Thursday, October 28, 2021

Lagi Si biadap DAP campuri dan hina perundangan Syariah Islam S'gor.

 

Ronnie tidak perlu campuri hal umat

HAL ehwal dan permasalahan berkaitan agama dan amalan umat Islam biarlah ditentukan oleh orang-orang Islam sendiri sebagaimana hal berkaitan agama lain diputuskan sesama penganut mereka.

Umat Islam tidak perlu diajar bagaimana mengamal atau menganut agama mereka oleh yang bukan-Islam itu satu penghinaan. Sebagaimana umat Islam juga tidak berhak mengajar penganut agama lain bagaimana mengurus agama mereka.

Rakyat Malaysia selama ini cukup toleransi dalam bab ini, menghormati perbezaan sesama mereka dan tidak pernah menyentuh bab ini kerana saling hormat menghormati. Ianya demikian sehinggalah ada pimpinan DAP yang berlagak pandai.

Sebagai seorang Islam rakyat Negeri Selangor saya cukup kesal dengan posting Facebook ADUN Sg Pelek yang juga AJK DAP Pusat YB Ronnie Liu baru-baru ini (disertakan di bawah).

Beliau seakan mengajar umat Islam bagaimana seharusnya umat Islam mengendalikan isu arak.

Beliau tidak sedar bahawa kenyataan beliau itu bahawa … ‘it does not mean that Muslims cannot even work in companies or factories selling or producing liquors.’ (ia tidak bermakna seorang Muslim tidak boleh berkerja di syarikat atau kilang menjual atau mengeluarkan arak) adalah tidak tepat dari segi syarak malah sebagai ADUN Selangor beliau tidak sedar ia sesungguhnya bertentangan dengan Enakmen Negeri.

Enakmen 9 Tahun 1995
Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995
Bahagian iii – Kesalahan Yang Berhubungan Dengan Kesucian Agama Islam Dan Institusinya

Seksyen 18. Minuman yang memabukkan (2) menyebut:

“Mana-mana orang yang membuat, menjual, menawarkan untuk jualan, mempamerkan untuk jualan, menyimpan atau membeli apa-apa minuman yang memabukkan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.”

Kenyataan Ronnie tidak menghormati undang-undang negeri yang diluluskan Dewan Negeri Selangor dan diperkenankan oleh DYMM Sultan Selangor ketika itu. Mohon beliau tarik balik kenyataannya dan memohon maaf kepada umat Islam.

Tidak perlulah YB campuri hal-ehwal Islam dalam keadaan YB sendiri tidak faham atau tahu berkenaannya melainkan YB sengaja mahu mempersendakan agama kami. 

ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR – HARAKAHDAILY 27/10/2021

Sumber Asal: https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=1627744330898230&id=100009880363600

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Lagi Si biadap DAP campuri dan hina perundangan Syariah Islam Selangor. Kepadaa rakyat, hukum mereka dalam PRN Melaka dan PRU 15.

2 comments:

Anonymous said...

Eng guan nak ngaku dia bangsa malaysia, takpa lah. Tapi org melayu adalah bangsa melayu, dan bahasanya bahasa melayu. Dan agamanya agama Islam. Tanah airnya ialah tanah melayu. Jadi eng guan dan dap tak perlu campur tangan urusan org melayu. Stop at once dari kacau org melayu.

Anonymous said...

Mengapa sebilangan orang kafir sibuk campurtangan dalam hal ehwal agama Islam tetapi mereka tidak akan membenarkan umat Islam campurtangan hal ehwal agama kafir mereka ?

Bukankah ini menunjukkan puak lidah biawak ini yang tidak menpunyai sebarang kaitan atau kepentingan dalam agama Islam bersikap rasis, double standard atau hipokrit terhadap agama Islam dan umat Islam ?

Kita boleh bayangkan apa akan berlaku terhadap agama Islam dan umat Islam jika puak ultra kiasu ini berjaya memguasai negara kita.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails