Sunday, February 28, 2021

‘Parti terkuat di Malaysia’ hilang ADUN lagi? -Dr Kamarul Zaman

 

PAN sebelum berkuasa

Dalam ucapan penggulungan beliau di Konvensyen Nasional PAN di Alor Setar, Kedah, pada 22 Oktober 2017, Presiden PAN, Mohamad Sabu, berkata: ‘Saya yakin Amanah akan jadi parti yang terkuat dan terbesar di Malaysia’.

PAN sewaktu berkuasa


Dalam ceramah beliau di Bukit Besar, Kedah, pada 31 Mac 2019, Presiden PAN, Mohamad Sabu, berkata: ‘Dalam sejuta ahli PAS yang ada kini 800 ribu sedang membuat peralihan’.

(Berita ini dilaporkan keesokan harinya oleh portal berita Malaysia Date Line tetapi kini telah ditarik balik tanpa sebarang alasan. Rujuk di sini: https://malaysiadateline.com/dalam-1juta-ahli-pas-800-ribu-sedang-buat-peralihan-parti-kata-mat-sabu/ )

PAN setelah hilang kuasa

Portal berita Malaysia Kini dan Free Malaysia Today hari ini melaporkan tiga ADUN PAN Johor, iaitu Khairuddin A Rahim, Faizul Amri Adnan dan Muhamad Said Jonit, mengikut jejak langkah dua ADUN PAN Selangor, iaitu Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar dan Ahmad Mustain Othman, keluar dari PAN untuk menyertai PKR.

Seronok juga untuk mengetahui reaksi mereka di dalam PAN: Apakah akan ada rasa sakit hati yang teramat sangat kerana dikhianati atau apakah ia akan dianggap sebagai perkara biasa sahaja atas alasan ‘keluar parti bukanlah keluar agama’?

Dan masihkah pemimpin PAN yakin PAN akan mampu jadi parti yang terkuat dan terbesar di Malaysia dengan pelbagai ribut yang melanda parti itu mutakhir ini? 

PAN sudah marah sama PKR

Baru saja saya mahu bertanya tadi soalan apakah hubungan antara PAN dan PKR dalam PH tidak akan berantakan disebabkan tindakan PKR mencuri ADUN-ADUN PAN, tiba-tiba Timbalan Presiden PAN, Datuk Seri Salahuddin Ayub, sudah menunjukkan rasa tidak senang hati kepada PKR.

Tulis Datuk Seri Salahuddin: ‘Memahami semangat setiakawan dalam PH sepatutnya tidak manis mana-mana parti dalam komponen PH menerima mana-mana ahli parti rakan. Saya rasa semangat ini adalah disepakati dalam mana-mana parti yang membentuk pakatan atau gabungan (coalition).’

Saya amat bersetuju dengan Datuk Seri Salahuddin dalam isu ini dan saya sendiri pernah beberapa kali mencadangkan supaya dibuat peraturan bagi melarang mana-mana parti di dalam sesuatu pakatan daripada mencuri pemimpin atau ahli parti rakannya.

Malangnya perkara ini tidak pernah didengari dan sehingga sekarang tiada dalam mana-mana bahagian Perjanjian PH yang membutirkan persefahaman begini.

Politics is politics, and there is no such thing as ‘gentleman’s agreement in politics’, Datuk Seri Salahuddin. Lagikan perjanjian bertulis mengenai peralihan kuasa pun boleh dikhianati, inikan pula bila tiada perjanjian.

DR KAMARUL ZAMAN HAJI YUSOFF – HARAKAHDAILY 27/2/2021

21 comments:

Anonymous said...

Drpd dok sembang tepi kain org, baik sembang psl perjuangan sendiri dlu.

So prof kongkang ni bila nak ulas psl hudud sm ruu355??

Bmf dan skandal tabung haji kenapa dah sunyi sepi.

Anonymous said...

Prof....memang ilmiah sungguh tulisan kali ini....boleh publish utk jurnal antarabangsa...he he he

PhD....prof hasad dengki

Anonymous said...

Beliau juga mengingatkan kerajaan agar jangan ulangi kaedah ekonomi Pakatan Harapan yang menjual pelbagai aset hingga menyebabkan pulangan yang rendah kepada rakyat.

”Contoh kegagalan ekonomi Pakatan Harapan adalah dividen 1.5% Tabung Haji. Ingatlah bahawa kepentingan rakyat perlu didahulukan setiap masa,” ujarnya.

Parti Pakatan Hancing yang berbau TENGIK, BUSUK dan MEMBUSUKKAN!

Anonymous said...

Mana bolih tahan tengok habuan seberang sana.
Bodoh la tak lompat.

Anonymous said...

Dah makan obat.

Anonymous said...

So skandal tabung haji yg difitnah oleh lebai dusuki apa citer??

Anonymous said...

Sblm ni kata parti nyamuk. Skrg kata parti terkuat plk. Lps ni apa? Parti burung hud hud??

Anonymous said...

Adun2 tu keluar parti syiah masuk parti liberal. Tak ke mana2 aqidahnya.

avanza5990 said...

ambo nok vaksin isle drpd parti pas. kata perjuangan isle tulen. barang cino kafir x beli. kato parti pas ramai hebat2 prof kangkung mcm seorg ni. dari dok kecek melalut pasal org lain mano idea cerdik genius hasilkan vaksin jenama isle tulen. mano mano. pah mampus xdok. last2 vaksin dr china kapiaq jugok hok ado.

Anonymous said...

Ini contoh khadam yg tak bantu bina Islam. Sentiasa negetif dan fitnah.

Anonymous said...

di sini manyak haram haram...
di sana manyak halal halal...
.. di sini gi ke sana laa...
.. di sana manyak syok syok..

Anonymous said...

parti nyut nyut..
sapu keliling..

Anonymous said...

Kalau Prof ni masih meroyan pasal Amanah maknanya betul Amanah Makin kuat, ketakutan itulah menyebabkan Prof selalu mengulas pasal PAN (xdak masalah Prof nak panggil apa pasal AMANAH).. kesian Juga tengok Prof sorang ni.. apapun dia tetap Prof, yang pasti ambe sokong perjuangan Islam TAPI bukan sokong PAS kerana PAS kini hanyalah wadah yang dihuni oleh orang yang mencari habuan kebendaan macam Ahli Politik lain juga

Anonymous said...

Bila duit masyuk sembangpun kencang itulah hakikat Ahli Dan penyokong parti Politik .. betulkan Prof?

Kau betul aku salah said...

Keluo amanah masuk pkr? X de ape lah..lainlah keluo amanah masuk pas hehehe

Anonymous said...

Pas tak terima fahaman syiah.

Anonymous said...

Tq prof. Ini bukan fitnah kan.

Anonymous said...

Macam abam ikut terowong belakang.

Anonymous said...

Khabarnya ada ahli parlimen pkr keluar parti. Bagusla tu. Bersih dan bebaskan diri dari abam al juburi.

Anonymous said...

Hurmmm..teringat kenangan ruu355 di padang merbuk..apa citer agaknya pakcik yg kayuh basikal sm jln kaki dlu??

Anonymous said...

Mudharat pkr jauh lebih besar.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails