Saturday, April 24, 2021

Awas pemain mata wang kripto M'sia, adalah haram tidak sah.

 

Turki keluar waran tangkap pengasas mata wang kripto

ISTANBUL: Turki semalam mengeluarkan waran penahanan antarabangsa terhadap pengasas pelaburan mata wang kripto yang melarikan diri bersama aset pelabur bernilai AS$2 bilion (RM8.2 bilion).

Polis dalam satu serbuan turut menahan 62 individu yang didakwa berkait dengan Thodex, syarikat yang diketuai ahli perniagaan dalam buruan itu, Faruk Fatih Ozer berusia 27 tahun.

Lelaki itu didakwa terhadap kesalahan 'penipuan menggunakan sistem maklumat, perbankan atau institusi kredit dan mengasaskan organisasi jenayah', lapor agensi berita Anadolu.

Kelmarin, pihak berkuasa Turki menunjukkan gambar Ozer melepasi bahagian kawalan pasport di lapangan terbang Istanbul untuk menuju ke lokasi yang tidak didedahkan, namun sumber agensi keselamatan kemudian mengesahkan Ozer berada di Albania sejak Selasa lalu.

Kementerian Kehakiman Turki sudah memulakan prosiding perundangan untuk menahan dan mengekstradisi lelaki itu dari ibu negara Albania, Tirana, lapor Anadolu.

Agensi itu melaporkan, Menteri Dalam Negeri Turki, Suleyman Soylu sudah berhubung melalui telefon dengan rakan sejawatnya di Albania berhubung kes berkenaan.

Rabu lalu, Thodex menggantung urusan perniagaan selepas memuat naik mesej misteri memaklumkan pihaknya memerlukan lima hari untuk berurusan dengan pelaburan luar yang tidak diperincikan.

Media melaporkan, pertukaran mata wang kripto itu ditutup ketika memegang AS$2 bilion (RM8.2 bilion) daripada 391,000 pelabur.

Semua 62 suspek ditahan dalam beberapa serbuan di lapan bandar, termasuk Istanbul, lapor Anadolu, selain polis turut menyerbu ibu pejabat syarikat berkenaan dan menyita komputer dan bahan digital lain.

Pihak berkuasa turut menyita wang milik Ozer di dalam bank yang berjumlah 31 juta lira (RM15 juta), kata Suleyman, yang memaklumkan skala kewangan penipuan itu masih belum diketahui.

Polis turut mengeluarkan waran penahanan terhadap 16 individu lain, namun tidak memberi perincian, lapor Anadolu. - AFP

Komen Weblog Ibnu HasyimAwas pemain mata wang kripto, waran tangkap pengasasnya. Jadi, skim pelaburan mata wang kripto yang ada di Malaysia merupakan satu skim haram dan tidak sah.

Pakar Keselamatan Siber, Fong Choong Fook dilaporkan berkata, kesemua jenis pertukaran mata wang digital tempatan tersebut tidak diiktiraf Bank Negara Malaysia. Lihat artikel penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/134801/BERITA/Nasional/Semua-skim-pelaburan-kripto-di-Malaysia-tidak-sah.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails