Saturday, June 24, 2023

M'sia diambang gawat ekonomi. Tolak sekularisme ekstrem &..

 


1. Kerajaan selamba Malaysia di ambang kegawatan ekonomi

SEMEMANGNYA situasi seperti ini, iaitu negara kita sedang berhadapan dengan kegawatan ekonomi, merupakan berita gembira kepada parti pembangkang. Dalam berhadapan dengan PRN enam negeri yang bakal berlangsung pada akhir Julai atau awal Ogos, kemuraman ekonomi negara pasti menjadi hambatan kepada gabungan PH-BN untuk menang. Bagaimanapun, diyakini PN tidak ‘menangguk di air keruh’, mengeksploitasi situasi ini secara murahan hanya untuk mencapai kemenangan.

Petunjuk-petunjuk ekonomi global dan lokal menunjukkan Malaysia bakal berhadapan dengan kegawatan ekonomi menjelang pembentangan Bajet 2024 pada bulan Oktober, sekiranya langkah-langkah proaktif dan progresif tidak dilakukan oleh Kerajaan Campuran PH-BN. Namun demikian, Perdana Menteri khususnya masih bersikap ‘selamba’, seolah-olah signal yang ada tidak membawa apa-apa amaran. Beliau terus membuat ‘roadshow’ untuk tujuan menaikkan populariti dan mencipta persepsi. 

Mutakhir ini, beberapa negara telah masuk kancah kegawatan ekonomi kesan daripada situasi ekonomi pasca-COVID-19 dan Perang Russia-Ukraine. Yang terbaru masuk ke kancah kegawatan ekonomi (technical recession) ialah New Zealand, antara negara yang dikatakan paling berjaya membendung pandemik COVID-19. Antara penyebab utama negara tersebut menghadapi situasi ini ialah tindakan berterusan bank pusat menaikkan kadar faedah sebagai ikhtiar untuk mengekang inflasi.

Demikian juga dengan negara-negara Eropah atau dikenali Eurozone, juga sudah memasuki kancah kegawatan ekonomi teknikal setelah perkembangan ekonomi mereka menguncup pada suku pertama tahun ini. Faktor utama yang menyebabkan mereka mengalami kegawatan ialah kenaikan inflasi, yang merupakan kesan langsung daripada Perang Russia-Ukraine. Sebagaimana pengaruh ekonomi US dan China, kegawatan yang dialami oleh Eurozone juga boleh mempengaruhi ekonomi global.

Negara jiran Malaysia, Singapura, sedang memantau dengan begitu berhati-hati kemungkinan negara tersebut pun bakal memasuki kancah kegawatan ekonomi. Baru-baru ini, eksport negara tersebut telah jatuh 14.7 peratus yang menjadi antara petunjuk penting, negara tersebut sedang berhadapan dengan risiko memasuki kancah kegawatan ekonomi. Oleh yang demikian, kemungkinan berlakunya kegawatan ekonomi berskala global pada separuh kedua tahun 2023 ini, bukanlah sesuatu yang mustahil.

Bagaimanapun, di dalam berhadapan dengan kemuraman ekonomi global ini, Kerajaan Campuran PH-BN khususnya Perdana Menteri masih bersikap selamba. Boleh jadi, perkembangan ekonomi negara pada suku pertama tahun ini pada kadar 5.6 peratus menyebabkan kerajaan berasa selesa. Demikian juga, dilaporkan oleh Menteri MITI, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Aziz, pelaburan masuk ke Malaysia bagi suku pertama tahun ini meningkat sebanyak 59.7 peratus berbanding suku pertama tahun 2022 yang lalu.

Sehingga artikel ini ditulis, belum ada satu pengumuman yang meyakinkan apatah lagi langkah-langkah yang berkesan diambil oleh kerajaan untuk berhadapan dengan kemungkinan berlakunya kegawatan ekonomi. Perdana Menteri sibuk dengan aktiviti roadshow ke seluruh negara seolah-olah seperti tidak apa-apa yang berlaku. Beliau terus cuba mengelirukan rakyat dengan naratif rasuah dan salah guna kuasa, sedangkan faktor langsung menyebabkan kegawatan ekonomi yang bakal berlaku bukanlah disebabkan itu.

Sekiranya kerajaan dan Perdana Menteri masih dengan sikap selamba, malah terus menerus berpolitiking, tidak menghairankan jika Malaysia akan memasuki kancah kegawatan ekonomi lebih awal. Meskipun secara teknikalnya, paling awal Malaysia dijangka boleh memasuki kancah itu pada suku keempat 2023, sikap selamba Kerajaan Campuran PH-BN boleh menyebabkan rakyat merasai gejala-gejala kegawatan ekonomi lebih awal. Situasi ini memang menguntungkan pembangkang, tetapi apa maknanya jika rakyat menderita.

DR MOHD ZUHDI MARSUKI
Ahli Jawatankuasa Kerja
PAS Pusat– HARAKAHDAILY 21/6/2023 


2. Tamat lesen judi: Kerajaan PH-BN berani ikut? 


SETIAP negeri yang PAS perintah, lesen judi pasti akan ditamatkan. 
● PAS perintah Kelantan 1990 – Lesen judi ditamatkan.
● PAS perintah Terengganu 1999 – Lesen judi ditamatkan.
● PAS perintah Kedah 2022 – Lesen judi ditamatkan.
● PAS perintah Perlis 2023 – Lesen judi ditamatkan.

Bukan sikit hasil cukai judi yang diterima negeri sebelum itu. Namun PAS mengutamakan keberkatan dalam pentadbiran. Penutupan pintu kerosakan bakal membuka pintu keberkatan dan rezeki. Itulah keyakinan PAS. Tahniah. 

Judi terbukti merosakkan sistem sosial masyarakat dalam negara kita. Berapa banyak keluarga telah rosak akibat kesan ketagihan judi. Pengabaian keluarga, berhutang, serta terbabit dengan jenayah mencuri dan sebagainya. Selain itu pasangan terlibat dengan hutang ah long akibat ketagihan judi juga semakin meningkat. Ia akhirnya membawa kepada perceraian. Mudahnya, tiada yang baik dengan judi. 

Selain itu ketagihan judi juga diklasifikasikan sebagai di bawah International Classification of Disease 10 (ICD 10) sebagai permasalahan kesihatan mental. Mereka yang sudah ketagih judi, sanggup berbuat apa sahaja untuk terus berjudi. 

Persoalan yang timbul adalah kenapa Kerajaan PH-BN dan Kerajaan Pusat masih meneruskan lesen perjudian ini? Masih membuka ruang kepada rakyat terjerumus dan terperangkap dalam masalah sosial yang boleh meruntuhkan institusi kekeluargaan? 

Kalau Kerajaan Negeri dan Pusat PH-BN sayang kepada pendapatan cukai judi, ingatlah peribahasa ‘Penny wise, pound foolish‘, ‘untung secupak, rugi segantang’. Begitulah ibaratnya dengan kegiatan perjudian. Keuntungan cukai tak seberapa, namun kerosakan maha besar, apatah lagi ianya haram di sisi agama. 

Apakah Perdana Menteri ke-10 (PMX) merangkap Menteri Kewangan dan Menteri Besar Negeri PH-BN berani untuk mengambil langkah serupa di peringkat Pusat dan Negeri? Atau sanggup membiarkan rakyat Malaysia terus terlibat dengan aktiviti perjudian demi hasil cukai judi? 

NURUL ISLAM MOHAMED YUSOFF – HARAKAHDAILY 19/6/2023

Komen Weblog Ibnu Hasyim: M'sia diambang gawat ekonomi. Tolak sekularisme ekstrem &..

Apalagi bila Presiden PAS mendedahkan..

DUA konsep perjuangan DAP yang wajib diketahui oleh semua pihak ialah sekularisme ekstrem dan ‘Malaysian Malaysia’. Kedua-duanya menjadi konsep yang tetap mempengaruhi kerajaan PH yang bercampur dan didominasi oleh DAP kerana mereka merupakan parti paling besar jumlahnya dicampurkan dengan golongan bukan Islam yang ekstrem dan kelompok Islam liberal dalam PKR. Umat Islam wajib menentang kedua-dua konsep yang salah ini.

Sekularisme ialah suatu konsep atau ideologi pemisahan antara agama dengan institusi atau badan negara. Dalam istilah politik, sekularisme ialah pergerakan yang menuju pemisahan antara agama dengan pemerintahan. Fahaman tersebut cuba memansuhkan atau mengurangkan keterikatan antara pemerintahan dengan agama negara, seterusnya menggantikan hukum keagamaan dengan hukum sivil, dan menghilangkan pembezaan yang dianggapnya tidak adil dengan dasar agama.

Hal ini dikatakan menunjang demokrasi rakyat berkuasa dengan melindungi hak-hak kalangan beragama yang minoriti. Pada masa yang sama, menganggap agama Allah SWT itu tidak adil yang merupakan suatu anggapan yang salah terhadap Allah yang Maha Suci daripada segala sifat kelemahan dan kekurangan. Perkara ini berkonsepkan slogan demokrasi purba:

“Vox populi, vox dei.”

“Suara rakyat suara Tuhan atau suara rakyat suara keramat.”

Itulah gambaran bagaimana suara makhluk yang lemah mengatasi firman Allah yang Maha Berkuasa.

Sekularisme sering kali dikaitkan dengan Era Pencerahan (The Age of Enlightenment) yang berlaku di Eropah, dan memainkan peranan utama dalam peradaban Barat. Prinsip utama fahaman tersebut ialah pemisahan antara gereja dengan negara, agama dengan sains di negara Barat dengan berlakunya Revolusi Perindustrian.

Kebanyakagara yang umumnya dikenali sebagai negara sekular, contohnya seperti Kanada, India, Perancis dan Korea Selatan, walaupun tiada dari negara ini yang bentuk pemerintahannya menyamai dengan yang lainnya.

Kini, terserlah kesan yang sangat negatif apabila politik kehilangan moralnya kerana telah hilang rohnya apabila tidak beraqidah. Masyarakat Barat yang demokratik menjadi tidak beragama sehingga meruntuhkan jati diri kemanusiaan dan menyebabkan kemusnahan institusi keluarga. Bahkan, mn agama menerima hukum-hukum utama daripada masyarakat yang demokratik. Negara-nebila tidak beraqidah. Masyarakat Barat yang demokratik menjadi tidak beragama sehingga meruntuhkan jati diri kemanusiaan dan menyebabkan kemusnahan institusi keluarga. Bahkan, mengakibatkan hilangnya sifat kemanusiaan dan hubungan bermasyarakat sehingga meningkatnya maksiat dan jenayah yang melampau sebagaimana yang dilaporkan oleh media secara terbuka, sehingga kanak-kanak sekolah yang tidak berdosa turut menjadi mangsa.

Negara Turkiye yang menjadi kuasa besar dunia bersama Islam bertukar menjadi negara bangsat, setelah Kamal Ataturk melaksanakan dasar sekularisme kononnya untuk mengambil teladan Eropah yang maju.

Islam menegaskan bahawa urusan pentadbiran negara merupakan salah satu kewajipan agama yang ditetapkan oleh Allah SWT sejak perisytiharan-Nya untuk menciptakan manusia. Hal ini sebagaimana firman-Nya: 

Ikutilah tulisan Presiden PAS selanjutnya..  

Sekularisme dan ‘Malaysian Malaysia’ wajib ditolak

Kesimpulan:

Ya, sewajarlah kita semua kembali kepada Islam.  Celeklah mata wahai rakyat tertindas. Simpan apa lagi kerajaan macam yang ada ni. Tumbangkan segera melalui peti undi. Gunakan jari-jari anda untuk menukar kerajaan sekarang kepada kerajaan Islam Insya Allah! 

Jom bangun bersama Islam.

13 comments:

Anonymous said...

Nih terasa nak tanya la pada sesiapa yg punya maklumat yg kira betul2 punya maklumat, yakni ermm eh betul ke yang si wak pono tu pergi bercuti yg kra agak lama? sekira2 munkin tak balik lagi ke Mesia ni gitu? yakni akan terus menetap dinegara luar sebagai apa entah pun munkin?
Bukan apa cuma ada terdengar jer tadi sipi2 ada vgeng ameno yg borak2 kosong kat cafe.
ya lah kan nih masa sibuk2 nak prn6 negeri dan tengah ada nego kerusi, ada nego calon2tetiba dia si boss amno jadi hilang ghaib, so saja la nak tanya yg sebetunya dia tu pergi melawat ker, buat lawatan ker atau buat langkah panjang?

Sapa2 ada info tolong la kongsi yer, betul2 nak tahu iklas nih.. tak gurau yer. hehe.

Anonymous said...

Patutlah mintak passport.
Konon mudah jalankan tugas.
Atau mungkin dah plan nak cabut lari.
Maklumlah banyak kes.
Ada 47 kes.
Ada pandora.
Ada pasai kapal tempor.

Takut takut kena macam ajib.
Tak sempat mintak passport.
Tak sempat cabot lari.
Tiba tiba.
Ada di balik jeriji.

Wak pon sesuai kat jeriji.
MBX pun sama.
Lain dicakap lain dibuat.
Tulah definisi bohong.
Hari hari pulak tu.

Jika dibiar lama, negara parah.
Jom pakat pakat berubah.
Pilih parti yang bersih.
Tidak rasuah.
Tidak bohong.
Tidak fitnah.
Tidak liberal.
Tidak komunis.
Tidak balas dendam.

Anonymous said...

Bang Non mme nak ekonomi jatuh merudum nanti boleh pinjam pada IMF Dan World Bank....

Anonymous said...

Bang Non mme nak ekonomi jatuh merudum nanti boleh pinjam pada IMF Dan World Bank....

kiranya kalau abang aji and the gang naik ekonomi ok la. suruh jaga telo dengan minyak pun ghuyup konon zuhdi tu terpaling, masa tu ko tak kisah pun, telo nak cari pun payah, sekarang dah ok cakap merungut.. apa ko punya cadangan setakat tubuh pasukan jihad tapi mesyuarat je lebih...

Anonymous said...

Prn ni jom pakat pakat berubah.
Beri kuasa kat ameno, kerjanya menyusahkan rakyat.
Yg kerap pasal kes mahkamah pimpinan ameno.
Rasuah.
Cantas pimpinan.
Sejak atok sampai wak.

Sebab atok, pkr tumbuh.
Sebab ajib, bersatu tumbuh.
Sebab wak, belum tumbuh parti baru.
Tapi wak cantas pimpinan.
Pkr sebab lewat dan salah guna kuasa.
Bersatu sebab lawan rasuah 1mdb.

Sekarang anuaq jadi bmx.
Dia lantik yg tewas bagi jawatan.
Lantik nasution.
Lantik mujahit.
Lantik zaprul.
Dia bela wak.
Dia bela rasuah.
Dia bela komunis dapig.
Dia bela penyingkiran orang melayu.

Jom pakat pakat berubah.
Berpayung dengan pas dan bersatu.
Dari awal penubuhan, pas kekal bersih.
Asal bersatu, barisan ahli yang tolak rasuah
Di era ajib.
Yang clear kes mahkamah.

Anonymous said...

Bila IMF memberikan pengiktirafan kepada seseorang, eloklah lebih berhati2 dengan orang yang diberi pengiktirafan tersebut...

Anonymous said...

Disaat ekonomi suram sekarang, elakkan berfoya2 dipusat judi terbesar Genting Highland.

Berjimat cermatlah dalam mendepani saat2 sukar ekonomi yang merundum sekarang...

Anonymous said...

Aku tengok bukan main sakan bmx berjoget. Siap angkat ketiak tinggi tinggi. Itu bukan fotostat gelap. Kalau ginilah hobi bmx, lingkop.

Anonymous said...

Sering kali baik pimpinan ameno.
Atau pi ke ar.
Atau komunis dapig.
Sering melebelkan pas sebagai taliban.

Kat kelantan.
Kat trengganu.
Kat kedah.
Rakyat selesa.
Takde pun penindasan.
Atau huru hara.
Aman.
Seaman aman nya.

Tapi kat pulau pinang.
Pelancong cina yang tak balik, besar kemungkinan ada kat flat flat tinggi.
Ini lebih teruk.
Kampong melayu hilang.
Mana mata pimpinan ameno.
Mana mata pimpinan pi ke ar.

Sejuta lebih pelancong tak balik.
Dah lah mata wang merosot.
Inflasi teruk.
Tambah lagi pendatang haram.
Ini sebab rasuah tinggi.
Dapat duit, dapat kewarganegaraan.

Jom pakat pakat sokong parti yang bersih.
Yang bijak memerintah.
Kita bangunkan Malaysia bersama.
Mengikut versi warga tempatan.

Anonymous said...

Kadang kadang heran tengok pimpinan ameno.
Suka tuduh pembangkang memburukkan imej ameno.
Sebonarnya ameno dah memang buruk.
Rasuah menjadi jadi.
Nak menang jadi ketua, tabur duit.
Ketua bahagian jer pon.

Presiden jadi contoh.
Presiden ader 47 kes.
Kalau pembangkang sebut presiden ada 47 kes.
Adakah pembangkang memburukkan imej ameno.
Pembangkang cuma sebut perkara betul.

Andai presiden nya tiada 47 kes.
Tapi pembangkang kata ada 47 kes, itu baru masuk istilah memburukkan ameno.
Atau presiden ada 47 kes.
Tapi pembangkang kata presiden ada 247 kes.
Itu masuk kategori memburukkan ameno.

Macam anuaq kata pas ambik dana judi.
Ha, itu sengaja memburukkan pas.
PDRM pun tak siasat.
PDRM pun tak percaya kat anuaq.

Mungkin kah sebab janji keramat.
HARI NI JADI KERAJAAN, ESUK HARGA MINYAK TURUN.

Anonymous said...

Timbalan Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu berkata, persoalan sama ada bekas pemimpin Umno Khairy Jamaluddin akan menyertai parti itu atau sebaliknya tidak lagi perlu difikirkan.

Beliau berkata, banyak perkara lain yang perlu diberi perhatian, berbanding hanya tentang seseorang pemimpin politik, kerana mereka “datang dan pergi”.

“Saya harap kita tak perlu terlalu fikir tentang seorang pemimpin, tapi perlu bimbang keadaan kos sara hidup rakyat begitu tinggi dan sebagainya yang perlu diberi keutamaan.

(C&P)

KJ bolak balik. Masih karat dengan ameno. Tak tahu perjuangan yg betul. Kejap puji anuaq. Kejap tibai anuaq. Bila pegang falsah coldplay, paham paham jer arah tujunya. Macam anuaq menyesat. Dengan ideologi liberal.

Anonymous said...

“Ini kerana defendan (Zuraida) sendiri telah mengakui bahawa plaintif telah membelanjakan jumlah melebihi RM10 juta untuk pencalonan itu.

(C&P)

Woow. Belanja pencalonan melebihi rm 10 juta.

Cuba kau orang fikir. Tu baru satu calon. Berapa calon ph ada. Dari mana dapat duit. Patutlah rasuah berleluasa.

Jom pakat pakat sokong pas. Pas tak membazir sebanyak itu. Tapi mampu menambat hati pengundi.

Jom ubah politik malaysia. Bersih. Sejahtera. Dan berkasih sayang.

Anonymous said...

PN DAH MENANG BILA SABOTAJ SESAMA SENDIRI ANTARA PH-BN AKAN JADI MANGSA DAN BOIKOT KEMPEN SENDIRI PRN JUN 2023 NANTI..

Yess gaduh dan tembaklah kaki sesama sendiri..

PN tak perlu kerja keras untuk Menang PRN 2023 kali ini...

Kenyataan Pua dan Ronnie sudah pasti menimbulkan seribu satu persoalan di kalangan pengundi Cina, khususnya, mereka yang sudah sedia meluat dengan Pakatan Harapan kerana berdamping dengan puak yang sebelum ini dilabel oleh pemimpin gabungan itu sebagai ‘Kleptokrat’.

Menurutnya, selepas 41 tahun bersama DAP, banyak perkara telah berlaku dan ada yang di luar jangkaannya.

Sementara itu, bekas Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua secara ‘tiba-tiba’ menggelar Barisan Nasional yang kini bersama Pakatan Harapan Kerajaan sebagai ‘corrupt coalition’ atau pakatan ‘korup

Jelas wujud rasa tidak puas hati dalam DAP berhubung keputusan Pakatan Harapan untuk bekerjasama dengan UMNO di bawah pimpinan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, seorang yang terpalit skandal LCS dan berdepan 47 pertuduhan jenayah.

PN jelas sudah menang walaupun belum bubar DUN di 6 buah negeri lagi bila anggota DAP sabotaj hubungan PH - BN..

#tepokdangaduhsampaihangus

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails