Friday, December 31, 2021

Sambut Krismas, Firdaus Wong Mahu Sashi Kumar DiTahan?

 

HALAMAN HIBURAN

Masuk Campur Urusan Orang Islam, Firdaus Wong Mahu Sashi Kumar DiTahan? 

PENDAKWAH dan aktivis terkenal tanah air, Firdaus Wong muat naik kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden Persekutuan Hak Asasi Manusia Global, Sashi Kumar di akaun Instagram nya menarik perhatian orang ramai.

Sashi yang menganggap pesanan dari penceramah bebas terkemuka dunia Dr Zakir Naik, yang melarang umat Islam dari menyambut perayaan Krismas sebagai tanda memecah belahkan perpaduan kaum di Malaysia.

Anggap Sashi Kumar Batu Api

Melihat kenyataan yang dikeluarkan oleh Shashi di laman Facebook nya, pendakwah ini bangkit bersuara bagi membidas semula tuduhan yang di lemparkan terhadap Dr Zakir Naik di Instagram nya.

“Kesian saya melihat media memetik individu seperti Sashi Kumar sebagai sumber berita. Kenapa?

Kalaulah page original dan page bukan original pun tak dapat dibezakan dan lalu disamakan, apa lagi boleh diharapkan dari Sashi Kumar?

Golongan ini tiada kerja lain ke selain dari fokus pada para pendakwah Islam atau apa-apa sehaja yang berkaitan dengan Islam?

Sashi Kumar ini patutnya ditahan dan didakwa kerana masuk campur dalam urusan orang Islam. Apa hak Sashi Kumar dan geng masuk campur dalam urusan orang Islam?

Ada kami Muslim mempertikaikan perintah agamawan agama lain? Ada kami Muslim pertikaikan keengganan anda memakan daging lembu sebagai Hindu?

Ada kami sebagai Muslim memaksa penganut agama Hindu untuk menyertai upacara korban dan menyembelih daging lembu setiap tahun untuk menunjukkan semangat Keluarga Malaysia? Tidak! Kami tak paksa kerana kami sebagai Muslim faham.

Sashi Kumar memang tak faham atau buat-buat tak faham isu untuk ‘test water’? Atau Sashi Kumar ini ejen RSS dan Hindutva di Malaysia? Tanya je. Jangan marah nanti kena jual bak dialog dalam filem P. Ramlee…. Ke Sashi Kumar ni batu api?” tulisnya

Netizen Setuju Dengan Jawapan Firdaus Wong

Isu ini membuatkan ramai orang Muslim berkongsi pandangan dan bersuara di ruangan komen di Instagram pendakwah ini, rata-rata ramai yang bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Firdaus Wong apatah lagi pesanan yang diberi Dr Zakir Naik adalah untuk orang Islam sahaja.

“Perpaduan disandarkan kepada ucapan hari perayaan? Really? Come on. Your religion is your religion, my religion is mine. Jus enjoy the holiday”

“Islam tidak pernah memaksa agama lain. Tetapi mereka tetap tidak puas hati. Dalam Al Quran dah terangkan. Mereka akan terus menerus memusuhi Islam”

“Si Kumar ni ingat Dr pesan kat Malaysia je ke? Statement Dr tu general, means globally spread. Ingat satu dunia ni banjir ke sampai tak nampak daratan langsung? Bodoh-bodoh lah”

“Jangankan Sashi Kumar…. Yang melayu-melayu lain pun sokong statement Sashi ni.. Sedih! Pada saya, statement Zakir Naik tu simple je.. Tak ada sebab nak wish tak payah lah wish.. Tu je.. Lagipun tu memang perayaan keagamaan kan.. So, tak payah lah terlibat” komen mereka. (Pelbagai sumber)

2 comments:

Anonymous said...

Yg isu ruu355, yg tu betul bila dap campur tangan hal isu dalaman agama islam. Eng guan dan kuncunya patut ditangkap kerana c tangan hal agama islam.

Anonymous said...

Di waktu orang-orang hindu hidup selamat di negara umat Islam, pemimpin-pemimpin pelampau hindu dalam parti pelampau hindu BJP pimpinan Modi yang sedang memerintah India dan sami-sami hindu menghasut rakyat hindu yang merupakan rakyat majoriti di India membenci Islam dan umat Islam dan menyeru rakyat hindu membeli senjata untuk menghapuskan semua umat Islam di India.

BJP pernah berjaya menghasut rakyat hindu menyerang, menyiksa, merogol, membakar dan membunuh beribu-ribu umat Islam, merompak atau memusnahkan perniagaan, rumah, harta benda dan masjid umat Islam. Contoh:

(1) Rusuhan Gujarat 2002 pada 28 February 2002. Perusuh hindu menyerang, menyiksa, merogol, membakar dan membunuh ramai umat Islam dan memusnahkan harta benda umat Islam secara terancang. Perusuh hindu ini dibantu oleh sebilangan polis hindu.

(2) Pada 6 Disember 1992 pemimpin-pemimpin pelampau hindu BJP, RSS and VHP dan pengikut mereka dan sami-sami hindu menyerang dan memusnahkan Masjid Babri untuk membina kuil hindu.

Sila menonton:

https://youtu.be/IAl9oRg5pak

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails