Saturday, March 04, 2023

Jab.Warga Emas, Zailah sokong K/Pembangkang. & Skandal Zakat..

 

Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff

1. Wujudkan Jabatan Warga Emas

KUALA LUMPUR: Dato’ Siti Zailah Yusoff (PN-Rantau Panjang) menyokong cadangan yang dikemukakan oleh Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Hamzah Zainudin, supaya kerajaan menubuhkan jabatan khas untuk warga emas.

Katanya, ini berikutan golongan berkenaan dilihat mampu menyumbang idea dan tenaga kepada masa depan negara selain boleh membantu mereka dari segi pendapatan dan sebagainya.

Siti Zailah berkata, Malaysia dijangka mencapai status ‘negara tua’ menjelang tahun 2030 apabila 15 peratus daripada keseluruhan jumlah penduduk bakal berusia 60 tahun dan ke atas.

Justeru itu, katanya cadangan bagi menubuhkan jabatan berkenaan merupakan antara langkah pembangunan yang selari ke arah mesra warga emas.

Beliau berkata demikian ketika mencelah ucapan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Selain itu, Siti Zailah mengemukakan pertanyaan sama ada Belanjawan 2023 yang dibentangkan bersifat mesra warga emas.

Terdahulu, Hamzah yang juga Ahli Parlimen Larut berkata, perancangan bagi menubuhkan Jabatan Warga Emas telah dibuat sebelum Pilihan Raya Umum (PRU lalu.

“Kami telah merancang sebelum PRU lalu supaya menubuhkan Jabatan Warga Emas sebab kalau sekarang, kita ada Jabatan Kanak-Kanak, jadi dengan rancangan untuk mewujudkan Jabatan Warga Emas juga boleh membantu mereka dari pelbagai segi.

“Selain itu, kita dapat gunakan mereka sebagai ‘work force’ (tenaga kerja) yang boleh digunakan dan cari cara bagaimana membayarnya,” katanya. – HARAKAHDAILY 27/2/2023.

2. Cubaan tutup skandal zakat Negeri Sembilan? 

Sebulan yang lepas saya telah terima satu set dokumen mengenai skandal Zakat N.Sembilan hampir RM8 juta. 

Setelah teliti dokumen dan maklumat ada asasnya maka 5 Feb saya telah naikkan di fB Che'GuBard Original untuk tarik perhatian Exco Agama dan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan sendiri, cadang saya 13 Feb utk hadir sendiri ke Pejabat Exco Agama dan MAINS untuk cari penjelasan.

Ramai terkejut dan dapat respon banyak pihak. Mungkin panik dengan perkembangan itu Aminuddin Harun terpaksa komen pada 8 Feb. Dia akuo ada masalah dalam Zakat NS dan serah pada SPRM & Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) , namun sikap lepas tangan MB merangkap exco agama menyerlahkan kelemahannya apabila dia nyatakan tidak pasti apa terjadi kerana dia sudah keluar dari MAINS. Makan gaji buta sebagai exco Agama?  
9 Febuari pula secara tiba tiba SPRM NS umumkan kes Zakat NS ditutup dan tidak ada kes, ini lucu kerana beberapa jam selepas itu Ketua Polis NS pula keluar kenyataan Polis putus buka kertas siasatan bawah 409 kanun keseksaan - kerana disyaki ada pecah amanah. 8 Feb MB serah pada pihak berkuasa, 9 Feb polis baru buka siasatan sebaliknya SPRM sudah tutup dan kata tidak ada kes. 9 Feb lewat petang pula kerana kenyataan SPRM maka MAINS telah keluar kenyataan ugut siapa sahaja bangkit isu skandal zakat akan dilapor polis kerana fitnah... 

10 Feb saya dan kawan kawan tampil ke SPRM dedah hampir semua bukti. Pegawai yang menerima bukti sendiri tak mampu kata apa kerana semua jelas ada penyelewengan. Saya terpaksa ugut jangan sampai saya terpaksa bangkitkan persoalan adakah ini ada kena mengenai dengan adik ipar Azam Baki (ketua SPRM) yang dilantik beberapa jawatan mewah bawah kerajaan NS ? 

Makin menarik bila 12 Feb, Pemuda Umno Rembau pula muncul di media serang MB N.Sembilan dalam isu Zakat ini. Shukri juga merupakan pembahas wakil NS yang bawa usul jawatan Presiden dan Timbalan tidak dipertandingkan dalam PAU baru ini. Jelas ia budak Mat Hassan dan diyakini Mat Hassan guna isu ini untuk serang MB NS untuk bagi tekanan dalam mereka sedang berebut kerysi bertanding PRN terdekat. Menariknya budak Timbalan Presiden Umno ini dedahkan SPRM menipu sebab macam mana nak tutup kalau no fail pun tak ada sebab fail tak dibuka. 

 12 Feb.juga saya melalui hubungan keluarga telah menyembah maklum kepada YM salah seorang Dato' Undang mengenai perkara ini. 

13 Feb lewat petang SPRM Putrajaya telah keluar kenyataan akui ada unsur kecurangan dan mula menyiasat kes skandal Zakat.

Kepada semua, khususnya masyarakat Islam Negeri Sembilan yakinlah mereka hanya sedang cuba cari kambing hitam atau sedang brli masa untuk kes ini dilupakan sebelum "disapu bawah karpet". Kena terus beri tekanan. 

Untuk pengetahuan semua khususnya orang NS, kes zakat ini hanya bukti kecil kelemahan dan penyelewengan kerajaan DAp PH NS. Cuma "tips of iceberg"...kita akan asak dengan banyak lagi pembongkaran.


T.kasih buat semua termasuk pihak media yang berani mengangkat isu ini.

Bersama MENGANGKAT MARTABAT NEGERI BERADAT

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Jab.Warga Emas, Zailah sokong K/Pembangkang. & Skandal Zakat..

Blog ini sentiasa bersetuju bagi mengangkat dan membongkar isu-isu rakyat demi kemantapan negara tercinta ini. 

Insya  Allah!

13 comments:

Anonymous said...

Ancaman baharu pada agama Islam dan umat Islam.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02VHYzqWBdBiPZxF8n4PQ2x4otomSwcKef8fRBPYAWNMDhoktVEZBNp1Azqnsj6iafl&id=100063727089521&sfnsn=mo&mibextid=6aamW6

Anonymous said...

Kalau dah jenis menyamun, sampai duit zakat pun nak samun. Hoi hoi ya hoi. Sangatlah buruk akhlaq. Harapkan pagar, pagar makan padi. Patutlah top two post tak payah tanding.

Anonymous said...

Macam ayam keluar reban.
Meluru nak cagut makanan.
Ramai rebut jawatan.
Dapat jawatan meluru nak cagut habuan.
Sampai duit zakat pun jadi bahan.
Tradisi hoi hoi ya hoi tak kira kawasan.
Dengar boleh percaya jangan.
Dulu kini dan selamanya tetap menyamun.
Hoi hoi ya hoi dah jadi rakan.
Bertanya khabar dalam pakatan.
Mencari ruang di mana suapan.
Royalti kekal duit ehsan.
Cara suci duit samun.
Dua tugas satu selaman.
Beli undi kononnya ehsan.
Ingatkan reformasi rupanya dendam bersarang.
Sampai bila rakyat mampu bertahan.

Anonymous said...

Jom pakat pakat sokong pas.
Dalam pas pimpinan bersih dan sihat.
Rasuah sifar.
Sifar rasuah negara cemerlang.
Rakyat pun terbilang.

Anonymous said...

Tambah jabatan tambah pengarah. Tambah membazir.

Geng Islam extreme.

Kunun pandai cakap kat Parlimen....

Negeri sendiri mundur. X tahu buat keje.

Anonymous said...

Nanti pas nak mertabat tulisan jawi, dikata ekstreme.
Pas bantah teroka tanah haram musang king dikata ekstreme.
Pas bantah arak, dikata ekstreme.
Pas bantah judi, dikata ekstreme.
Pas bantah lgbt, dikata ekstreme.
Pas bantah rasuah, dikata ekstreme.
Pas tolak penyamun, dikata ekstreme.
Pening pulak dengan geng liberal.

Anonymous said...

Negeri mana ?

Anonymous said...

Pas bantah PELACUR juga dikata ekstreme.
Pening dibuatnya dengan puak2 liberalisme dlm Pakatan Hancing ni!

Anonymous said...

Idea bernas PAS untuk wujudkan Jabatan Warga Emas. Negara ni sedang menuju status aging nation!!!

Anonymous said...

Tahniah kepada DBKL kerana telah menyita rumah2 PELACURAN baru2 ni. Tingkatkan usaha dan azam untuk menyita kesemua rumah2 pelacuan yang ada! Harap kerajaan dapat memberi bonus dan inisiatif kepada pasukan yang telah menjayakan usaha murni ini.

Anonymous said...

Puak pakatan hancing memang pandai bercakap. Tapi buat kerja melalut. Cakap pasal telus, tolak rasuah tapi tiba tiba penyamun jadi peserta kabinet no dua. Kan ker sewel tu. Tak reti buat kerja. Kerja tak seperti yang diucap.

Anonymous said...

Tahun ini dlm sejarah.

Pemimpin pas minta maaf paling banyak. Hr ni dlm Parlimen plak. Mulut celupar.

Tiap hari ratib Islam..

Cakap x guna otak.

Ada dua lagi pemimpin pas x minta maaf.......kita tunggu

He he

Mat Tongek said...

Nampaknya DAP/BN ni tangan bersalam...tetapi kaki menendang sesama sendiri.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails