Thursday, June 22, 2023

Era baharu Turkiye pasca PRU. M'sia, Melayu tolak UMNO

 

Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan

1. Era baharu Turkiye pasca Pilihan Raya Umum 2023

DEBARAN Pilihan Raya Presiden Turkiye baru-baru ini berakhir dengan kemenangan Recep Tayyib Erdogan pada pengundian pusingan kedua mengalahkan lawannya Kemal Kilicdaroglu dengan memperoleh undi sebanyak 52 peratus. Gabungan parti politik yang diterajui Erdogan iaitu People’s Alliance juga memperoleh kemenangan selesa sebanyak 322 kerusi parlimen daripada jumlah 600 kerusi.

Rata-rata penganalisa politik berpandangan, ia adalah pilihan raya paling penting serta mendebarkan dalam sejarah moden Turkiye kerana bakal menentukan hala tuju Turkiye di era baharu selepas 100 tahun penubuhannya sebagai sebuah negara republik. Dunia Islam mahupun Barat mengikuti perkembangannya dengan penuh minat, ke manakah hala tuju Turkiye selepas ini?

Adakah Erdogan bakal menamatkan era sekularisme yang menjadi teras utama negara yang dipasak oleh Mustafa Kemal Ataturk atau sebaliknya? Melihat akan kepentingannya di mata umat Islam, maka Dunia Islam meletakkan harapan tinggi agar Turkiye bangkit kembali memimpin Dunia Islam di tengah kekalutan politik antarabangsa mutakhir ini.

Presiden Rusia Vladimir Putin menjadi antara orang pertama yang memberikan ucapan tahniah kepada Erdogan sejurus keputusan pengundian pusingan kedua diketahui. Pada majlis mengangkat sumpah Erdogan sebagai Presiden Turkiye, kehadiran luar biasa pemimpin-pemimpin dunia dapat dilihat pada upacara tersebut dan dilaporkan sebanyak 81 buah negara menghantar wakil dengan 21 orang daripadanya adalah ketua negara serta 18 orang Perdana Menteri.

Barisan kabinet yang diumumkan oleh Erdogan menggambarkan hala tuju yang akan dibawa oleh beliau bagi mengemudi Turkiye mengharungi cabaran politik semasa sama ada dalaman mahupun luaran dengan bertemakan ‘Era Baharu Turkiye’ sebagai simbolik 100 tahun berakhirnya kejatuhan kerajaan Islam Uthmaniyyah serta perjanjian-perjanjian yang mengikat Turkiye selepas kekalahannya dalam Perang Dunia Pertama dahulu.

Turkiye dan sekularisme

Tindakan Erdogan melawat makam Mustafa Kemal Ataturk selepas mengangkat sumpah sebagai presiden memberi gambaran bahawa beliau akan terus mengekalkan Turkiye sebagai sebuah negara sekular. Dengan peratus sokongan yang masih lagi besar kepada pembangkang yang dimonopoli oleh golongan sekular maka agak sukar untuk membuat perubahan drastik seperti merubah perlembangan daripada sekular kepada Islam.

Menurut Dr Walid al-Qutati, ahli Majlis Mesyuarat Tertinggi gerakan Jihad Islami dalam artikel terbaru yang disiarkan oleh laman almayadeen menyebut bahawa perubahan paling besar yang dilakukan oleh Erdogan sepanjang memegang tampuk pemerintahan sejak tahun 2002 ialah merubah Turkiye daripada fahaman sekularisme yang memerangi agama kepada ‘liberal sekularisme’.

Hakikatnya masih lagi sama akan tetapi jurangnya sangat besar jika dibandingkan permulaan era Kemal Ataturk dan kerajaan yang mendukung pemikirannya yang mencabut jati diri Islam serta melarang sebarang syiar Islam seperti larangan hijab, azan diubah kepada bahasa Turkiye, menghalalkan pelacuran dan riba serta lain-lain lagi.

Erdogan mengambil pendekatan tidak mencabut akar sekularisme sekali gus akan tetapi menggunakan elemen kebebasan dan kesamarataan yang terdapat dalam sekularisme Barat dengan memberikan kebebasan yang sama rata kepada syiar-syiar Islam untuk dilaksanakan.

Jika sekiranya golongan sekular bebas untuk membuka pusat maksiat seperti pelacuran, judi dan lain-lain maka golongan Islam juga wajar diberikan kebebasan untuk menzahirkan syiar Islam seperti institusi pendidikan Islam, pemakaian Islam dan lain-lain lagi. Ini dapat dilihat dengan ketara sepanjang era kepimpinannya masyarakat Turkiye yang berpegang dengan Islam lebih bebas menzahirkan syiar Islam berbanding zaman sebelumnya yang berdepan dengan pelbagai tekanan.

Dasar luar yang bebas

Ketika memimpin parti AKP, memenangi pilihan raya Turkiye pada tahun 2002 dan menjadi Presiden Turkiye sejak 2014, Recep Tayyib Erdogan mula dilihat sebagai seorang tokoh yang mampu membawa Turkiye ke era yang lebih baik daripada sebelumnya.

Di saat itu terutamanya selepas tahun 2001 ketika dunia baru sahaja dilanda kemelesetan ekonomi, Turkiye dilihat amat bergantung kepada Kesatuan Eropah dan dunia Barat untuk kelangsungan ekonomi mahupun kemakmurannya berikutan amat terkesan dengan kemelesetan ekonomi yang melanda dunia.

Turkiye walaupun menjadi sebahagian daripada Eropah dari sudut geografinya namun tidak menjadi sebahagian dari negara dalam Kesatuan Eropah. Ketika Erdogan mula menjadi Perdana Menteri Turkiye pada tahun 2002, beliau memulakan rundingan secara berterusan dengan Kesatuan Eropah untuk menjadi sebahagian daripadanya.

Rundingan yang berlangsung sekian lama tidak membuahkan hasil yang diinginkan. Permohonan Turkiye untuk menjadi negara anggota dalam Kesatuan Eropah dipenuhi dengan pelbagai syarat dan halangan oleh negara-negara utama di dalamnya seperti Britain, Perancis, Jerman dan Itali.

Negara-negara tersebut sedar jika Turkiye diberi peluang menyertai Kesatuan Eropah, pengaruh mereka dalam Kesatuan Eropah akan mula pudar dan terhakis serta percaya Turkiye mampu menjadi kuasa dominan dalam Kesatuan Eropah.

Maka tidak hairanlah mengapa begitu banyak syarat dan kekangan dikenakan ke atas Turkiye, semuanya bertujuan untuk menyekat pengaruh Turkiye.

Turkiye yang sedar akan permainan negara–negara utama Kesatuan Eropah telah menghentikan rundingan pada tahun 2016. Sejak daripada itu, Turkiye mula membina kekuatan sendiri baik dari segi ekonomi, geopolitik mahupun ketenteraan.

Begitu juga hubungan Turkiye dengan NATO yang saat ini dilihat amat rapuh dan seolah-olah meminggirkan Turkiye. Turkiye menyertai NATO pada Februari 1952 bersama-sama dengan Greece. Tujuan NATO menerima keanggotaan Turkiye ketika itu adalah untuk menguatkan lagi fraksi dunia Barat dalam usaha untuk mengekang pengaruh Soviet Union ketika era perang dingin.

Namun hubungan baik Turkiye dan NATO mula berubah apabila parti AK mula menerajui tampuk pemerintahan Turkiye. NATO menuduh Turkiye memusnahkan legasi demokrasi peninggalan Kamal Ataturk, memecat pegawai tentera pro Barat dan berfahaman sekular serta Erdogan dituduh menyokong Ikwanul Muslimin yang dilabel sebagai pengganas oleh negara-negara proksi Barat.

Ketika ini hubungan Turkiye dan NATO bertambah tegang akibat polisi Turkiye di Syria dan Libya. Ketegangan tersebut agak memuncak sebelum ini akibat daripada tindakan Turkiye membeli sistem peluru berpandu S400 daripada Rusia yang mengakibat Amerika Syarikat mengugurkan Turkiye daripada program jet pejuang F-35.

Kesemua senario di atas membuatkan Turkiye sedar bahawa ia tidak perlu bergantung kepada mana-mana negara untuk kelangsungannya. Jika dilihat saat ini, Turkiye seolah-olah bersendirian dalam tindakannya terutamanya dari sudut ketenteraan seperti di Libya, Syria dan juga pergolakan geopolitik Asia Barat.

Dari sudut ekonomi pula, Turkiye mula dilihat sebagai kuasa baru yang mula bangkit dari kegagalan lalu. Pelbagai infrastruktur moden dan industri berteknologi tinggi mula dibangunkan di Turkiye tanpa mengharapkan bantuan daripada dunia Barat. Turkiye juga mula melebarkan jalinan dan kerjasama ekonominya dengan China, Rusia, negara-negara Asia Barat, Asia Tengah, Asia Timur dan  Afrika selain dilihat bakal menyertai BRICS yang dianggap bakal menjadi pencabar kumpulan G7 yang diterajui Barat.

Saat ini Turkiye mula dilihat sebagai sebuah kuasa baru yang mungkin menjadi ancaman kepada kuasa-kuasa besar dunia sama ada dari sudut ketenteraan, ekonomi mahupun penguasaan geopolitik. Turkiye sekarang bukan lagi di bawah bayang Kamal Ataturk yang mengharapkan ehsan dunia Barat, tetapi Turkiye baru yang mampu menggoncang dunia dan geopolitiknya.

Kegoncangan yang mampu menggerunkan Barat ketika ini adalah kerjasama dan hubungan erat antara Turkiye dengan Rusia mahupun China, maka tidak hairanlah Barat sehabis daya cuba ‘menjatuhkan’ Erdogan pada Pilihan Raya Presiden Turkiye baru-baru ini. Namun dengan sokongan padu dan mandat yang diberikan rakyat Turkiye kepada Erdogan, insya-Allah Turkiye mampu bangkit mencapai kegemilangan serta menjadi peneraju utama dalam kalangan umat dan Dunia Islam.

“Malaysia Sejahtera”

YB DR. MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI
Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Antarabangsa dan Hubungan Luar PAS Pusat
ADUN Batu Buruk – HARAKAHDAILY 18/6/2023 


2. Gelombang orang Melayu tolak Umno 

KOTA BHARU: Gelombang rakyat terutamanya anak-anak muda dikesan berlaku di Negeri Sembilan dan Selangor menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Ketua Pemuda PN Malaysia Ahmad Fadhli Shaari berkata, suasana yang berlaku sekarang tidak pernah dilihat sebelum ini di kedua-dua negeri terbabit.

Menurutnya, gelombang orang Melayu menolak Umno begitu besar berlaku sekarang.

“Malah ada kajian menyebut sehingga sekarang kira-kira 37 peratus ahli dan penyokong Umno menolak parti itu dan didapati juga 13 peratus ahli yang masih setia dengan parti terbabit sekarang.

“Situasi yang berlaku itu memberi isyarat yang jelas kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang mentadbir Selangor dan Negeri Sembilan sekarang,” katanya pada ceramah sempena Pelancaran Jentera Pilihan Raya PAS Kota Bharu di sini malam tadi.

Hadir sama Yang Dipertua (YDP) PAS Kota Bharu Dato’ Seri Takiyuddin Hassan, Timbalan YDP Nor Azariza Mohd Alawi dan pimpinan PAS berkenaan.

Ribuan jentera PAS hadir termasuk Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) Kota Bharu. Program bermula dengan solat Maghrib kemudian diiringi dengan kuliah. – HARAKAHDAILY 16/6/2023  

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Era baharu Turkiye pasca PRU. M'sia, Melayu tolak UMNO

PERIKATAN NASIONAL (PN) akan menang 30 kerusi di negeri itu sekali gus bakal membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN). Kata Setiausaha  PAS Selangor, Roslan Shahrir, baru-baru ini 

Menurut beliau, Umno perlukan reality check10 sebab:

(1) Umno sudah lama hanyut dan hilang pegangan apabila memilih untuk bersama DAP dan Anwar.

(2) Keputusan ini bertentangan dengan janji kepada ahli Umno melalui Perhimpunan Agung 2020 bahawa No Anwar, No DAP.

(3) Apatah lagi Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution mengesahkan perbincangan antara Umno dan Anwar telah bermula sebelum PRU15. Jelas ahli dan pengundi Umno telah dikhianati.

(4)Tindakan ini juga menyebabkan kekecewaan yang tidak terhingga di hati ahli dan penyokong Umno. Ramai ahli yang bertindak keluar parti.

(5) Ahli yang masih kekal bersama Umno pula, berjanji akan mengundi PN bagi mengajar kepimpinan dalam PRN nanti.

(6) Kerajaan Madani juga gagal mempertahankan kalimah Allah apabila Menteri Dalam Negeri telah menarik semula rayuan kerajaan dalam kes di mahkamah.

(7) Pengundi Melayu melihat ini satu kelemahan kerajaan campuran itu yang gagal mempertahankan kesucian Islam.

(8) Selain itu, kegagalan Pakatan Harapan (PH) menunaikan janji pilihan raya dan kenaikan kos sara hidup membebankan golongan M40 dan B40 yang rata-ratanya adalah pengundi Melayu, juga akan menyebabkan berlaku peralihan undi Melayu.

(9) Faktor ‘Abah’ merujuk kepada zaman Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri, yang banyak memberikan bantuan dan peruntukan kepada rakyat ketika zaman Covid-19 sudah tentu akan memberi kesan kepada sokongan pengundi melayu.

(10) Umno perlu sedar dalam PRU15, mereka hanya mendapat 33 peratus sahaja undi daripada pengundi Melayu. PH pula hanya mendapat 11 peratus daripada pengundi Melayu. Adapun PN mendapat 54 peratus daripada pengundi Melayu.

Kesimpulan:

Oleh itu, rakyat Malaysia perlu sedar parti itu berada dalam keadaan yang sangat lemah, bergantung sepenuhnya kepada pengundi bukan Melayu dan sokongan DAP merupakan satu penghinaan kepada Umno dan sejarah perjuangan mereka. 

Ya, sewajarlah kita semua kembali kepada Islam.  Celeklah mata wahai rakyat tertindas. Simpan apa lagi kerajaan macam yang ada ni. Tumbangkan segera melalui peti undi. Gunakan jari-jari anda untuk menukar kerajaan sekarang kepada kerajaan Islam Insya Allah! 

Jom bangun bersama Islam.

10 comments:

Anonymous said...

Tanpa Nama20 Jun 2023 pada 8:46 PTG
ok maka berkatalah si montri phumdap bahwa harga ikan yg melambung naik adalah akibat cuaca panas dan dia akan pantau hal itu... errr ..dia nak pantau cuaca ker aper? hehehe.
kan senang kalau dia jawab yg dia tu bodo tak tau buat kerja dan pm pun bodo sewel juga tpm tu bodo dan menteri ekonomi pun bodo.. lagi senang cerita kan?

dan si menteri kebun tu ada ke pernah tamat sekolah tingkatan lima? kalau ada maka buktikan yg dia ada sijil spm, sebab dengar cerita dia masuk kelas memasak tiga bulan di itm tu pun guna sijil srp jerr,..
jugak si anwaq tu pernah ke tamat belajar sastera di universiti dulu?
kalau pernah mana dia sijil dia dan gambar konvo dia nak tengok...
dan wak pono tu pun sekolah aper agaknya yer?
dan sinajib pun ada sijil aper?
a level jer kot sebab dia diantata wakil rakyat termuda ie umur sekitar 22 tahun.. jadi untuk habis a level umur dah19thn+ dan perlu lagi empat tahun untuk program ijazah, jadi 19+4 sudah jadi berapa?
orang tua2 cakap zaman tu byk anak2 pembesar pergi luar negara beli sijil mcm anak2 keling pergi india beli sijil jugak anak2 cina pergi india, hongkong, taiwan, tailand beli sijil jugak budak2 abim pergi indon beli sijil.
hahaha.. nih semua geng temberang zaman silam yg masih hidup cuba nak temberang generasi muda zaman sekarang.. mana boleh wooo.. hehehe.

oh ya ada jgk degar cerita yg si pengerusi persatuan sekolah2 beijeing yg duluh tu ada sedozen sijil phd, termasuk dari anarika lagi tapi tak reti sikit pun membaca menulis & bercakap dlm bahasa inggris.

dan ada jgk yg kata yg si wakpono tu lahir di jawa serta si anwaq lahir di thailand, ... hahaha entah ler cerita tu.. munkin benar munkin salah tapi baik juga kalau ada pehak yg buat kajisiasat tengok hasilnya mcm mana.
dan si limpigsial tu sekolah rendah simana agaknya yer? dan dia tu entah2 lahir di beijening kemunkinan ada sebab tiada siapa tahu asal usul dia mcm ramai yg kata sekor menteri dari dapigs tu adalah sedara chinpeng.

elok saja siasat supaya tahu cerita, bukan apa2 pun cuma saja nak tahu.
hehehe.

copy & paste

Anonymous said...

Ada sorang dj keluar sekejap kata senario politik yang berlaku sekarang bukan disebabkan oleh gelombang hijau. Tapi disebabkan oleh masalah dalaman parti amano.

Pandanganya betul separuh. Dia pandang dari sudut liberal dan sudut coldplay. Juga dia sorang bekas ahli amano. Kemudian disepak keluar. Dah jadi freelancer. Tapi masih terkongkong dengan falsafah amano.

Second partnya betul. Sebab amano tersohor sebagai parti rasuah. Ada politik wang macam ex mb. Ada 1mdb. Ada 47 kes. Dulu dulu ada kes lembu ketua perempuan amano. Banyak lagi. Ada projek ada komisyen. Ada jawatan ada kawan. Takda jawatan kawan pun cabut.

First partnya kata bukan disebabkan gelombang hijau. Pas sejak dulu amal politik bersih. Tiada rasuah. Ada projek tiada komisyen. Pegang jawatan jaga amanah. Tiada politik dendam kesumat. TGNA puluh tahun jadi mb. Masih sama gaya hidup bila jadi mb. MB pas yg lain pun sama. Tak bertambah loaded bila dapat jawatan.

Stail politik pas memenuhi cita rasa naluri pengundi. Mahukan bersih, jaga amanah, lawan rasuah. Pengundi amano pun turut buat turn over. Sebab ramai ahli amano pun punya naluri mahu yang bersih, amanah dan bebas rasuah.

Ramai juga yang ikut hijau dari pkr. Sebab tolak pembohongan. Hari ni jadi kerajaan, esuk harga minyak turun. Bila dapat kuasa, lawan rasuah habis habis. Rupanya esuk lantik 47 kes jadi mentri. Lantik anak ke jawatan penting. Jaga duit.

Pandangan dj tu separuh betul. Apa apa pun jom pakat pakat turunkan index rasuah. Pas naik index rasuah turun.

Anonymous said...

Kata orang dolu dolu
Siakap senohong
Gelama ikan duri
Bercakap bohong
Lama lama mencuri.

Kata doktor
Ubati simpton
Sebelum jadi barah.

Simpton tu dah ada
Sejak mula menjawat
Hari hari bercakap bohong
Hari hari bagi janji

Jangan tunggu sampai jadi pencuri
Ubati sekarang
Ubah sekarang.

Anonymous said...

Kalau bebudak bohong ok jugak. Boleh diajar.
Kalau orang tua berbohong, itu parah.
Kalau ketua negara berbohong, negara lingkop rakyat pon lingkop.

Anonymous said...

Ko orang pikir anuaq pandai perintah ker. Dahlah akhirat tak tau langsung. Jadi bmx pun tak cerdik. Cakap pandai bohong pun banyak. Rnggit merudum harga barang naik. Kemudian salahkan negara luar.

Rakyat dah getik. Asyik salahkan orang lain. Salah sendiri bertimbun. Boleh buat kargo. Yang dia bela komunis dapig. Orang melayu dia kira nak tibai jer.

Ye lah komunis dapig ada 40 kerusi. Tak boleh nak bantah. Terpaksalah main najis komunis dapig. Nak cuci najis kena masuk dalam tong najis. Falsafah orang gila kuasa.

Hari ini jadi kerajaan, esuk harga minyak turun.

Anonymous said...

Barua DAP@LeeKwanYew paling celaka. Tak sampai 6 bulan jadi PM isu Ambalat settel dah lepas ke tangan Indonesia.

Sekor lagi barua perlu dihumban PRN June 2023 kali ini.

Kita dah tak ada masa, tidak boleh berlengah lagi.. barua barua Melayu' DAP@LeeKwanYew dah melampau...!!!

Apakah cerita anak ikan si jambu dari Indonesia jadi taruhan sepaya kes Ambalat segera diselesaikan.!?

18 tahun Kes Ambalat pemimpin dulu pasti sudah dinasihat, diperingat, dan beritahu, 6 Bulan saja jadi PMx abis semua lingkup.. 22 tahun 22 Bulan Pulau Batu Putih lingkup, 6 Bulan saja jadi PMx dah ada wilayah melingkup lagi..!!

Fuckkk totally PMx fuckkk..!!

PMX banyak terlepas cakap. Satu² nya PM yg suka memburukkan negara sendiri bila buat lawatan rasmi ke negara luar.

Contohnya, pergi Indonesia haritu di forum ekonomi dia menyatakan yg pemerintahan Malaysia sebelum ini, bobrok, salahguna kuasa, rasuah & zalim.

18 tahun kes Ambalat dirunding runding kan pasti pemimpin dolu dolu dah bagi nasihat pada Sultan Raja raja di negeri terlibat Dan dapat nasihat pegawai marin dan sebagainya..!!

Seolah-olah dialah yg terpaling suci. Jadi media antarabangsa hanya perlu tulis bulat² apa yg dia cakap & ekonomi kita jatuh dengan sendiri. Bad news everywhere.

Saya ulangggg

Tak sampai 6 Bulan jadi PM Kes Ambalat settel dah lepas ke tangan Indonesia. Apakah cerita anak ikan si jambu dari Indonesia jadi taruhan sepaya kes Ambalat segera diselesaikan.!?

Cakap bergogar gogar jubo penuh dng taik..!!

#lingkupkanbaruaDAP@LeeKwanYewPRNnanti

Anonymous said...

Timbalan Presiden PAS, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man menyambut baik pengumuman Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk menyelesaikan masalah bekalan air di Kelantan sebagaimana yang diumumkan.

Bagaimanapun, menurut beliau, sebenarnya tiada yang baru dalam pengumuman Perdana Menteri itu walaupun ianya diumumkan beberapa kali.

Katanya, ia hanya meneruskan apa yang telah dilaksanakan oleh pihak Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) ketika beliau menerajui kementerian itu.

(C&P)

Masalah betul kita. Punya bmx yang teruk. Teruk luar negara. Teruk dalam negara.

Anonymous said...

Buktikan Kerajaan MADANI benci rasuah dengan mendakwan keluarga Zeti Taufik Ayman dan anak penyamun mereka dalam Kes terang lagi bersuluh AMLA Kes 1MDB sebanyak 700 juta

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan di Dewan Rakyat bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menemui sebarang bukti kesalahan jenayah yang didakwa dilakukan Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali ketika mengendalikan kes SRC International.

Kerajaan MADANI pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak serius untuk menangani rasuah apabila kes Hakim Nazlan Mohd Ghazali dikompromi dengan menyatakan tiada terdapat pelakuan jenayah.

Tun Mahathir juga terlondeh apabila tidak dapat menjawap , malah lari dari menjawap apabila terkait kes bekas Gabenor Bank Negara Zeti Aziz dan rasuah RM700 juta.

Penyokong Najib mula hairan kerana apa yang dijelaskan Anwar itu berbeza dengan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said di Dewan Rakyat pada 6 April lalu.

Asas yang kuat untuk kes SRC membabitkan Najib dibicarakan semula dengan hakim yang dilihat tidak berat sebelah dan tidak bias agar keadilan dapat ditegakkan untuk semua.

Najib teraniaya! Isham Jalil mahu PM teliti semula penglibatan Hakim Nazlan dalam kes SRC

Pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim disarankan agar meneliti semula penglibatan Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali dalam penubuhan SRC International Sdn Bhd (SRC) pada tahun 2010 untuk tujuan keadilan dan mengelakkan penganiayaan ke atas bekas Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Jika bersungguh sungguh DSAI mahu benteras rasuah seperti yang diulang cakap oleh Anwar sendiri, maka kes Bekas Gabenor Bank Negara Tan Seri Zeti Aziz boleh memberi peluang kepada Anwar untuk ‘redeem’ kerajaan nya serta pembuktian kerajaan MADANI serius benteras rasuah.

Bahana lulusan sastera klas 3 mengulas dengan menteri yang ada jurusa. Undang undang bila bercakap..!!

Masa PRN Jun 2023 ini lah perlu diajar secukupnya kesemua saki baki barua barua DAP@LeeKwanYew secara total...!! Masa sudah tiba dan siap sedia pertempuran digelangang peti undi... Ayohhh lingkupkan saki Baki barua DAP@LeeKwanYew kali ini..!!

Anonymous said...

Mujahid ni tewas pru. Dilantik jadi senator. Pengundi dulu kena kencing. Kegemaran bmx. Lantik yang tewas.

Anonymous said...

Bmx kan punya beberapa hobi.
Suka bercakap.
Suka berbohong.
Hobi luar tabii.
Lantik yang tewas.
Lantik anak.
Lantik nasution.
Lantik mujahid.
Lantik zafrul.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails