Wednesday, April 21, 2021

Caj air: Tohmahan FB pembangkang tersasar jauh

 

KOTA BHARU: Usaha pembangkang hendak memperlekehkan kerajaan negeri tidak kesampaian apabila tohmahan yang ditular di media sosial tersasar jauh daripada isu sebenar.

Terbaru, media sosial dipercayai dimiliki pembangkang mendakwa rakyat Kelantan yang menggali telaga dan boring air bawah tanah boleh didakwa di mahkamah sebanyak RM1,000 sehari bermula perigi itu wujud.

Bagaimanapun sumber kerajaan negeri menjelaskan caj abstraksi air tanah hanya dikenakan bagi bekalan air industri atau komersial.

Katanya, Notis Arahan Pematuhan Seksyen 12 Enakmen Sumber Air Negeri Kelantan 2019 yang tular bukannya untuk tujuan bekalan air domestik.

“Notis tersebut berkenaan Caj Abstraksi Sumber Air Tanah untuk tujuan bekalan air industri atau komersial,” katanya di sini.

Domestik dimaksudkan kegunaan isi rumah iaitu perigi atau telaga yang dibuat di rumah bagi keperluan seharian.

Sehubungan itu kata kenyataan itu, bagi tujuan domestik seperti penggunaan air telaga di rumah di bawah kategori sara diri yang mana rakyat tidak perlu membuat permohonan lesen.

Kenyataan yang ditular tersebut juga antara lain mendakwa puluhan tahun kemudahan asas air rakyat Kelantan tidak dijaga, rakyat korek perigi nak dapatkan bekalan air sendiri pun nak dilesen.

Timbalan Pengarah Urusetia Penerangan dan Komunikasi Negeri Kelantan, Nazman Che Iberahim berkata, tohmahan yang ditular di media sosial tersebut sengaja mahu mengelirukan rakyat.

Sedangkan katanya, penggunaan sumber air yang perlu dilesenkan bagi tujuan industri dan komersial yang bertujuan untuk mendapatkan keuntungan.

“Jelas apa yang di viral FB propembangkang tersasar jauh daripada notis asal yang dikeluarkan Jabatan Sumber Air Negeri Kelantan,” katanya di sini. – HARAKAHDAILY 20/4/2021

1 comment:

Anonymous said...

Nyawa ph pada fitnah jer. Sapa yg suka membawang bolehlah ikut parti ph. Kalau nak berakhlaq, bolehlah ikut pas.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails