Thursday, March 02, 2023

Cadangan T/Ibrahim.. S'ngor negeri K-5 PN. Kecoh Ramasamy.

 


1. Tuan Ibrahim cadang kerjasama majukan SMART SBB 

KUALA LUMPUR: Menteri Makanan Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohammad Sabu mengambil kira cadangan Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man (PN-Kubang Kerian) untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri dalam program SMART Sawah Berskala Besar (SMART SBB).

Tuan Ibrahim mencadangkan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) supaya bekerjasama membangunkan SMART SBB seperti mana dilakukan Lembaga Zakat Kedah sebelum ini.

“Pada tahun 2022, sebanyak 19 syarikat peneraju menandatangani MoU (Memorandum Persefahaman) dengan kerajaan negeri termasuk Lembaga Zakat Kedah yang mensasarkan pembangunan asnaf Kedah.

“Apakah kerajaan juga berhasrat mengadakan kerjasama dengan agensi zakat negeri lain?” katanya dalam soalan tambahan pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Timbalan Presiden PAS itu turut meminta Mohammad Sabu membentangkan data lengkap mengenai jumlah keluasan projek SMART SBB setiap negeri dan bilangan peserta di setiap negeri.

Menjawab cadangan itu, Ahli Parlimen Kota Raja berkata, pihaknya mengalu-alukan sebarang kerjasama agensi kerajaan yang ingin terlibat dalam SMART SBB terutamanya dalam menyediakan dana.

“Sekarang ini kita sasarkan kepada 150,000 hektar, (tetapi) yang baru kita jalankan hanya 11,000 hektar. Jika agensi zakat mana-mana negeri mahu terlibat sebagai badan yang boleh membiayai, kita alu-alukan, termasuk Kelantan.

“Ini kerana SMART SBB yang sedang dilaksanakan di Kelantan hanya sekitar 138 hektar iaitu di Paser Puteh dan hasilnya belum lagi tinggi seperti di tempat lain, hanya mencapai sekitar 3.1 tan,” katanya. – HARAKAHDAILY 22/2/2023

2. Menanti angin perubahan di Selangor 

PILIHAN Raya Umum Negeri ke-15 untuk enam buah negeri iaitu Kedah, Kelantan, Terengganu, Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang dijangka diadakan bila-bila masa selewatnya suku kedua tahun ini.

Setelah selesai Pilihan Raya Umum Parlimen ke 15 baru-baru ini yang mengakibatkan terjadinya ‘hung’ Parlimen dan akhirnya terpaksa dibentuk Kerajaan Campuran, ramai pemerhati sedang memberi tumpuan kepada PRN ini pula, apakah ianya juga nanti bakal menimbulkan kejutan sebagaimana PRU Parlimen.

Dengan kejayaan luar biasa PERIKATAN NASIONAL membolot peratusan terbesar undi Melayu dalam PRU Parlimen baru-baru ini, kombinasi PAS dan BERSATU dijangka menang mudah dan besar di ketiga-tiga negeri ‘bengkong Melayu’ itu iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Di Kelantan dan Terengganu PH dan BN gagal menang walau satu kerusi Parlimen manakala di Kedah pula hanya PKR menang satu kerusi iaitu di Sungai Petani, selebihnya dibolot PN. Jika keputusan demikian diambil kira, PH dan BN dijangka kecundang di ketiga-tiga negeri ini kerana kemenangan calon-calon PAS dan BERSATU adalah dengan majoriti yang cukup besar.

Kalau di Kedah majoriti paling kecil dimenangi calon PN adalah di Alor Setar iaitu 9,931 undi manakala terbesar adalah di Jerai dengan majoriti 33,192 undi.

Di Kelantan pula majoriti terkecil adalah calon BERSATU yang menang mengalahkan ‘gergasi’ politik Umno di Gua Musang iaitu Tengku Razaleigh dengan majoriti 163 undi manakala kerusi-kerusi lain majoritinya rekod antara 10,154 (Machang) ke 44,485 (Tanah Merah).

Di Terengganu pula majoriti terkecil adalah di Hulu Terengganu di mana calon BERSATU menang dengan majoriti 15,734 manakala majoriti terbesar dan rekod buat calon PAS adalah di Marang yang dimenangi Tuan Guru Presiden PAS dengan majoriti 41,729 undi.

Dengan pencapaian terbesar buat PN khasnya calon-calon Parlimen PAS ini, PN dijangka mampu bertahan dengan menyapu bersih ketiga-tiga Negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah kiranya momentum ‘gelombang hijau’ kekal malah makin melonjak lagi.

Oleh kerana ketiga-tiga negeri ini hampir pasti kekal milik PN, maka perhatian sebenar para pemerhati adalah pada Selangor yang punya 56 kerusi DUN. Selangor adalah Negeri Pakatan Harapan.

Kedudukan PRU14 sesungguhnya meletakkan Selangor selesa di tangan PH, namun dengan perkembangan PRU Parlimen baru-baru ini, Selangor berupaya jatuh ke tangan PN jika ‘gelombang hijau’ memukul negeri ini sekali lagi.

Yang menariknya 5 dari 6 kerusi Parlimen yang PN menang dari 22 kerusi Parlimen di Selangor mempunyai peratus pengundi Melayu melebihi 60 peratus. 

Di Parlimen Kuala Langat walaupun peratusan pengundi Melayu adalah 58.23 peratus namun calon PAS iaitu Pesuruhjaya PAS Selangor Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi tetap boleh bawa kemenangan untuk PN.

Di Selangor dari 56 kerusi DUN, 33 mempunyai majoriti pengundi Melayu melebihi 60 peratus, manakala 6 pula lebih 50 peratus Melayu. 17 kerusi berbaki adalah kerusi majoriti bukan-Melayu di mana DAP kuat bertapak.

PN mampu menguasai negeri ini kiranya jenteranya bergerak pintar dan bertenaga. 

Di Selangor hari ini semangat ‘gelombang hijau’ yang berjaya membadai dari PRU Parlimen ke-15 lalu masih bergelora. Ini ditambah pula dengan kekecewaan dan sentimen tidak puas hati yang sangat menebal di kalangan ahli dan penyokong BN khasnya Umno dan PH sendiri.

Ahli-ahli dan penyokong Umno Selangor kecewa apabila Presiden dan Majlis Tertinggi Umno membuat keputusan membantu Datuk Seri Anwar membentuk kerajaan selepas PRU15 lalu bertentangan dengan keputusan Perhimpunan Umno. Mereka rata-rata mengharapkan Presiden Umno akan bersetuju membantu PN yang menguasai suara Melayu Islam membentuk kerajaan, tetapi apabila sebaliknya tawaran PH pula yang diterima dan tangan DAP yang disambut, ramai yang marah.

Selain itu mereka turut kecewa apabila bekas Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar yang banyak berjasa pada rakyat dan negeri ini telah digugurkan dari mempertahankan kerusi Parlimennya di Tanjong Karang dan kemudiannya dipecat dari keahliannya.

Bagi penyokong PH di Selangor pula, tindakan pimpinan mereka bersetuju bekerjasama dengan BN dan Umno yang sebelum ini mereka dakwa sebagai penyamun dan perompak sesungguhnya meletakkan mereka dalam keadaan tidak selesa. PH berkempen dengan slogan anti rasuah dan integriti tetapi sebaliknya dengan mudah boleh menerima sokongan Umno yang mereka kritik semata-mata kerana kuasa.

Di mana perginya perjuangan dan semangat Reformasi dahulu?

BN dan PH Selangor cuba menyorok dan menyembunyikan sentimen kekecewaan dan ketidakpuasan hati akar umbi mereka itu, tetapi hakikatnya ia sedang membuak-buak mendidih, bakal menghukum mereka dalam PRN Negeri nanti.

Pengurusan Kerajaan Negeri Selangor yang lemah dan tidak tersusun berbanding di zaman Allahyarham Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim juga mula menghilangkan keyakinan rakyat pada PH. 

Banyak skim dan insentif yang membela kebajikan rakyat diperkenalkan semasa pemerintahan Tan Sri Khalid dahulu kini sewenang-wenangnya dihapus atau dipotong oleh kerajaan negeri.

Isu infrastruktur serta kemudahan awam, bekalan air yang sering terputus, banjir dan sampah serta kelemahan pengurusan cerun dan tanah tinggi terus menghantui rakyat negeri ini.

Kerajaan Negeri seakan tidak mampu mencari penyelesaian yang tuntas dan kekal selain mengambil langkah ‘ad hoc’ yang tidak menangani masalah sebenar.

Jika Kerajaan Persekutuan kini dikuasai BN-PH, sudah tiba masanya rakyat Selangor bertukar-angin. 

Demi memastikan semak dan imbang yang berkesan dan memanfaatkan rakyat dijangka panjang, serahlah pula kerajaan negeri ke PN agar kedua-dua Kerajaan Persekutuan dan Negeri dapat bersaing secara sihat demi kepentingan rakyat.

PN Selangor sama ada dari PAS mahupun BERSATU punya barisan kepimpinan yang layak, cekap dan berpengalaman untuk memimpin dan mentadbir negeri ini. 

PAS sahaja di Selangor pernah melahirkan 6 orang ahli Exco yang punya rekod cemerlang selain seorang Timbalan Speaker dan ratusan ahli majlis PBT dan lantikan politik yang lain yang berkaliber dan bersih.

Diharapkan momentum ‘gelombang hijau’ yang merupakan gelombang kesedaran politik umat Melayu Islam akan terus bertenaga di negeri ini sehingga PRN nanti.

Kini Perlis milik PN manakala Kedah, Kelantan dan Terengganu dijangka akan kekal ditangan PN-PAS. 

Biarlah Selangor menjadi negeri kelima. PN Selangor dijangka membariskan calon-calon yang profesional dan berwibawa yang mampu memenuhi aspirasi dan kehendak rakyat negeri ini.

Rakyat di kalangan penyokong BN dan PH yang kecewa sesungguhnya punya pilihan iaitu PN untuk melepaskan kekecewaan mereka itu. 

Bersamalah kita membawa angin perubahan pula di Selangor.

ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR – HARAKAHDAILY 21/2/2023

3. Ada apa di sebalik kenyataan kecoh Ramasamy? 

Kecoh baru-baru ini tentang kenyataan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang dari DAP, P Ramasamy yang mendesak agar kerajaan PH-BN di bawah pimpinan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim agar menghentikan dominasi satu kaum dalam sektor awam negara seperti yang dilaporkan media-media arus perdana.

Ramasamy yang juga Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang, berkata, dasar perkauman sedemikian tidak lagi boleh dipertahankan terutama ketika Kerajaan PH-BN kini berada di tampuk kuasa. 

Kenyataan Ramasamy ini telah mendapat kecaman orang ramai, malah pemimpin PH-BN turut sama ‘mengecam’.

Namun begitu, Ramasamy kemudiannya mendakwa bahawa kenyataannya telah diputarbelitkan selain menegaskan bahawa pendapatnya itu adalah pendapat peribadi beliau. 

Sungguhpun begitu, tidak ada pula kenyataan memohon maaf daripada Ramasamy dalam hal ini.

Mereka bukan tidak tahu bahawa kelebihan kepada orang Melayu untuk memegang jawatan dalam perkhidmatan awam adalah sesuatu yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Malaysia dan bukannya polisi biasa semata-mata. Ia tidak seharusnya dibangkitkan sama sekali.

Kita selalu mendengar ayat-ayat yang menyindir majoriti orang Melayu yang takut kepada DAP sebagai satu paranoid.

Mereka mempersendakan tidak balas daripada orang Melayu yang meletakkan kecurigaan yang tinggi terhadap DAP yang dikatakan mengancam Melayu dan Islam.

Hakikatnya bahawa prinsip mempersoalkan ‘hak istimewa orang Melayu’ ini memang berlaku pada ramai pemimpin di DAP walau pun mereka tegar menafikan.

Sementelah, DAP tidak pernah menarik balik perjuangan Malaysian-Malaysia mereka selama ini. 

Walaupun kita boleh melihat dalam isu kenyataan Ramasamy ini ramai juga pemimpin-pemimpin PH yang mengecam keras tindakannya ini, namun apa yang kita bimbang adalah ia  semua sekadar lakonan sahaja.

Lakonan untuk mengelakkan timbul persepsi bahawa PH sebuah parti gabungan yang ‘anti hak istimewa Melayu’ jadi tambah menebal dalam kalangan pengundi di saat Pilihan Raya Negeri (PRN) bakal berlaku bila-bila masa dari sekarang.

Seperti yang kita tahu PH sedang bergelut untuk mendapatkan undi dan sokongan orang Melayu. 

Persaudaraan mereka dengan DAP mencalarkan kepercayaan orang Melayu kepada PH, walaupun mereka kini sudah bersekongkol dengan Umno yang merupakan sebuah parti Melayu.

Sokongan orang Melayu terhadap Umno pula memang sudah merosot pada PRU15 lagi. Ini ditambah lagi dengan persekongkolan Umno dengan PH-DAP selepas Pilihan Raya ke-15 (PRU15), menambahkankan lagi kebencian orang Melayu terhadap Umno.

Justeru, harapan mereka untuk meraih sokongan tinggi daripada orang Melayu – melalui Umno hanya sia-sia.

PH-BN tidak mampu lagi untuk berhadapan dengan persepsi ‘anti hak istimewa Melayu’ dalam kalangan pengundi-pengundi Melayu. 

Isu sebegini yang timbul akan merosakkan imej PH-BN dalam berhadapan dengan pilihan raya akan datang. 

Oleh kerana itu, penulis berpendapat bahawa kecaman-kecaman yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin PH dan BN terhadap Ramasamy hanyalah lakonan sandiwara semata-mata. 

Jika kita melihat semasa PH kali pertama memerintah Kerajaan Persekutuan pada tahun 2018, terlalu banyak isu berkaitan dengan perkauman ini contohnya mengeluarkan kenyataan media rasmi menteri-menteri yang menggunakan tulisan Cina; cadangan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) dan beberapa perkara lagi.

Namun kita lihat dalam pemerintahan PH-BN pada kali ini mereka nampaknya sudah belajar dari kesilapan PRU-14.Tidak banyak perkara-perkara seperti itu berlaku pada pemerintahan mereka kali ini. 

Bukan kerana mereka sudah berubah, tetapi ini satu lakonan untuk mengelakkan mereka ditolak oleh rakyat terutama orang Melayu di peringkat awal pemerintahan kerajaaan mereka pada kali ini.

Malah, mereka akan mengeluarkan ‘taring’ mereka apabila mereka betul-betul dapat mengumpulkan pengaruh mereka. 

Yang menjadi masalah kepada PH-BN ialah individu seperti Ramasamy yang tidak mampu berlakon atau menahan diri buat sementara waktu ini daripada mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang menunjukkan ‘hati perut mereka yang sebenar. 

Orang seperti Ramasamy sangat ghairah untuk meluahkan apa sebenar yang terbuku di hati mereka sementelah mereka sedang berkuasa di peringkat Persekutuan.  

Apa yang sedang berlaku pada masa ini jelas membuktikan bahawa segala anggapan bahawa ramai pemimpin PH yang anti kepada hak istimewa orang Melayu bukanlah satu persepsi tapi ia adalah satu kenyataan dan bukan dongengan. kerajaan mereka pada kali ini. 

Mereka akan mengeluarkan ‘taring’ mereka apabila mereka betul-betul dapat mengumpulkan pengaruh mereka. 

Apa yang menjadi masalah kepada PH-BN ialah individu seperti Ramasamy yang tidak mampu berlakon atau menahan diri buat sementara waktu ini daripada mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang menunjukkan ‘hati perut’ mereka yang sebenar. 

Orang seperti Ramasamy sangat ghairah untuk meluahkan apa sebenar yang terbuku di hati mereka sementelah mereka sedang berkuasa di peringkat Persekutuan.  

Apa yang sedang berlaku pada masa ini jelas membuktikan bahawa segala anggapan ramai pemimpin PH yang anti kepada hak istimewa orang Melayu bukanlah satu persepsi tetapi ia adalah satu kenyataan dan bukan dongengan. – HARAKAHDAILY 20/2/2023

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Cadangan T/Ibrahim.. S'ngor negeri K-5 PN. Kecoh Ramasamy.

Al-hamdulillah, tanda-tanda Selangor menjadi negeri kelima PN mula terbayang..

4 comments:

Anonymous said...

Members of tamil eelam perpaduan dengan komunis dapig. Mencetuskan kemarahan dan perkauman. Najis babi masuk sungai. Konspirasi supaya pendapatan nelayan drop. Mohon hak tanah milik kekal supaya tanah jadi terkeluar dari gagasan tanah melayu. Mini india supaya filosofi india ada perwakilan. Petronas dimasuk bursa saham supaya tidak lagi jadi pegangan kerajaan.

Ini lah kerajaan perpaduan. Dominasi tamil eelam dan komunis dapig. Yang bengong ialah liberal dan syiah. Dan hoi hoi ya hoi hilang taring mewakili bangsa. Cintanya pada jawatan. Ada jawatan ada kehebatan. Sebenarnya dah tunduk pada kedayusan. Tiada lagi perwira. Lagi pun yang jowo itu tiada rasa cinta pada bumi dipijak.

Jom sokong warisan tun perak. Jom sokong warisan ulama. Mat kilau. Datuk bahaman. Tok janggut. Dato mufti maharaja lela. Bangsa terbilang ekonomi terjaga.

Anonymous said...

Semalam sikitul 2.0 membentangkan belanjawan madapigs dalam usaha membunuh ekonomi Melayu suatu belanjawan seiras belanjawan zionis yg menyakat pribumi palestine oleh regim yahudi sebangsa william cohen bekas s.usaha negara amarika yg sicohen ini adalah kawan baik sikitul 2.0.
Menurut byk pehak parti kitul 2.0 itu di biayaai oleh NED & IRI, yg mana kedua² ini adalah organisasi yg dibiayai oleh amarika bagi pehak zionis.

Bangkitlah Melayu.

Anonymous said...

Kita punya musuh terdiri dari gagasan islamofobia.
Liberal yang berak merata dengan istilah madani dan rahmah.
Membolot royalti minyak menerusi wang ehsan.
Milik kerajaan melayu dirampas jadi rasuah politik.
Berpadu dengan tamil eelam.
Perkongsian keganasan yang diimport.
Tunas keganasan yang sudah tumbuh pucuk.
Berpadu dengan komunis dapig.
Import pakar selerak bangsa melayu.
29 kampung sudah hilang tapak kenangan.
Walau pun berdikit tapi melampaui batas.
Syiah megah menyorok di belakang komunis dapig.
Bawa agenda mengharumkan abu chin peng.
Masalah telur belum selesai.
Yang dibawa fitnah kepada tuan guru.

Inilah bentuk perpaduan.
Demi menghimpit Islam.
Demi menghimpit bumiputera yang usahawan.
Himpit bumiputera yang ulamak.
Himpit bumiputera yang daya maju.

Tolan jang said...

Kami di Negeri 9 juga inginkan kerajaan PN yang memerintah. Nak tukar corak pemerintah lain pulak. Takkan tak boleh kott...pengundi N9 undilah PN pulak...Supaya tak ketinggalan dengan Negeri lain.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails