Sunday, February 14, 2021

Sugar Baby: Tak Malukah Pemimpin Negara Umat Islam M'sia?

 

Sugar Baby: Negara kafir lebih bagus dari negara kita? Dr Kamarul Zaman

DI PARIS, ibu kota sebuah negara kafir, Perancis, seorang lelaki yang mempromosikan satu laman web yang mempromosikan kerja sebagai Sugar Baby kepada para pelajar universiti di sana ditahan oleh polis dan didakwa kerana mempromosikan pelacuran.

Di Brussels, ibu kota sebuah lagi negara kafir, Belgium, seorang lelaki dijatuhkan hukuman penjara selama 6 bulan dan denda sebanyak €24,000 dan syarikat RichMeetBeautiful.com miliknya dijatuhkan hukuman denda sebanyak €240,000 oleh mahkamah di atas kesalahan mempromosikan pelacuran bila mempromosikan kerja sebagai Sugar Baby kepada para pelajar universiti di sana manakala laman webnya disekat daripada beroperasi di Belgium.

Di Kuala Lumpur, ibu kota sebuah negara Islam, Malaysia, seorang lelaki bernama Darren Chan secara terbuka mempromosikan kerja sebagai Sugar Baby kepada para pelajar universiti melalui platform Sugarbook dengan menyediakan pelbagai insentif kepada mereka sejak tahun 2018 tanpa sebarang kebimbangan akan diambil tindakan oleh pihak berkuasa malah dengan bangganya mengeluarkan ranking 10 universiti penyedia Sugar Baby teramai di negara ini. 

Ini berlaku tatkala orang ramai faham bahawa khidmat Sugar Baby adalah aktiviti pelacuran, malah Timbalan Presiden Pertubuhan Kesihatan Mental Malaysia, Datuk Dr Andrew Mohanraj, yang menangani masalah kesihatan mental yang dialami oleh Sugar Baby menyatakan secara definitif bahawa fenomena ini adalah ‘nothing but prostitution and pimping in a more polished form – it is a simple money-for-sex or companionship arrangement’.

Ini juga berlaku tatkala Sugarbook terang-terang mengakui bahawa Sugar Baby adalah wanita muda yang menukarkan penemanan, persahabatan dan seks untuk wang, hadiah dan pemanjaan daripada lelaki tua kaya selain menasihatkan Sugar Baby-nya supaya hanya bersetuju untuk melakukan aktiviti seks setelah ganjaran ke atasnya dibincangkan. hanya untuk bercakap mengenai seks dengan Sugar Daddy mereka setelah ganjaran ke atasnya dibincangkan. Kejadahan apakah ini, dan sudah hampir mahu kiamatkah dunia ini agaknya?

DR KAMARUL ZAMAN HAJI YUSOFF – HARAKAHDAILY 14/2/2021

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sekadar lintasan hati bertanya, 'kes sugar baby, tak malukah pemimpin negara umat Islam Malaysia'?

16 comments:

ananimus said...

alamakk,, beraninya ibnu hasyim pos yg mcm ni,, tak takut masuk neraka ke?? duk kutuk pemerintah, PAS jadi kerajaan skrg, bukanya dap, nnt tak dpt kunci surga baru tahu,,,

Anonymous said...

Seorang lelaki bernama Darren Chan secara terbuka mempromosikan kerja sebagai Sugar Baby kepada para pelajar universiti melalui platform Sugarbook dengan menyediakan pelbagai insentif kepada mereka sejak tahun 2018 tanpa sebarang kebimbangan akan diambil tindakan oleh pihak berkuasa malah dengan bangganya mengeluarkan ranking 10 universiti penyedia Sugar Baby teramai di negara ini.

Lebai pulak yg kena fitnah. Yg promote tu cina mungkin ahli dap, boss presiden parti liberal.

Anonymous said...

Masaalah orang Islam salah Dap.Jenis Islam bodo ni.Ada kuasa taktau guna. MelayuIsle jenis tak ada ilmu.Menfitnah orang nombor satu.Jahat ada daalam semua bangsa dan agama,kebanyaakan jenis jahilmurakab atau penunggang agama.

Anonymous said...

Darren chan tu orang islam. Bengap betul lebai.

Anonymous said...

Jika bang non bebaskan diri dari doktrin liberal reformasi, kurang sikit masalah aqidah. Back ground pendidikan Islam pun kemetot, nak jaga Islam konon. Bila kailnya sejengkal tak payah bercakap besar tentang Islam.

Unknown said...

Mu komen pun macam budak bodoh siap main main dan fitnah lagi dengan syurga neraka. Benda hal agama ni sesapa buat benda senda gurau Allah sebut sebagai sebenar benar munafik...

Unknown said...

Ni lagi sorang benda agama buat gurau senda... Sedangkan islam larang mengatakan si kapir tu islam, dan si islam tu tu kapir... Darren si kapir tu kau kata islam, lebai kau kata bengap... Kat sapa kau nak mintak maaf ni?

Sani said...

Mokhtar senik dgn tantawi mesti suka😘🥰

Anonymous said...

Blocklah Web

Anonymous said...

Patutnya soalan pak hasim : TAK MALUKAH PAS MEMERINTAH MALAYSIA SEKARANG?

atau sekadar tegur dalam hati saja??

Anonymous said...

Jgn bodo sgt soalan tuu

Anonymous said...

Tanya abam. Banyak bontot pekerja kena tibai.

Anonymous said...

Ayuh sokong pas supaya pm malaysia dari pas. Bebas rasuah. Telus dan adil.

Anonymous said...

Aminnn

Anonymous said...

Bg contoh sapa yg layak jadi PM dr parti Pas??

Anonymous said...

Mat Sabu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails