Monday, April 19, 2021

Dr Kamarul Bongkar Pengkhianat Bangsa, 'cybertrooper dan penyokong DAP' pula..

 

Awasilah pengkhianat bangsa seperti ‘Buang’

SEJURUS selepas berjaya membunuh ‘Buang’, pengkhianat bangsa yang menjadi tali barut kepada Jepun di waktu zaman penjajahan Jepun dulu, ‘Sarjan Hassan’ berkata, ‘aku berharap tiada lagi manusia seperti ini dalam tanah air kita’ dan ‘harapanku adalah kita sesama bangsa bersatu-padulah hendaknya’.

Malangnya, setelah lebih 60 tahun filem arahan dan lakonan Seniman Agung Negara, P Ramlee, ini berlalu, sehingga kini harapan murni beliau supaya kita sesama bangsa hendaklah bersatu-padu tidak menjadi kenyataan, malah masih ramai lagi manusia yang bersifat seperti ‘Buang’ ada dalam tanah air kita.

Perkara ini terbukti bila saya dalam sehari dua ini diserang beramai-ramai oleh gerombolan  cybertrooper dan penyokong DAP semata-mata kerana saya mengingatkan Melayu Islam untuk memikir dan merenungkan tindakan memuja-muji secara berlebihan Cina Kristian kerana budi baiknya membantu seorang dua Melayu Islam.

Ini saya letakkan dalam konteks di mana tindakan membantu seorang dua Melayu Islam itu seolah-olah diorkestrakan dengan sebegitu rupa bagi tujuan untuk melonjakkan imej sedangkan tidak pernah dinafikan bahawa pemberinya adalah Mubaligh Kristian yang definisinya pun bertugas menarik orang memeluk Kristian, termasuk melalui pemberian bantuan.

Walaupun beliau adalah ahli politik, perkara ini perlu dikaitkan dengan agama kerana beliau sendiri, sewaktu mengulas kandungan Bajet Malaysia 2010 pada 4 November 2009, menyeru gereja untuk bukan sahaja menghadkan aktiviti Evangelisme mereka kepada mencari rekrut atau penganut baru Kristian, tetapi turut terlibat dalam politik secara praktikal.

Lebih jauh lagi, setelah mempunyai kuasa sebagai pemimpin dalam Kerajaan PH selaku Timbalan Menteri Belia dan Sukan, beliau telah, pada 14 September 2019, terlibat di dalam satu program yang, mengikut mantan Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad, mahu ‘menjadikan Malaysia sebuah Negara Tuhan berasaskan Manifesto Jesus’.

Bahawa tidak ada penafian pernah dibuat oleh beliau atau mana-mana pemimpin DAP kepada dakwaan Tun Abdul Hamid ini, begitu juga tidak ada jawapan pernah diberi kepada pertanyaan Timbalan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, mengenai adakah agenda Kristianisasi dalam politik Malaysia satu tindakan yang wajar, menunjukkan ia betul.

Malah, sewaktu Steven Sim dicabar untuk berdebat di atas tajuk ‘PAS atau DAP Yang Bahaya Untuk Negara’ pada mana-mana pentas bebas oleh Timbalan Ketua Pemuda PAS merangkap Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari, pada 7 November 2019 sekalipun, Steven Sim kelu tidak terkata dengan langsung tidak berani menjawab cabaran tersebut.

(Cabaran berdebat oleh Ahmad Fadhli Shaari boleh dibaca di sini: https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=10155688323389567&id=594749566 )

Mantan Menteri Belia dan Sukan dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, yang kini adalah Presiden Penaja MUDA, tampil membela Steven Sim dengan menulis, beliau tidak melihat seorang Cina Kristian cuba berdakwah, tapi apa yang beliau nampak adalah seorang manusia yang ikhlas ingin membantu rakyat yang sedang susah.

(Kenyataan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman boleh dibaca di sini: https://www.facebook.com/1130669147012110/posts/3860554967356834/ ) 

Benar, kita hanya boleh menghukum dengan pandangan zahir sahaja, tetapi mengapakah sehingga sekarang Syed Saddiq gagal mengulas kenyataan Steven Sim pada 14 September 2019 yang, mengikut mantan Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad, mahu ‘menjadikan Malaysia sebuah Negara Tuhan berasaskan Manifesto Jesus’?

Mantan Ketua Pemuda PAN merangkap ADUN Titi Serong, Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim, yang melompat keluar dari PAN selepas Perak jatuh ke tangan PN dan kini sudah menjadi ADUN BEBAS selepas dipecat dari BERSATU, menyeru saya supaya ‘pasakkan hati kita dengan sangkaan yang baik terhadap sesiapa sahaja’. 

(Kenyataan Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim boleh dibaca di sini: https://facebook.com/story.php?story_fbid=4032753786767808&id=100000996800229 ) 

Saya bukanlah jenis orang yang mudah bersangka buruk terhadap orang, dan saya tidak pun menggesa supaya pemberian Steven Sim ditolak, tetapi kerahsiaan di sebalik identiti sebenar penerima bantuan, gambar basikal berpelana amat rendah yang dianggap ramai tidak logik untuk diguna dan cara beliau berposing menampakkan seperti dia dipergunakan.

Ketua Pemuda Penaja PEJUANG dan mantan EXCO Armada BERSATU, Abu Hafiz Salleh Hudin, yang pernah disifatkan oleh Xifu Naser pada 5 Februari 2019 sebagai bakal Perdana Menteri pada tahun 2040 yang ‘sedang mula belajar bahasa Mandarin dan falsafah Cina’, bertanya kepada saya, ‘Dalam Ramadan yang mulia ini pun sempat busuk hati?’.

(Kenyataan Abu Hafiz Salleh Hudin boleh dibaca di sini: https://facebook.com/story.php?story_fbid=10223370985276007&id=1027652845 ) 

Saya tidak busuk hati malah merasa sedih bila mendapat tahu ada warga Kelantan yang hanya bekerja dengan gaji RM500 sahaja sebulan di Pulau Pinang dan mahu turut membantu, malangnya bila saya cuba dapatkan nombor telefon beliau daripada mereka yang ada akses kepada Steven Sim cubaan ini gagal, jika ikhlas mengapa pula mahu berahsia?

Pegawai Khas (Agama) kepada Dato’ Seri Dr Wan Azizah Dr Wan Ismail sewaktu Dr Wan Azizah menjadi Timbalan Perdana Menteri, Zamri Zainal Abidin, mendakwa bahawa, walaupun nilai bantuan yang diberi adalah sama tetapi Datuk Awang Hashim menggunakan peruntukan kerajaan manakala Steven Sim menggunakan duit poket sendiri.

(Kenyataan Zamri Zainal Abidin boleh dibaca di sini: https://facebook.com/story.php?story_fbid=10225494134208555&id=1482237311 )

Saya telah menyemak sendiri perkara ini dengan Datuk Awang Hashim yang menjawab: ‘Saya guna elaun saya sendiri untuk beli motosikal itu, satu sen pun saya tak guna duit peruntukan kerajaan, termasuk sumbangan duit poket RM100 RM200 saya akan guna duit sendiri. Peruntukan MP saya serah kepada Pegawai Daerah Pendang untuk tender terbuka’.

Pegawai Khas kepada Khalid Samad sewaktu Khalid menjadi Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Naib Pengerusi DAP Kedah, Zulhazmi Shariff, menyebut bahawa beliau telah membuat laporan polis di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan terhadap saya di atas alasan bahawa ‘sewajarnya Ramadan dijadikan bulan muhibbah bukan bulan kebencian’.

(Kenyataan Zulhazmi Shariff boleh dibaca di sini: https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=2932614830346531&id=100007941282524 )

Walaupun penyokong DAP menggunakan laporan polis ini untuk menakut-nakutkan saya, saya langsung tidak gentar dengannya kerana saya yakin saya tidak melakukan apa-apa kesalahan, malah Zulhazmilah yang sepatutnya disiasat kerana cuba menimbulkan kebencian orang ramai dengan umpamanya menggelarkan Kerajaan PN sebagai ‘Kerajaan Paling Gila’.

Sebagai pengakhirannya, sukalah saya jelaskan kepada gerombolan cybertrooper dan penyokong DAP bahawa saya juga biasa menderma kepada bukan-Melayu Islam, termasuk memberi RM5,500 kepada seorang pelajar Cina di Kepong yang gagal mendapat bantuan kewangan dari DAP pada 7 Mac lalu, tetapi sengaja tidak mensensasikannya.

Sama-samalah kita hayati Firman Allah berikut: 

“Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah lebih baik bagi kamu.” 

(al-Baqarah: 271)

DR KAMARUL ZAMAN HAJI YUSOFF – HARAKAHDAILY 18/4/2021

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Ya, Jazakallahu khairan kathira. Semoga Allah memberi/menambah kepadamu kebaikan yang banyak, kepada Dr Kamarul. Teruskan perjuanganmu!

Lihat yang berkaitan sebelum ini..

1.Bantuan Evangelis wajar diterima dengan berhati-hati

2. Dr Kamarul Dedah Lagi.. Bantuan Melayu-Islam/Cina-Kristian. Mengapa?

Beza antara bantuan Melayu Islam dan bantuan Cina Kristian

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails