Friday, April 23, 2021

Hebatnya PAS K'tan, orang miskin dapat rumah percuma.

 

Penduduk miskin miliki rumah ‘banglo’ percuma

PASIR PUTEH: Impian penduduk miskin untuk memiliki rumah sendiri tentunya sukar kerana masalah kewangan. Lebih-lebih lagi harga rumah sekarang di luar kemampuan mereka.

Namun bagi penduduk miskin yang memiliki tapak milik keluarga di Kelantan berpeluang untuk memiliki rumah ‘banglo’ tiga bilik.

Di bawah program berkebajikan kerajaan Kelantan melaksanakan program rumah dhuafat sejak 15 tahun lepas bagi membantu penduduk miskin memiliki rumah lebih selesa.

Di Dun Gaal turut dilaksanakan projek rumah berkenaan yang diberi percuma kepada penduduk miskin yang layak.

Adun Gaal Ustaz Mohd Rodzi Jaafar berkata, Pusat Khidmat Dun (PKD) Gaal membelanjakan RM520,000 membina rumah dhuafat dan membaik pulih rumah penduduk di Dun berkenaan.

Katanya daripada jumlah itu, sebanyak lapan rumah dhuafat disiapkan pada 2020 dan 14 lagi rumah dibaik pulih.

“Daripada peruntukan RM520,000 sebanyak RM120,000 untuk pembinaan tiga rumah dhuafat yang dilaksanakan setiap tahun.

“Kerajaan negeri bermurah hati menambah RM400,000 lagi kepada setiap Dun, jadi kita menambah lima lagi rumah kepada mereka yang layak.

“Baki peruntukan itu kita membaik pulih 14 rumah penduduk yang melibatkan kos antara RM10,000 hingga RM12,000,” katanya ketika ditemui selepas menyerahkan replika kunci rumah dhuafat di Kampung Mengkelih, dekat sini semalam.

Rumah itu diserah kepada pemiliknya Zali Yusof. Turut hadir Penghulu Mukim Gong Mengkelih, Abu Bakar Ramli.

Mohd Rodzi juga berkata, kesemua lapan rumah yang dibina tahun lalu telah diserahkan kepada pemilik masing-masing tahun ini.

Sementara itu Zali melahirkan perasaan gembiranya kerana mendapat rumah dhuafat yang diidamkannya sejak 12 tahun lalu.

Beliau akan berpindah ke rumah baharu tersebut bersama isteri dan lima anaknya tidak lama lagi. – HARAKAHDAILY 23/4/2021

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Oh, begitu hebatnya pentadbiran PAS Kelantan, bila berlandaskan peruntukan Islam. Penduduk miskin boleh miliki rumah ‘banglo’ percuma, itu hak kamu. Negara komunis dan sosialis pun tak mampu buat begitu. 

Insya Allah, sokonglah PAS secara berterusan, keadilan sosial akan berkembang merata-rata. Al-hamdulillah!

5 comments:

Unknown said...

Biar betul haji hasyim setahu ambe, PANdap lagi hebat dan pandai memerintah depa mintak derma dari rakyat, depa nak kecik kan sektor awam, depa berjaya berhentikan jasa, depa berjaya jual aset tabung haji.... Ha Macam tu barulah pandai memerintah

Anonymous said...

Zaman Nabi dulu, Islam berkembang dgn infaq sahabat. Pas punya pendekatan spt itu. Parti lain mcm dapic dgn jual dadah, scam dan judi. Bukit genting pun jadi casino. Ladang babi maju di msia. Yg ni khadam pejam mata. Pelik bila Islam dihina oleh yg mengaku Islam. Pelik bila ngaku Islam tp sokong mungkar.

Anonymous said...

Sungai kat penang cemar dgn najis babi. Najis berat tu. Kat kawasan org melayu.

Anonymous said...

520000 dapat Bina 8 buah rumah, kalau x beli 14 Merc tentu lebih banyak rumah dapat dibina? Fikirlah sendiri rumah rakyat atau kemewahan pemimpin yang utama

Anonymous said...

Bayangkan jika wang untuk membina terowong roket digunakan untuk membina rumah rakyat miskin, sudah tentu ramai rakyat miskin akan memiliki rumah mampu milik.

Malangnya abang besar roket tidak peduli tentang rakyat miskin. Yang penting baginya ialah banglo terlajak diskaun dan jual aset kera jaan dan aset tabung umat Islam.

Jika puak abang roket terus berkuasa, negara boleh menjadi muflis dengan memperalatkan badutdan pelawak pandapig.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails