Thursday, February 18, 2021

Pemimpin DAP dalangi usaha burukkan imej kerajaan? -Dr Kamarul Zaman

 

TIADA apa yang perlu dihairankan dengan tindakan sejumlah Ahli Parlimen di bawah ASEAN Parliamentarians for Human Rights (APHR) menggesa Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri untuk membenarkan Parlimen bersidang tanpa sekatan secepat mungkin.

Ini kerana Ahli Parlimen Malaysia yang menjadi pengasas APHR bersama lima Ahli Parlimen negara Asia Tenggara lain pada 2013 ini adalah dua pemimpin DAP, iaitu Lim Kit Siang dan Charles Santiago, dan kerana Pengerusi APHR sekarang adalah Charles Santiago.

Apakah pelik namanya jika Ahli-ahli Parlimen dari sebuah badan yang diketuai oleh Ahli Parlimen DAP, sebuah parti yang pastinya akan memperolehi keuntungan jika imej kritik kerajaan kita tercemar, mengeluarkan kenyataan yang mencemarkan imej kerajaan kita?

Yang sedikit pelik ialah laporan Malaysia Kini yang cuba mengelirukan rakyat bahawa ‘Sejumlah 90 Ahli Parlimen daripada tujuh negara ASEAN menggesa Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri untuk membenarkan Parlimen bersidang tanpa sekatan secepat mungkin’.

Ini kerana 25 daripada mereka yang menandatanganinya bukanlah Ahli Parlimen tetapi adalah mantan Ahli Parlimen, yang terdiri daripada penama di bawah.

12 mantan Ahli Parlimen Cambodia, iaitu:
1. Botta Long.
2. Dang Chamreun.
3. Heng Danaro.
4. Ho Vann.
5. Kong Saphea.
6. Long Ry.
7. Men Sothavarin.
8. Mu Sochua.
9. Nuth Rumduol.
10. Sam Rainsy.
11. Sor Chandeth.
12. Tioulong Saumura.

4 mantan Ahli Parlimen Thailand, iaitu:
1. Chamnan Chanruang.
2. Kasit Piromya.
3. Kunthida Rungruengkiat.
4. Pannika Wanich.

3 mantan Ahli Parlimen Phillippines, iaitu:
1. Antonio “Sonny” F. Trillanes IV.
2. Teddy Brawner Baguilat Jr..
3. Tomasito S. Villarin.

3 mantan Ahli Parlimen Indonesia, iaitu:
1. Eva Sundari.
2. Lena Maryana Mukti.
3. Meity Magdalena.

2 mantan Ahli Parlimen Myanmar, iaitu:
1. Kyaw Min San.
2. Shwe Maung.

1 mantan Ahli Parlimen Singapore, iaitu:
1. Braema Mathiaparanam.

Begitu juga dengan bilangan tujuh negara ASEAN yang disebutkan yang salah kerana 8 daripada mereka yang menandatanganinya bukanlah Ahli Parlimen Negara ASEAN, tetapi adalah Ahli Parlimen Timor-Leste yang bukan merupakan sebuah Negara ASEAN, iaitu:
1. Abel Pires da Silva.
2. Adérito Hugo da Costa.
3. António de Sá Benevides.
4. Domingas dos Santos.
5. Elvina Sousa.
6. Francisco de Vasconcelos.
7. Maria Angelina Lopes Sarmento.
8. Rosalina Ximenes.

Agak memalukan jika benar usaha memburukkan imej kerajaan dengan cuba membabitkan sokongan pihak-pihak daripada luar negara ini adalah didalangi oleh pemimpin DAP.

DR KAMARUL ZAMAN HAJI YUSOFF – HARAKAHDAILY 17/2/2021

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Memalukan! Pemmpin DAP rupanya dalang burukkan kerajaan Malaysia? Apa hukuman yang wajar diberikan kepada mereka? Jangan dilayan komen-komen balaci DAP dalam blog ini, apalagi yang menyamar macam orang Islam. Porrah!

8 comments:

Anonymous said...

So hudud sm ruu355 apa citer???

Sapa pgg kuasa skrg???

Anonymous said...

Lenggang...lenggang hai lenggang kangkong....

Anonymous said...

Alaahai....
Dia ni prof kangkong jer..
Napa admin suka sgt dgn prof sekor ni

Anonymous said...

Aku tak suka sgt nak sentuh ustaz Miqdad Zakaria ni. Tapi, bila dia semakin melampau mencipta fitnah dan memanjangkan fitnah yg tidur, aku kena sebut juga.


Kalau pun ustaz miqdad ni pemuja Mahathir, tak perlu dia reka cerita apatah lagi terhadap yg telah meninggal dunia, Almarhum Tok Guru Nik Aziz.



Ada ke hukum sesiapa yg kena tuduh zina/liwat, perlu bersumpah kat stadium....atau sumpah dibuat sesuka hati? Dia tak tahu kot bahawa sumpah hanya boleh dibuat depan hakim mhkamah syariah, jika diarahkan bersumpah. Itu pun jika kes dirujuk ke mhkamah syariah, dlm kes ini bawah Qazaf. Sbb itu, Anwar bawa kes qazaf agar biar hakim mhkamah syariah adili termasuk jika diminta bersumpah. Tapi, siapa yg halang kes qazaf berjalan? Anwar pun selalu sebut, dia tidak bersumpah kerana merujuk hukum tersebut daripada ramai ulamak tersohor termasuk Syeikh Yusof Qardhawi dan lain2. Bahkan, Hadi sendiri tulis buku Qazaf khusus kes ini sewaktu Hadi berbaik dgn Anwar. Kalau nk sembang pasal sumpah, Najib berpuluh kali bersumpah, agaknya ustaz sekor ni yakinlah Najib tak bersalah kan? Ingat pandai sgt bab agama...bab sumpah pun gagal..



Almarhum Tok Guru Nik Aziz sendiri pernah berdoa dengan menyebut nama Anwar agar Allah beri kekuatan kepadanya di dalam menghadapi fitnah. Apabila Anwar dibebaskan kali pertama dulu, Almarhum Tok Guru Nik Aziz buat solat syukur dan berpuasa nazar di atas pembebasan Anwar. Boleh rujuk dlm youtube. Mengapa Ustaz Miqdad bawa cerita bohong terhadap insan mulia yg telah meninggal dunia ini hanya kerana marah Anwar tidak terima Mahathir? Bukti Tok Guru Nik Aziz simpati dan membela Anwar banyak boleh ditunjukkan. Mana pula bukti Ustaz yg menyatakan kononnya Tok Guru minta Anwar bersumpah di stadium? Ustaz ingat Tok Guru itu sejahil ustaz?



Cukup dulu. Saya sudah hilang hormat kpd ilmu ustaz yg semakin ke laut dek kerana kemaruk kpd Mahathir. Patut lah tak berani berdepan dgn Hadi di Marang dan patut pun parti Ustaz di kawasan Ustaz pun tidak mampu hidup kerana adanya ustaz sejahil ini memimpin. Wallahu Aklam.

Anonymous said...

Dalam pas mana ada yg cerdik..harap prof kongkang ni sama sorg tu si shamrahayu..
Tu pun 2 ekor ni bakal ke gaung lps pru15.

Anonymous said...

Dalam pkr dan pan, lebih ramai yg tak cerdik. Berak merata, kencing terabur. Tapi ramai penyokongnya yg dah insaf. Tinggal yg tegar2 yg masih berbuat onar dan fitnah.

Anonymous said...

padam dok ratib penda tuler

Kau betul aku salah said...

Tak serik² prof kangkung ni dah kalah kena bayar kes fitnah dgn dr mujahid punnn masih nak tabur fitnah lain lagi..IH aka walaun pun percaya bulat²...nasib la

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails