Tuesday, March 02, 2021

Angkat Semula perundangan syariah, Didik Masyarakat.. - Mursyidul Am

 

Kes Selangor cabaran baru umat Islam di Malaysia

ARAU: Keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengisytihar Seksyen 28 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) sebagai tidak sah kerana bercanggah Perlembagaan Persekutuan dianggap menjadi cabaran baharu umat Islam.

Mursyidul Am PAS, Dato’ Tuan Guru Hashim Jasin berkata, keputusan itu menjadi cabaran kepada PAS untuk menyemarakkan lagi usaha mengangkat semula undang-undang syariah yang diperjuangkan parti itu sejak sekian lama.

“Berdasar apa yang berlaku itu kita anggap ia menjadi cabaran bagaimana kita hendak mendidik masyarakat daripada terjerumus dengan perkara yang menyeleweng daripada Islam.

“Inilah masa yang sesuai untuk kita menyahut cabaran memartabatkan perundangan syariah,” katanya ketika merasmikan majlis pecah tanah bangunan baharu Sekolah Rendah Islam Al Furqan (SRIAF) kelmarin.

Turut hadir Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Perlis, Baharudin Ahmad dan Ketua Pemuda PAS Negeri, Ustaz Muhammad Azmir Azizan.

Mahkamah Persekutuan pada 25 Februari lepas membenarkan usul dikemuka seorang lelaki yang didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah Selangor atas tuduhan cuba melakukan seks luar tabii.

Panel sembilan hakim yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat memutuskan seks luar tabii sebagai jenayah di bawah Seksyen 28 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 tidak mengikut Perlembagaan Persekutuan dan tidak sah.

Keputusan itu secara tidak langsung mengetepikan undang-undang Syariah negeri Selangor yang menetapkan seks di luar tabii sebagai jenayah.

Hakim menyifatkan Seksyen 28 yang digubal badan perundangan Selangor hanya boleh digubal melalui Parlimen. – HARAKAHDAILY 1/3/2021

5 comments:

Anonymous said...

hang bole pi cari seko atau 2 ekor pencuri yg bole pulangkan duit curi dah pulangkan buat sumpah laknat lagi... bole hang pi rekomen sapa orang tu... hang bagi satu contoh sapa pencuri tu..

Tun M ka Daim ka itu contohhh ajer..!

kikiki

Anonymous said...

22 tahun 22 bulan sudah rosak ajaran islam di negara ini

Anonymous said...

Abam tak berani buat sumpah laknat kan kan.

Anonymous said...

Kaum Sodom dibinasakan oleh Allah SWT dengan azab yang sangat keras. Umat Nabi Luth yang membangkang dan suka sesama jenis serta berperilaku seks menyimpang itu diazab dengan batu-batu besar yang dijatuhkan dari langit dan menjungkir balikkan kota itu.

Azab tersebut diawali dengan suara keras yang mengguntur, ketika matahari akan terbit. Setelah itu, mereka dihujani dengan batu dari tanah yang keras hingga tak satu pun dari mereka yang tersisa.

Anonymous said...

So hudud sm ruu355 apa citer?

Sapa pgg kuasa skrg??

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails