Monday, March 01, 2021

RM2Juta, Pusat Kanak-kanak Terbiar. Bakal Buka? Ingat, Ini Bukan Janji PH.

Terengganu bakal buka pusat kanak-kanak terbiar

KUALA LUMPUR: Terengganu bakal membuka pusat kanak-kanak terbiar pada 15 Mac ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat.

Beliau yang juga Adun Chukai berkata, ‘Raudhatul Jannah’ itu akan berpusat di Darul Iman Training Centre (DITC), Kemaman.

Katanya, ia akan menempatkan kanak-kanak yang diabai, didera atau menjadi mangsa keganasan rumah tangga, lapor portal TRDI.my, kelmarin.

Menurutnya, buat permulaan pihaknya akan mengambil seramai 20 lelaki dan 20 perempuan dalam usia lingkungan pelajar sekolah rendah yang bukan sahaja dalam kalangan anak Terengganu.

Ini kerana, ujarnya kes-kes serius seperti penderaan tidak berlaku dalam negeri sahaja, oleh itu pusat itu untuk seluruh negara, terutamanya ketika menghadapi tekanan hidup akibat kekangan pandemik Covid-19.

“Pengisian bagi mereka semasa di pusat ini akan menggunakan modul keagamaan,” katanya di Kuala Terengganu.

Hanafiah berkata, walaupun isu itu tidak terlalu serius di Terengganu, kerajaan negeri tetap memberi tumpuan terutamanya kepada mereka yang terbiar dan didera.

Berkenaan menyiapkan pusat tersebut, katanya, kos baik pulih dan kelengkapan prasarana melibatkan hampir RM600,000 dan jika dicampur kos operasi jumlahnya sekitar RM2 juta.

Tambahnya, pusat itu merupakan fasa pertama dengan kerjasama badan bukan kerajaan (NGO) Yayasan Amal.

“Jika fasa ini berjaya, maka kita akan lihat kepada keperluan untuk berkembang ke daerah lain,” jelasnya. – HARAKAHDAILY 28/2/2021

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Terengganu bakal membuka pusat kanak-kanak terbiar pada 15 Mac ini, al-hamdulillah, insya Allah. 

Tapi ingat, ini bukan janji PH, dari lidah bercabang dua. Bukan janji di tol, bukan janji di manifesto PH PRU14. Janji yang meranap-ruyupkan PH. Padan muka!

5 comments:

Anonymous said...

So janji pas hudud sm ruu355 apa citer?

Atau PH yg pgg kuasa skrg?

Anonymous said...

Malaysia sedang menghadapi krisis integriti yang sangat serius

Lim Lip Eng

Malaysiakini melaporkan seorang ahli parlimen DAP hari ini membangkitkan semula isu 1MDB selepas bekas gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dikaitkan dengan skandal syarikat pelaburan milik kerajaan Malaysia itu.

Merujuk pada laporan media berhubung isu tersebut, Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng berkata selepas 48 jam berlalu langsung tiada sebarang kenyataan dibuat oleh pihak berkuasa.

"Sudah tiba masanya pihak berkuasa Malaysia bersuara," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Lim berkata demikian sebagai mengulas laporan mengenai polis Singapura memberitahu Bank Negara mengenai transaksi mencurigakan berjumlah RM66 juta daripada ahli perniagaan yang sedang diburu, Datuk Seri Low Taek Jho, kepada syarikat didakwa dimiliki oleh suami dan anak lelaki Zeti pada 2015.

Tentunya Zety tidak berseorangan dalam membuat keputusan mungkin ada sesorang yang mengarahkan konspirasi jahat ini dilakukan.

Anonymous said...

Syukur sumpah laknat si pencuri akhirnya sang fitnah gigit jari..

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini gagal dalam permohonannya untuk melucut hak wang berjumlah RM2,738,525.08 yang disita daripada Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor, yang didakwa berkaitan skandal penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ini berikutan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Muhammad Jamil Hussin menolak permohonan pendakwa raya selaku pemohon terhadap badan politik itu sebagai responden.

Dalam penghakimannya, Muhammad Jamil berkata, mahkamah mendapati pemohon gagal membuktikan wang yang disita adalah hasil daripada aktiviti haram selain wang yang dikatakan diterima daripada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah lama habis digunakan... Ini bahana dari sumpah laknat si pencuri akhirnya sang fitnah yang tuduh mencuri gigit jari sambil terkincit kincit melarikan diri

Unknown said...

Mu sokong atau tak? Puak mu sokong atau tak kalau pas bentang... Ke tukang bantah dan maki..?

Anonymous said...

Woi badigol! Bentang dlu la baru tau sapa sokong ke x.

Skrg puak mu bila nak kena tanam kat jirat cina mca?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails