Wednesday, December 29, 2021

"..ringankan beban seseorang, Allah.. ringankan beban kita di akhirat." -Kak Lah

 


Siti Zailah santuni petugas Operasi Banjir

TEMERLOH: Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Kebajikan Masyarakat, Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff telah berkunjung ke Bilik Operasi Bencana Banjir PAS Kawasan Temerloh di Pusat Tarbiah Darul Ansar, di sini baru-baru ini.

Kehadiran beliau itu bersama pihak Jabatan Kebajikan Masyarat (JKM) serta Pengurusan Kecemasan dan Bencana Malaysia (Khidmat Malaysia) di mana terdahulu telah turun ke beberapa lokasi banjir di Mentakab dan Lanchang.

Kehadirannya memantau Pusat-pusat Permindahan Sementara (PPS) dan Dapur Rakyat bagi memastikan bantuan, bekalan makanan dan keperluan asas dapat diberikan dengan cepat kepada mereka yang memerlukan.

Menurut Siti Zailah, menerusi JKM sahaja lebih dari RM10 juta diperuntukkan untuk menyediakan keperluan makanan dan minuman di semua PPS seluruh Pahang diperuntukkan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

Kunjungannya ke Bilik Operasi itu turut menyerahkan sedikit sumbangan berupa wang tunai bagi kegunaan Dapur Rakyat bagi penyediaan makanan kepada petugas-petugas di sini.

Beliau juga menyatakan penghargaan atas segala bantuan daripada Khidmat Malaysia, NGO-NGO dan kepada semua yang telah memberi sumbangan dalam menzahirkan kebersamaan dengan mangsa banjir atas ujian menimpa.

“Apabila kita meringankan beban seseorang, Allah akan meringankan beban kita di akhirat. Bagi Kak Lah ini adalah ruang terbaik untuk kita menunjukkan keikhlasan kita dalam persaudaraan kita supaya kita sama-sama membantu saudara kita yang ditimpa musibah,” ujarnya.

Beliau turut berpesan kepada para petugas supaya berhati-hati dan menjaga keselamatan diri dalam melakukan tugas dan kerja yang banyak itu dilakukan penyelarasan dan secara tugas bersama. – HARAKAHDAILY 28/12/2021

Lihat sebelum ini.. Siri Kalimantan: Kerjasama M'sia/Indo.

1 comment:

Anonymous said...

Rumah yg abam nak jual tu harganya lebih 12 juta rm. Presiden pas pun rumah papan kampong. Tapi bertubi tubi difitnah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails