Thursday, June 08, 2023

Kembalikan PP kepada Kedah! Jangan dirosakkan DAP..

 


1. Pulau Pinang milik Kedah bukan provokasi 
Dato' Ahmad Yahaya

ALOR SETAR: Kenyataan bahawa Pulau Pinang adalah milik Kedah bukanlah satu provokasi sebaliknya dibuktikan oleh ahli sejarah dalam dan luar negara.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Dato’ Ahmad Yahaya berkata, hal berkenaan telah disentuh oleh Prof Dato’ Dr Ahmad Murad Merican melalui makalah akademik bertajuk, ‘The 1786 Acquisition of Pulau Pinang’.

Menurutnya lagi ‘The 1786 Acquisition of Pulau Pinang’ merupakan penilaian (revisit) terhadap penulisan tokoh sejarah R. Bonney yang bertajuk ‘Kedah 1771-1821: The Search for Security and Independence’ mengenai pengambilalihan Pulau Pinang daripada Kedah.

“Sekiranya kenyataan dan pendirian Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang berkali-kali menegaskan hal itu dianggap provokasi. Adakah pandangan tokoh sejarawan negara mahupun antarabangsa juga dianggap satu provokasi?

“Sedangkan sejarah tetap sejarah dan tidak boleh diubah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Semalam, Muhammad Sanusi pada sidang media sempena Majlis Menandatangani Perjanjian Persempadanan Darat dan Maritim (Kedah dan Perlis) berkata, tiada sempadan antara Pulau Pinang dan Kedah kerana negeri itu sememangnya hak Kedah.

Malah kata Ahmad, beliau sendiri telah menjelaskan di Dewan Rakyat, Kedahlah merupakan kedaulatan sebenar bagi negeri Pulau Pinang.

Tegasnya lagi R. Bonney melalui penulisannya menyimpulkan tidak ada sebarang perjanjian hitam putih yang ditandatangani berkenaan pemberian pulau tersebut daripada Tuanku Sultan Kedah (Sultan Abdullah Mukarram Shah) ketika itu.

Bahkan tindakan Francis Light yang mengambil alih Pulau Pinang atas nama King George III juga dianggap menceroboh undang-undang antarabangsa malah membohongi Sultan Kedah.

“Pada asasnya Tuanku Sultan Kedah membenarkan Pulau Pinang diduduki oleh Francis Light atas sebab terhimpit antara dua kuasa besar ketika itu iaitu Burma dan Siam.

“Tetapi bantuan ketenteraan yang dijanjikan British tidak disalurkan kepada Kedah terutama ketika serangan dilancarkan.

“Sedangkan ia adalah intipati utama surat daripada Sultan Kedah kepada Francis Light pada Mei 1791,” jelas Pesuruhjaya PAS Kedah itu lagi.

Selain itu, tindakan Francis Light menamakan semula Pulau Pinang dengan nama ‘Princes of Wales Island’ adalah ‘pembohongan terbesar dalam sejarah’ (the greatest deceptions in history).

Oleh itu kata Ahmad jika sejak awal lagi pendudukan British di Pulau Pinang ini diragui, bagaimana mungkin boleh timbul keraguan pemilikan Kedah terhadap Pulau Pinang sekarang.

“Inilah masa yang tepat untuk membetulkan kesilapan lampau dan penyerahan Pulau Pinang kepada Kedah tidak mungkin akan menggugat kedaulatan negara,” tambah beliau. – HARAKAHDAILY 30/5/2023  


2. Fakta sokong hujah Kedah miliki Pulau Pinang 

MB Kedah Muhammad Sanusi

Isu Pulau Pinang milik Kedah bukan perkara baharu, malah disebut dan ditulis sebelum ini oleh sejarawan dan pengkaji sejarah.

Mungkin sebelum ini, perkara ini tidak dibangkitkan secara lebih holistik oleh pemimpin Kedah, maka isu berkenaan sepi dan hanya menjadi lipatan sejarah bahan rujukan generasi baharu.

Insiden pemilikan Pulau Pinang meletup apabila Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor menyebutnya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada awal pentadbirannya dahulu.

Sebenarnya, kenyataan yang disuarakan oleh Menteri Besar bukanlah ‘omongan politik’ atau sengaja dilakukan berikutan keengganan negeri pentadbiran DAP itu membayar caj air mentah seperti yang dituntut Kedah, tetapi lebih kepada sejarah yang mesti diketahui umum.

Perkara ini pernah dilaporkan oleh sebuah media tempatan sebelum ini dengan merujuk kepada sejarawan yang secara tidak langsung mengukuhkan kenyataan pemimpin kerajaan negeri Jelapang Padi itu.

Menurut Profesor Sejarah Sosial dan Intelektual, Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof Datuk Dr Ahmad Murad Merican, dokumen dikatakan perjanjian antara Kedah dan Pulau Pinang yang dipamer kepada umum didakwa bukan bukti surat pajakan yang ditandatangani bersama Sultan Abdullah dan Francis Light pada 1786.

Menurutnya, dokumen itu adalah sekadar cebisan surat membincangkan hal berkaitan pajakan Pulau Pinang sahaja.

Beliau menjelaskan Sultan Abdullah dan Francis Light tidak pernah menandatangani apa-apa perjanjian atau surat pajakan berkaitan penyerahan Pulau Pinang daripada Kedah kepada Syarikat Hindia Timur Inggeris ketika itu.

Malah hal berkenaan sudah dijelaskan 50 tahun lalu oleh sejarawan, R Bonney dalam bukunya, ‘Kedah 1771-1821: The Search for Security and Independence’ yang antara intipatinya memaklumkan tidak ada perjanjian pajakan melibatkan kedua-dua negeri itu.

Namun,masyarakat secara umum masih menggunakan naratif kolonial bahawa Pulau Pinang dipajak daripada Kedah.

Dokumen perjanjian yang dipamerkan selama ini adalah tidak betul kerana itu sekadar perbincangan antara Sultan Kedah dan Francis Light sahaja dan tiada perjanjian pajakan sah dibuat antara kedua-duanya.

Dr Ahmad Murad menjelaskan dokumen yang dikatakan perjanjian pajakan daripada Kedah dipamerkan di Muzium Pulau Pinang selain disimpan Arkib Negara sebagai warisan negara.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK), Dr Ibrahim Bakar, dalam kenyataannya sebelum ini pernah mendesak kerajaan negeri mengadakan perbincangan serius bersama kerajaan Persekutuan bagi mencapai persefahaman baharu termasuk mengambil kira kadar bayaran tahunan kepada Kedah.

Naratif sejarah berkaitan Pulau Pinang perlu diperbetulkan supaya semua pihak memahami kedudukan sebenar hubungan Kedah dan Pulau Pinang yang banyak dipesongkan.

Beliau juga menegaskan berpandukan hujah pada buku ‘Kedah 1771-1821: The Search for Security and Independence’, tidak ada satu perjanjian sah antara Kedah dan mana-mana pihak berhubung pendudukan Pulau Pinang.

Justeru, kenyataan Menteri Besar Kedah bahawa Pulau Pinang adalah hak milik Kedah yang sah sehingga kini disokong berdasar fakta-fakta yang terkandung dalam buku-buku dan penulisan berkenaan.

Ketika sidang Dewan Rakyat pada awal pemerintahan Pakatan Harapan (PH), perkara ini menjadi tajuk ‘panas’ antara Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang khususnya dari Kedah.

Walaupun secara umumnya pemimpin PH terutama di Pulau Pinang sedaya upaya menangkis berkenaan kedaulatan Pulau Pinang milik Kedah namun hakikat, kebenaran serta fakta sejarah tidak boleh diubah.

Sama ada pemimpin kerajaan mahu pun pembangkang wajar merujuk kepada fakta sebenar agar kekeliruan yang dibina sebelum ini dapat diperbetulkan.

Maka kenyataan bertalu-talu oleh Muhammad Sanusi berkenaan hal itu tidak boleh dianggap provokasi atau mengganggu kedaulatan Pulau Pinang sebaliknya semua pemimpin negara perlu duduk semeja membincangkan untuk mencari jalan tuntas menyelesaikannya.

Semoga hasrat dan cita-cita Kedah untuk bertaut semula dengan negeri miliknya (Pulau Pinang) menjadi kenyataan. – HARAKAHDAILY 1/6/2023 


3. Rasis: Persepsi atau realiti? 


ADA satu kisah seorang penguatkuasa berbangsa Melayu yang hendak mengeluarkan saman kepada seorang peniaga Cina tetapi ditempelak oleh peniaga itu. Dia berkata, ‘Encik hendak saman saya sebab saya Cina’. Penguatkuasa itu serba salah dan akhirnya melepaskan peniaga tersebut.

Di dalam satu kisah yang lain, seorang lagi penguatkuasa berbangsa Melayu mahu mengeluarkan saman kepada seorang peniaga Melayu tetapi peniaga tersebut merayu. Beliau berkata, ‘Abang, Melayu sama Melayu tidak boleh tolong ke?’ Seperti kes pertama, penguatkuasa itu juga serba salah dan tidak meneruskan hasrat beliau.

Sama ada dua kes itu adalah kisah benar atau tidak, tidak penting kerana ia adalah dua contoh di mana faktor kaum boleh digunakan untuk mempengaruhi tindakan. Penguatkuasaan gagal dilaksanakan apabila sentimen kaum dimainkan. Kesalahan yang dilakukan oleh peniaga-peniaga tersebut mungkin kecil dan implikasi kepada orang ramai tidak akan mengancam nyawa namun ia boleh berlaku pada skala yang lebih besar dan lebih serius.

Mungkin bagi mereka yang duduk di hadapan komputer atau sedang melayari telefon pintar akan menyalahkan penguatkuasa-penguatkuasa tersebut. Mungkin juga ada yang menyalahkan peniaga-peniaga itu kerana melakukan provokasi. Walaupun kedua-dua mereka mungkin bersalah namun suasana masyarakat kita hari ini juga turut menyumbang kepada kejadian itu. Ramai dari kita yang terlampau obses dengan faktor kaum walaupun ia sekadar statistik yang didedahkan.

Ketika saya berada di dalam Kerajaan Negeri Selangor dahulu, terdapat satu kes di mana faktor kaum tidak semena-mena dibangkitkan dan akhirnya menjadi isu politik. Ketika Pakatan Rakyat mula-mula mengambil alih kerajaan negeri, Menteri Besar perlu melantik seorang pengurus besar untuk menerajui sebuah syarikat kerajaan negeri kerana pengurus besar sebelum itu telah bersara. Menteri Besar telah buat pertama kali dalam sejarah melantik seorang bukan-Melayu. Akibatnya berlaku bantahan daripada pelbagai pihak. 

Tidak dapat dinafikan faktor kaum menjadi asas kepada sesetengah bantahan tetapi bukan kesemuanya. Ada yang membantah kerana individu itu adalah dari era kerajaan negeri yang sebelumnya dan adalah satu keperluan untuk memutuskan hubungan dengan yang lama. Malang sekali terdapat mereka yang menjaja seolah-olah bantahan yang dilakukan adalah bersifat perkauman semata-mata. Kita tidak boleh menyalahkan mereka kerana sentimen perkauman menguasai masyarakat dan walaupun hujah yang logik dapat dikemukakan namun sentimen tersebut masih mendapat perhatian. 

Ini adalah realiti di negara kita yang berbilang kaum. Inggeris bersetuju melepaskan negara kita dari cengkaman mereka jika wujud kerjasama di antara kaum-kaum. Kita bukan Algeria di mana apabila penjajah Perancis dihalau keluar menerusi peperangan yang ganas, mereka yang dibawa masuk ketika penjajahan telah meninggalkan negara itu. Kita bukan juga Mozambique di mana mereka yang dibawa masuk oleh penjajah Portugis turut pulang ke negara asal setelah perang liberasi berakhir. Kita bukan juga Zimbabwe atau Afrika Selatan di mana kaum pribumi merampas semula hak mereka setelah beratus tahun ditindas oleh rejim apartheid kulit putih melalui kekerasan dan kadang-kala muncung senapang. Suka atau tidak kita perlu hidup bersama.

Amat merugikan jika terdapat mereka yang begitu senang melemparkan tuduhan rasis. Kita akan takut untuk menyatakan yang benar kerana bimbang dilabel sebagai rasis walaupun statistik begitu jelas dan nyata. Kita tidak akan berani membincangkan masalah sebenar tetapi akan berada di awang-awangan bagaikan kapal terbang yang berlegar-legar di udara tanpa tujuan. Akhirnya kita tidak akan berupaya menyelesaikan masalah kerana kita tidak berani berhadapan dengan kenyataan dan segala masalah disapu ke bawah permaidani.

Perlu ada mereka yang berani menyatakan kebenaran walaupun apa sahaja label yang dilemparkan. Jangan menjadi seperti penguatkuasa-penguatkuasa yang tidak berani mengambil tindakan kerana dipengaruhi oleh sentimen kaum. Yang salah perlu dihukum walau apa implikasinya. Yang layak perlu dilantik walau ada yang tidak berpuas hati. Yang gagal perlu diketepikan walaupun ramai penyokongnya. Kadang-kala rasisme hanya wujud kerana ada yang mengambil kesempatan. Hanya persepsi bukan realiti.

DATO’ ISKANDAR ABDUL SAMAD
Ketua Penyelaras
Pusat Sumber Untuk Kemajuan Masyarakat Dan Perumahan (FIKIR) – HARAKAHDAILY 30/5/2023 


Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Kembalikan PP kepada Kedah! Jangan dirosakkan DAP.. 

Mengapa dikatakan 'Jangan dirosakkan DAP..'? Kerana dari laporan-laporan yang diterima di kawasan tadbiran DAP, banyak berbau rasis.

Sebenarnya umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam, termasuk 'barua-barua'nya yang ada di negara kita. 

Tolak 'kerajaan Pak Pandir' mereka.  Gunakan jari-jari anda untuk menukar kerajaan sekarang kepada kerajaan Islam, melalui peti undi.. Dunia selamat, akhirat selamat, bukan dunia saja, insya Allah!

8 comments:

Anonymous said...

Tun Dr Mahathir Mohamad jika didapati bersalah akan dipenjara 20 tahun ...Kah kah kah..

Padah jadi barua..!! Padah bila barua senang lemang bagi Pulau Batu Putih pada anak Lee Kwan Yew melalui desakan proksi nya iaitu Parti DAP ... Sial la ko nihhh.!!

Sepandai pandai jadi barua DAP@LeeKwanYew akhirnya sesama sendiri berbunuhan sesama sendiri... Akhirnya hanya sekor Jho Low jadi pemenang... Barua barua DAP@LeeKwanYew berbunuhan... Pada orang Melayu' ini lah iktibar dan pengajaran bila seronok terkinja kinja jadi barua barua kaum mata sepet..!!

Anak barua DAP@LeeKwanYew Tun Mahathir juga sedang disoal siasat Kes AMLA... Kah kah kah ... Ni nasib jadi barua barua mata sepet ..

Hadannn hukaa ko setannn..!!

Polis melengkapkan kertas siasatan terhadap Mahathir bersabit kes penghinaan institusi diraja.

Ingat June 2023 PRN bubar Maka kesemua saki baki barua barua yang ada dipersada kuasa mesti dilingkupkan secara total.

Biar Melayu' baru akan membina kapitalis kapitis Melayu', billionaire Melayu', Kartel Kartel Dan rangkaian mafia Melayu' pula yang menguasai ekonomi Malaysia Baru pula lepas ini..

Bila dah melingkup aje barua barua di PRN June 2023... Usaha mencari Kedah Lama perlu diteruskan secara agressive dan keras bukan berlembut lagi dah..!!

Cukup cukup lah jadi barua ni weeiii...!!

Anonymous said...

Sebagai negeri berdaulat, sudah sampai masanya Kedah mengambil semula P Pinang.

Anonymous said...

PN perlukan lebih ramai pemimpin2 berjiwa besar seperti MB Kedah. Sudah lama orang2 Melayu tidak mempunyai pemimpin berjiwa besar seperti beliau!

Anonymous said...

Orang melayu perlukan pimpinan yang jujur. Pimpinan yang amanah. Pimpinan dari rakyat asal.

Tak perlu kepada pmx kaki temberang. Tak perlu pimpinan dari parti kris yang kaki songlap. Tak perlu kepada parti kuali dari mani komunis dapig.

Anonymous said...

“Ada pihak yang berniat jahat menggunakan nama Mursyidul Am PAS bagi menyokong pengiktirafan yang diberikan kepada veteran DAP, Lim Kit Siang.

“Saya sebagai Pesuruhjaya PAS Perlis yang saya kira amat rapat dengan Dato’ Tuan Guru Hashim Jasin, tidak pernah mendengar sebarang kenyataan rasmi daripada beliau berkenaan isu tersebut (sokongan kepada Lim),” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

(C&P)

Bmx dikontrol oleh komunis dapig.

Anonymous said...

Naper yer si pmbiol tu tetiba tertemberang mau suruh murid cuci tandas?
Aper dia nak suruh murid dier si wak hoihoiyahoi cuci kencingan dier yang dipancutnya merata2 tu ker?
Tapi kan si waj hoihoiyahoi tu pun kuat juga pancut kencing merata2 ya kan?
Hehe elok ler tu, cikgu kencing berlari, muridnya pun kencing berlari, tapi si cikgu jurusan hoihoiyahoi tu suruh muridnya yang cucikan, .. tu mesti ahli ameno yang kena buatkan tuh yer kan,... hehehe, kacian, kacian.

Padan muka, hehehe.

Anonymous said...

Sindiran yang bawa rebah...!! Kah kah kah..

Bila parti perasan dah hebat, bila Presiden perasan UMNo dah kuat... Mentaliti perasan bagus ini yang akan menyebabkan UMNo bungkus PRN June 2023 ini..

Bekas ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata parti itu akan “bungkus” pada PRN di enam negeri.

Tidak perlu pelawa ahli yang dibuang ke PAU secara menyindir dan sengaja berseloroh. Ini hanya menggambarkan mentaliti dan pemikiran semasa kepimpinan Umno, tidak membantu langsung usaha memulihkan kedudukan parti dalam memenangi hati ahli-ahli di akar umbi.

“Yang dibuang tidak rugi kerana parti telah pun menetapkan hukuman, tidak memerlukan khidmat kami lagi. Yang rugi ialah Umno yang terkesan daripada pelawaan sinikal sedemikian.

Ini mentaliti Presiden UMNo yang perasan UMNo dah cukup gah dan kuat. Sedangkan Timbalan Presiden UMNo Mat Asan pernah berkata UMNo bukan tuan rumah, UMNo sekarang sekadar menumpang kasih sayang DAP@ LeeKwanYew dalam Pakatan Harapan..

Bahana perasan kuat ini yang akan melingkupkan UMNo lebih cepat lagi...!!

Kah kah kah

Anonymous said...

Umno hanya harapkan undi cina. Undi pkr akan pergi ke pn. Undi umno pun akan ke pn. Sapa nak kan presiden yang ada prima facie.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails