Friday, September 17, 2021

MoU Transformasi Politik serupa BPMS dirintis PAS

 

KUALA LUMPUR: Konsep Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik antara kerajaan dan Pakatan Harapan (PH) Isnin lepas sebenarnya pernah dirintis PAS pada 2016.

Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) yang dicetus pada 2016 merupakan budaya berpolitik yang mengutamakan kematangan semua pihak dalam membuat keputusan dan tindakan.

Ia bertujuan membawa kepada kesejahteraan kehidupan seluruh masyarakat di negara ini.

Ahli Parlimen Kuala Nerus Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, prinsip yang terkandung dalam BPMS ada persamaan dengan apa yang berlaku Isnin lepas.

Katanya, konsep tersebut sebenarnya terangkum dalam kaedah taawun siyasi yang sudah lama dirintis PAS dalam arus politik di negara ini.

“Kita hadapi bersama suasana yang berlaku sekarang. Perbezaan pandangan dalam isu-isu tertentu merupakan perkara biasa dalam berpolitik.

“Kita hendaklah tolong menolong dalam usaha membangun semula ekonomi selepas terkesan dengan penularan Covid-19 seperti yang berlaku sekarang,” katanya ketika membahas ucapan Titah Diraja pada persidangan parlimen petang ini.

Pada Isnin lepas kerajaan dan PH menandatangani MoU Transformasi dan Kestabilan Politik yang merangkumi enam teras iaitu pemerkasaan pelan Covid-19, transformasi pentadbiran, kebebasan institusi kehakiman.

Selain itu Perjanjian Malaysia 1963, Jawatankuasa Pemandu dan pembaharuan parlimen.

Dr Mohd Khairuddin turut mencadangkan kerajaan melaksanakan konsep wakaf tunai dalam usaha membantu rakyat dengan mekanisme sedia ada dalam Islam.

Kata beliau sebuah jawatankuasa khas bagi tujuan itu wajar ditubuh di peringkat negeri-negeri bagi menyelaras program berkenaan.

“Menteri Hal Ehwal Agama dicadang mengadakan perjumpaan dengan kerajaan-kerajaan negeri bagi merealisasi program tersebut,” kata beliau.

Menurutnya juga bagi meningkatkan hasil kerajaan PAS pernah mencadangkan supaya diperkenalkan cukai keuntungan saham, cukai ekonomi digital dan cukai korporat.

Sementara itu ketika turut mengambil bahagian membahas titah ucapan Diraja ahli parlimen Tumpat Dato’ Che Abdullah Mat Nawi menyifatkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak gagal melaksanakan tanggugjawab kepada rakyat.

Katanya, kerajaan PN memperuntukkan puluhan bilion dengan menawarkan lapan pakej ekonomi bagi membantu rakyat yang terkesan akibat penularan wabak Covid-19.

“Apa yang dilaksanakan kerajaan PN itu menjawab tohmahan yang mendakwa kerajaan PN gagal. Bagi saya kerajaan PN tidak gagal. Mereka yang mendakwa gagal hanya pembangkang,” ujarnya.

Kerajaan PN sebelum ini memperuntukkan sebanyak RM83 bilion suntikan fiskal membiayai lapan pakej rangsangan ekonomi sejak tahun lalu.

Tahun lepas sebanyak RM38 bilion suntikan fiskal disediakan, manakala RM45 bilion lagi diperuntukan tahun ini. – HARAKAHDAILY 15/9/2021

4 comments:

Anonymous said...

Nih aku kopi pes ja dari laman barua budak suruhan Tun... pasal kroni la tu ato pasal nepotisma la tuu

Abang kepada Datuk Seri Ismail Sabri dilaporkan telah dilantik sebagai Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah (AJP) Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) yang baharu.
Siasatan TTF mendapati pelantikan Datuk Zamri Yaakob telah dimuatnaik menerusi laman Facebook rasmi NAFAS pada 13 September lalu.
Selain Pengerusi NAFAS, Zamri turut memegang jawatan PengerusiKoperasi Pekebun Kecil Getah Nasional Berhad (NARSCO) dan Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Pahang.

Bab kroni dan nepotisme ni baik mintak Jesse Gaygay pi tulis dulu nepotisma dan kroni pemimpin dalam DAP, PKR dan PejWang dan klu nak kaji jauh sket hang pi siasat kroni dan nepotisma keluarga Lee Kwan Yew kat Singapork sana..!!

Kuman kat laut dia nampak gajah depan hidung dia buat bodoo jaar..

#bodohbertingkektingkek

Anonymous said...

Kerajaan yg skrg kena beri perhatian ttg perkara ini. Perlantikan spt ini boleh menimbulkan banyak fitnah. Elok sangat mengelak dari berlaku fitnah. Elok dilantik org lain yg tiada pertalian darah. Apakah kerajaan ketandusan tokoh yg tiada hubungan darah. Jangan dimulakan kronisme walaupun secara kecil kecilan kerana nanti akan jadi barah yg sukar dirawat. Rakyat muak dgn kuasa dan harta yg diagih dlm kerabat. Cukuplah kita punya pengalaman dgn atok yg pulun harta bersama anak beranak. Rancang keseimbangan utk seluruh org melayu spy org melayu boleh diupgrade spt bangsa jepun, korea, german, thailand dsb.

Anonymous said...

sokong

tapi reality dan fakta berlainan dari yang cakapkan dan dipraktikkan...

Anonymous said...

Pemilihan Zamri sebagai Pengerusi NAFAS melalui proses pengundian

Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) mengumumkan pemilihan Datuk Zamri Yaakob sebagai Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah (AJP) baharu berkuatkuasa 13 September lalu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails