Saturday, December 30, 2023

Perang 'cengkam media' pun bermula di M'siaku..

 

Ahmad Fadhli Shaari

Padam kandungan: Langkah ke arah cengkaman media

PENGAKUAN daripada syarikat induk Facebook, Meta dan TikTok dari China bahawa mereka menerima peningkatan permintaan daripada kerajaan Malaysia untuk mengalih keluar kandungan atau menyekat akaun di platform berkenaan bagi tempoh enam bulan pertama 2023 adalah satu perkara yang sangat memalukan.

Dalam pada pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sering mendabik dada bahawa pentadbirannya ialah pentadbiran reformasi, bahkan kalimah inilah yang dijerit-jerit dan dilaung setiap kali perjumpaan parti-parti komponen Pakatan Harapan, hakikatnya ia hanyalah merupakan retorik untuk menyedapkan halwa telinga.

Barangkali tidak lebih seperti buah gajus yang sedap dikunyah dan dimakan, tetapi sekali-kali tidak mengenyangkan.

Bayangkan sahaja, bagaimana syarikat antarabangsa seperti Meta boleh mengeluarkan laporan bahawa antara Januari dan Jun tahun ini, kira-kira 3,100 halaman dan siaran di platform Facebook dan Instagramnya telah dihadkan daripada dilihat oleh pengguna di Malaysia kerana didakwa melanggar undang-undang tempatan.

Angka itu enam kali lebih tinggi berbanding tempoh setengah tahun sebelumnya dan tertinggi sejak syarikat itu mula melaporkan sekatan kandungan di Malaysia pada 2017.

Menurut Meta lagi, antara Julai 2022 dan Jun 2023, pihaknya mengehadkan akses kepada lebih 3,500 kandungan sebagai tindak balas kepada laporan yang dibuat oleh pengawal selia komunikasi Malaysia dan agensi kerajaan lain.

Manakala TikTok pula dalam laporan sama yang dikeluarkan bulan lalu, turut memaklumkan ia menerima 340 permintaan daripada kerajaan Malaysia untuk mengeluarkan atau menyekat kandungan antara Januari dan Jun 2023, menjejaskan 890 siaran serta akaun.

Seramai 815 pengguna kerana melanggar undang-undang tempatan atau garis panduan komuniti TikTok iaitu yang tertinggi dalam tempoh enam bulan sejak ia mula melaporkan permintaan daripada Malaysia pada 2019.

Kandungan yang dikeluarkan TikTok itu adalah tiga kali ganda berbanding kandungan yang dikeluarkan pada separuh kedua 2022.

Ertinya, kerajaan ini merupakan kerajaan yang paling takut kepada Facebook dan Tiktok berbanding dengan kerajaan era Datuk Seri Najib, Tun Mahathir, Tan Sri Muhyidin dan Datuk Seri Ismail Sabri.

Kandungan yang disekat pula ialah kebanyakannya dikatakan mengkritik kerajaan dan bukannya berhubung isu-isu keselamatan awam dan melibatkan kepentingan bersama masyarakat.

Alasan bahawa kandungan-kandungan tersebut disekat kononnya untuk mengawal fitnah juga langsung tidak boleh diterima.

Sepatutnya mana-mana penyebar fitnah itu jika benar didapati melakukan kesalahan, siasatan dan pendakwaan boleh dibuat menurut peruntukan undang-undang sedia ada.

Saya syorkan kepada kerajaan pentadbiran PMX ini, kafan dan talkinkan sahaja kalimah reformasi yang dilaungkan itu.

Usahlah dilaungkan lagi, akui sahajalah bahawa pentadbiran ini perlahan-lahan sedang bergerak kepada era cengkaman maklumat dan media. Lebih tepat lagi ialah era kuku besi.

YB AHMAD FADHLI SHAARI
Ketua Penerangan PAS Pusat
Ahli Parlimen Pasir Mas
16 Disember 2023 – HARAKAHDAILY 16/12/2023

 Komen Weblog Ibnu Hasyim: Perang 'cengkam media' pun bermula di M'siaku..

Lihat komen ini..

(i) Meta, TikTok akur permintaan k'jaan M'sia.

Di KL, pemilik Facebook, Meta dan TikTok China mengehadkan jumlah rekod siaran dan akaun media sosial di Malaysia dalam tempoh enam bulan pertama 2023 di tengah-tengah permintaan kerajaan untuk mengalih keluar kandungan.

Pentadbiran PMX yang mula memegang tampuk kuasa pemerintahan pada November 2022 atas platform reformis, menurut laporan Reuters pada hari ini, Jumaat (15 Dis)  telah berdepan tuduhan memungkiri janjinya untuk melindungi kebebasan bersuara di tengah-tengah peningkatan penelitian terhadap kandungan dalam talian sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

(Lanjut sila hubungi 'Meta, TikTok akur permintaan k'jaan M'sia' HARAKAHDAILY 15/12/2023)


(ii) Oleh itu, apa patut kita rakyat M'siaku buat?


Di Kota Bharu, setiap pendukung PAS hendaklah terus menyokong dan mempertahankan media milik parti itu, iaitu Harakah untuk memastikan kesinambungannya. 

T/Ketua Penerangan PAS Pusat Ustaz Mohd Asri Mat Daud berkata, era setiap maklumat program membantu rakyat disembunyikan tanpa pengetahuan orang ramai sudah berlalu.

Katanya rakyat perlu tahu apa yang dilakukan wakil rakyat dan kerajaan negeri bagi mengelakkan ada stigma tiada perubahan negeri yang diterajui PAS dan PERIKATAN NASIONAL.

“Harakah satu-satunya media milik PAS yang perlu kita pertahankan untuk mendapat maklumat berkaitan kerajaan negeri dan PAS serta PN,” katanya ketika menyampaikan kertas kerja pada Munaqasah Ucapan Dasar Presiden di Putik hari ini.

(Lanjut sila rujuk 'Setiap pendukung PAS perlu pertahan Harakah' – HARAKAHDAILY 16/12/2023)

Akhirnya, di M'sia, hanya tinggal pemimpin-pemimpin ekstrem mentadbir negara seperti DAP-madani yang masih bodoh sombong, degil tak mahu mengikut perkembangan keadilan dan kemanusiaan sejagat.

Sekian.

Kesimpulan:

Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.

Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 

Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.

Sekian. Wassalam. 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails