Monday, February 15, 2021

Sugarbook: 3 kementerian rangka pelan tindakan. -Dato’ Siti Zailah

 

KOTA BHARU: Kerajaan memandang serius pendedahan mengenai peningkatan pelajar perempuan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di negara ini yang terlibat dalam aplikasi Sugarbook.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff berkata, satu tindakan akan diambil dalam masa terdekat bagi mengatasi masalah itu.

Beliau berkata, pihaknya turut menjalinkan kerjasama dengan Kementerian Pengajian Tinggi dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) untuk merangka pelan tindakan.

“Satu jawatankuasa bertindak dicadang untuk diwujudkan melalui Kementerian Pengajian Tinggi dengan melibatkan agensi kerajaan yang bertanggungjawab bagi meneliti perkara itu.

“Jawatankuasa bertindak ini perlu meneliti daripada aspek perundangan, sosial, pencegahan dan intervensi terhadap pihak yang terlibat,” katanya pada catatan di Facebooknya hari ini.

Media sebelum ini melaporkan Malaysia berada pada kedudukan ketiga tertinggi di Asia selepas India dan Indonesia yang mempunyai jumlah sugar daddy paling ramai melalu aplikasi Sugarbook.

Sugarbook menterjemahkan sugar baby sebagai wanita muda yang menukar rakan, persahabatan dan seks untuk mendapatkan wang, hadiah dan pemanjaan dari sugar daddy.

Senarai 10 IPT termasuk dua IPT Awam didedahkan khususnya di Lembah Klang dengan seramai 12,705 terjebak bagi mendapatkan wang mudah untuk menampung kos sara hidup dan yuran pengajian.

Bagaimanapun sebuah daripada IPT terbabit membuat laporan polis kerana mengaitkan namanya terhadap pendedahan terbabit.

Siti Zailah juga berkata, pertemuan secara atas talian bersama rakan sejawatan iaitu Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Dr Mansor Othman dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dato’ Ahmad Marzuk Shaary.

“Kerajaan merangka perancangan teratur bagi memastikan kejadian sama tidak berlaku.

“Bukan sahaja Sugarbook, malah aplikasi dalam gajet atau laman sesawang yang berbaur seks dan pelacuran untuk mendapatkan wang wajar dihentikan sepenuhya,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang. – HARAKAHDAILY 15/2/2021

8 comments:

Anonymous said...

Pejuang pun berbai'ah juga rupanya.

Presiden Pejuang Mukhriz Mahathir berkata, tiada jaminan bahawa pemimpin dari partinya tidak akan melompat parti walaupun mereka telah berbaiah dengan Al-Quran untuk tidak berbuat demikian.

Katanya beberapa pemimpin dari bekas partinya PPBM pernah melakukan sumpah baiah yang sama sebelum pilihan raya 2018, namun ia tidak menghalang mereka daripada menjadi “pengkhianat”.

Tapi akhir ini Tun sering lemparkan subjek agama Islam perlu dikurangkan sebab bila bamyak waktu belajar agama nanti negara melahirkan ulama bukannya ahli sains dan teknologi.

Rakyat mumgkin tertanya tanya samada bai'ah Parti Pejuang ikut cara Islam atau cara COMANGO Gereja... haah lu fikir lah sendiri

Anonymous said...

Bila nak tutup kilang arak???

Anonymous said...

Yaaaa..kami puas hati..

Bagi tangki air kecik 500 gelen pun kami walak..

Anonymous said...

Jaga kambing lg baik

Anonymous said...

Nabi gembala kambing. Hati2 kalau nak menyindir.

Anonymous said...

Kalau motar senik dan tontowi pun jadi bahan fitnah, tak hairan kalau khadam terus mencipta fitnah.

Anonymous said...

Nabi mmg gembala kambing. Tp baginda x jadi gembala dgn makan gaji duit rakyat..hati2 kalo nak bagi dalil.

Anonymous said...

Apa yg fitnah? Ko baru kuar gua mana? Lebai mana dah bodohkan ko ni?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails