Tuesday, June 06, 2023

RM akan jadi lebih kuat/stabil siri 2. Tapi.. bersambung

 


1. Ringgit jatuh: Perlu Menteri Kewangan kompeten, sepenuh masa 
Mohd Syahir Che Sulaiman

RINGGIT makin menyusut.

Dalam tempoh enam bulan ini, ringgit telah menyusut berbanding dolar Amerika dan matawang lain sehingga mencecah paras RM4.60/USD, dan dijangka boleh mencecah paras RM5.00/USD jika tidak dikawal.

Secara umumnya, penyusutan ringgit kali ini disebabkan faktor ekonomi dan kemelut hutang di Amerika Syarikat, serta ketidaktentuan ekonomi global sehingga menjejaskan permintaan terhadap semua matawang, termasuklah ringgit.

Cuma lemahnya ringgit kali ini, bukan sekadar jatuh berbanding USD, tetapi juga lemah berbanding dolar Singapura, baht Thailand dan rupiah Indonesia.

Persoalannya, mungkin ada faktor dalaman yang menyebabkan ringgit menjadi lemah berbanding matawang negara jiran.

Pada masa sama, jualan bersih oleh pelabur asing di Bursa Malaysia telah memasuki minggu kelima berturut-turut dengan aliran keluar berjumlah RM58.7 juta minggu lalu.

Menurut MIDF, pelabur asing telah menjadi penjual bersih selama 15 daripada 21 minggu tahun ini, dengan jumlah aliran keluar asing bersih sebanyak RM2.45 bilion.

Ringgit perlu bertahan.

Di pihak BNM, dasar monetari telah diambil bagi mengimbangi risiko dalaman dan luaran ini, termasuklah menaikkan OPR baru-baru ini.

Penjelasan awam perlu ditingkatkan, supaya rakyat faham situasi getir yang sedang kita berdepan. Ringgit jatuh, import mahal, kos bahan meningkat, harga barang juga meningkat.

Di pihak kerajaan, kita masih menunggu formula dan strategi yang akan dikemukakan oleh Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Menteri Ekonomi. Setakat ini masih belum kelihatan strategi yang benar-benar ampuh untuk Malaysia bertahan.

Malah Perdana Menteri yang juga memegang jawatan Menteri Kewangan dilihat sukar memberikan fokus di MOF, dengan bebanan tugas yg berat sebagai Perdana Menteri di luar.

Peranan dan penumpuan seorang Menteri Kewangan adalah amat penting dalam tempoh kritikal ini, khususnya bagi mengimbangi langkah yang diambil oleh Bank Negara yang mengawal dasar monetari.

Inilah sebahagian daripada kegusaran kami ketika pembentukan Kabinet, apabila Perdana Menteri memegang portfolio Menteri Kewangan.

MOHD SYAHIR CHE SULAIMAN
Ahli Parlimen Bachok
31 Mei 2023 – HARAKAHDAILY 31/5/2023 


2. OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng 


Semenjak pengumuman kenaikan Kadar Dasar Semalaman (Overnight Policy Rate atau OPR) oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dari kadar 2.75 peratus kepada 3.0 peratus berkuatkuasa pada 3 Mei 2023, isu ini mendapat perhatian ramai pihak dengan pelbagai pendapat, pandangan dan tidak kurang juga yang melemparkan pelbagai tuduhan. 

Ahli-ahli parlimen yang menghadiri sidang Dewan Rakyat yang berlangsung ketika ini juga tidak terlepas dari membangkitkan isu kenaikan OPR. 

Perdana Menteri, Dato’ Sri Anwar Ibrahim (PMX) selaku Menteri Kewangan terpaksa sekali lagi menjawab serta menghuraikan asas kepada keputusan kenaikan ini sebagaimana yang dilaporkan akhbar The Star bertarikh 25 Mei 2023.

Apa yang menarik perhatian ialah kenyataan yang dibuat oleh Pengerusi Kebangsaan DAP, Lim Guan Eng berkaitan isu OPR ini. Beliau mengatakan kenaikan OPR ini hanya menguntungkan pihak bank. 

Sebagai sebahagian dari Kerajaan Perpaduan, pernyataan seumpama ini mungkin dilihat dari pelbagai sudut oleh masyarakat; kemungkinan tiada perbincangan di peringkat kerajaan, kemungkinan juga untuk meraih populariti dalam kalangan masyarakat, atau mungkin juga telah diatur sedemikian rupa (planted) untuk membolehkan penjelasan diberikan oleh Menteri Kewangan. 

Jika kenyataan seumpama itu datangnya dari pihak pembangkang, ia sesuatu yang boleh dijangkakan.

Walau bagaimanapun, apa jua hasrat atau tujuan sebenar pernyataan dari ahli parlimen Bagan tersebut, isu OPR ini dijangka akan terus dipolemikkan menjelang pilihan raya negeri (PRN) 2023 di enam buah negeri (Kelantan, Terengganu, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan) yang dijangka akan diadakan tidak berapa lama lagi.

Selain dari isu kenaikan OPR, dijangkakan ada isu-isu lain yang akan menjadi ‘bahan kempen’ menjelang PRN di enam buah negeri tersebut. 

Mungkin antara isu yang akan menjadi perhatian adalah berkaitan cadangan kenaikan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) oleh majikan dari 13 peratus  kepada 20 peratus, juga fasiliti atau kemudahan pengeluaran wang KWSP, isu penarikan balik rayuan penggunaan kalimah Allah SWT, kebenaran penganjuran konsert Coldplay, isu gaji minima, selain dari isu-isu setempat seperti isu air di Kelantan, isu penambakan tanah di Pulau Pinang, hatta kemerosotan pungutan pingat oleh kontingen Malaysia di Sukan SEA 2023.

Pada pandangan saya, ia adalah satu perkara yang biasa bagi mana-mana pihak sama ada kerajaan atau pembangkang untuk memainkan isu-isu seumpama ini menjelang pilihan raya. 

Apa yang penting adalah untuk mana-mana pihak memberi penerangan serta penjelasan yang sebetul-betulnya kepada rakyat. 

Besar kemungkinan penjelasan yang diberikan adalah mengikut neraca atau sisi pandang penceramah dan dari mana pertaliannya samada pro kerajaan atau sebaliknya. 

Apapun saya percaya para pengundi sudah semakin bijak dan matang untuk menilai sesuatu isu serta maklumat yang disampaikan dengan adanya pelbagai saluran media yang dapat dirujuk, khususnya oleh pengundi-pengundi muda (saluran 4 dan ke atas). 

Bagi pengundi yang agak berusia, khususnya yang berada di luar bandar, adalah diharapkan agar anak-anak mereka dapat menyampaikan maklumat yang selayaknya kepada ibubapa mereka. 

Melalui pendedahan dan penyampaian maklumat yang betul, para pengundi boleh dan akan membuat pilihan yang bijak. 

Justeru, saya menyeru agar semua pihak dapat memainkan peranan masing-masing dengan menyampaikan maklumat yang betul dan tepat demi kemakmuran dan kesejahteraan negara tanah tumpah darah kita yang tercinta ini. – HARAKAHDAILY 29/5/2023 
Profesor Madya Dr Amanuddin Shamsuddin ialah Dekan UNITEN Business School (UBS), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN). Penulis boleh dihubungi melalui e-mel amanuddin@uniten.edu.my


3. Perkongsian pemilikan rumah di UK: Satu perspektif  

DI MALAYSIA, cara memiliki rumah yang paling popular digunakan adalah dengan memohon pembiayaan daripada pihak bank sama ada melalui perbankan Islam atau perbankan konvensional. Di samping itu, pihak kerajaan telah menyediakan beberapa bantuan untuk memudahkan para pembeli rumah pertama memiliki rumah seperti skim perumahan PR1MA dan pengecualian duti setem menerusi inisiatif Pemilikan Perumahan Keluarga Malaysia. Begitu juga di United Kingdom (UK), kebanyakan rakyat UK memohon pinjaman  (mortgage) daripada pihak bank untuk membeli rumah dan Kerajaan UK juga menyediakan beberapa inisiatif untuk membantu mereka seperti Rumah Mampu Milik (Affordable Home Ownership) dan Skim Rumah Pertama (First Homes Schemes).

Di samping pinjaman daripada bank, terdapat satu lagi alternatif untuk membeli rumah sendiri yang disediakan oleh Kerajaan UK iaitu Perkongsian Pemilikan atau Shared Ownership. Konsepnya adalah pembeli boleh memiliki sebahagian daripada ekuiti serendah 10 peratus daripada harga pasaran rumah dan membayar sewa ke atas ekuiti selebihnya. [1] Namun begitu, kerajaan telah menetapkan sewa yang dikenakan tidak boleh melebihi 3 peratus setiap tahun. Dari masa ke masa, pembeli boleh membeli lagi ekuiti daripada 10 peratus kepada 20 peratus sebagai contoh, menjadikan bayaran sewa ke atas ekuiti selebihnya lebih rendah daripada sebelum ini. Bila sudah mampu, pembeli boleh akhirnya membeli 100 peratus ekuiti menjadikan pembeli itu pemilik penuh rumah tersebut dan tidak perlu membayar sewa lagi. Kebanyakan skim perkongsian pemilikan di UK disediakan oleh pihak pemaju sendiri dan juga persatuan perumahan (housing association), bukannya pihak bank. Alternatif ini memberi peluang kepada golongan muda untuk berada dalam pasaran hartanah di peringkat awal lagi.

Menggunakan contoh harga di Malaysia, andaikan ada sebuah apartmen berharga RM200,000 di pasaran dan Ali sebagai seorang pembeli rumah pertama membeli 10 peratus ekuiti berjumlah RM20,000 menggunakan simpanan terkumpul atau pinjaman daripada ibu bapa. Sewa yang perlu dibayar setiap bulan selama mana Ali memegang ekuiti 10 peratus itu adalah RM450 (3 peratus x RM180,000 / 12 bulan). Jika Ali tiada dana RM20,000 untuk membeli ekuiti 10 peratus tersebut, Ali boleh memohon pembiayaan peribadi daripada bank untuk tempoh yang singkat (5 tahun sebagai contoh) dan membayar lebih kurang RM400 setiap bulan bagi membayar semula pembiayaan daripada bank. Jumlah bayaran bulanan adalah sekitar RM850 sebulan pada 5 tahun yang pertama dan sesudah pembiayaan bank terbayar, bayaran bulanan hanya tinggal RM450 iaitu sewa ke atas 90 peratus ekuiti yang tidak dimiliki oleh Ali. Jika dibandingkan dengan menyewa semata, harga sewa yang dikenakan oleh tuan rumah mungkin mencecah RM1,200 ke RM1,500 sebulan. Melalui skim ini, Ali dapat berjimat sekurang-kurangnya RM350 sebulan dan boleh menabung simpanan itu sehingga Ali boleh membeli lebih ekuiti daripada masa ke masa.

Jika Ali mendapat pekerjaan baru dan perlu berpindah ke kawasan yang lain, Ali boleh menjual ekuiti 10 peratus yang dimilikinya samada di pasaran atau menjual semula kepada pihak pemaju atau persatuan perumahan mengikut harga pasaran semasa. Jika harga pasaran meningkat daripada RM20,000 kepada RM25,000 selepas beberapa tahun sebagai contoh, lebihan RM5,000 itu menjadi milik Ali. Sebaliknya jika harga pasaran menurun, Ali juga perlu menanggung kerugian tersebut namun melihat kepada pasaran hartanah, harga pasaran berkemungkinan lebih besar untuk menaik.

Dalam perspektif bank yang memberikan pembiayaan kepada Ali dalam contoh di atas, risiko yang diambil oleh bank menjadi rendah disebabkan amaun yang tidak terlalu tinggi dan tempoh pembayaran balik adalah lebih singkat jika dibandingkan dengan pembiayaan perumahan yang lebih besar dan tempoh yang lebih panjang. Ali juga sebagai golongan muda boleh membina skor kredit (credit score) dengan lebih baik dan menaikkan peluang di masa akan datang jika Ali ingin memohon pembiayaan lagi daripada pihak bank.

Di samping manfaat kepada penyewa, skim ini juga memberi peluang kepada para pelabur yang berminat untuk melabur dalam pasaran hartanah tetapi tidak perlu pelaburan yang terlalu besar dan tidak perlu terlalu banyak berfikir untuk mencari hartanah mana, di kawasan mana dan sebagainya. Hal ini kerana pihak pemaju atau persatuan perumahan sendiri yang akan mencari hartanah yang sesuai dan menjadi pengantara di antara pihak penyewa dan pihak pelabur dalam aspek pengurusan dan penyelenggaraan. Skim ini juga tidak meletakkan bebanan yang terlalu banyak kepada pihak kerajaan untuk menyediakan rumah mampu milik kepada rakyat. Pihak kerajaan hanya perlu menguatkuasakan undang-undang yang perlu dipatuhi oleh pihak pemaju dan memantau pelaksanaan skim ini.

Di UK, lebih kurang 200,000 penduduk mendapat manfaat daripada skim ini mengikut data pada tahun 2019 dan 2020. [2] Walaupun sebahagian besar rakyat memilih untuk membeli dengan pinjaman bank, skim ini membantu pembeli rumah pertama khususnya dan lebih jimat daripada menyewa semata. 

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa aspek yang boleh diperbaiki seperti kos pentadbiran yang agak tinggi apabila penyewa ingin menaikkan ekuiti mereka kepada ekuiti yang lebih tinggi. Ada juga penyewa yang komen agak sukar untuk mereka menjual semula ekuiti mereka di pasaran namun boleh diperhalusi melalui institusi pihak pemaju dan persatuan perumahan.

SHAHEER SHAHIDAN
Kelab PAS United Kingdom – HARAKAHDAILY 30/5/2023

Rujukan:
[1] https://www.gov.uk/shared-ownership-scheme 
[2] https://www.independent.co.uk/money/shared-ownership-cheap-property-first-time-buyer-b1945385.html 


Komen Weblog Ibnu Hasyim: RM akan jadi lebih kuat/stabil siri 2. Tapi.. bersambung lagi seterusnya.
Ya, tuan-tuan pengundi di Malaysia boleh lihat sendiri, apa suku-sakat menteri duit atau PMXsastera buat sejak memerintah? 

Sebenarnya umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam, termasuk 'barua-barua'nya yang ada di negara kita. 

Tolak 'kerajaan Pak Pandir' mereka.  Gunakan jari-jari anda untuk menukar kerajaan sekarang kepada kerajaan Islam, melalui peti undi.. Dunia selamat, akhirat selamat, bukan dunia saja, insya Allah!

15 comments:

Anonymous said...

UMNo seperti lembu dicucuk hidung..

Bila UMNo berbuat demikian akan mendorong akar umbi Umno mengundi PN sama ada sebagai protes atau kerana mereka benar-benar percaya kepada pakatan pembangkang.

Sementara itu, seorang pemimpin akar umbi
Parti UMNo berisiko kehilangan sokongan akar umbinya kepada Perikatan Nasional (PN) jika tidak dapat menjelaskan “anjakan paradigma” dalam pemilihan sekutunya.

Penyokong UMNo enggan namanya didedahkan, berkata beberapa ahli terdekat telah menyuarakan hasrat mereka untuk memboikot parti itu pada PRN akan datang.

Jadi, dengan mengambilnya sebagai penanda aras bersama-sama situasi dihadapi parti UMNo dengan isu DAP, akan terdapat sejumlah besar sokongan akar umbi (beralih) kepada Perikatan Nasional (PN)

“Kami masih ahli Umno tetapi kami tidak nampak (apa gunanya) membantu parti (mendapatkan) kerusi kerana ia telah kehilangan banyak kerusi untuk diagihkan pada DAP Dan PKR serta telah kehilangan prinsipnya..!?

Masalah terbesar parti sekarang ialah kepimpinannya bukan ahli yang mudah dimomok dan dicucuk hidung mereka seperti lembu..

Anonymous said...

Syarat mudah Mahathir dan Muhyiddin kembali ‘bersatu’. No Boboi No PejWang..!!

Jangan benarkan Boboi jadi calon dan jangan bagi Parti Pejuang masuk Pakatan Perikatan. Period

Mahathir mengakui beliau kini bersedia bekerjasama dengan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin sekiranya kedua-dua pihak dapat mencapai matlamat yang sama.

Tugas Boboi Dan Parti PejWang kali ini panjat tiang letrik gantung gambar calon yang bertanding PRN June 2023 Kali ini..Period ..!!

No Boboi No Pejuang..!!

Anonymous said...

Selain kompeten, maklumat tentang ekonomi mesti disampaikan dengan betul. Seorang sasterawan, boleh ker faham istilah ekonomi dengan tepat. Faham satu hal. Nak sampaikan maklumat ekonomi oleh seorang sasterawan. Nak bagi orang faham. Nanti jadi macam nak cuci najis masuk dalam tong najis.

Ekonomi dah teruk. Dijaga oleh seorang yang tiada ilmu ekonomi. Bila nak beres. Dia tak tahu yang dia seorang yang teruk.

Orang jaga ekonomi mesti jujur dan amanah. Tak boleh ikut kelaku zaman parti kris. Rasuah. Lingkop. Tak boleh rompak royalti. Tak boleh melanun peruntukan. Ini contoh tak jaga amanah. Rezeki untuk negeri itu dirompak untuk dijadikan rezeki bagi negeri lain. Jahat dan bernajis.

Tu yang bmx buat. Menyuburkan najis. Pasukannya pun penuh dengan najis. Najis rasuah. Najis salah guna kuasa. Najis komunis dapig. Najis liberal. Najis lgbt.

Anonymous said...

Ekonomi mesia akan menjadi mantap sekiranya tiada ameno aka pekembar tiada pkr tiada dapigs tiada pandapigs, nih empat serangkai sendi temberang dan bila mereka bergabung maka punah rosak ekonomi negara.
Tiada dalam sejarah bila dollar amarika merosot nilai ringgit mesia ikut merosot, duit dollar zimbakwe pun naik bila usd merosot bukan saja rupiah indon atau rupee kalingga atau rupee srilangka atau rupee pakistan atau taka bangla yg mengukuh tapi aleh2 ringgit madani jadi merundum, nih mesti ada yg sangat tidak kena dengan keupayaan menteri terbabit, jadi tidak heran kalau usd nanti mengukuh maka ringgit madani akan menjadi rupiah madani dan ini pasti tidak boleh dibiarkan agenda tikus membaiki labu ini berterusan lama,.

San lagi sekarang nih mengikut carta forbes mesia dalam 50 manusia berduit banyak di mesia dah tiada satu pun orang melayu berbanding tahun lepas yg ada beberapa orang ada tersenarai, jadi kalau billionaire melayu pun dah merosot nilai harta maka apa yg dilihat yg bahwa orang melayu mesia nih rata2 merosot nilai harta dan pendapatan maka wajib dicurigai bahwa munkin memang benar pandangan penganalisa ekonomi bahwa kerajaan campuran yg diketuai oleh dapigs ini memang sedang melaksanakan agenda memiskinkan melayu sebagaimana singapork dan israel menjalankan plan ekonomi yg mengekang pendapatan dan memerempatkan orang2 islam disana.

Jadi apakah hal yg merbahaya dan khianat serta bersifat serangan ganas dalam perekonomian ini harus dipandang remeh dan dibiarkan berlangsung tampa dihadang?

Anonymous said...

Bila nak tangkap dan heret Tun Mahathir Mohamad ke mahkamah... Kah kah kah..

Tun Dr Mahathir Mohamad jika didapati bersalah akan dipenjara 20 tahun .

Polis melengkapkan kertas siasatan terhadap Mahathir bersabit kes penghinaan institusi diraja.

Polis melengkapkan kertas siasatan terhadap Dr Mahathir Mohamad berkait dakwaan menghina institusi raja.

Barua vs Barua DAP@LeeKwanYew makin hottt, makin panassss dan makin mengelegakkk..!!

Kasi tepokkkkk satu kalii...!!! Angkara sekor Jho Low semua Melayu' berantakan berbunuhan PRU 14 dahulu. Jho Low sampai sekarang lepas be as kaya raya sambil ketawa dengan kaumnya tengok barua barua Melayu' DAP@ LeeKwanYew berbunuhan sesama sendiri..!!

Akhirnya Jho Low yang Menang.. Sekor Jho Low sedang ketawa tepok tangan smbil terbahak bahak guling guling macam babi bersama kaum mata sepetnya di Malaysia Dan tuan besar mata sepet di Singapura... Kikiki

Haaahh tepokkkkk...!!

Zety Dan Taufik Ayman serta Nik Faisal pun boleh tumpang tepok tangan.... Barua DAP@ LeeKwanYew ini juga akhir nya berantakan dan berbunuhan sesama sendiri..

haah tepokkk lagi..!!

kah kah kah

Setiausaha Polis, Noorsiah Saaduddin, berkata kertas siasatan itu akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara minggu depan selaras peruntukan undang-undang.

Sepandai pandai jadi barua DAP@LeeKwanYew akhirnya sesama sendiri berbunuhan sesama sendiri.

Maka mulai Jun 2023 ini wahai Melayu sekelian...

June 2023 ini maka kesemua saki baki barua DAP@LeeKwanYew yang masih ada mesti dilingkupkan kesemuanya secara total..!!

#lingkupkanbaruaDAP@leekwanyew

Anonymous said...

Yang najis jer suka najis. Najis rasuah. Najis berjubuq. Najis arak. Najis komunis. Bila nak insaf.

Anonymous said...

“Dia cakap tak berpakat dengan Zahid (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi), tapi dia berpakat (lantik jadi Timbalan Perdana Menteri).

“Kedua, dia janji nak turun harga minyak tapi tak buat… Ketiga, dia kata tak akan berlaku lantikan politik tapi dia lantik… Yang keempat, dia kata tak umum projek-projek semasa lawatan tapi dia buat dan kelima kata tak dibenarkan pegang jawatan Menteri Kewangan tapi dia lantik diri sendiri,” katanya lagi.

(C&P)

PRESIDENT PARTI KEPARATKAN RAKYAT ( PKR)

Anonymous said...

Aduss... nilai ringgit nampaknya terus rundum dan merundummm...dummm.dum..dumm! Apa yang mereka dah buat? Seorg lulusan sastera dan sorg lagi lulusan entah bidang apa? Sepatutnya bagilah kepada mereka yang pakar dalam bidang ekonomi... Pelabur pula dikatakan berlumba2 keluar dari pasaran? Nilai saham juga dikatakan juga terus merundum?
Apa nak jadi dengan Malaysia?

Anonymous said...

D*p nampaknya secara senyap2 dan halus ingin menguburkan terus UMNO? Bolehlah wakil2 mereka mula menghafal2 bagaimana nak membaca talkin nanti? Kah..kah..kah...

Anonymous said...

Bilamana banyak kejadian2 kecurian, pecah rumah dan bunuh diri terjun bangunan, sungai, jambatan dan sebagainya adalah petanda ekonomi rakyat semakin terbeban dan ramai yang sudah tidak mampu lagi?
Apakah pemimpin2 pakatan hancing tidak melihat petanda2 ini untuk dianalisa? Kah..kah..kah..

Anonymous said...

Kat tempat den, ramai yang dah ca alip but dari parti kris. Harap ini satu fenomena baru. Depa masuk bersatu. Tapi ramai juga yang ikut bulan.

Anonymous said...

Tun Dr Mahathir Mohamad jika didapati bersalah akan dipenjara 20 tahun ...Kah kah kah..

Sepandai pandai jadi barua DAP@LeeKwanYew akhirnya sesama sendiri berbunuhan sesama sendiri... Akhirnya hanya sekor Jho Low jadi pemenang... Barua barua DAP@LeeKwanYew berbunuhan... Pada orang Melayu' ini lah iktibar dan pengajaran bila seronok terkinja kinja jadi barua barua kaum mata sepet..!!

Polis melengkapkan kertas siasatan terhadap Mahathir bersabit kes penghinaan institusi diraja.

Anonymous said...

Yang tak reti insaf jer masih kekal dengan geng lanun.
Bukan pandai perintah pun.
Pandai bercakap jer.
Menteri formula, hancur negara.
Menteri al jub, bawak coldplay.

Anonymous said...

Semalam kilang Panasonic dah umum untuk tutup operasi kilang di mesia maka ribuan bakal hilang pekerjaan, cukai hilang, idustri sampingan berkaitan dengan nya bakal lumpuh, puluhan ribu lagi hilang pekerjaan.
Ini adalah akibat dari kerajaan gabungan berkombinasi ideologi lgbt extreme, komunis extreme, sakau extreme, sastera extreme, bodohbingai extreme dan akibat dari cara pengurusan golongan ini maka telah membawa banyak akibat yg buruk malah negara bakal menjadi bangkrup seawal ogos nanti, dan ringgit bakal merumdum lebih jauh lagi jika demikian berlaku iaitu akan menjadi rm20+ per 1usd. dan ini bermakna sekiranya hutang negara satu trillion ianya otomatik menjadi Empat trilliun+ disebabkan kejatuhan ringgit dan hutang dibayar dengan Usd.
selain itu segala barangan import akan naik mendadak empat kali ganda dan ini tentu juga jagong yg menjadi bijirin penting campuran segala barang makanan proses termasuk makanan ayam dan ini akan menjadikan harga ayam bakal naik sekurang2nya rm60+ seekor dan garga telur ayam rm2+ sebiji.

Kerja bakal byk hilang, rakyat mengangur dan akan berlaku kemelaratan diseluruh negara, ramai yg bakal hadapi notis kebangrupan terutama pembeli loan jereta dan rumah.

Di negara komunis jika ini berlaku maka regim komunis akan membina kem tahanan dan penderaan berskala besar bagi mengekalkan kuasa mereka dari disingkirkan oleh mereka yg ingin menyelakatkan negara dan rakyat serta ekonomi dari kegagalan extreme mereka.

Anonymous said...

Panasonic tutup kilang. Nanti menteri formula kata, ini menguntungkan negara. Yang bmx sokong formula menterinya. Menteri kabinet lain akan puji bmx. Hebat.

Bmx bukan ada ilmu ekonomi. Harapkan input dari menteri formula. Mengiyakan formula menterinya. Ini yang dikatakan rantaian kebodohan yang tidak putus. Dari menteri formula. Ke bmx. Ke jemaah menteri.

Rakyat jer yang bijak. Tidak mempercayai formula menteri formula. Tidak boleh diperbodohkan oleh bmx. Tak jadi pak turut macam jemaah menteri.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails