Thursday, February 18, 2021

Polis tahan pengasas 'Sugarbook'. Al-hamdulillah!

 

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki tempatan dipercayai pengasas laman sesawang dan aplikasi temu janji 'Sugarbook'

Suspek berusia 43 tahun dan berasal dari Gelugor, Pulau Pinang itu ditahan ibu negara, menerusi Op Sugarbook kira-kira jam 4.30 petang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Datuk Fadzil Ahmat dalam kenyataan, berkata permohonan reman ke atas suspek akan dibuat hari ini di Mahkamah Shah Alam.

"Menerusi siasatan awal, suspek mengaku sebagai pengasas aplikasi Sugarbook.

"Siasatan ke atasnya dijalankan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya.

Beliau berkata, siasatan ke atas suspek juga dijalankan mengikut Seksyen 372(1)(d) Kanun Keseksaan dan Seksyen 372B Kanun Keseksaan.

Media melaporkan Sugarbook sebagai platform mencari teman di antara wanita muda atau 'sugar baby'dengan lelaki berusia dan berharta atau 'sugar daddy' menimbulkan kontroversi.

Malaysia dilapor berada pada kedudukan ketiga tertinggi di Asia, selepas India dan Indonesia, bagi negara mempunyai bilangan 'sugar daddy' paling ramai melalui aplikasi Sugarbook.

Selain itu, Sugarbook turut mendedahkan ia mempunyai lebih 400,000 keahlian dengan 220,000 daripadanya 'sugar baby', 180,000 'sugar daddy' dan 6,000 'sugar mummy' di Malaysia.

Aplikasi berkenaan menyatakan kebanyakan 'sugar baby' dari Malaysia terdiri daripada pelajar institut pengajian tinggi.

Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, berkata polis membuka kertas siasatan selepas menerima laporan.

Laman sesawang Sugarbook tidak boleh diakses sejak kelmarin, dipercayai selepas Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menerima desakan daripada pelbagai pihak untuk menyekat laman sesawang berkenaan.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Al-hamdulillah. Kerajaan PN yang prihatin. Sensitif terhadap keluhan dan kegelisahan rakyat. Tahan untuk siasatan..

13 comments:

Anonymous said...

Baru ditahan
belum tentu naik mahkamah
kalau naik mahkamah pun
belum tentu didapati bersalah.

Jangan raikan kemenangan awal !

Anonymous said...

Step by step. Takkan terus ke penjara. Tahniah muslimat pas yg mencetuskan kegusaran income menerusi sex maksiat. Harapkan bang non, bang non pun tercemar dengan maksiat dan durhaka.

Unknown said...

Oklah tu sekurang kurangnya dah ada kesan psikologi pada dia dan orang sewaktu dengannya berbanding sebelum ni dia rasa bebas, selamat dan dibela... Kita doakan dia dihukum dan jahanam hidupnya kecuali dia bertaubat dan masuk islam.... He. He. Ni musti ada penyokong PH yg kunun kunun alim dan waraq marah kat aku, sebab doakan orang lain jahanam/binasa..

Anonymous said...

Apa punya kuning otak khadam ni.

Anonymous said...

Along pun jadi isu juga terutama kpd peniaga kecil. Ini pun kena benteras. Kebanyakan yg memeras ugut adalah kaum cina yg berduit. Bangsa dap memang suka niaga haram. Barang haram pun guna logo halal.

Anonymous said...

Sokong. Tapi apsal kilang arak sama kedai judi terus berleluasa di bawah pas/pn???

Anonymous said...

Pasai apa hudud dan ruu355 tak diperjuangkan.

Unknown said...

Kat negeri mana yg banyak kedai arak dan judi tu? Kat Kelantan dan Terengganu ke?

Anonymous said...

Woi badigol. Kalo ko nk ikut negeri, kenapa dah sekian lama kelantan sama terengganu tak laksanakan hudud sm ruu355 lg??

Unknown said...

Kalau kau tak faham perlembagaan dan undang undang kuasa negeri vs kuasa federal kau jangan cakaplah bongok, parti yg kau sokong tu nak sangat ke dgn ruu355 parti kau yg kuat menentang, kau pun duduk dlm parti tu, then kau cabar, apa punya munafik lah perangai ni

Anonymous said...

Kah355x!

Jawapan badigol 2.48 ni sama dgn jawapan si kapir mendiang karpal singh masa sibuk2 puak lebai jadian nak laksanakan ruu355 dlu..

So betul la alasan karpal singh dlu tolak ruu355 ye badigol???

Kahkahkah 355x!

Anonymous said...

Puak tiket sorga ni la yg terpekik terlolong nak laksanakan ruu355 dlu kat padang merbuk.

Bila dah sedap2 pgg kuasa, salahkan parti lain yg x pgg kuasa sbb x sokong.

Apa punya munafik la perangai ni..

Unknown said...

Kalau pas bentang ruu355 sekarang ni aku agak terjerit tekong engkau dengan puak kapir bantah dan maki pas, bila kami bg tau boleh batal syahadah terjerit pulak tuduh pas kapir kan hang dan puak puak hang... Siannya sbb kebodohan dah menyelubungi akal

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails