Monday, March 01, 2021

"Marilah kita bersama-sama menginsafi diri dan berusaha.." Dr Zulkifli


Jawatankuasa Teknikal Undang-undang Syarak dan Sivil. Apa kata Dr Zulkifli?

SAYA mengambil maklum keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Persekutuan Malaysia pada 25 Februari 2021 dalam kes Iki Putra bin Mubarrak lawan Kerajaan Negeri Selangor dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) berkenaan keabsahan Seksyen 28 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995.

Penghakiman tersebut sudah pasti dibuat berdasarkan pengetahuan, pengalaman dan kebijaksanaan Yang Amat Arif dan Yang Arif Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan berpandukan peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang dalam mencari penyelesaian yang terbaik bagi maslahat semua pihak sama ada yang beragama Islam atau bukan-Islam.

Penghargaan ditujukan kepada Exco Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal Selangor, YB Mohd Zawawi Ahmad Mughni mewakili Kerajaan Negeri Selangor yang akan mengadakan perbincangan dengan pihak-pihak yang berkepentingan dan meneliti perkara tersebut bagi memperkasa perundangan syariah di Selangor. Ini satu tindakan proaktif yang wajar diberi pengiktirafan.

Fasal (1) Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan menjunjung Islam sebagai agama bagi Persekutuan, menjadikan kedudukan agama Islam di negara ini lebih istimewa berbanding agama Iain. Ini sepertimana yang telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan Malaysia dalam kes-kes terdahulu. Sebagai seorang Menteri yang dipertanggungjawabkan menjaga hal ehwal Islam di peringkat Persekutuan, prinsip Perlembagaan ini akan terus dijunjung dan dipertahankan.

Saya telah mengadakan perbincangan Penasihat Undang-undang, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi mendapatkan pandangan beliau berkenaan kesan dan implikasi perundangan yang berbangkit daripada keputusan Mahkamah Persekutuan Malaysia tersebut. Jawatankuasa Teknikal Undang-undang Syarak dan Sivil, JAKIM juga telah diarahkan untuk bersidang dan berbincang bagi melihat ruang penambahbaikan Undang-undang Syariah yang boleh dilaksanakan, khususnya yang berkenaan dengan kesalahan jenayah Syariah. Jawatankuasa tersebut akan berunding dengan negeri-negeri dan pihak yang berkepentingan dalam usaha untuk memperkasakan dan menyeragamkan Undang-undang Syariah di Malaysia.

Saya menyeru agar semua umat Islam di negara ini dan seluruh rakyat Malaysia menghormati penghakiman yang diputuskan dan tidak mencetuskan spekulasi dari penghakiman tersebut. Semua pihak diminta bertenang dan tidak memberikan ulasan atau pandangan yang boleh mencetuskan suasana yang tidak sihat, serta boleh menjejaskan perpaduan dan keharmonian dalam negara kita yang tercinta ini.

Marilah kita bersama-sama menginsafi diri dan berusaha untuk mengubah diri, keluarga dan masyarakat ke arah yang lebih baik, bagi memaknai erti sebenar etika dan moral berlandaskan Perlembagaan Persekutuan. Saya berdoa kepada Allah S.W.T agar kita diteguhkan dan terus bersatu padu dalam melaksanakan segala perintah-Nya, amin.

YB SENATOR DATUK DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI 
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
27 Februari 2021 bersamaan 15 Rejab 1442H – HARAKAHDAILY 27/2/2021

9 comments:

Anonymous said...

Najib PM ke - 9. Malu ape bossku..!!

Kaji selidik membabitkan 608 responden dalam kalangan orang ramai di platform media sosial itu bermula Disember 2020 hingga Februari lalu.

Mashitah berkata, menerusi kaji selidik itu, Najib memperoleh sokongan 51.5 peratus jauh mening­galkan pemimpin lain se­perti Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan (14.8 peratus); Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (10.2 peratus) dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekitar 9.6 peratus.



Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula memperoleh sokongan 9.1 peratus; Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (2.4 peratus); Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (0.5 peratus) manakala Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hanya memperoleh sokongan 0.3 peratus dan 0.2 peratus menerusi kaji selidik tersebut.

“Ramai memberi alasan memilih Najib berdasarkan presta­sinya dan merindui peme­rintahan bekas Perdana Menteri itu yang banyak membantu rakyat.

#tepoksambilmembatuapi

Anonymous said...

Semua salah Anwar.. (sesaja kopi pes dari blog reformasi..)

ASAL BUKAN BERSAMA ANWAR...

Tak ada sorang pun dari pemimpin hingga ke ahlinya marahkan 'Pejuang' apabila bekas Pengerusi Amanah Pahang menyertai Pejuang. Nama nak tegur Mahathir jgn mimpi.

HARI HARI OTAI HANTAM PAS SANA SINI
RUMAH SENDIRI BERANTAKAN SENTAP BANGAT
MEMBATU API RAKYAT ARAK KAPIR & JUDI
KES LUAR TABIEE MASUK GUA TRUS SENYAP

Oleh kerana Pejuang belum didaftarkan maka Hamzah bertindak sebagai membantu sahaja dan dinamakan sahaja utk mengetuai Parti tetsebut.
Apapun beliau keluar dari Amanah utk berjuang bersama 'Pejuang'.... Asala jangan bersama Anwar Ibrahim. PH jatuh salah Anwar, ahli PKR keluar PKR salah Anwar, ahli Amanah masuk PKR salah Anwar... dah mcm perangai UMNO dulu-dulu. Anwar agen Israel, Anwar agen CIA, Anwar barua DAP, Anwar nak beri kuasa pada Cina.... segala galanya semuanya salah Anwar Ibrahim.

AJOM KITA MEMBATU API PULA
BUKAN AUTA KITA BAGI FAKTA
KITA KASI SENTAP SESEDAP RASA
HAAH TEPOK KUAT2 POP CORN JGN LUPA

Harap lepas ini ada la seorang ADUN Amanah joint DAP. Taubat nasuha kalau korang nampak Mat Sabu nak sound LGE....

NORMAN RADUAN

Anonymous said...

Belom ada dalam sejarah pencuri di mana mana dooonia ini bila si pencurik pulangkan duit yang didakwa mencuri siap buat sumpah laknat lagi dia tak mencurik...

Bak mai satu contoh pencurik yang lain kat dooonia ini yg serupa dengan si pencurik di atas tadi....

yang pling banyak kita dengar bila dah mencurik si pencurik tak buat sumpah laknat nak pulangkan duit curik dia kata "Bukan Salah Saya" memcurik atau buat apa pala bana bagai pun.

Anonymous said...

Atok mencuri sampai jadi super2 kaya. Yg bersih presiden pas jugak. Abam pun tak bersih siap berterowong lagi.

Anonymous said...

Wak jahit bakal ikut resmi bekas big bossnya atok dan abam. Siap mesra mahkamah lagi. Sudah pasti juga tak dapat bela orng melayu bangsanya sendiri.

zack said...

Apa2 pun yg utama sekarang dakwa siluar tabie tu kat mahkamah sivil yg peruntukan hukuman berat penjara 20thun penjara,denda dan sebatan baru padan muka dan punggung!mahkamah syariah hukuman rengan tp dipertikaikan,,bodoh bangang muka dubur nih!!!

Anonymous said...

Yaaa....!
Suma salah anwar.
Suma salah atok
Suma salah Pan
Suma salah Dap.

Tp yg pgg kuasa skrg bukan 4 makhluk berkenaan. Tp lahabau2 penunggang bangsa dan agama.

So hudud sm ruu355 apa citer? Sapa sebenarnya yg pgg kuasa skrg?? Adakah walaun terlalu jahil untuk berfikir??

Anonymous said...

Dah makan obat.

Anonymous said...

Tahniah pas. Bersih dan tidak rasuah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails