Thursday, September 16, 2021

Pandangan rakyat marhaen pada Menteri W/Persekutuan


Anonymous said...

Nasihat dan pandangan rakyat marhaen pada Menteri Wilayah Persekutuan

Mantan Menteri Wilayah berhujah balas dengan Mentori Wlayah Arau pasal pembangunan Kg Baru yang 22 tahun 22 bulan tak jalan dan tak pernah helokk..!!

22 tahun dolu ada sekor mamak jadi belukang tanah di Kg Baru... broker belukang menyebabkan prnduduk Kg Baru lokos kena kencing oleh mamak Amin Shah ini. Akhirnya Buisness Fokus lingkup dan gelaran Datuk pun ditarik balik...

Datuk broker@belukang ini akhirnya lesap ke luar negara dengo2 melingkup ke Afrika Selatan... macam Jho Low jugak lesap melingkup tah ke mana ada yg kata jadi beruang ini berlaku semasa PM ke 4 dan PM ke 7 berkuasa... mcm sial akhirnya..!!

Soalan mantan Mentri Wilayah@belukang tanah yg tak kesampaian sapu tanah Kg Baru menyoal soalan yg bodo bangang. Adakah pembangunan Kg Baru dikatakan pembangunan secara runcit dan tak effektif.? Sedangkan kertas bluprint dan plan susunatur Kg Baru sudah diwartakan..!? Soalan klise yang tak mengambarkan IQ seorang menteri.

Sedarkah di Kg Baru ada 3 pembangunan berskala mega sudah tertegak depan mata org Kg Baru sekarang ini...!? Pemaju orang tempatan Kg Baru sendiri. Beliau seorang gelaran Datuk memiliki ciri ciri seorang pemaju Melayu yg berjaya semasa era Najib sebagai perdana menteri.

3 Projek kondo dan servis apartment hampir 100% sudah terjual oleh pembeli bumiputra sahaja. Sbb syarat jualan khas untuk Melayu bumiputra sahaja dan Melayu mampu membeli hampir keseluruhan unit unit kondo dan pangsapuri tersebut..!!

Tahu kah mantan menteri dan menteri Wilayah saiz keluasan ke tiga projek tersebut... lets me explain slowly and clearly sebelum menteri jadi belukang tanah.

Saiz setiap keluasan tanah tersebut kurang dari 1 ekar... saya ulangggg.. kurang 1 ekar sahaja. Projek kondo ini lebih dulu siap jika dibandingkan dengan projek 'non malay' diseberang sungai berhampiran tanah perkuburan Kg Baru...!!

Hanya kurang 1 ekar dengan bilangan unit unit kondo dan servis apartment yang sudah terjual hampir RM400 jota..!! Nilai GDV bagi keluasan tanah kurang 1 ekar saja mencecah RM400 juta untuk satu projek.

Bayangkan nilai GDV bagi 3 projek yang sudah pun tegak siap, terjual dan diduduki dengan keluasan setiap projek itu kurang dari 1 ekar... Pemaju Melayu Bumiputra ini sudah memiliki GDV bagi keseluruhan 3 projek dng jumlahnkeluada hampir 3 ekar sahaja nilai GDV hampir RM 1 billion..!!!

Yang pelik mantan menteri wilayah tak tahu apa yang disoal dan apa yang dinilai berkenaan tanah di Kg Baru.

Spatutnya tugas Menteri Wilayah hanya lengkapkan infrastruktur yang kondusif dan teratur supaya pembangunan Kg Baru dapat dimajukan secara total...

Renung renungkan menteri sekalian renung renungkan wahai penduduk melayu Kg Baru.. Jadi kan pemilik pemaju seorang Datuk ini sebagai role model kelian bukan untuk dicemburui dengan hasad dengki...!!

Anonymous said...

sikit penambahan..kikiki

Nasihat dan pandangan rakyat marhaen pada Menteri Wilayah Persekutuan

Mantan Menteri Wilayah berhujah balas dengan Mentori Wlayah Arau pasal pembangunan Kg Baru yang 22 tahun 22 bulan tak jalan dan tak pernah helokk..!!

22 tahun dolu ada sekor mamak jadi belukang tanah di Kg Baru... broker belukang menyebabkan prnduduk Kg Baru lokos kena kencing oleh mamak ini. Akhirnya perniagaan 'Buisness Fokus' melingkup satu satu dan gelaran Datuk pun ditarik balik...

Datuk broker@belukang ini akhirnya lesap ke luar negara dengo2 melingkup ke Afrika Selatan... macam Jho Low jugak lesap melingkup tah ke mana ada yg kata jadi beruang ini berlaku semasa PM ke 4 dan PM ke 7 berkuasa... mcm sial akhirnya..!!

Soalan mantan Mentri Wilayah@belukang tanah yg tak kesampaian nak sapu tanah Kg Baru menyoal soalan yg bodo dan nampak bangang. Adakah pembangunan Kg Baru dikatakan pembangunan secara runcit dan tak effektif.? Sedangkan kertas bluprint dan plan susunatur Kg Baru sudah diwartakan..!? Soalan klise yang tak mengambarkan IQ seorang menteri.

Sedarkah di Kg Baru ada 3 pembangunan berskala mega sudah tertegak depan mata org Kg Baru sekarang ini...!? Pemaju orang tempatan Kg Baru sendiri. Beliau seorang gelaran Datuk memiliki ciri ciri seorang pemaju Melayu yg berjaya semasa era Najib sebagai perdana menteri.

3 Projek kondo dan servis apartment hampir 100% sudah terjual oleh pembeli bumiputra sahaja. Sbb syarat jualan khas untuk Melayu bumiputra sahaja dan Melayu mampu membeli hampir keseluruhan unit unit kondo dan pangsapuri tersebut..!!

Tahu kah mantan menteri dan menteri Wilayah saiz keluasan ke tiga projek tersebut... lets me explain slowly and clearly sebelum menteri jadi belukang tanah.

Saiz setiap keluasan tanah tersebut kurang dari 1 ekar... saya ulangggg.. kurang 1 ekar sahaja. Projek kondo ini lebih dulu siap walau masa pendemik Covid 19 melanda jika dibandingkan dengan projek 'non malay' lebih dulu dibuat smpi skg tak siap lagi diseberang sungai berhampiran tanah perkuburan Kg Baru...!!

Hanya kurang 1 ekar dengan bilangan unit unit kondo dan servis apartment yang sudah terjual hampir RM400 jota..!! Nilai GDV bagi keluasan tanah kurang 1 ekar saja mencecah RM400 juta untuk satu projek.

Bayangkan nilai GDV bagi 3 projek yang sudah pun tegak siap, terjual dan diduduki dengan keluasan setiap projek itu kurang dari 1 ekar... Pemaju Melayu Bumiputra ini sudah memiliki GDV bagi keseluruhan 3 projek dng jumlah keluasan lebih kurang 3 ekar sahaja nilai GDV hampir RM 1 billion..!!!

Yang pelik mantan menteri wilayah tak tahu apa yang disoal dan tidak tahu apa yang dinilai berkenaan tanah di Kg Baru.

Spatutnya tugas Menteri Wilayah hanya lengkapkan infrastruktur yang kondusif dan teratur supaya pembangunan Kg Baru dapat dimajukan secara total...

Renung renungkan menteri sekalian renung renungkan wahai penduduk melayu Kg Baru jangan mudah nak gadai tanah dan sedekah tanah Kg Baru semudah sedekah kan Pulau Batu Putih ke Singapura dulu... cukup cukup la otak otak bangang gadai sana gadai sini dihentikan...!!

Asal ada tanah suma nak jual. Beri pada penduduk Kg Baru fikirkan terbaik utk tanah mereka. Kerajaan perlu jadi penisehat saja. Jadi kan pemilik pemaju seorang Datuk ini sebagai role model kelian bukan untuk dicemburui dengan hasad dengki...!!

Dari dolu lagi dah pesan bawak otak bukan pisau. Kalau kampung sendiri pun tak bawak otak... elok lah pisau tu dicucuk kat badan sendiri... tumpooo bebenoo yeopp..!!

4 comments:

Anonymous said...

Kampung Baru Cina di Jinjang dan Kepong sudah transform jadi Bandar Metropolitan yg hebat.

Kampung Baru orang Melayu harus setanding Kg Baru Cina di Kepong dan Jinjang.

Faktor mudah kenapa Kg Baru Kepong dan Jinjang transform jadi Kota Metropolitan sebab MP dan Wakil Rakyat kaum Cina lebih menekankan perlunya kemudahan infrastruktur yg moden dan canggih baru lah Kg Baru Cina tsb boleh di bangunkan...!!

Nnpk tak MP dan Wakil Rakyat kaum Cina mengeksploitasi kerajaan supaya menyediakan pasarana infrastruktur yg moden di tempat mereka... sebab mereka bawa otak bukan otak belukang bagi majukan tempat mereka..!!

Berbanding dengan MP dan wakil rakyay Melayu suka jadi broker dan belukang tanah. Otak bangang mengadai tanah sana sini masih tebal ..!!

Bawak otak bukan bawak pisau kat kawasan sendiri....!!

Pada mantan menteri wilayah kalid samat next PRU 15 otak MP jenis mcm ini elok dilingkupkan terus...

Ramai lagi MP Melayu jenis ini yg bawak pisau ditempat sendiri bila PRU 15 nnti perlu dilingkupkan dan disimen terus...!!!

Calon MP Melayu Ampang yg favor pada skim pinjaman along semasa Pandemik Covid 19 hari itu pun patut di simen trus PRU 15 nnti...!!!

Ramai lagi MP Melayu yg bertindak bawa pisau ditempat masing masing dalam dalam senarai untuk di lingkupkan dan simen..!!


#senarainamaMPkitareservedolu

Anonymous said...

Kebanyakkan Pemimpin Melayu dan kroni kaya raya sudah beramboss dari UMNO dan ada ramai dalam PH....

Mantan Pemimpin UMNO jenis ini dah berambosss dari UMNO dan join pH...

#orangbodohjersokongPH

Anonymous said...

Syabas Pak Aji!!!
Berita2 sebegini yg diperlukan....

Anonymous said...

Bajet 2022: Mengisi konsep ‘keluarga Malaysia’. ‘Orang kaya wajar kena cukai lebih tinggi’. Kerajaan digesa kaji balik umur persaraan wajib pekerja kepada 55 tahun.

Fokus utama yang perlu diberikan perhatian oleh kerajaan adalah untuk membantu rakyat dan syarikat-syarikat kecil dan golongan bawahan pekerja swasta dan penjawat awam.

‘Orang kaya wajar kena cukai lebih tinggi’. Kerajaan perlu mempertimbangkan cadangan untuk mewujudkan cukai ‘durian runtuh’ kepada golongan kaya atau T20 dalam Belanjawan 2022 yang akan dibentangkan tidak lama lagi.

Pada 9 September 2021, Akademi Profesor Malaysia (APM) sekali lagi menganjurkan sidang meja bulat (RTD) tertutup yang dihadiri oleh 30 orang profesor pelbagai bidang untuk berbicara tentang beberapa soal penting negara sebagai masukan bagi Bajet 2022.

Sebagai salah seorang pembicara dalam panel enam orang pakar untuk RTD itu menumpukan perhatian terhadap beberapa aspek penting dalam masyarakat khususnya masalah dan cabaran yang dihadapi oleh keluarga dan golongan-golongan lain yang menerima dampak serius pandemik Covid-19 dan krisis ekonomi.

Kesan Pendemik Covid 19 kesemua sektor ekonomi terjejas teruk. Pengangguran bertambah, peluang kerja terjejas terutama golongan muda, ekonomi menguncup dan pendapatan negara terjejas teruk.

Ini lah masa kerajaan mengkaji semula tempoh persaraan wajib dari 60 tahun ke 55 tahun. Memberi peluang pada tenaga muda yg lebih inovatif untuk mengisi jawatan terutama sektor awam.

Tahap kesihatan rakyat semakin merudum dan rakyat terdedah dengan tekanan dan stres menjadi faktor utama golongan muda pun maut akibat serangan jantung apa lagi golongan sudah berumur.

Pengamal perubatan am, Dr Zubaidi Ahmad berkata, serangan sakit jantung bukan hanya dipengaruhi oleh faktor kesihatan seperti tekanan darah tinggi, diabetes dan obesiti, bahkan stres telah dibuktikan berdasarkan penemuan baharu oleh pakar perubatan.

Dalam masa yang sama golongan muda adalah golongan celik IT. Golongan muda terdedah pada ilmu teknologi maklumat dan gabungan ketiga-tiga komponen komputer, komunikasi dan tahu-guna celik IT.

Bagi golongan vateran dan sudah berusia sekitar 50 hingga 55 golongan dibiarkan bertugas keadaan stress dan berpenyakit akan menjejaskan produktiviti perkhidmatan awam.

Kita tengok ada keluarga terpaksa hantar kakitangan awam yang sudah berusia ini dari jauh, ada yang naik kerusi roda datang pejabat, muka dalam keadaan tertekan dan stress.

Ini lah masa golongan muda celik IT kreatif dan boleh menganalisis data menjadi maklumat berguna dan bermakna. Situasi 'work from home' banyak kelebihan pada golongan muda dalam era global IT.

Era Teknologi Maklumat dan komunikasi digital ini membolehkan individu atau kelompok individu bertukar data dan maklumat dalam ruang waktu dan tempat yang tidak terbatas, dengan cepat.

Dari data KKM Seramai 45,684 orang daripada 32.4 juta rakyat negara ini menderita penyakit jantung koronari sehingga kini rakyat negara ini turut mencatat menghidap penyakit kardiovaskular pada usia yang jauh lebih muda.

Lebih membimbangkan, bilangan kematian akibat penyakit berkenaan meningkat hampir 100 peratus iaitu 18,267 kes direkodkan tahun lalu berbanding 9,371 pada 2010.

Perlu diketahui bahawa penyakit tidak berjangkit seperti diabetes, darah tinggi, obesiti, hiperkolesterolemia tanpa kawalan dan gaya hidup yang tidak sihat adalah penyumbang utama peningkatan penyakit kardiovaskular.

Oleh itu adalah lebih baik umur persaraan di kaji balik sehingga 55 tahun oleh kerajaan semasa pembentangan bajet tahun 2022 nanti. Beri peluang generasi muda mengisi jawatan sektor aaam dan swasta. Pada golongan umur 55 ke atas sektor awam dan swasta inilah masa untuk buat pengorbanan pada negara.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails