Tuesday, February 16, 2021

Mana 'hapuskan tol', henti penjawat awam, potong bantuan.. - Muhammad Afiqq

 

PH ‘pekak telinga’ dengar keluhan rakyat

KOTA BHARU: Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dianggap lebih mendengar luahan hati rakyat berbanding kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang hanya ‘memekakkan’ telinga.

Lebih-lebih lagi isu berkaitan moral dan agama, pemimpin PH cuba mengunci rapat isu tersebut.

Timbalan Ketua Biro Pembangunan Luar Bandar Armada Bersatu Kelantan, Muhammad Afiqq Noh berkata, zaman PH jangan harap rakyat dapat melihat kerajaan bertindak terhadap rungutan dan suara rakyat.

“Saya mengambil contoh mudah PH berjanji nak hapuskan tol ketika kempen pilihan raya, tetapi tidak melakukan sedemikian walaupun mendapat kencaman dan kritikan hebat daripada rakyat.

“Kerajaan PH tidak mengendahkan suara rakyat sebaliknya meneruskan agenda pemberhentian penjawat awam dalam kalangan orang Melayu secara besar-besaran,” ujarnya di sini.

Katanya era PH juga berlaku pemotongan bantuan sehingga ada pemimpin PH melabelkan ‘rakyat malas’ dan ‘rakyat perlu ikat perut’ kerana hanya bergantung harap bantuan kerajaan.

Menurut Muhammad Afiqq apa yang berlaku itu jelas membuktikan PH bertindak tanpa mengambil kira soal keperluan dan kesusahan rakyat.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Shamsul Iskandar Md Akin yang menggambarkan hanya selepas kerajaan menerima kritikan, baru SOP tertentu diubah.

“Selepas rakyat menyuarakan kritikal sehingga viral di media sosial, barulah kerajaan terhengeh-hengeh mengubah SOP,” katanya baru baru ini.

Afiqq juga berkata, SOP bukan sesuatu perkara dasar yang tidak boleh diubah mengikut keperluan semasa rakyat. – HARAKAHDAILY 16/2/2021

4 comments:

Anonymous said...

Siang kit kata tak siapa berani sahut cabarannya. Mestilah orang tak nak layan sebab dia versi komunis. Filosofi yg diharamkan di malaysia.

zack said...

elok cabar kit sial tanya dia lahir kat mana..elok je org luar datang malaysia siap boleh jadi wakil rakyat..kalau mengaku org malaysia aku cabar hapuskan sek.vernakular ikut sistem pelajaran malaysia..tolak uec dan budaya bkn malaysia jgn terlampau tonjol!

Anonymous said...

Woi badigol. Sapa pgg kuasa skrg?? Baik ko gi cabar kabinet mudin yg tak berguna tu.

Ni hudud sm ruu355 apa citer??

Anonymous said...

Armada punya pemimpin pun tanam dan edar dadah hahaha hehehe hahaha hehehe
mabuk ketum dan ganja lagi ketua nak cetak duit banyak2 hahahahaaa hahahahhaa
yg pak hashim posting sokong org muda yg tak berapa betul TAKBIRRRR

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails