Wednesday, December 27, 2023

Perhatian untuk ahli DAP/Melayu/Islam. Fikirlah..

 


Pilihan Raya PBT: Impian DAP yang akan rosakkan Melayu

SEMENTARA ada kuasa, kita ambil peluang laksanakan agenda kita. Kita bantu mereka jadi Perdana Menteri, mereka bantu kita laksanakan Pilihan Raya PBT.

Mungkin itulah yang berlegar dalam kepala pimpinan DAP apabila sekali lagi menunjukkan belang dengan menggesa supaya Pilihan Raya PBT di Kuala Lumpur diadakan segera.

Saya memahami bahawa sekiranya Pilihan Raya PBT Kuala Lumpur diadakan, maka wakil-wakil kaum Cina akan menang mudah di kawasan majoriti mereka.

Secara tidak langsung hasrat DAP untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai PBT yang diwakili oleh kaum Cina khususnya DAP dapat tercapai.

Dan saya yakin apabila pilihan raya ini dibenarkan di Kuala Lumpur, DAP akan buat gesaan yang sama di kawasan-kawasan lain yang memberi kelebihan kepada mereka sebagaimana ucapan Ahli Parlimen Cheras itu semalam, 

“Kita tidak perlu untuk terus melaksanakan Pilihan Raya Tempatan di seluruh negara, tetapi kita boleh mula di Kuala Lumpur.”

Pilihan Raya PBT tidak lain hanya akan memanjangkan lagi dasar pecah perintah yang ditinggalkan penjajah. Justeru cadangan DAP langsung tidak membantu dalam memperkukuhkan perpaduan di Malaysia.

Perdana Menteri sebelum ini, Tun Dr Mahathir Mohamad juga telah menolak permintaan untuk mengembalikan Pilihan Raya PBT kerana ia boleh menimbulkan perbalahan kaum.

Malangnya hari ini, setelah Dato’ Seri Anwar Ibrahim diangkat menjadi Perdana Menteri dan Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menjadi Timbalan Perdana Menteri, DAP kembali berani menuntut agar Pilihan Raya PBT dikembalikan.

Harapnya kerajaan serta Menteri Wilayah Persekutuan yang baharu, Dr. Zaliha Mustafa tidak tunduk dengan gesaan DAP ini sebagaimana beliau tunduk kepada  industri tembakau sebelum ini.

Umno juga yang menjadi sebahagian daripada Kerajaan Madani perlu bersuara dan konsisten menolak cadangan Pilihan Raya PBT.

KAMIL ARIF BAIHAGI
Pengerusi 
SiswaPAS Malaysia
19 Disember 2023 – HARAKAHDAILY 19/12/2023

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Perhatian untuk ahli DAP/Melayu/Islam. Fikirlah..

Lihat komen ini..

(i) Ahli politik 'tinggalkan' parti selepas memeluk Islam. Anehnya, walaupun ditubuhkan sebagai parti anti-eropah pada 2013, AfD telah berkempen atas platform anti-Islam pada 2015 ketika isu kemasukan migran ke Jerman.

Maka, sila ambil perhatian untuk ahli DAP/Melayu/Islam di negara ini, fikirlah.. Dari terlibat perpecahan ummah dan anti Islam, baik tinggalkan parti tersebut..

BRANDENBURG: Seorang ahli politik Jerman di Brandenburg melepaskan semua jawatannya dalam parti selepas memeluk Islam.

Arthur Wagner memilih untuk meninggalkan parti Alternative for Germany (AfD) atas alasan peribadi, menurut Ketua Negeri Parti itu Andreas Kalbitz.

Menurut laporan oleh CNN, Kalbitz berkata beliau hanya mengetahui mengenai tindakan Wagner memeluk Islam melalui satu perbualan telefon selepas beliau melepaskan jawatannya.

“Saya sangat terkejut. Beliau (Wagner) sangat aktif dalam sayap Kristian parti,” kata Kalbitz.

Wagner pertama kali dilantik sebagai wakil AfD pada 2015 dan pernah menjadi ahli jawatankuasa negeri yang bertanggungjawab ke atas komuniti gereja.

Dalam laporan tersebut, Kalbitz berkata bahawa pimpinan parti tidak memberi tekanan kepada Wagner untuk melepaskan jawatan kerana memeluk Islam.

“Parti ini menyokong kebebasan agama,” tambahnya.

Walaupun ditubuhkan sebagai parti anti-eropah pada 2013, AfD telah berkempen atas platform anti-Islam pada 2015 ketika isu kemasukan migran ke Jerman.

Pada Pilihan Raya Umum Jerman tahun lepas, parti tersebut meraih tempat ketiga dengan memenangi 12.6 peratus undi. – Astro Awani

(ii) Bagaimana hukum berpolitik dalam Islam? Lanjut sila lihat ini..

Akhirnya, di M'sia, hanya tinggal pemimpin-pemimpin ekstrem mentadbir negara seperti DAP-madani yang masih bodoh sombong, degil tak mahu mengikut perkembangan keadilan dan kemanusiaan sejagat.

Sekian.

Kesimpulan:

Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.

Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 

Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.

Sekian. Wassalam. 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails