Sunday, December 26, 2021

Pasukan khas kaji dakwaan Tommy Thomas adakan mesyuarat pertama

 

PUTRAJAYA: Pasukan petugas khas siasatan ke atas dakwaan bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas dalam bukunya My Story: Justice in the Wilderness telah mengadakan mesyuarat pertama mereka di Kuala Lumpur, semalam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata pasukan khas itu ditubuhkan bagi membuat kajian awal berhubung beberapa dakwaan yang ditulis dalam buku tersebut antaranya isu pelantikan hakim, campur tangan melampau badan eksekutif dalam sistem kehakiman dan pendakwaan terpilih.

“Pasukan petugas khas ini akan mengemukakan dapatan dan syor-syor kepada Jemaah Menteri dalam tempoh enam bulan dari tarikh lantikan,” katanya dalam satu kenyataan.

Pasukan khas itu dipengerusikan Penasihat Undang-Undang Sarawak dan bekas Peguam Besar Sarawak Datuk Seri Fong Joo Chung, manakala Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri bertindak sebagai urus setia.

Pasukan khas itu dianggotai bekas Setiausaha Kerajaan Sabah Datuk Hashim Paijan serta bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat yang juga bekas Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Datuk Dr Junaidah Kamaruddin.

Ia turut dianggotai bekas Hakim dan Peguam Kanan Persekutuan, Jabatan Peguam Negara Datuk Jagjit Singh Bant Singh, dua peguam Datuk Shaharudin Ali dan K. Balaguru serta wakil daripada Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah Nasional (GIACC) dan Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan (CGSO).

Wan Junaidi berkata memorandum Jemaah Menteri berhubung penubuhan pasukan petugas khas itu termasuk terma rujukan, keanggotaan, implikasi kewangan telah dibentang dan diluluskan Jemaah Menteri.

Thomas telah menerbitkan buku berkenaan pada awal tahun ini namun menerima banyak kritikan daripada pelbagai pihak antaranya Jabatan Peguam Negara, peguam, ahli politik dan orang awam kerana didakwa mengandungi unsur hasutan, penghinaan dan fitnah.

Berikutan itu, polis telah menerima lebih 100 laporan terhadap Thomas berhubung penerbitan buku berkenaan. – BERNAMA

6 comments:

Anonymous said...

Pesan pesan dan nasihat pada orang Melayu pasca PRU 15.

Awas kenyataan lidah bercabang sang fitnah jijik ini. Bila Atok boboi dan legasi nya nak mampos dolu dolu dalam Kerajaan BN@UMNO dan 2 kali Boboi diterajang masuk longkang dari kerusi MB Kedah. Kalah pula jawatan naib presiden dalam pemilihan UMNO maka Atok marah marah pada Bossku maka Tun mintak nyawa pada PKR@PH dan menjelekkan Tun kata DAP okeyy..

Fakta si Boboi pecah rekod 2 kali melingkup dari kerusi MB Kedah belum pernah di buat orang lain kecuali si Boboi.. AMINNN

Bila Atok nak mati sebab tertebuk muka sendiri dalam Pakatan Harapan dolu tuh maka atok mintak nyawa skali lagi. Atok mintak nyawa pada orang Melayu semula dengan jadi acah acah power Melayu Islamik balik dan acah acah power jadi ultra Melayu dan acah acah bermusuh musuhan dengan Parti DAP@LeeKwanYew. Memoir ke 2 atok akan terbit Tun acah acah power kasi hantam sama DAP...!!

Kena ingat cepat cepat yer di mana fakta Tun masa jadi PM ke 7 ultra Melayu ini telah dibaruakan DAP@LeeKwanYew. Hasil jadi barua DAP@LeeKwanYew ialah Pulau Batu Putih yang timbul tenggelam pun Tun sanggup sedekah kan pada Singapura pada anak Lee Kwan Yew...

Fakta semua pemimpin utama dari utara ini ialah kesemua pulau pulau strategik negara depa pi sedekah pada orang asing. Depa juga cuba gadai akidah dng COMANGO Gereja , LGBT, Syiah dan Pluralisme Agama sambil acah acah power jadi ultra Melayu Islamik..

Momentum Acah acah power Melayu Islamik ini akan berterusan hingga lah PRU 15 untuk meraih sempati orang Melayu sambil atok berlakon air mata lagi teresak esak menangis hingga keluar air mata buayanya. Kunun nya demi orang Melayu sedangkan matlamat utama atok adalah utk selamatkan Boboi nya dan PejWang.

Bila dah dapat kuasa balik Tun akan buat buat buat lupa dan janji mula dicapati sambil kencing berdiri. Tak cukup dng janji dicapati amalan Tun selterusnya ialah menghina dan caci maki mengutuk bangsanya semula.

Tun akan maki hamun orang Melayu Pemalas, Melayu tak tahu berniaga (yg bodoh berniaga tu anak anak Tun )sambil bailout dan beri projek jota jota pada kroni Cina Malaysia berkiblat pada DAP@LeeKwanYew.

Dalam masa yg sama atok akan balilout perniagaan anak anak nya yang melingkup rugi sambil mengutuk dan menghina orang Melayu...!! Bila untung Tun kata anak anak nya pandai berniaga, bila rugi suma mintak dibailout.. sebenarnya anak Tun lah yang bodoh bangang berniaga.

Masa itu orang Melayu kena lah ingat balik fakta Tun jadi barua DAP@LeeKwanYew dilantik jadi PM ke 7. Hanya dengan angkara seekor Cina Jho Low yg lesap jadi beruang dakwa ex IGP si Bedul lantikan Tun semua orang Melayu dibatuapi dan di adu domba.

Semua orang Melayu sesama bangsa Melayu berantakan bercakaran, berbunuhan sesama sendiri angkara seorang Cina bernama Jho Low.

Kalau Singaura Lee Kwan Yew lansung tak percaya pada orang Melayu Singapura, di Malaysia apa ke sial nya pemimpin Melayu terhegeh hegeh beri muka berlebih lebihan dalam urusan kerajaan pada kaum Lee Kwan Yew@Jho Low ini...!!?

Persoalan yg timbul bodoh sangat ker orang Melayu nih semua sektor nak bergantung harap pada kaum Jho Low@Lee Kwan Yew dalam semua bidang sedangkan Lee Kwan Yew lansung tak beri muka pada kaum Melayu Singapura dalam setiap urusan negara Singapura..!?

Inilah Bahana akibat jadi barua belaan parti kaum Jho Low iaitu DAP@LeeKwanYew..!!

Sifir Tun ini mudah dibaca cari gaduh buat fitnah jijik sampai mati demi selamatkan si Boboi dan legasi Kerala ini. Tetapi ramai orang Melayu mudah lupa dan mudah termakan umpan gula gula beracun Tun ini..

Fakta Boboi 2 kali melingkup dari MB Kedah dan melingkup bertanding jawatan dalam UMNO, makna kata Boboi ini sangat mudah untuk dilingkupkan...!!

Burung berkicau cengkrik bernyanyi KL hujan petang bro..AMIN

Tetap kan diri jadi barua DAP@LeeKwanYew bro..AMIN

Lakukan Acah Acah Melayu Islamik bro.. AMIN

Bank Negara tempat penyamun mencuri duit Bro...AMIN

Pulau Batu Putih Bukan Milik Kita Bro..AMIN

Banjir Beso Seluruh Negara akibat sumpah laknat Bro

KHALAS..


kah kah kah kah..

Unknown said...

Tak nak ulas pasal banjir ke

Unknown said...

Mana pergi menteri2 pas tu

Anonymous said...

Kalau dap dlm kerajaan, ayat pertama utk mangsa banjir, pi mampus lah melayu. X caya tanya presiden parti liberal khadam dap.

Anonymous said...

Banjir, banjir jugak. Kes tommy jgn pura2 lupa. Pkr yg berhaluan kiri pun dilupa jangan. Parti kuali yg semborono jadi khadam dap pun dilupa jangan.

Anonymous said...

Sorg petugas amal pas meninggal ketika bantu mangsa banjir. Harapkan pkr dan pan, sibuk cari salah org. Org kampung pun dah matang. Tapi walaun pkr dan pan masih mengamalkan politik rimba.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails