Wednesday, April 07, 2021

Nasib penggiat muzik terbela. Tapi yang penting, ini...

 

Penubuhan badan khusus industri muzik membolehkan pelbagai isu membabitkan penggiat sektor itu diperjuangkan dengan efektif. Gambar Hiasan. Foto NSTP/MAHZIR MAT ISA
Saifuddin (tiga dari kiri) bersama Izan Satrina (empat dari kiri) dan sebahagian daripada penerima dana CENDANA pada majlis penyerahan di ibu negara, semalam. Foto NSTP/EIZAIRI SHAMSUDIN

HALAMAN HIBURAN

KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) sedang menyiapkan kertas kerja penubuhan Perbadanan Muzik Malaysia bagi memastikan pertumbuhan industri itu serta kebajikan penggiatnya terbela.

Menterinya, Datuk Saifuddin Abdullah berkata kertas kerja yang mengandungi dasar khas industri muzik tempatan akan dibentangkan pada Mesyuarat Kabinet dalam masa terdekat.

"Perbincangan untuk penubuhan sebuah organisasi  muzik ini sudah lama dibuat. Untuk menubuhkannya, kami perlu mendapatkan kelulusan Kabinet.

"Sebab itu, kita sedang menyiapkan kertas kerja untuk dibawa kepada Kabinet dalam tempoh sebulan dua ini.

"Perbadanan muzik ini secara khusus akan mentadbir urus hal ehwal perkembangan pembangunan muzik tanah air.

"Selain itu, badan ini akan membela dan memperkukuhkan industri muzik Malaysia," katanya pada sidang media pengumuman penerima Dana Inisiatif Pemulihan Agensi Pembangunan Ekonomi Seni Budaya (CENDANA) di sini, semalam.

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha KKMM, Datuk Seri Mohammad Mentek; Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Cendana, Izan Satrina Mohd Sallehuddin dan Pengerusi MyCreative Ventures Sdn Bhd, Noor Azmi Mat Said.

Saifuddin menjelaskan objektif penubuhan badan muzik itu bukanlah untuk menyelesaikan isu royalti yang membelenggu penggiat industri muzik.

"Jika badan ini campur tangan dalam isu itu, pasti ia akan merumitkan lagi keadaan.

"Biarlah isu itu diselesaikan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). Mereka sudah sedia maklum dengan perkara itu.

"Bagaimanapun, untuk jangka panjang, mungkin urusan agihan royalti itu akan ditadbir urus badan muzik berkenaan," katanya.

Saifuddin menambah, antara program yang sudah dirancang di bawah perbadanan itu adalah Road To Grammy dan penganjuran Anugerah Nasyid Malaysia Antarabangsa yang bakal diadakan, akhir tahun ini.

"Road to Grammy adalah program jangka panjang manakala acara Anugerah Nasyid Malaysia Antarabangsa akan diselang-seli dengan Anugerah Nasyid tempatan," katanya.

Pada majlis itu, Saifuddin mengumumkan 575 penerima layak mendapat Inisiatif Pemulihan CENDANA membabitkan dana bernilai RM10 juta, iaitu sebahagian daripada RM150 juta diperuntukkan di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) untuk industri kreatif.

Mengulas perkara itu, Izan Satrina berkata, bantuan itu diberi kepada individu, kumpulan, kugiran dan organisasi yang terbabit dalam pelbagai kegiatan seni.

"Kita menerima lebih 1,000 permohonan dan hanya 575 penerima terpilih berdasarkan kriteria ditetapkan.

"Dengan adanya bantuan itu, ia dapat dimanfaatkan dan memberi peluang pendapatan kepada 3,000 artis dan pekerja budaya," katanya.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Yang penting perlunya hiburan menurut syariah, supaya berbahagia dan 'halal' di dunia dan di akhiat. Amin!

2 comments:

Anonymous said...

Lepas satu, satu. Ajib dah kosong kredibiliti. Jumlah billion bukan no kecil. Presiden parti kris yg sekarang pun elok pikir dua kali. Jaga kepentingan parti dan orng melayu. Bukan jaga sorang melayu yg berjawatan presiden. Undur ertinya parti kembali bersih.

Anonymous said...

muxik ala kpair ynag banyak bekenjah
belum medeka dari otak penjajah
mau tiru puak kapir jugak

ynag penting tak mati kalu tak dengar bunyi alatan mauzik
tak masuj ke naraka pung

Kehidupan dunia dijadikan indah dalam pandangan orang-orang kafir, dan mereka memandang hina orang-orang yang beriman.
Padahal orang-orang yang bertakwa itu lebih mulia daripada mereka di hari kiamat.
Dan Allah memberi rezeki kepada orang-orang yang dikehendaki-Nya tanpa batas.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails