Tuesday, March 02, 2021

TH umum agihan keuntungan 3.10% -Dr Zulkifli

 

Keyakinan pendeposit terhadap TH terus kekal utuh.

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) pada Selasa mengumumkan agihan keuntungan lebih baik iaitu 3.10 peratus selepas zakat bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020 berbanding 3.05 peratus pada 2019, kepada kira-kira sembilan juta pendeposit.

Menurut kenyataan badan pengurusan haji, simpanan dan pelaburan itu, agihan keuntungan bagi 2020 melibatkan jumlah sebanyak RM2.24 bilion berbanding RM2.14 bilion pada 2019.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri berkata prestasi kewangan TH pada 2020 kekal positif meskipun persekitaran ekonomi negara dan dunia berada dalam keadaan tidak menentu sejak penghujung 2019 akibat pandemik COVID-19.

“Alhamdulillah, pendeposit TH dapat menikmati keuntungan yang lebih baik bagi 2020 walaupun berdepan ekonomi yang kurang baik tahun lepas.

“Sebagai institusi yang memegang amanah mengurus hampir RM77 bilion deposit umat Islam Malaysia, TH akan terus memastikan dana ini dilaburkan dengan selamat agar kekal mampan,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Menurut TH jumlah deposit telah mencecah RM76.7 bilion pada 26 Februari 2021 iaitu paras tertinggi dalam sejarahnya, sekali gus mencerminkan keyakinan pendeposit terhadap TH terus kekal utuh.

Pada masa sama, badan itu turut melunaskan pembayaran zakat sebanyak RM106.2 juta bagi 2020 berbanding RM86 juta pada 2019, jelasnya.

“Oleh itu para pendeposit tidak perlu lagi membayar zakat ke atas wang simpanan dan agihan keuntungan yang diterima oleh mereka. Pembayaran zakat ini akan memberi manfaat kepada golongan asnaf yang memerlukan di seluruh negara,” menurut TH.

Urusniaga TH akan ditangguhkan sementara waktu bermula 8 malam, Selasa 2 Mac 2021 sehingga 12 tengah hari, Rabu 3 Mac 2021, bagi melancarkan urusan agihan keuntungan.

TH menjelaskan para pendeposit boleh menyemak agihan keuntungan yang dikreditkan ke akaun masing-masing selepas 12 tengah hari Rabu 3 Mac 2021 menerusi aplikasi THiJARI, kaunter TH, Bank Islam dan Bank Rakyat selain saluran elektronik bank rakan strategik TH iaitu Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank dan CIMB.

Mengenai perkembangan ibadah haji, Zulkifli berkata sehingga kini Kerajaan Arab Saudi masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan musim haji 2021 walaupun telah menerima kira-kira 100,000 jemaah umrah sejak 1 November 2020.

“Walaupun masih belum mendapat pengesahan tentang ibadat haji tahun ini, kita perlu bersedia dengan segala kemungkinan.

“Oleh itu saya menasihati semua bakal haji untuk mengikuti kursus asas haji mingguan yang sedang dianjurkan oleh TH secara dalam talian. Bakal-bakal haji juga perlu menjaga kesihatan diri dengan menjaga pemakanan dan lakukan senaman kerana ibadat haji menuntut kekuatan fizikal dan mental,” katanya.

Beliau berkata ibadah haji telah ditangguhkan akibat pandemik yang melanda negara dan seluruh dunia justeru, beliau menyeru seluruh umat terus berdoa agar pandemik ini pulih sepenuhnya dan seterusnya dapat menjadi tetamu Allah di tanah suci. – BERNAMA

IHtv
IHtv
21 subscribers

6 comments:

Anonymous said...

Konspirasi Zeti dan ex MACC Shukri dan lain lain fitnah jijik terancang 1MDB makin terbongkar.. link video kat bawah tu haahh..!

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mempersoalkan mengapa peguam-peguamnya dan beliau sendiri tidak pernah diberitahu tentang tuduhan terbaharu yang mengaitkan keluarga mantan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz menerima dana daripada Jho Low yang berkaitan dengan skandal 1MDB.

Link dibawah ni haahh.. konspirasi Zeti dan Shukri dll perangkap Najib (Shukri akhirnya dilantik Head of MACC selepas kemenangan PH membentuk kerajaan .. dan siapa PM dlm kjaan PH yang lantik Shukri Head of MACC itu... budak tadika pun bole jawab..!!)

https://youtu.be/o5kIGIfDgSk

Mahkamah Tinggi pula mengeluarkan "amaran sangat keras" kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak agar tidak mengulangi "serangan secara maya" terhadap bekas Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

Hakim Collin Lawrence Sequerah berkata walaupun tidak ada keperluan untuk mahkamah mengenakan "gag order" (perintah sekatan) terhadap Najib, Ahli Parlimen Pekan itu harus berhenti membuat kenyataan berhubung kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB)..!!

Menurut Najib, perkara tersebut amat penting kerana ia boleh dijadikan bahan bukti kes perbicaraannya berhubung kes skandal 1MDB yang dihadapinya.

“Justeru, mengapa dokumen seperti ini tidak diserahkan sebagai bahan bukti kes dalam perbicaraan-perbicaraan saya di mahkamah selama ini berhubung kes 1MDB yang saya hadapi?”soal Najib.

Kenapa mahkamah mengeluarkan "amaran" sangat keras" kepada Najib agar tidak mengulangi perbuatannya dan mahkamah akan mengambil apa juga tindakan yang perlu bagi melindungi integriti institusi ini," kata hakim.

Presiden Parti Keadilan Rakyat, (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tuduhan baharu terhadap mantan Gabenor BNM itu telah mencemarkan imej dan reputasi integriti Bank Negara...

Akhirnya AMMB Holdings Berhad bersetuju menyelesaikan semua tuntutan dan tindakan tertunggak berkaitan pembabitan Kumpulan AmBank dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bernilai RM2.83 bilion.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Aziz berkata, penyelesaian terbaru itu bermanfaat kepada rakyat Malaysia.

Menurutnya, penyelesaian melalui sistem mahkamah akan membabitkan masa dan sumber kewangan yang banyak.

Persoalan yang timbul ialah kat celah mana duit 1 MDB itu dikatakan lesap..!? Kena siasat cari dan bongkar siapa dalang kepala sial konspirasi fitnah jijik kes 1MDB.

Anonymous said...

Hari tu ada lebai jadian fitnah pasal tabung haji. Dusuku ntah hapa nama dia.

Anonymous said...

Ust Dasuki memang ust. Dia ada belajar ugama. Yg jadi kaki fitnah tu tak belajar agama. Siang malam asyik nak fitnah ust2. Bilalah nak taubat.

Kau betul aku salah said...

Mula² fitnah mujahid ..lepas tu bila dh terbukti tabung haji untung..senyap aje ..si dusuku lah tu

Anonymous said...

Mujahit tu liberal.

Anonymous said...

Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani, semalam memenangi kes saman fitnah difailkannya terhadap Miqdad Zakaria berhubung penerbitan tulisan di dalam akaun Facebook.

Beliau telah hadir memberi keterangan di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, semalam bagi taksiran gantirugi ke atas saman fitnah terhadap Miqdad selaku Ketua Parti Amanah Negara (PAN) Marang.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails