parti dengan beberapa aktiviti dakwah yang lain.

Aktiviti dakwah tersebut, menurut beliau, termasuk membina sebuah pusat pendidikan dakwah di peringkat negeri.

“Sebenarnya saya tengah fokus tentang projek membina pusat pendidikan dakwah di sini, nak buat rumah anak yatim, kelas-kelas al-Quran, jadi saya perlu fokus mencari RM6 juta hingga RM7 juta,” ujarnya. (Harakahdaily.net/2MA)

Komen Blog Ibnu Hasyim: Tidak terima maklumat atau tidak diberi? Kalau sengaja tidak diberi.... kena siasat. Diketepikan? Atau ada yang berpolitik gaya Muawiyah Abu Sufian?? Maaf cuma 'sangka baik' dan islah..

Ada kaitan..

Awas, Facebook Sebabkan Penyakit Kelamin.

PENGGUNA

Ber-Facebook-ria bisa akibatkan penyakit Sipilis, Ah Yang benar?
Ber-Facebook-ria bisa akibatkan penyakit Sipilis, Ah Yang benar?

Maret 26, 2010: Hah, Ternyata Facebook Bisa Sebabkan Penyakit Kelamin Sipilis

SITUS jejaring sosial, Facebook, dianggap mempunyai andil dalam peningkatan kasus salah satu penyakit menular seksual, sipilis. Menurut pakar kesehatan, Peter Kelly, angka pasien yang mengidap penyakit menular seksual akibat virus ini meningkat 4 kali lipat di Sunderland, Durham dan Teesside, tiga area di Inggris di mana Facebook tergolong populer.

Hasil riset menunjukkan kalangan muda di tiga wilayah di atas memiliki kecenderungan mengakses Facebook 25 persen lebih besar ketimbang daerah lain di Inggris, seperti yang dikutip dari situs Telegraph. Kelly melihat adanya hubungan antara tersebarnya penyakit menular seksual dengan facebook, karena seseorang mudah menemukan partner seks dengan orang baru yang dikenalnya lewat situs jejaring ini.

Data ini didapatkan Kelly lewat pengakuan sejumlah pasien yang mengatakan mereka bertemu pasangan ‘casual sex’ di facebook. “Sipilis adalah penyakit membahayakan. Tiap orang yang melakukan seks tanpa perlindungan memiliki risiko tinggi. Saat ini, kasus sipilis mengalami peningkatan empat kali lipat, dan peritanya kebanyakan adalah wanita muda,” kata Kelly menjelaskan.

Menanggapi kasus ini, juru bicara Facebook menyatakan pengguna Facebook perlu berhati-hati saat bertemu dengan kenalan baru dunia maya di dunia nyata. (VivaNews-Telegraph/AK)

Amaran Dari Penggodam Twitter Milik Presiden AS..

Penggodam tahu kata laluan Obama


Penggodam Twitter milik Obama yang dikenali sebagai Francois C.

CLERMONT-FERRAND - Seorang penggodam komputer di Perancis berdepan hukuman penjara semalam selepas dia memecah masuk akaun laman jaringan sosial Twitter milik Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama dan selebriti Britney Spears dengan meneka kata laluan mereka.

Penggodam berusia 23 tahun yang cuma dikenali sebagai Francois C. menggunakan nama anjing kesayangan Obama, Bo sebagai kata laluan akaun Twitter milik presiden AS itu.

Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dengan bantuan polis Perancis mengambil masa enam bulan menjejaki lelaki itu yang menganggur sebelum menangkapnya di sini, tengah Perancis pada Selasa lepas.

"Saya tidak berniat jahat... Saya cuma mahu memberi amaran kepada mereka bahawa terdapat kelemahan dalam sistem yang digunakan," kata lelaki itu.

Penggodam tersebut yang berdepan hukuman penjara dua tahun sekiranya didapati bersalah ditahan di sebuah balai polis di sini sebelum dibebaskan dengan ikat jamin bagi menunggu perbicaraan pada 24 Jun depan. - Agensi

Seks Gereja Melanda AS Pula -The New York Times

Peter Isley (tengah), John Pilmaier (kiri) dan Barbara Blaine kesemua dari Amerika Syarikat memegang gambar Kardinal Tarcisio Bertone (atas) dan Pope Benedict XVI semasa menyertai demonstrasi membantah skandal seks melibatkan kanak-kanak di hadapan Dataran St. Peter di Vatican, semalam. Isley, Pilmaier dan Blaine didakwa menjadi mangsa seks oleh paderi-paderi di Gereja Roman Katolik. - Reuters

WASHINGTON 25 Mac - Dakwaan terbaru berhubung cubaan menutup kes fidofilia menghantui Pope Benedict XVI semalam apabila seorang paderi Amerika Syarikat (AS) didakwa meliwat hingga 200 budak lelaki cacat pendengaran, menurut fail gereja yang diperoleh oleh The New York Times.

Dokumen mengenainya yang dikemukakan sebagai sebahagian tindakan guaman terhadap sebuah sekolah kanak-kanak pekak di negeri Wisconsin, AS menunjukan hubungan langsung antara paderi yang didakwa itu dengan Kardinal Joseph Ratzinger pada 1996, lapor akhbar berkenaan.

Perbicaraan terhadap Murphy dihentikan selepas beliau menulis terus kepada Ratzinger untuk memprotes sebarang tindakan terhadap perbuatan tersebut.

''Saya hanya mahu menghabiskan baki hidup saya sebagai paderi bermaruah,'' kata Murphy kepada bakal pope itu.

''Beliau juga memohon bantuan jujur Ratzinger terhadap perkara itu.

''Dokumen berkenaan tidak mengandungi sebarang respons daripada Ratzinger dan Murphy meninggal dunia dua tahun kemudian ketika masih menjadi paderi,'' kata akhbar itu.

Murphy bekerja di sekolah tersebut dari 1950 hingga 1974. Kes berkenaan melibatkan empat saman yang dikemukakan oleh lima orang di mana para peguam mereka menyerahkan dokumen rahsia lama gereja kepada akhbar berkenaan. Kes berkenaan didedahkan ketika skandal penderaan seks melibatkan ilmuan Katholik di beberapa negara termasuk Ireland, Austria, Belanda dan Switzerland sedang sibuk diperkatakan.

Skandal berkenaan semakin hampir kepada pope sendiri. Dalam kes di negara asalnya, Pope Jerman berkenaan ketika masih merupakan Biskop di sana pada 1980 telah meluluskan perlindungan di gereja kepada seorang pederi yang disyaki melakukan penderaan seks terhadap seorang kanak-kanak ketika dia menerima terapi.

Pope telah memohon maaf dalam satu surat terhadap penderaan seks oleh paderi Ireland tetapi mangsa berpendapat ia tidak cukup untuk menangani skandal yang semakin menular itu. Dalam dokumen gereja di Wisconsin, The New York Times berkata, terdapat tiga Biskop diberitahu tentang perbuatan Murphy melakukan penderaan seksual terhadap kanak- kanak, namun insiden berkenaan tidak pernah dilaporkan kepada pihak berkuasa. - AFP

Komen Blog Ibnu Hasyim: Akhbar berkenaan memetik jurucakap Vatican, Federico Lombardi sebagai berkata, kes berkenaan adalah sesuatu yang tragik dan Murphy telah menzalimi kanak-kanak malang. Bagaimanapun beliau menjelaskan, pihak berkuasa telah menyiasat kes berkenaan dan menolaknya. Seks gereja sudah merebak ke AS.

Hukuman Mati Atas Warga AS -Video Terbaru Osama

osama

Osama bin Laden: Tulisan membentu gambar. Roberto Fernandez menciptakan gambar ini untuk majalah “Veja Magazine”

KAHERAH 25 Mac - Osama bin Laden mengancam untuk membunuh mana-mana warga Amerika Syarikat sekiranya negara kuasa besar itu melaksanakan hukuman mati ke atas 'dalang' serangan 11 September 2001.

Dalam mesej audio terbaru yang disiarkan dalam Al-Jazeera hari ini, Osama menegaskan sekiranya AS menjatuhi hukuman mati ke atas Khalid Sheik Mohammed, ia juga adalah 'hukuman mati' ke atas mana-mana rakyat AS yang ditangkap al-Qaeda. - AP




Friday, March 26, 2010
March 25, 2010, 1:35 pm
Bin Laden Derides Obama and Threatens Americans in New Tape
By ROBERT MACKEY

On Thursday, Al Jazeera broadcast what it said was a new audiotape released by Osama bin Laden.

The voice, said bu Al Jazeera to be that of Al Qaeda’s leader, warned the United States not to execute “hero warrior Khalid Shaikh Mohammed,” who claims to have orchestrated the terrorist attacks on Sept. 11, 2001, and other accused terrorists.

“The White House has expressed its desire to execute them,” the speaker said. “The day America will take such decision it would have taken a decision to execute whoever we capture.”

The Obama administration recently decided not to hold trials for the Qaeda prisoners in a civilian court in New York and has not yet announced an alternative plan. In civilian or military court, though, it is expected that they would face the death penalty.

An American counterterrorism official, who did not confirm whether the tape was authentic, told The Associated Press that Al Qaeda has already executed prisoners. “‘They may have forgotten Danny Pearl and all the others they’ve slaughtered, but we haven’t,” the official told the news agency.

The audio message to the people of the United States also said, “Your friend in the White House has been following in the footsteps of his predecessor in many important issues, such as escalating the war in Afghanistan.” It added:

The politicians in the White House were practicing injustice against us and still they are. Especially by supporting Israel in its continued occupation of Palestine. And the United States, across the oceans is protected from the rage of the oppressed until our reaction was loudly heard at your home on the 9/11 with God’s help. (AK)

Pelancong Seks Tepi Jalan. Hanya Islam Jalan Selesai..



GAMBAR-GAMBAR ini semua diambil di pusat kota Barcelona, Spain. Konon negara maju, penyakitnya dibimbangi bahkan dikatakan sudah mula menular ke negara-negara yang baru berkembang. Dua gambar di atas, walaupun pihak polis berkawal, namun penyakit atau virus berhubungan seks di tepi jalan, bagai anjing terkangkang membuang najis merata-rata, di kawasan terbuka, masih ada.

Lelaki penzina dalam gambar-gambar seperti di bawah itu adalah pelancong-pelancong yang digamit ke negaranya, konon kerana ekonomi. Wanita digambar itu adalah perempuan tempatan.yang hanya memikiri wang.sahaja, tanpa kira maruah. Sebenarnya, tiada beza yang di tepi jalan ini dengan yang di dalam bilik. Sama saja bagi polis yang menjaga, suka sama suka. Sama saja dari segi hukumnya.

Begitulahlah hinanya zina. Bagaimana mengawalnya? Tiada jalan lain melainkan melaksanakan hukum d tempat terbuka juga sebagai langkah pendidikan. Bukan hukuman di tempat tertutup, bersembunyi-sembunyi walaupun lebih berat hukumannya. Tiada jalan lain, terutama bagi negara-negara umat Islam seperti Malaysia.. Itulah hukum 'hudud', suatu jalan penyelesaian dari Islam.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails