Friday, April 09, 2021

Kuasa Mahkamah Syariah dulu banyak kekangan -JAKIM

 

KUALA LUMPUR: Mahkamah Syariah pada suatu ketika dahulu pernah berdepan masalah untuk melaksanakan keputusan yang dibuat dan perlu merujuk terlebih dahulu kepada Mahkamah Majistret untuk tindakan selanjutnya.

Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak dan Sivil, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Tan Sri Sheikh Ghazali Abdul Rahman, yang menyoroti pengalamannya menyifatkan, 'kuasa' yang ada pada Mahkamah Syariah sekitar1952 amat teruk sekali.

"Nak cakap mengenai pertembungan undang-undang terutamanya undang-undang berkaitan hukum syarak, kita kena tengok perlembagaan undang-undang itu sendiri. Kalau kita tak tengok undang-undang dilaksanakan di Tanah Melayu atau Malaya sebelum merdeka serta selepas merdeka, kemudian di tahapnya, sampai sekarang ini panjang cerita," katanya.

Menurut Sheikh Ghazali, asalnya, Mahkamah Syariah berada dalam satu mahkamah utama tetapi pada tahun 1948, kerajaan British yang memerintah ketika itu telah mengeluar atau memisahkan Mahkamah Syariah dari arus perdana.

"Jadi, kedudukan Mahkamah Syariah pada waktu itu berjalan, tak ada undang-undang. Kemudian, undang-undang pertama dibentuk dan dilaksanakan di negeri oleh Mahkamah Syariah yang ketika itu dipanggil Mahkamah Kadi.

"Pada tahun 1952, Selangor gubal undang-undang hukum syarak. Dalam undang-undang itu semua ada, dari segi pengurusan, pentadbiran, fatwa, acara, keterangan, kesalahan dan lain-lain.

"Ketika itu cukup teruk sebab Mahkamah Syariah boleh buat keputusan tetapi tak boleh melaksanakan keputusan dibuat. Apabila nak dilaksanakan keputusan atau hukuman dibuat, kena rujuk Mahkamah Majistret. Itu adalah keadaan ketika itu," katanya ketika menjadi salah seorang ahli panel Forum Perdana Ehwal Islam bertajuk Syariat Didaulat: Perpaduan Diangkat, malam tadi.

Katanya, selain terpaksa merujuk keputusan ke Mahkamah Majistret, pemohon juga perlu membawa keputusan ke Mahkamah Tinggi untuk mendapat 'kebenaran' bagi memperolehi apa tindakan selanjutnya.

Memberi contoh, meskipun keputusan sudah dibuat mengenai pembahagian harta sepencarian di Mahkamah Syariah, beliau berkata terdapat kekangan urusan di agensi berkenaan seperti di pejabat tanah.

"Contohnya, Mahkamah Kadi Besar buat keputusan mengenai pembahagian harta sepencarian. Mudah sekarang ini tetapi nak dilaksanakan tak boleh sebab tiada kuasa nak daftar di pejabat tanah. Pejabat tanah tak mahu terima ketika itu. Jadi, macam mana dengan keputusan itu.

"Pemohon kena bawa ke Mahkamah Tinggi dan mahkamah itu akan buat keputusan. Selepas diputuskan oleh Mahkamah Tinggi maka barulah pejabat pendaftar tanah akan terima. Ini berjalan sampai pindaan kanun tanah negara, kemudian barulah selepas itu mereka terima," katanya.

Sheikh Ghazali berkata, contoh lain apabila ada yang tak puas hati terhadap hukuman atau keputusan Mahkamah Kadi, walaupun rayuan boleh buat, dia tidak mahu berbuat demikian.

"Dia tinggal sahaja keputusan itu dan bawa kes baharu ke Mahkamah Sivil. Seterusnya, Mahkamah Sivil buat satu keputusan percanggahan dengan apa yang diputuskan oleh Mahkamah Kadi. Maka keputusan Mahkamah Sivil adalah terpakai. Ini memang ada tertulis dalam undang-undang," katanya.

Ikutilah siri-siri terkini kes rogol berikut..

Rogol 1:Pasngan Suami-Isteri rogol gadis di Bukit Tinggi.  Rogol 2: Dipenjara 1,050 tahun, 24 sebatan.  Rogol 3: Budak 10 tahun didapati hamil di Sarawak.... Rogol 4: Babitkan wanita kasta rendah di IndiaRogol 5: Bukti Gagalnya Barat. Perancis X dapat Me...  Rogol 6: Persundalan Elit. Pengasas Sugarbook dita...  Rogol 7: Kes Rogol ADUN Tronoh. Esok sambung lagi.  Rogol 7 (i): ADUN Tronoh. 2 kesan koyakan baharu p...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails