Sunday, June 04, 2023

RM akan jadi lebih kuat/stabil, ini... Apa menteri duit/PMsastera buat?



1. Hutang dan mata wang

BANK Negara mengatakan, kalau Malaysia berjaya mengurangkan hutang negara, nilai RM akan menjadi lebih kuat dan stabil.

Kenyataan itu dilaporkan berdasarkan kepada hutang negara sekarang ialah kira-kira RM1.5 trilion.

PETRONAS juga digesa untuk meningkatkan pengeluaran minyak sementara harga bahan tersebut masih tinggi sekarang.

Ditambah kesedihan itu dengan kejatuhan nilai RM yang paling rendah setakat ini, tetapi dijawab Pak Menteri, ia membawa keuntungan kepada kita dalam bidang pelancongan. 

Dengan kejatuhan RM, ia akan meningkatkan lagi hutang negara sebab kita kena bayar dengan lebih RM berbanding sebelum ini dengan jumlah hutang yang sama. Nilai berbeza. 

Aku yakin, kerajaan akan melakukan yang terbaik bagi menangani hutang negara, sebab imej mereka juga akan tercalar di sebalik dakwaan Malaysia sedang diterajui oleh bekas Menteri Kewangan terhebat di Asia dahulu. 

Tetapi dalam masa yang sama, tiba-tiba aku teringat kepada Menteri Besar Terengganu yang dalam masa tiga tahun, sudah RM472.78 juta iaitu hampir 70 peratus hutang yang Kerajaan BN dulu buat, diselesaikan dengan pengurusan kewangan yang betul, walaupun dia bukan seorang pakar ekonomi.

Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar seorang pakar aeroangkasa. Walaupun begitu, beliau tidak sembang sampai terbang dalam bab hutang, biarpun dia pakar dalam bab penerbangan. 

Aku terus berfikir, kalaulah Terengganu ada mempunyai mata wangnya sendiri, semesti mata wang Terengganu antara yang paling kukuh di antara negeri-negeri di Malaysia.

Sama juga seperti dahulu, di Kelantan, almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat (TGNA) telah mengemudi Kelantan dengan jayanya walaupun tanpa kepakaran dalam bidang ekonomi.

Bezakan, apabila orang yang tahu amanah memegang jawatan utama kemudian dituduh sebagai tidak amanah berbanding dengan orang yang sudah dibuktikan pecah amanah, tetapi masih mengaku dia seorang yang amanah.

Padahal sama sahaja kewangan Kerajaan Terengganu yang dahulu menerima wang royalti dengan kerajaan sekarang, walaupun masih ada lagi baki yang tidak diberikan oleh Kerajaan Pusat. 

Lagi rare, bila yang mengaku kata mahu hapuskan kes pecah amanah, mengambil orang yang pecah amanah juga untuk menjaga amanah sambil dia menafikan kejahatan rakannya dan menuduh orang yang amanah itu pula sebagai pemecah amanah… arrhhh pening aku.

Dan kalau Terengganu nak buat mata wang sendiri mestilah namanya Rial untuk duit kertas dan Samah untuk lima puluh sen, macam yang diguna pakai sekarang. 

Aku sekarangpun dah guna Rial kat tempat aku kerja, Qatar dan kat kampung aku Terengganu ni.

MOHD NASIR ABDULLAH
29 Mei 2023 – HARAKAHDAILY 29/5/2023   


2. Atasi hartanah tidak terjual, elak beban ekonomi negara 

KUALA LUMPUR: Isu hartanah tidak terjual, khususnya kediaman yang siap dibina,  boleh menjadi beban ekonomi kepada negara jika tidak diatasi dengan kaedah sewajarnya.

Menurut Pusat Maklumat Harta Tanah Negara, hartanah tidak terjual merujuk kepada unit kediaman, komersial dan industri yang telah siap dibina dengan mendapat sijil penyiapan dan pematuhan tetapi masih tidak dapat dijual melebihi tempoh sembilan bulan dari tarikh dilancarkan atau selepas 1 Jan 1997.

Bernama pada 14 April lepas, melaporkan jumlah kediaman siap dibina tidak terjual berkurangan kepada 27,746 unit bernilai RM18.41 bilion pada akhir Disember tahun lepas berbanding 36,863 unit bernilai RM22.79 bilion pada penghujung 2021.

Dalam laporan itu, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan berkata Johor kekal merekodkan jumlah dan nilai kediaman tidak terjual tertinggi, iaitu 5,258 unit bernilai RM4.33 bilion, diikuti Selangor dengan 3,698 unit bernilai RM2.74 bilion dan Pulau Pinang (3,593 unit bernilai RM2.74 bilion).

Meskipun angka keseluruhan menunjukkan penurunan, pakar bimbang masalah akan berlanjutan jika pihak berwajib tidak mencari langkah penyelesaian bersifat jangka panjang.

Ketidaksepadanan dalam pasaran

Penganalisis hartanah Prof Dr Noor Rosly Hanif berkata isu lambakan hartanah tidak terjual berlaku sejak 2016, merentasi pelbagai kategori hartanah.

“Pada waktu itu, keadaan ekonomi sangat memberangsangkan sehingga menggalakkan pemaju untuk membangunkan hartanah. Namun malangnya, kadar kenaikan gaji dan pendapatan isi rumah tidak setara dengan peningkatan harga hartanah, khususnya rumah.

“Dalam hal ini, ketidaksepadanan nilai hartanah yang dibina (penawaran) dengan kemampuan rakyat (permintaan) menjadi punca utama berlakunya perkara ini (lambakan hartanah tidak terjual),” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Noor Rosly yang merupakan profesor Program Pengurusan Hartanah dan Lelong, Fakulti Perniagaan, Universiti Malaya-Wales, berkata walaupun wujud permintaan untuk kediaman, harga yang ditawarkan pemaju tidak mampu dipenuhi oleh pembeli berpotensi yang turut sukar mendapat pinjaman bank berikutan kedudukan kewangan tidak menepati syarat.

“Jenis hartanah yang dibina oleh pemaju pula bukanlah yang diperlukan oleh pasaran. Sebagai contoh, rakyat mengharapkan rumah teres (bertanah) pada harga mampu milik, tetapi pemaju kebanyakannya membina kondominium/pangsapuri yang menurut Laporan Pasaran Harta 2022, Jabatan Penilaian Dan Perkhidmatan Harta (JPPH), adalah penyumbang terbesar kepada hartanah tidak terjual, iaitu 61.9 peratus.

“Faktor cita rasa rakyat turut memberi kesan, lebih-lebih lagi golongan muda yang kurang berminat membeli rumah sebaliknya memilih untuk menyewa. Mungkin mereka terpaksa menerima realiti untuk tinggal menyewa atau tunggu lewat umur baru fikir nak beli rumah. Itupun jenis bertingkat seperti pangsapuri yang sesuai dengan kemampuan mereka,” katanya, menambah situasi itu adalah trend semasa.

Rumah bukan komoditi

Berdasarkan Laporan Pasaran Harta 2022, hartanah dalam lingkungan harga RM500,001 hinggan RM1 juta adalah paling banyak tidak terjual, mewakili 33.6 peratus atau 9,323 unit, iaitu meningkat berbanding 30.2 peratus pada 2021.

Hartanah dalam lingkungan RM300,001 dan RM500,001 pula di tempat kedua, merangkumi 29.3 peratus (8,128 unit), manakala rumah dalam lingkungan harga mampu milik bawah RM300,000 membentuk 23.5 peratus (6, 509 unit), diikuti oleh hartanah lingkungan harga melebihi RM1 juta yang menyumbang 13.6 peratus (3,786 unit).

Menurut Noor Rosly, purata kemampuan rakyat adalah rumah berharga sekitar RM250,000 hingga RM300,000. 

“Disebabkan itulah terdapat mereka yang bekerja di Kuala Lumpur tetapi sanggup membeli rumah di Seremban, Negeri Sembilan kerana kediaman di luar Kuala Lumpur harganya lebih rendah dan mereka masih dapat memiliki rumah teres setingkat pada harga sekitar RM250,000,” katanya.

Menurut beliau lagi, pembeli juga akan menimbang faktor lain seperti jarak ke tempat kerja, akses kepada pengangkutan awam, kemudahan kesihatan, keselamatan serta sekolah yang berhampiran dengan kediaman sebelum membeli kediaman.

Sekalipun berpendapat pasaran hartanah semasa dalam keadaan stabil, pemerhati itu berkata kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan, harus memantau dengan lebih ketat sektor tersebut dan tidak memberikan kelulusan pembangunan baharu, khususnya projek mewah, atas dasar galakan ekonomi semata-mata.

“Dulu mungkin kita mengharapkan pelabur dari luar untuk membeli, namun kini kerajaan harus pantau dan tidak sewenang-wenangnya memberi kelulusan pembangunan sedemikian kerana permintaan sebenarnya adalah terhadap perumahan bagi rakyat sendiri, bukan untuk (tujuan) pelaburan (oleh warga asing).

“Dasar Perumahan Negara juga harus dikaji semula, mungkin boleh diwajibkan pemaju atau kerajaan menyediakan rumah kediaman bersifat lebih mampu milik yang diperlukan rakyat.

“Rumah bukan komoditi untuk pelaburan tetapi adalah keperluan asas bagi rakyat,” katanya yang turut menyentuh tentang kewajaran pihak berkuasa tempatan (PBT) yang masih meluluskan projek komersial baharu seperti ruang pejabat dan pusat beli-belah, sedangkan subsektor itu mengalami lambakan.

Bagi mengurangkan harga rumah, beliau menyarankan pemaju memendekkan tempoh pajakan tanah yang pada masa ini selama 30, 60 atau 99 tahun.

“Mungkin ini satu pendekatan yang lebih efektif dalam mengatasi masalah pemilikan unit kediaman walaupun di akhirnya nanti hartanah tersebut tidak boleh diwarisi oleh generasi seterusnya.

“Kerajaan juga boleh memperkasakan semula konsep wakaf bagi membantu pemilikan hartanah  dalam kalangan bumiputera. Sebagai contoh di Turkiye dan beberapa negara lain, konsep pembangunan tanah dan tabung wakaf bagi membantu pemilikan hartanah di tengah bandar oleh umat Islam sangat berjaya,” katanya.

Sinergi pembuat dasar, pihak berkepentingan

Sementara itu, pensyarah kanan di Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan, Universiti Utara Malaysia (UUM) Muhammad Ridhuan Bos Abdullah berkata sekalipun industri pembinaan menyumbang 8.7 peratus kepada pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar 2022, kediaman tidak terjual memberikan kesan kepada 120 buah industri yang berkaitan.

“Kitaran pasca-COVID-19 tidak terkecuali memberi kesan langsung yang menjadikan sektor ini masih dalam aliran pemulihan, dan pasaran buruh yang masih belum stabil secara langsung membataskan kemampuan pengguna untuk membeli unit kediaman pada harga tinggi.

“Pasaran buruh mengambil masa untuk pulih. Begitu juga dengan pendapatan isi rumah dan pengeluar. Justeru, rasional dan strategi pemaju sangat dituntut untuk meningkatkan prestasi jualan,” katanya, menambah kebanyakan pemaju di Malaysia tersenarai di Bursa Malaysia dan memiliki kepelbagaian perniagaan yang membantu kelangsungan operasi mereka.

Ujar beliau, kenaikan Kadar Faedah Semalaman (OPR) yang berturut-turut sejak tahun lepas turut membawa konotasi bahawa sekarang bukan masanya untuk membeli hartanah, terutama menerusi pembiayaan bank, kerana kenaikan OPR bermakna peningkatan kadar faedah pinjaman institusi kewangan.

Keadaan ini juga memberi kesan kepada penggerak industri yang pastinya perlu menaikkan harga hartanah yang ditawarkan bagi menampung kos pembangunan, jelas beliau.

“Selain itu, pihak bank juga akan lebih berhati-hati dalam meluluskan pinjaman kepada pembeli berpotensi bagi mengelakkan isu pinjaman tidak berbayar (NPL).

“Ringkasnya, kesan kepada pemaju ialah jualan menjadi perlahan dan terganggu kerana pembeli menangguhkan pembelian. Akibatnya, risiko unit kediaman tidak terjual akan terus meningkat dalam pasaran,” jelas beliau.

Menurut beliau lagi, apabila pasaran hartanah terjejas, pemaju akan terkesan dari segi pulangan pelaburan, sementara PBT pula kerugian dalam aspek kutipan hasil akibat lambakan unit tidak terjual.

Pemberi kredit dan institusi perbankan pula mungkin mengehadkan pelaburan dalam hartanah, sebaliknya beralih ke sektor lain, dan ini berpotensi menjejaskan keyakinan pelabur asing kerana sentimen perniagaan memberi gambaran terhadap kestabilan ekonomi sesebuah negara, jelas beliau lagi.

“Isu hartanah tidak terjual, khususnya kediaman, perlu dilihat secara harmoni dengan sinergi dibentuk antara pembuat dasar, pihak berkepentingan dan perancang bandar.

“Pelbagai perkara boleh dikenal pasti, antaranya kemampuan sebenar isi rumah atau pembeli, di samping tanah yang dibangunkan juga perlu dilihat secara ekonomi seperti kos lepas yang terlibat apabila dibangunkan,” tambahnya.

Pemilikan rumah bumiputera

Mengulas tentang pemilikan rumah dalam kalangan bumiputera, Presiden Persatuan Perunding Hartanah Muslim Malaysia (PEHAM) Ishak Ismail berkata lebih banyak kediaman mampu milik perlu dibina, terutama bagi kumpulan B40 dan M40.

Beliau turut berpendapat skim ‘Sewa Untuk Beli’ (RTO) wajar diperluas bagi memberi peluang kepada lebih ramai rakyat memiliki unit hartanah selepas menyewa selama tempoh yang dipersetujui oleh pemaju dan penyewa.

“Walaupun konsep ini agak baharu di pasaran hartanah tempatan, RTO boleh membantu bakal pembeli memiliki kediaman sendiri kerana mereka tidak terbeban untuk membayar jumlah deposit yang tinggi seperti proses membeli rumah biasa.

“Melalui kaedah ini, kos membayar sewa bulanan dipindahkan menjadi status milikan (apabila mencapai satu tempoh yang dipersetujui antara pembeli dan pemaju), pemaju dapat menjual dengan lebih cepat, menggalakkan pemilikan dalam kalangan anak muda, di samping menjadikan pembelian rumah sebagai keutamaan mereka,” jelasnya.

Ishak yang juga Pengarah Urusan IM Global Property Consultants Sdn Bhd, pada masa sama berkata kerajaan perlu menetapkan sasaran mewujudkan ‘Tabung Simpanan Rumah Pertama’ dengan mekanisme simpanan seperti Tabung Haji.

“Melalui kaedah ini, bakal pembeli boleh membuat potongan gaji bulanan seperti potongan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja , dividen tahunan akan dikreditkan ke dalam akaun peserta.

“Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) boleh dipertanggungjawabkan untuk membina rumah bagi program ini dan pengeluaran hanya dibenarkan atas tujuan pembelian rumah pertama,” katanya.

Tambah beliau, kajian terperinci berhubung “affordability vs affordable homes”  (kemampuan dan rumah mampu milik) perlu dilakukan bagi melihat keupayaan sebenar bumiputera dalam pemilikan hartanah, sekali gus membantu pemaju serta agensi kerajaan berkaitan menetapkan sasaran pembangunan perumahan.

Pada masa sama, beliau turut menasihati pembeli berpotensi agar mengambil kira beberapa aspek sebelum membeli hartanah, antaranya prestasi pemaju dan lokasi, selain tujuan pembelian sama ada untuk dihuni sendiri atau pelaburan.

“Pemaju yang berpengalaman dan mempunyai prestasi kewangan yang baik, kawasan tumpuan dan mudah mendapatkan penyewa, kawasan selamat dan persekitaran yang kondusif mampu menarik minat pembeli,” katanya yang turut meminta pihak berwajib meneliti peningkatan kos bahan binaan yang secara langsung menaikkan harga perumahan. – BERNAMA  

Komen Weblog Ibnu Hasyim: RM akan jadi lebih kuat/stabil, ini... Apa menteri duit/PMsastera buat?

Ya, tuan-tuan pengundi di Malaysia boleh lihat sendiri, apa suku-sakat menteri duit atau PMXsastera buat sejak memerintah? Sebenarnya umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam, termasuk 'barua-barua'nya yang ada di negara kita. 

Tolak 'kerajaan Pak Pandir' mereka.  Gunakan jari-jari anda untuk menukar kerajaan sekarang kepada kerajaan Islam, melalui peti undi.. Dunia selamat, akhirat selamat, bukan dunia saja, insya Allah!

12 comments:

Anonymous said...

Muka temberang, dulu masa dia jadi menteri kewangan sampai merundum ekonomi negara, dan terpaksa pm madey sekat kuasa menteri dia dan pegkan duit, masa tu cakap warga veteran ramai orang kena bangkrup, harga kereta terpakai sampai menjunam dan pemimjam terbeban, byk rumah baru siap jadi rumah hantu, dan byk hal lagi lah harubiru gejala wabak spesis temberang nih.
Nah sekarang dia dapat pangkat lagi, dan dah menular lagi wabak harubiru bawaan dia.
Seburuk² si madey ada jgk jasa tapi dia nih sentiasa bawak gejala sengsara.

Jom selamatkan negara, undi PN, stabil, berkat, mulia.

Anonymous said...

Dalam keadaan dollar Amarika yg lemah sedikit maka Rupiah indon naik berbanding dollar, Taka bangla naik berbanding dollar, Peso pilipina naik berbanding dollar, dan byk duit yg lemah kini sedikit bertenaga diseluruh dunia, kalau duit yg gah macam Yen Jepun, Euro, British Pound tu jangan cakap lah dah lebih baik tentunya dari dollar usa.

Eik tetiba dalam keadaan mcm tu RM terus merumdum, jangan² RM tu dah jadi Ruppee Madangok di tukar nama oleh menteri kewangan dengan restu pmngok tak?
Ada ker kat tv propa tadi dlm berita dia kata rm jatuh nilai merundum dari Usd sebab Usd jatuh?
apa punya mau memperbodoh la si geng bongok nih?

Anonymous said...


Tun Dr Mahathir Mohamad jika didapati bersalah akan dipenjara 20 tahun .

Barua vs Barua DAP@LeeKwanYew makin hottt, makin panassss dan makin mengelegakkk..!!

Kasi tepokkkkk satu kalii...!!! Angkara sekor Jho Low semua Melayu' berantakan berbunuhan PRU 14 dahulu. Jho Low sampai sekarang lepas be as kaya raya sambil ketawa dengan kaumnya tengok barua barua Melayu' DAP@ LeeKwanYew berbunuhan sesama sendiri..!! Fucckkkk..!!

Tun Dr Mahathir telah disoal siasat oleh polis berhubung “Proklamasi Melayu”, kata peguam Rafique Rashid Ali.

Rafique berkata beliau menemani Mahathir ketika bekas ahli parlimen Langkawi itu memberi kenyataan kepada Bukit Aman di Yayasan Albukhary sekitar 12.30 tengah hari ini.

"Mahathir telah memaklumkan (polis) bahawa dia bersedia untuk didakwa di mahkamah dan dia akan menjawab soalan mereka di mahkamah," katanya dalam video yang disiarkan di InspirasiChannel.

Rafique menambah bahawa Mahathir disiasat di bawah Seksyen 124B Kanun Keseksaan kerana "melakukan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen".

Seksyen 124B membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun.

Rafique menggalakkan sesiapa yang dipanggil polis berhubung Proklamasi Melayu untuk mengikutinya dan mengisytiharkan bahawa mereka akan menjawab sebarang pertuduhan di mahkamah.

“Adakah bersuara untuk orang Melayu atau bercakap mengenai Pemasyhuran Melayu satu pelanggaran undang-undang?

Kikiki..dah 94 tahun dah, helum abis bicara dah mampuih... Sekeh ja palo anak Tun dalam Kes AMLA..!!

Pemimpin acah acah power Melayu' Islamik' dalam diam jadi barua DAP@LeeKwanYew dan sambil gentel telo labuhnya bagi Pulau Batu Putih pada anak Lée Kwan Yew... Puiiii

Mana mana pemimpin yang rapat kan diri dengan Tun Mahathir Mohamad menjelang PRN June 2023 ini pasti melingkup... Stay away from toxic Tun Mahathir Dan PejWang

Proklaminasi pantek...!!

Anonymous said...

Muka temberang. Mana nak dapat berkat. Sakau royalti.
Bidang sastera, nak jaga ekonomi negara. Nak jadi menteri kewangan.
Tipu dik menteri formula, bukan menteri kewangan tahu. Konsep ekonomi satu realiti, bukan konsep sastera. Boleh reka reka tanpa fakta.
Lagi lama menteri temberang jaga ekonomi, lagi parah ekonomi malaysia.
Lagi lama jadi pm, lagi rosak moral rakyat.
Kena tegur sikit, dah kata naratif jumud.
Sapa yang jumud.

Anonymous said...

PRN Jun 2023 Menang sorak kampung tergadai - UMNO

Terdapat 22 kerusi Parlimen. Kalaulah UMNO boleh bertanding di 10 Dewan Undangan Negeri (DUN) sahaja, apakah ahli parti itu menerima keadaan tersebut?

Katakanlah 10 kerusi itu di 10 Parlimen, bagaimana dengan pendukung UMNO di 12 Parlimen lagi?

Adakah pemimpin UMNO bersedia menjadi pemerhati dan panjat tiang letrik gantung dan tukang tampal poster saja sedangkan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), mereka mendukung calon dari Barisan Nasional (BN)?

Ramai meramalkan UMNO akan terpukul teruk dalam pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri itu nanti. Mungkin betul atau sebaliknya. Begitupun, kalau disandarkan kepada keputusan PRU15 lalu, berkemungkinan besar keputusan PRN nanti tidak membawa laba kepada UMNO.

Kalau nasib malang terus melanda UMNO pada PRN, bagaimanakah perjalanan politik UMNO? Apakah UMNO akan berkelana membawa diri atau terus menumpang dagu kepada Pakatan Harapan (PH)?

"UMNo bukan tuan rumah. UMNo tumpang kasih sayang DAP@ LeeKwanYew saja", kata Mat Asan

Makna kata UMNo macai DAP tuan beso Lee Kwan Yew .!! UMNO membawa dasar mempertahankan dan memperjuangkan hak keistimewaan orang Melayu serta Islam mengikut Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan, manakala DAP membawa dasar kesamarataan kaum dan agama atau ‘Malaysian Malaysia’... Celah mana adanya persamaan UMNo/DAP.!?

UMNO tidak ada seorang pun ahli Parlimen di Selangor malah di enam negeri lagi, iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Melaka. Apa maknanya dari sudut pengaruh UMNO di negeri-negeri tersebut?

PRN June 2023 ini UMNO ibarat menang sorak kampung tergadai. Ibarat Jong pecah yu kenyang

Kiss and say goodbye UMNo.. Adios Amingos UMNo...!!

kikikiki...

Anonymous said...

Syarat mudah Mahathir dan Muhyiddin kembali ‘bersatu’. No Boboi No PejWang..!!

Jangan benarkan Boboi jadi calon dan jangan bagi Parti Pejuang masuk Pakatan Perikatan. Period

Mahathir mengakui beliau kini bersedia bekerjasama dengan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin sekiranya kedua-dua pihak dapat mencapai matlamat yang sama.

Tugas Boboi Kali ini panjat tiang letrik gantung gambar calon yang bertanding PRN June 2023 Kali ini..Period ..!!

No Boboi No Pejuang..!!

Anonymous said...

Mula mula bm temberang kata
Hari ni jadi kerajaan, esok harga minyak turun.
Kemudian bm temberang kata
Jawatan bm dengan menteri kewangan, bukan orang yang sama.
Lagi bm temberang kata no kronisme.
Kemudian terus lantik anak yang tewas jadi punasihat.

Manifesto bm temberang tidak ditunai.
Maka dikatakan manifesto bukan kitab suci.
Bm temberang kata lagi, misi perkasakan orang melayu.
Terus bm temberang rompak royalti.
Tak bayar peruntukan kelantan, trengganu dan kedah.

Pilem bm temberang untold story jadi unsold story.
Belanja rakyat berjuta rm belikan tiket.
Temberang dapat sambutan hangat.

Team bm temberang semuanya kaki temberang.
Menteri formula temberang dengan formulanya.
Temberang ringgit naik.
Temberang ringgit turun bagus untuk negara.
Temberang menu rahmah.

2nd man temberang pasai amanah.
Temberang pasai telus undang undang.

Mat aslan temberang pasai undi komunis dapig.
Dah jadi parti ciput, masih nak temberang pasai kuasa.
Udah jadi parti ikut telunjuk komunis dapig.

Yang paling mahal muka tak malu
Kata parti yang sihat sebagai parti temberang.

Parti rosak.
Masuk parlimen pun dah tak pakai tali leher.
Makin songsang.
Kalau tak pakai tali leher.
Tapi pakai pakaian yang sesuai.

Anonymous said...

Kat luar KL harga ketam kini RM50 sekilo. Kesian makcik sebelah bila dengo harga tu terus dia letak balik ketam2 yang dah dipilih... kesian orang kampung!

Menteri tak kawal ke bende2 ni semua? Atau hanya makan gaji buta?

Anonymous said...

Kepulangan Isa Samat kepada UMNO suatu rahmat dan kelebihan pada Kerajaan - Timb Presiden UMNo kah kah kah...!!

Kau orang pikir la sindri.. kah kah kah

Haaah tepokkkk..!! Kikikiki..

Anonymous said...

Umno dari satu pemborong kelapa sekarang suda jadi berok pemanjat kelapa.
Sekalang Dap jadi taukei besak, kelapa jual babi pun ada ternak, suda bikin besak lagi tambah umno punya olang keleja kuli woo..
pan parti suda jadi mando, itu pkr olang jadi kelani.
Sekalang apek Kitsiang suda jadi laja busak woo.

Anonymous said...

Ringgit terus jatuh...MoF kata OPR naik kuasa Bank Negara. Bank Negara bawah MoF, sapa menteri kewangan..!?

Masa tak dapat kuasa sedap membantai, tak peduli pagi petang siang malam, tak peduli betina atau jantan, tak peduli menonggeng atau terlentang. Kini, bila sudah menjawat jawatan...

Link bawah minyak naik sbb saya bukan Perdana Menteri

https://youtu.be/-RX_8Xs1j6k

Segala yang pernah di hamburkan kepada musuh politiknya kembali kepada batang bengkok belalai gajah nya.

Paku dulang, paku serpih, ngata orang dia yang lebih.

Dulu pandai berjubo sekarang pandai fitnah..!!

Anonymous said...

Gerakan pun dah sound sanusi. Pasal pulau pinang kedah punya.

Depa kalau bab macam ni, pasti bersatu. Macam tulisan jawi, mca, gerakan dan komunis dapig pasti bersatu menentang. Ruu 355 pasti mereka bersatu menentang.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails