Thursday, March 04, 2021

Minuman keras di Indonsia. Apa di sebalik Jokowi batal Pilpres?

 

Minuman keras: Fahami di sebalik Jokowi batal Pilpres

PERTAMANYA saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada para ulamak, NGO-NGO, ORMAS serta Kepala Daerah yang berjuang membantah keras Peraturan Presiden atau Pilpres yang berkaitan dengan investasi baru Minuman Keras (Miras) bagi beberapa daerah (Provinsi) di Indonesia termasuk Bali.

Saya rasa terkejut juga keratan video pengistiharan pembatalan Pilpres oleh Bapa Jokowi di viralkan di media sosial dan beberapa individu tertentu membuat komentar “Indonesia mengharamkan Minuman keras, Malaysia bila lagi?.

Ada juga yang membuat komentar “Kesedaran baru memertabatkan Islam” tidak kurang juga yang menyanjung apa yang dilakukan oleh Bapak Jokowi melalui video pendek tersebut dan membuat sindiran sinis terhadap negara sendiri Malaysia.

Berbekal pengalaman bekerja dan tinggal di beberapa daerah di negara jiran Indonesia selama 15 tahun, saya amat memahami soal politik dan sistem pemerintahan di Indonesia.

Apa itu PILPRES?

Ia adalah Peraturan President (President Decree) yang dibuat dan menjadi Undang-undang yang wajib dilaksankan dan dipatuhi. Presiden punya wewenang untuk membuat peraturan dan undang untuk diterima pakai di Negara Indonesia.

Bagi Malaysia pula semua peraturan dan undang mestilah dibahas dan diluluskan samada di Parlimen atau Dewan Undnagan Negeri sebelum ianya boleh dilaksakan dalam negara atau negeri.

Pilpres No 10 Tahun 2021 Berkaitan dengan kebenaran untuk mengeluarkan (memproduksi) minuman keras di beberapa daerah di Indonesia termasuk Bali telah ditandatangani oleh Bapa Jokowi dalam bulan Februari 2021 yang lalu.

Ertinya Pilpres No 10 ini buat untuk memberi kebenaran kepada para pelabur yang berminat untuk melabur dalam industri pengeluaran minuman keras di beberapa daerah di Indonesia.

Ada pun Industri Minuman keras serta penjualannya tidak disentuh langsung bahkan ianya berjalan seperti biasa.

Apabila Pilpres ini di keluarkan pada hujung hulan Febuari yang lalu, ianya mendapat bantahan dan tentangan dari Ulamak-ulamak, Kiyai, Organisasi Islam seperti NU (Nahdatul Ulama), Muhammadiah, MUI dan banyak lagi. Juga ianya memdapat bantahan dari Kepala Daerah (Pemerintahan Daerah) yang berpegang kuat kepada prinsip Islam.

Dan akhirnya Bapak Jokowi terpaksa tunduk dan akur serta menarik balik Pilpres No 10 tahun 2021 ini dari dilaksanakan.

Apakah menarik balik Pilpres ini kerana keikhlasan beliau untuk memertabatkan Islam atau demi menjaga kepentingan politik beliau? Maklumat dihujung jari, kita dengan mudah boleh mengakses kronologinya dan rentetan Pilpres No 10 ini dengan melayari CNN Indonesia dan Liputan 6.

Jokowi merupakan Presidenn Indonesia yang berfahaman sekular, liberal dan pluralisma. Oleh itu, tidak mungkin seorang yang kuat fahaman liberalnya boleh diletakkan kepercayaan dipundaknya untuk memertabatkan Islam. Sebagai orang Poliltik sudah tentu setiap tindakan yang diambil akan mengambil kira faktur sokongan dan kepentingan politik.

Sekiranya beliau ingin mertabatkan Islam, mengapa perlu membuat Pilpres No 10 tersebut? Apakah untuk “Test Market” atau sebaliknya?

Bagi rakyat Malaysia yang suka dan gemar kepada short video lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan kehangatan politik tanah air hari ini haruslah lebih bijak dan matang.

Kembalilah kepada prinsip Siyaqul Kalam iaitu memperhatikan seluruh ucapan dan tidak mengerat atau memotong-motong ucapan kemudian diviralkan supaya ianya menjadi bahan propaganda dalam Peperangan Saikologi di media Sosial.

Kedua Kembali kepada Siyaqul Hal, pelajari dan teliti tempat dan keadaan dimana ucapan itu dibuat. Bagaimana dengan realiti waqi’, budaya dan adat resam setempat.

Ketiga perhatikan Siyaqul Lafaz yakni memerhatikan makna lafaz dan kalimah serta perumpamaan yang digunakan.

Saya meniti ucapan Jokowi dan banyak perkataan yang beliau gunakan dengan tepat dalam bahasa Indonesia tetapi membawa makna dan erti yang berbeda dalam bahasa Malaysia.

Tidak ada apa yang boleh dibanggakan kepada umat Islam selain kita berterima kasih kepada para Ulama, Kiyai dan Ormas Islam.

HAJI BAKRI JAMALUDDIN. – HARAKAHDAILY 4/3/2021

2 comments:

Anonymous said...

Hari hari.
Rakyat kena tipu.
Secara berjemaah.
Buta ker pekak

Anonymous said...

Minta abah buat perkara yg sama. Yg lain sila sokong.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails