Wednesday, March 01, 2023

Bukan tebuk atap, tapi atap bocor -A.Hadi. & Guan Eng buta sejarah..




1. Tukar kerajaan: ‘Kalau jatuh lagi, jangan salahkan kami’

KUALA LUMPUR: “Kalau jatuh lagi, jangan salahkan kami. Bukan tebuk atap, tetapi atapnya bocor, pintunya terbuka dan dindingnya pecah,” kata Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Beliau membangkitkan perkara itu susulan berlaku pertukaran kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.

Menurutnya, pengundi muda dan luar bandar menunjukkan protes kepada Barisan Nasional (BN) ketika PRU14 kerana kesilapannya dan menolak Pakatan Harapan (PH) kerana pembohongan janji dan manifestonya.

Tuan Guru yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, mereka kemudiannya telah memberikan sokongan kepada PERIKATAN NASIONAL (PN).

Justeru, katanya kejayaan menukar kerajaan bukan melalui tebuk atap tetapi atapnya bocor dan dinding kacanya yang berkecai.

Beliau menambah, selepas PRU15, parti-parti komponen PH mempunyai jumlah kerusi yang tidak mencukupi dan terpaksa menggabungkan semua parti kecil dan segala yang berpenyakit.

Ini, ujar beliau bagi mencukupkan jumlahnya dalam kerajaannya yang bergelora sebagaimana yang disaksikan oleh rakyat.

“Kini, kebanyakan penduduk di luar bandar daripada orang Melayu dan bumiputera memberikan sokongan kepada Perikatan Nasional (PN), serta parti Sarawak dan Sabah,” ujarnya semasa membahaskan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat, hari ini.

Tam bahnya, adapun PH mendapat sokongan penduduk bandar dan kawasan campuran yang didukung oleh bukan Melayu dan bukan bumiputera.

Justeru, ujar beliau tindakan kerajaan PH yang membelakangi kawasan PN, Sabah dan Sarawak tidak mampu mengubah keadaan.

“PN yang mengambil alih kerajaan dalam masa yang singkat ketika bencana wabak dapat menunjukkan sedikit perubahan,” tambahnya. – HARAKAHDAILY 28/2/2023


2. Guan Eng buta sejarah, pertikai hak Kedah 

Sidang Dewan Rakyat hari ini, Lim Guan Eng serang MB Kedah yang tidak ada di dalam Dewan. Dia tuduh MB Kedah pertikai Perlembagaan Persekutuan yang mengiktiraf kedaulatan Negeri Pulau Pinang. 

Apabila Ustaz Tarmizi Sik bangun cuba menjelaskan dia tidak beri laluan.

MB Kedah bukan pertikai kedaulatan Pulau Pinang tetapi minta wang pajakan yang dibayar oleh Kerajaan Persekutuan sebagai pajakan Negeri Pulau Pinang daripada Sultan Kedah dinaikkan.

Sejak penyerahan Pulau Pinang oleh Sultan Abdullah untuk dipajak kepada SHTI melalui Francis Light pada 1786,  bayaran pajakan dikenakan adalah sebanyak 6, 000 Dollar Sepanyol.

Pajakan itu diperolehi secara tipu helah dan SHTI tidak pernah membayar pajakan secara sempurna.

Ini mendorong Sultan Abdullah cuba melancarkan serangan terhadap Inggeris melalui Perai yang pada masa itu masih di bawah pemerintahan Sultan Kedah.

Angkatan Sultan Abdullah diserang balas oleh SHTI yang akhirnya menyebabkan Kedah turut terlepas Perai.

Penaklukan Perai oleh Inggeris menyebabkan nilai pajakan dinaikkan kepada 10,000 Dollar Sepanyol.

Bagaimanapun bayaran pajakan masih tidak bayar secara sempurna. Inggeris juga memungkiri perjanjian awal yang menjadi syarat persetujuan Sultan Kedah untuk memajak Pulau Pinang iaitu SHTI akan melindungi Kedah daripada serangan Siam.

Apabila perang Kedah Siam tercetus bermula 1831, SHTI sebaliknya memilih untuk berpihak kepada Siam pada 1838.

Setelah Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, Kerajaan Persekutuan yang mewarisi pemerintahan Kerajaan Pusat daripada Inggeris, meneruskan pembayaran pajakan Pulau Pinang kepada Sultan Kedah dengan nilai RM10,000 setahun.

Nilai itu diteruskan hingga sekarang. Bagaimanapun bermula pada tahun 2018 ketika Tun Dr Mahathir sebagai PM dan anaknya, Mukhriz selaku MB Kedah, Kedah menerima bayaran khas senilai RM10 juta daripada Kerajaan Persekutuan.

Bayaran RM10 juta itu terus dibayar sampai sekarang.

Kerajaan Negeri Kedah turut menuntut Pulau Pinang membayar RM50 juta setahun sebagai kos penjagaan sumber air mentah yang diambil oleh Pulau Pinang daripada Sungai Muda yang mengalir dari dalam sempadan Negeri Kedah.

Mengikut Akta Industri Perkhidamatan Air Negara 2006 (Akta 655) yang disambut dengan Enakmen Sumber Bekalan Air Negeri Kedah 2008, Lembaga Sumber Air Negeri Kedah (LSANK) ditubuhkan untuk mengawal selia semua sumber air yang ada di Negeri Kedah.

LSANK berhak untuk mendapat bayaran daripada mana mana pihak yang menggunakan air mentah daripada segala sumber yang ada di Negeri Kedah atas tanggungjawab memastikan kelestarian sumber air terus terjaga dan dipulihara.

Bayaran ini juga sebagai ganti kos melepas oleh Kerajaan Negeri dan rakyat Negeri Kedah atas kehilangan pendapatan demi mengekalkan kawasan tadahan.

Syarikat Air Darul Aman (SADA) juga membayar kepada LSANK atas setiap titis air mentah yang diambil daripada sumber sumber yang ada di Negeri Kedah.

Malangnya Kerajaan Pulau Pinang hingga hari ini masih enggan membayar kepada Kedah walaupun negeri itu menggunakan 54% air mentah daripada Sungai Muda berbanding rakyat Kedah sendiri yang hanya menggunakab 46% air daripada sumber itu.

Pulau Pinang juga menggunakan  80% air mentah Sungai Muda untuk kegunaan seluruh negeri sedangkan mengikut undang undang hak riparian antarabangsa, hanya 5% air daripada sumber rehtas sempadan boleh dimanfaatkan oleh negeri atau negara yang dilalui.

Air itu juga mesti untuk kegunaan penduduk di dalam wilayah daratan yang dilalui sahaja sedangkan PBAPP turut menyalurkan air Sungai Muda untuk kegunaan di sebelah pulau selain menjual kepada pihak industri dan kapal kapal dengan keuntungan yang lumayan.

Setelah sekian lama keengganan Kerajaan Pulau Pinang menyebabkan kerugian kepada Kerajaan dan rakyat Negeri Kedah, tuntutan RM100 juta yang diangkat oleh MB Dato Seri Muhammad Sanusi Md Nor untuk dibayar oleh Kerajaab Persekutuan adalah nilai paling munasabah.

Selain pajakan, tuntutan itu juga terkandung bayaran untuk air, pengekalan kawasan tadahan dan sebagainya.

Tuduhan Lim Guan Eng konon MB Kedah menghasut, mempertikai kedaulatan Pulau Pinang adalah semata mata menunjukkan MP Bagan itu mempunyai masalah kefahaman sama ada dari sudut sejarah mahupun bahasa.
MMY
SUA MB KEDAH

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bukan tebuk atap, tapi atap bocor -A.Hadi. & Guan Eng buta sejarah..

Ya, jangan lihat Malaysia dan Persekutuan Tanah Melayu dengan mata sepet yang tak terbuka jelas bebas. Terkurung di bawah tempurung DAP!

15 comments:

Anonymous said...

Sekarang ni semuanya berbayar hatta nak berak didlm rumah sendiri sekalipun, kena bayar chaj indahwater. Harap P Pinang tidak lagi berdolak dalik untuk membayar chaj tersebut kpd Kedah.

Anonymous said...

"Pernah terbaca yg negara afrika mengamalkan pemerentahan bemodelkan konsep yg di istilahkan sebagai samada Kleptocracy, Nepotism, Kakistrocracy, Cronyism dan sebagainya...
alahai lah nampaknya di Malaysia nih sekurang²nya yang ke empat² jenis model tu telah digabungkan menjadi satu dengan label pemasaran ianya dinamakan sebagai "madani" ...."

Like Reply

.......
Aku copy & paste dari satu comment yg aku terjumpa.
Apa pendapat engkorang, ada ke betul keluhan dia tu?
Bertanya dengan ikhlas nih.

Anonymous said...

kerajaan rimba mana ada atap, pintu gua tu ada la kot, baca mantra "sma ingsung matakaji..." akan terbuka la kot.

Anonymous said...

buat dam, alihkan air untuk pengairan petani di Kedah dan buat loji penapisan air mentah untuk bisness air untuk kebaikan semua.

Anonymous said...

Hampa fitnah lebih lebih, nanti surat saman sampai. Mujur kita punya pemerintah yang nak beri gaji pada lawyer. Bapa pembangunan sektor guaman.

Anonymous said...

Anak papa tak menang pun. Jadi dilantik sebagai ajen mp. Kata oghang utagha, loghat nak mampuih.

Anonymous said...

Menteri duit ni paham sesangat ker pasai ekonomi. Duit naik jatuh pasai apa. Sebab nama pm kah. Sebab angka sepuluh kah. Kalau diterangkan oleh pakar ekonomi, orang sastera boleh pahamkah. Atau macam itik membawang dengan ayam. Itik guna bahasa quek quek. Ayam guna ketak ketak ketaaaaaak.

Lucu betul kerajaan itik ayam. Ayam paham bahasa ayam. Atau penyamun paham bahasa penyamun.

Anonymous said...

Reformasi adalah untuk ubah Islam kepada liberal.
Untuk ubah kepentingan bumiputera kepada komunis dapig.
Mensucikan komunis dapig.
Mensucikan lgbt.
Mensucikan nepotisme.
Mensucikan kronisme.
Mensucikan hoi hoi ya hoi.
Mensucikan wang ehsan.
Mensucikan rompakan bantuan banjir.
Mensucikan temberang.
Mensucikan larangan ceramah yg bertauliah.
Semuanya disucikan dengan identiti MADANI dan RAHMAH.
Cobaan membodohkan rakyat dengan istilah Islamik.

Anonymous said...

Masuk parlimen tak pakai tali leher.
Pakai jubah pun idak juga.
Sembang Islam macam ulamak sangat.

Anonymous said...

Inilah masalah orang Islam extreme.

X da ilmu nak bercakap.

Nak buat apa pun boleh.

Ingat semua free ke? Berbillion kena termasuk bayar pampasan tanah. Kena federal involve. DSAI x layan airport pun, geng pas dah ternganga.

Lagipun tanah Melayu juga yg kena.

Lupa......bleh ambil duit berjuta dr bilik tidur pn

Idea mangkuk

Anonymous said...

Jauh beza dgn TGNA

Anonymous said...

Kesian bila borak dgn penyokong pn bab Midin dan keluarganya.

Tunduk je

ha ha ha

Anonymous said...

Keberkatan tgna. Sampai sekarang masih bersih. Dan insya Allah akan datang pun bersih juga. Dulu sifar rasuah. Sekarang sifar rasuah. Akan datang pun insya Allah sifar rasuah.

Anonymous said...

Jom pakat pakat sokong pn. Nanti x payah dakwa dakwi pasai rasuah. Pasai menyamun. Pasai arak. Duit guaman boleh guna untuk hal yang lebih berfaedah.

Lagi pun kalau ketuanya penyamun. Anak buah pun ikut menyamun. Tak kiralah samun cara ganas atau samun cara suci. Tapi samun mana ada suci. Kecuali ada yang menyucikan cara madani.

Anonymous said...

Jom pakat pakat sokong pas. Lagi pun mp pakatan kuat ponteng sidang. Makan gaji buta. Kerja tak buat.

Soory lupa. Mp pakatan mana terima gaji. Jadi tak per kalau ponteng.

Sialan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails