Thursday, April 08, 2021

Perubahan iklim: LGE lupa ‘tahi’ PSR dibuatnya

 

LIM Guan Eng (LGE) tak layak nak cakap soal komitmen Climate Change sebab dia pulun benar projek Penang South Reclaimation (PSR). Dia cuba ambil kesempatan nak tegur komitmen Dato’ Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man kononnya tak serius dalam hal perubahan iklim sebab Malaysia dikecualikan oleh US (Joe Biden) ke dalam Sidang Kemuncak Tindakan Iklim pada 22 dan 23 April 2021 secara maya.

Padahal Meena Raman, Presiden Sahabat Alam Malaysia berpandangan; 

1. ‘Exclusion from ‘just an external event organised by the US’ was not anything ‘To Cry About’ 

2. Pengecualian bukanlah sesuatu yang perlu dikesali. 

3. Satu-satu perbincangan yang bermakna adalah perbincangan di bawah Convention Rangka Kerja Persatuan Bangsa Bersatu (PBB – UN) mengenai perubahan iklim dan Perjanjian Paris. 

4. United Nations Climate Change Conference ke 26 dijadualkan pada November ini lebih bermakna.

5. Sidang Kemuncak yang dipanggil Joe Biden (US President) hanya bersifat proses luaran. Tambah Presiden SAM;

‘Countries are free to organise other things outside but they cannot exclusively make a decision on other countries’ behalf and force them to accept it without negotiation’

Jadi antara nak percaya Lim Guan Eng (DAP) dan Meena Raman (SAM), sudah tentu SAM ini lebih jujur bila bercakap soal komitmen perubahan iklim. Rekod buruk LGE berkaitan komitmen perubahan iklim adalah apabila beliau bersungguh-sungguh nak tambak laut di Pulau Pinang dalam projek PSR. 

Kesan projek PSR adalah bakal hasilkan 3.2 juta ton carbon emission per year daripada 1,800 hektar tambakan dan banyak kesan lain terhadap alam sekitar. Bahkan nelayan Pulau Pinang turut terjejas. Sektor Perikanan bakal terkesan teruk dengan PSR.

LGE ini bagaikan ‘Ayam berkokok berderai-derai, ekor bergelumang tahi’. Tak layak nak cakap atau tegur orang lain soal komitmen perubahan iklim. Yeo Bee Yin, bekas Menteri Alam Sekitar era PH pun ada saham ketika kelulusan EIA Penang South Reclaimation.

Berikutan kenyataan LGE tersebut, Kementerian Alam Sekitar Dan Air (KASA) telah keluarkan kenyataan rasmi membetulkan segala tuduhan politik LGE. Namun, kenyataan rasmi telah dispin oleh beberapa media apabila meletakkan tajuk yang misleading dan jahat.

Hari ini 6 April 2021, sekali lagi KASA telah mengeluarkan kenyataan bagi menjawab kekeliruan yang dibuat oleh media. Ramai pihak mengecam KASA berdasarkan kenyataan misleading yang tak bertanggungjawab tersebut.

Apa yang diquote media adalah ‘Malaysia Bukan Kategori Negara Terkesan Impak’ kononnya Menteri KASA keluar kenyataan begini.

Padahal kenyataan sebenar adalah;

‘Malaysia tak termasuk dalam kategori terdedah secara ketara.’

‘Sweden, Switzerland dan Thailand juga tak dijemput dalam persidangan tersebut.’

Propaganda jahat sedang dimainkan seolah-olah Malaysia teruk berbanding Indonesia. Mereka meletakkan kesalahan pada Menteri KASA. Dengan lojik yang sama, apakah mereka mahu kata ‘Indonesia lebih baik daripada Switzerland dalam komitmen perubahan iklim.’ Sedangkan Switzerland juga tak dijemput seperti Malaysia. 

Saya kira cukup penjelasan ini untuk buka hati orang yang jujur nak cari kebenaran. Tindakan Syed Sadiq menulis posting Facebook kononnya Menteri KASA adalah anti sains adalah satu tuduhan yang bersifat anak-anak dan tak matang.

Bekas Menteri tak akan level itu saja. Tak malu ke dengan seluruh pegawai dan segala PTD yang bertungkus lumus berkerja di bawah KASA. Seolah-olah semua pegawai ini terlalu bodoh untuk menasihati Menteri KASA yang ada sekarang. Belum menang lagi pun dah tunjuk kelaku tak matang. Macam mana lah kalau dilantik semula jadi Menteri. Menyampah pegawai di kementerian nak melayan kelaku tak matang begini.

ZIKRULLAH ISMAIL – HARAKAHDAILY 7/4/2021

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Memang begitulah perangai DAP..

Ikutilah siri-siri terkini kes rogol berikut..

Rogol 1:Pasngan Suami-Isteri rogol gadis di Bukit Tinggi.  Rogol 2: Dipenjara 1,050 tahun, 24 sebatan.  Rogol 3: Budak 10 tahun didapati hamil di Sarawak.... Rogol 4: Babitkan wanita kasta rendah di IndiaRogol 5: Bukti Gagalnya Barat. Perancis X dapat Me...  Rogol 6: Persundalan Elit. Pengasas Sugarbook dita...  Rogol 7: Kes Rogol ADUN Tronoh. Esok sambung lagi.  Rogol 7 (i): ADUN Tronoh. 2 kesan koyakan baharu p...

4 comments:

Anonymous said...

Berpolitiklah cara pas. Berpolitik dgn iman.

Anonymous said...

Depa dah cuci & pulih ke belum sungai2 di P Pinang yang menjadi hitam pekat dipenuhi TAIK BABI?

Eloklah ambil sikap hati2 dengan chauvinist2 yang sangat bijak menanam benci dan menghasut?

Anonymous said...

Eloklah lge berhenti berpolitik. Banyak yg kotor dari bersih. Presiden parti keris pun sama. Dulu kecoh pasal kes pukul. Sekarang kecoh kes mahkamah. Terbaru kecoh talipon presiden parti liberal. Serahlah tugas pada yg bersih.

Anonymous said...

LGE bukan sahaja kotor politik, tapi try nak ubah malaysia ke negara kristian. Dlm perlembagaan, dilarang berdakwah agama kristian kepada bumiputera dan melayu. So respectlah penduduk asal negara ini.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails