Saturday, March 06, 2021

9 projek, siap Mac-Mei, Tapi ingat, Ini projek PN bukan janji PH...

 

Sembilan projek tingkat bekalan air di Kelantan

KOTA BHARU: Sebanyak sembilan projek meningkatkan bekalan air dilaksanakan di Kelantan yang dijangka siap dalam tempoh Mac hingga Mei tahun ini.

Menteri Alam Sekitar dan Air, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, projek itu akan dilaksanakan di jajahan Kota Bharu, Bachok, Tumpat dan beberapa jajahan lain.

“Insya-Allah kita ikhtiar sebaik mungkin supaya bekalan air diterima rakyat Kelantan dalam tempoh yang ditetapkan tersebut,” katanya pada kenyataan hari ini.

Projek terbabit termasuk pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) Mini di Teluk Mesira Bachok yang melibatkan peruntukan RM2.75 juta yang membabitkan agihan air di Tawang dijangka siap pada April hadapan.

Selain itu pembaikan paip air terawat di Jambatan Tanjung Hilir Bachok melibatkan kos RM338,431 juga dijangka siap pada April 2021.

Di Kota Baru pula melibatkan projek pembinaan LRA Kampung Telok dengan kapasiti 30 juta liter sehari membabitkan kos RM48 juta.

Projek tersebut melibatkan agihan di Demit, Chempaka dan Panchor juga dijangka siap pada April.

Penggantian paip lama pula melibatkan kos RM23.3 juta melibatkan agihan air di Kota Lama dan Tanjong Mas.

Turut dinaik taraf dengan membina telaga A di LRA Chicha degan kos RM350,300 yang melibatkan agihan air di Pasir Tumboh, Melor, Demit, Panchor, Tawang, Jelawat dan Perupok dan dijangka siap pada akhir bulan ini.

Tuan Ibrahim juga berkata, projek pembinaan Telaga B di LRA Chicha dengan kos RM370,300 siap pada 1 Mac lalu. – HARAKAHDAILY 5/3/2021

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sekali lagi maaf cik PH, kita terpaksa cakap benar. Kalau dengar janji kepada rakyat, bila dikaitkan dengan PH, orang ramai sudah muak, nak muntah mendengarnya. Tak percaya lagi.

Siapa yang tak kenal janji PH? Sebelum menang janji tol percuma. Macam-macam lagi janji dalam manifestonya. Lepas menang kutip duit, konon duit tak cukup nak bayar hutang negara yang mencecah RM1 trilion.. Bila dah perintah 22 bulan, merudum jatuh tergolek, lingkup, maka naik kerajaan PN.

Rupanya Era PH pandai kutip wang dari rakyat, tapi era PN boleh agih bantuan kepada rakyat. Mengapa ada pulak duit?

Kenapa PH 'tak cerdik' cari duit untuk rakyat tertindas? PN mengatur langkah dengan mengumumkan pelbagai inisiatif bermula dengan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN), Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dan Perlindungan Ekonomi & Rakyat Malaysia (PERMAI).

Tidak cukup dengan itu, PN juga memberi bantuan kepada golongan petani, nelayan dan pekebun getah, dan banyak lagi. Kelantan pun sudah tidak didera royalti minyak dan pembangunan lagi.

Cukup, kita dengar 'hamba pecacai' DAP dan bukan Islam jawab dulu... Insya Allah akan bersambung. Wassalam.

IHtv
IHtv
21 subscribers

3 comments:

Anonymous said...

Kelasssss PN....mcm2 inisiatif rakyat dapat. Kelantan pun akan dapat air bersih.

Anonymous said...

Air selangor ok dah kut.

Anonymous said...

X sabar nk tgk mei nanti..hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails