Tuesday, June 20, 2023

X mustahil: China sokong Palestin, Cina M'sia mahu PN. & cengkerik

 

Xi Jinping berjabat tangan dengan Mahmoud Abbas di Dewan Besar Rakyat di Beijing, China pada 14 Jun 2023. (FOTO: XINHUA)

1. China cadangkan Baitulmaqdis Timur ibu negara Palestin

BEIJING: China mencadangkan agar timur Baitulmaqdis dijadikan ibu kota Palestin sebagai salah satu daripada tiga perkara ke arah penyelesaian konflik yang dihadapi Palestin angkara kezaliman zionis Israel.

Cadangan itu muncul hasil pertemuan China dan Palestin pada Rabu dalam meningkatkan hubungan dua hala mereka kepada perkongsian strategik dengan kehadiran Presiden China, Xi Jinping menemui Presiden Palestine, Mahmoud Abbas yang ketika ini dalam rangka lawatan ke China.

Dua cadangan lain menurut Xi ialah penyelesaian asas terletak pada penubuhan negara Palestin merdeka yang menikmati kedaulatan penuh berdasarkan sempadan 1967; dan kepentingan untuk mengekalkan arah yang betul dalam rundingan damai Palestin-Israel, lapor Global Times.

“Persidangan keamanan antarabangsa berskala besar, lebih berwibawa dan lebih berpengaruh harus diadakan untuk mewujudkan keadaan bagi menyambung semula rundingan damai dan menyumbang usaha nyata untuk membantu Palestin dan Israel hidup dalam aman,” kata Xi.

Sehubungan itu, Xi menegaskan bahawa China dan Palestin adalah kawan baik dan rakan kongsi  yang mempercayai dan menyokong antara satu sama lain. 

“China adalah salah satu negara pertama yang mengiktiraf Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) dan negara Palestin, serta  selama ini teguh menyokong usaha rakyat Palestin yang adil untuk memulihkan hak kebangsaan mereka yang sah,” kata Xi.

Menghadapi perubahan yang belum pernah berlaku di dunia dan perkembangan baharu di Timur Tengah, ujar Xi lagi, China kini bersedia untuk mengukuhkan penyelarasan dan kerjasama dengan Palestin, dan berusaha untuk penyelesaian yang komprehensif, adil dan bertahan lama kepada konflik Palestin dalam tempoh terdekat.

Ketua negara rantau Arab pertama ke China

Menegaskan  bahawa Abbas adalah ketua negara rantau Arab pertama yang  berkunjung ke China pada tahun ini, Xi berkata bahawa peningkatan jalinan hubungan China-Palestine akan berfungsi sebagai satu peristiwa penting dalam hubungan kedua-dua negara yang membina pencapaian masa lalu dan menandakan masa depan yang lebih cerah. 

“China akan merebut peluang ini untuk bekerjasama dengan Palestin untuk memajukan persahabatan dan kerjasama dua hala dalam semua bidang.

“Sejak penubuhan hubungan diplomatik dua hala pada tahun 1988, China sentiasa membantu dalam kapasitinya dengan pembangunan ekonomi Palestin dan meningkatkan kehidupan rakyatnya,” tegas Xi.

Terdahulu, China membantu Palestin dalam pembinaan lebih daripada 40 projek termasuk sekolah dan jalan raya, menghantar pasukan pakar, bekalan perubatan dan vaksin semasa wabak covid-19, dan pada Jun 2023, China menjanjikan derma AS$1 juta lagi kepada Agensi Bantuan dan Kerja untuk Pelarian Palestin di Timur Dekat.

Dalam satu kenyataan bersama mengenai peningkatan hubungan dua hala yang dikeluarkan pada  Rabu, kedua-dua negara  mengulangi sokongan bersama dalam isu kepentingan teras dan kebimbangan utama.

Palestin menjunjung prinsip satu China dan menyokong semua usaha yang dilakukan oleh kerajaan China untuk mencapai penyatuan semula negara; dan mengutuk campur tangan luar dalam hal ehwal dalaman China termasuk hal ehwal berkaitan Hong Kong dan Xinjiang.

China pula menyokong Palestin untuk menjadi ahli penuh PBB dan menyambung semula rundingan damai dengan Israel berdasarkan prinsip ‘tanah untuk keamanan’, resolusi PBB yang relevan, dan ‘penyelesaian dua negara’ untuk mencapai kewujudan bersama secara aman antara Palestin dan Israel.

“Kedua-dua pihak berikrar untuk menggalakkan secara aktif rundingan mengenai perjanjian perdagangan bebas dan meningkatkan pertukaran mengenai budaya, pendidikan dan media. 

“China akan terus memberikan bantuan kemanusiaan kepada Palestin dan menyokong projek kehidupan dan pembangunannya dan ia akan terus menyediakan latihan kakitangan dan membantu pembinaan kapasiti Palestin,” ujar kenyataan bersama itu. – HARAKAHDAILY 15/6/2023      


2. Cengkerik tawan bandar di AS 

Ribuan cengkerik memenuhi laluan jalan kediaman penduduk di bandar Elko, Nevada, Amerika Syarikat. (FOTO: ABC4 Utah

LOS ANGELES: Penceroboh telah mengambil alih bahagian negeri Nevada di Amerika Syarikat, tetapi mereka bukan makhluk asing tetapi cengkerik.

Berjuta-juta cengkerik spesies Mormon telah mengerumuni bandar Elko, meliputi jalan-jalan  raya dan rumah, malah sehingga  menghalang akses hospital.

Penduduk tempatan berkata mereka sudah bosan dan muak dengan serangga merangkak yang tinggal di tanah itu.

“Anda berasa sangat terganggu,” kata Colette Reynolds kepada CBS

Pandangan dari dekat ribuan cengkerik spesies Mormon yang mengganggu rutin kehidupan penduduk bandar Elko.

“Apabila anda berada di dalam rumah ia kedengaran seperti hujan di luar kerana mereka (cengkerik) jatuh secara berterusan dari merata tempat di mana mereka tidak dapat berpaut,” tambahnya yang menambah bahawa makhluk itu malah menimbulkan masalah untuk kepada perkhidmatan kecemasan.

Steve Burrows dari Hospital Serantau Northeastern Nevada memberitahu TV KSL tempatan, pihaknya menghadapi masalah untuk membawa pesakit  ke hospital dan terpaksa menugaskan individu bagi menyapu terlebih dahulu kumpulan cengkerik untuk membuka laluan buat ambulan yang membawa pesakit masuk ke hospital.

“Pernah, pada satu ketika kami juga mempunyai traktor dengan pembajak salji di atasnya hanya untuk menolak timbunan cengkerik daripada menghalang perjalanan kami,”  katanya. 

Pandangan dari dekat ribuan cengkerik spesies Mormon yang mengganggu rutin kehidupan penduduk bandar Elko.

Pakar entomologi negeri Nevada Jeff Knight  dalam pada itu berkata kawanan cengkerik bukanlah sesuatu yang luar biasa di rantau tersebut, tetapi ia lebih ketara apabila populasi manusia merebak ke kawasan yang sebelum ini menjadi habitat serangga berkenaan.

Berita buruk bagi penduduk Elko ialah tidak banyak yang boleh mereka lakukan, tetapi hanya menunggu sehingga semua cengkerik itu berlalu pergi.

“Selagi boleh bertolak ansur, penduduk di sini akan meneruskan hidup bersama-sama  dengan cengkerik,” kata Knight.  – HARAKAHDAILY 16/6/2023

Komen Weblog Ibnu Hasyim: X mustahil: China sokong Palestin, Cina M'sia mahu PN. & cengkerik

Sebenarnya Muhyiddin pun teruja sokongan masyarakat Cina kepada PN. 

Di Johor, Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau amat teruja dengan sokongan yang ditunjukkan oleh masyarakat Cina di Johor terhadap Perikatan Nasional.

Katanya, sokongan itu pada dalam majlis makan malam yang dihadiri oleh lebih 800 orang masyarakat Cina yang diadakan. Menrutunya, ramai pimpinan masyarakat Cina yang hadir pada majlis tersebut.

“Saya jelaskan usaha-usaha yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan saya sebelum ini untuk menyelamatkan nyawa dan kehidupan rakyat semasa pandemik Covid-19,” ujarnya menerusi laman sosial beliau.

Kesimpulan

Ya, sewajarlah kita semua kembali kepada Islam.  Celeklah mata wahai rakyat tertindas. Simpan apa lagi kerajaan macam yang ada ni. Tumbangkan segera melalui peti undi. Gunakan jari-jari anda untuk menukar kerajaan sekarang kepada kerajaan Islam Insya Allah! 

Jom bangun bersama Islam.

11 comments:

Anonymous said...

Jom pakat pakat sokong pas.
TGHH bijak dan tidak rasuah.
Anwar bijak tapi kuat membohong.
Hari ni jadi kerajaan, esuk harga minyak turun.
Hari ni tanya isu, tiga hari lagi bawak dalam mesyuarat kabinet.

Anonymous said...

Anonymous
June 19, 2023 at 3:03 PM
Pepatah & Sindiran (dari) segment cerita rakyat zaman Melayu kuno.
1. Bila beruk dapat bunga.
2. Tikus membaiki labu.
3. Katak diatas tahi lembu.
4. cikgu kencing berdiri, murid kencing berlari.
5. berbelit macam ular.
6. menipu-nipu kemudian mencuri.
7. Musang berbulu ayam.
8. Lidah biawak.
9. Lidah bercabang.
10. Tin Kosong.

Kalau sesaorang yg mempunyai segala sepuluh sifat tersebut maka munkin dia tu memang dari jenis yang "Bodoh takleh diajar, sewel takleh diubat", maka parahlah akibat kpd negara dan rakyat jika dia yg mentadbir negara.

.

ReplyDelete

Anonymous
June 19, 2023 at 4:00 PM
Katanya kategori B40 pada rakyat Mesia akan dihapuskan pada tahun 2024 sebab rakyat miskin dah terhapus kerana dasar ekonomi madani yg telah menghapuskan golongan miskin.

Jadi akan tiada lagi bantuan seperti btr..bpn dsb, termasuklah bayaran kebajikan masyarakat juga munkin sebab rakyat dah kaya dengan dasar klentong madani.
juga akan tiada lagi subsidi untuk barangan runcit keperluan asas, subsidi bil2 elektrik-air, subsidi tambang bas sekolah, dan juga akan tiada lagi skim rumah pprt.
semua nanti akan ada berkategori "premium" macam gula.
dan cukai pun nanti akan ber-gred-kan pada standard premium ler tau.
Semua nanti akan dikira ber-klas "madani" ler kot,
dan apa itu "madani" pun entah apapa pun tak tau, munkin cuma retorik yg guna perkataan "arab" sebagai mantra meng-sihir pendengar yg maknanya yg sebenar entah apa pun dia sendiri pun tak tau.

Haha nah tu dia, kos perubatan munkin diselaraskan harga yg tiada beza dengan kos hospital swasta,

Siapa yg bodoh lagi boleh tertipu dengan si sewel tu boleh ler undi ph/bn dalam PRN6Negeri supaya dasar madat-gila oleh badut² sewel tu lagi cepat dilaksanakan.


copy & paste.

Anonymous said...

Madani tu ambil perasuah dan dimadanikan. Aktiviti judi dimadanikan. Derma jadi rasuah juga dimadanikan. LGBT dimadanikan. Pendekata semua culprit akan dimadanikan oleh bmx. Termasuk bohong dan mungkir janji.

HARI INI JADI KERAJAAN, ESUK HARGA MINYAK TURUN.

Anonymous said...

Sebanyak RM91.1 juta telah dikeluarkan melalui inisiatif GOpinjam, pinjaman peribadi berjangka pendek yang dibangunkan CIMB Bank Berhad (CIMB) dengan kerjasama TNG Digital Sdn Bhd (TNGD) kepada 88,620 pelanggan individu sehingga akhir Mac 2023.

Kementerian Kewangan (MOF) menjelaskan, 55 peratus daripada peminjam berkenaan ialah golongan belia berumur di bawah 30 tahun dengan pinjaman purata yang diberikan sebanyak RM1,500 seorang.

(C&P)

Ngapa kerajaan menggalakkan belia meminjam. Ini satu aktiviti tidak sihat. Berbelanja lebih dari pendapatan.

Hentikan ptptn. Ini juga membebankan. Kerajaan patut bantu keluarga susah untuk pendidikan.

Jangan songlap duit masuk poket. Hentikan rasuah. Bocor yang tidak sihat. Tangkap perasuah. Bukan lantik jadi menteri.

Anonymous said...

BMX memang banyak perancangan. Banyak teori. Banyak persepsi. Sebab dia suka bercakap.

Menterinya pulak suka buat formula. Tapi sayang. Formula tak berkesan. Tak mampu selesaikan masalah ringgit. Masalah harga barang harian. Masalah pelaburan modal. Masalah opr.

Sama sama cerdik. Tapi tak mampu buat kerja. Seronok berhujjah. Katanya nak selesaikan rasuah. Tapi makin ramai geng rasuah dalam kerajaan.

Terpaksa minta bantuan ex menteri kj. Walau kalah tapi dipercayai. Nasution pun kalah tapi tidak dipercayai. Ada beza qualiti cucu cicit anuar dengan cucu cicit bukan anuar.

Katanya nak bantu belia. Tapi suruh buat hutang. Biar papa asal bergaya. Ini amalan salah. Amalan pemimpin yang punya ilmu salah. Ilmu sesat.

Anonymous said...

Ringgit dah menjunam ke-sedikit lagi untuk sampai jadi 4.7 = USD1.00.

Ini adalah menunjukkan betapa hebat nya situa sastera mengendalikan kewangan negara yg katanya dia dibantu oleh bini sldia dan juga anak dia dari dalam rumah mcm kerja online lah kot.
Dipejabat dia ada sipiji yg jgk menurut mereka adalah seorang yg pakar serbaserbi serta si matnaskan yg juga pakar dalam segala hal.

:untuk rekod Ringgit berada pada kadar USD1 = RM4.5 pada si Mail Sabri yg mereka panggil Mail Kerbau menjadi PM dan kekal sehingga pmx angkat sesumpah maka ianya mulai bergerak menurun ...
adalah dijangkakan bahwa RM dijangka akan melebihi paras RM5 per I:Usd sekiranya si anwaq masih kekal menjadi pm pada oktober 2023 dan akan terus menjunam menjadi rm6 bagi setiap 1usdpada march 2024 sekiranya dia masih menjadi pm.

.


Anonymous said...

Jom sokong PERIKATAN NASIONAL.

Tolak pakatan harapan.
Tak logik bersih rasuah, tetapi pemakan rasuah tegar jadi menteri.
Tak logik jaga Islam, kalimah Allah dipermainkan.
Tak logik pandai jaga negara, bila pm nya kuat berbohong.
Tak logik berlaku adil, bila anak yang tewas jadi penasihat.
Tak logik jaga amanah, bila sentiasa gagal tunai janji.
Hari ini jadi kerajaan, esuk harga minyak turun.

Anonymous said...

Ketua Penerangan UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin menjunjung titah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Sultan Kedah, Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah yang mahu ruang diberikan kepada rakyat Kedah untuk menilai fakta sejarah daripada sudut yang neutral dan ilmu.

Namun begitu, Shaiful Hazizy melahirkan kebimbangan kerana ianya akan dijadikan modal politik negatif kumpulan penunggang agama dan sentimen.

(C&P)

Belum apa apa dah dayus. Dah mula tabur fitnah. Sangkanya semua melayu Islam berfikiran sempit macam beliau.

Anonymous said...

Mamat ini wakil komunis dapig. Bodoh piang. Ingatnya pendapat dia jer betul. Bagi fakta bukan auta.

Siput ronggeng said...

Anon semua ni nampaknya tak puas hati dengan kerajaan sekarang. Semasa PRU15 dulu undi apa??? Lain kali kalau sokong PN, pulun undi semua bagi PN majoriti. Jangan sekarang tak puas hati tapi bila mengundi teragak-agak nak undi parti mana. Lebih-lebih lagi diselitkan RM50.00, terus buta hati. Bagi kaum cina, melayu ni lemah pasal duit...bagi duit terus menangis. Sampai bila le agaknya melayu ni nak sedar....

Anonymous said...

Jangan hina orang melayu. Memang ada yang ambik 50 ringgit. Ada yang ambik sampai sangkut 47 kes. Masih ramai yang bersih. Pas dah 60 tahun. Masih bebas rasuah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails