Friday, January 05, 2024

DAP biaDAP.. & Jangan jadi barua Israel/AS

 

Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man

DAP konsisten campur urusan umat Islam

KUALA LUMPUR: DAP sekali lagi menunjukkan taring dalam kerajaan PH-BN apabila mengeluarkan kenyataan menyentuh sensitiviti urusan agama Islam.

Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata hakikat itu dilihat daripada kenyataan Ex Officio Jawatankuasa DAP Pusat yang juga Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham.

“Beliau telah mencadangkan penglibatan orang bukan Islam menganggotai Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) Untuk Menggubal Undang-Undang Islam baru-baru ini.

“Walaupun Koo Ham telah menyatakan maaf dan YB Anthony Loke, Setiausaha Agung DAP mengatakan kenyataan Ngeh Koo Ham ini adalah kenyataan peribadi, rakyat telah mengenali sikap DAP yang tidak pernah diam menyentuh dan mencampuri urusan umat Islam,” tegasnya dalam kenyataan, hari ini.

Walhal, ujar beliau tidak sepatutnya kenyataan sensitif seperti itu dikeluarkan oleh seorang Ahli Jawatankuasa DAP Pusat.

Tambahnya, perlu diingat, Ngeh Koo Ham juga pernah bercakap dalam Parlimen tahun ini berkenaan perkahwinan antara orang Islam dengan bukan Islam di luar negara.

“Lebih celupar lagi, beliau juga pernah menggesa mana-mana pihak supaya menghormati dan tidak mempertikaikan hak orang Islam yang murtad pada tahun 2014 lalu,” katanya.

Justeru, beliau melahirkan kebimbangan dengan kenyataan-kenyataan seperti itu yang seolah-olah mendapat restu mereka yang berkehendakkan kelangsungan kuasa.

PAS, tegasnya mendukung penuh titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah selaku Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) bahawa orang bukan Islam tidak mencampuri hal ehwal umat Islam.

Katanya, PMX perlu lebih tegas untuk menegur DAP supaya menghentikan terus tindakan mereka dalam hal ini.

“Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan sepatutnya bagi memadamkan persepsi rakyat bahawa isu 3R ini hanya terpakai kepada Perikatan Nasional sahaja.

“Namun, sekiranya melibatkan PH-BN-DAP disenyapkan,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.

PAS, ujar beliau terus menyeru agar umat Islam dan Melayu bersatu teguh mempertahankan hak dan memelihara negara demi kesejahteraan Malaysia. – HARAKAHDAILY 31/12/2023

Komen Weblog Ibnu Hasyim: DAP biaDAP.. & Jangan jadi barua Israel/AS

Lihat komen ini..

(i) Al-hamdulillah, ini PAS negeri junjung kasih titah Sultan Selangor, supaya rakyat Malaysia khususnya bukan Islam agar tidak mencampuri hal ehwal agama Islam.

Sultan Sharafuddin Idris Shah

SHAH ALAM: PAS Selangor serta seluruh umat Islam di negeri ini menjunjung kasih ke atas titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mengingatkan rakyat Malaysia khususnya bukan Islam agar tidak mencampuri hal ehwal agama Islam.

Setiausahanya, Zaidy Abdul Talib berkata, baginda juga menitahkan agar orang bukan Islam mencontohi umat Islam yang tidak mengganggu urusan agama lain.

Katanya, titah demikian adalah susulan cadangan Ahli Parlimen DAP, Datuk Ngeh Koo Ham agar kerajaan melantik pakar daripada orang bukan Islam untuk membantu Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk menggubal Undang-Undang Islam.

Beliau menegaskan, kenyataan Ahli Parlimen DAP itu merupakan suatu kenyataan bukan sahaja tidak berasas, bahkan bersifat provokatif malah menyentuh isu sensitif berunsur agama, raja dan bangsa.

Katanya, kenyataan itu berbahaya kerana ia boleh menimbulkan kekacauan dan menjejaskan hubungan antara kaum di dalam masyarakat.

Beliau menegaskan adakah ketika DAP berkuasa dalam kerajaan sekarang, segala tindakan dan keputusan orang Islam memerlukan persetujuan orang bukan Islam untuk dilaksanakan.

“Saya juga mendesak agar pihak berkuasa membuat siasatan terhadap Ahli Parlimen Beruas Ngeh Koo Ham, di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia serta lain-lain undang-undang yang berkaitan,” tegasnya kepada Harakahdaily.

Sehubungan itu, PAS Selangor sangat kesal dengan sikap pemimpin Islam-Melayu dalam PH-BN yang berterusan mengunci mulut ketika pemimpin DAP berterusan mengeluarkan kenyataan demi kenyataan yang bersifat provokasi.

“Apakah mereka sudah hilang taringnya apabila berada di tampuk pemerintahan,” soalnya. HARAKAHDAILY 30/12/2023

(ii) Jangan jadi barua Israel/AS dan kuncu-kuncunya dalam pengeboman memusnahkan lebih 70 peratus rumah di Gaza Palestin.

Kira-kira 70 peratus rumah di kawasan Palestin yang terkepung musnah sepenuhnya selepas hampir tiga bulan pengeboman tanpa henti tentera Israel ke atas Gaza, menurut pejabat media kerajaan. - Foto AGENSI

(Lanjut sila rujuk 'Pengeboman Israel musnahkan lebih 70 peratus rumah di Gaza' - AGENSI)

Akhirnya, di M'sia, hanya tinggal pemimpin-pemimpin ekstrem mentadbir negara seperti DAP-madani yang masih bodoh sombong, degil tak mahu mengikut perkembangan keadilan dan kemanusiaan sejagat.

Sekian.

Kesimpulan:

Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.

Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 

Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.

Sekian. Wassalam. 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails