Saturday, February 20, 2021

‘Kes saman fitnah, saya belum kalah’ – Dr Kamarul Zaman

 

PADA 28 Julai 2020, saya telah memfailkan saman fitnah terhadap 10 pemimpin atau aktivis DAP, 10 pemimpin atau aktivis PAN, termasuk Datuk Seri Dr Mujahid Bin Yusof Rawa, dan dua portal berita, iaitu MalaysiaDateLine dan MalaysiaKini.

Pada 10 Februari 2021, mahkamah telah menolak permohonan seorang pemimpin atau aktivis PAN, iaitu Hussin Bin Jan, untuk membatalkan saman saya di mana hakim mengarahkan beliau membayar kos RM3 ribu kepada saya.

Hari ini pula, mahkamah telah menerima permohonan seorang pemimpin atau aktivis PAN, iaitu Datuk Seri Dr Mujahid, untuk membatalkan saman saya di mana hakim mengarahkan saya membayar kos RM5 ribu kepada beliau.

Saman ke atas Datuk Seri Dr Mujahid dibuat setelah saya memastikan dengan peguam di dalam kes terdahulu saya dengan beliau bahawa tiada sebarang penghakiman persetujuan (consent judgment) yang menghalang saya daripada berbuat demikian.

Begitupun, tanpa kami sedari, pihak peguam Datuk Seri Dr Mujahid telah berjaya mendapatkan penghakiman persetujuan (consent judgment) ini daripada pihak mahkamah setelah saman terbaru saya ke atas beliau difailkan, iaitu pada 2 Oktober 2020.

Walaupun saman saya ke atas Datuk Seri Dr Mujahid berdasarkan satu artikel beliau tidak lagi boleh dibuat ekoran kewujudan penghakiman persetujuan (consent judgment) ini artikel beliau ini masih menjadi bahan saman saya kepada Malaysia Date Line.

Selain artikel Datuk Seri Dr Mujahid, saman saya kepada Malaysia Date Line adalah didasarkan kepada 5 artikel lain, iaitu artikel-artikel Lim Kit Siang, Khalid Bin Abdul Samad, Wan Anwar Bin Wan Ibrahim, Siti Fatihah Binti Salahuddin dan Hussin Bin Jan.

Oleh itu, kebenaran sama ada artikel Datuk Seri Dr Mujahid itu benar-benar memfitnah saya ataupun tidak, yang tidak dapat dibicarakan di dalam kes beliau, masih lagi belum teruji dan masih akan dapat diputuskan di dalam kes Malaysia Date Line.

Saya menerima keputusan di dalam kes Datuk Seri Dr Mujahid ini sebagai sebahagian daripada asam-garam di dalam kes saman-menyaman seperti ini dan saya tetap yakin akan menang di dalam sebahagian besar daripada 21 saman saya yang lain.

DR KAMARUL ZAMAN HAJI YUSOFF – HARAKAHDAILY 17/2/2021

14 comments:

Anonymous said...

MUNAFIKKKKKKK

Anonymous said...

Ustaz Mahathir Mahathir bersyarah ka atau marah marah sambil maki maki Melayu..!?

Mahathir ditanya apakah masalahnya dengan orang Melayu yang sentiasa bercakap tentang nilai ke-Islaman dari satu sudut, tetapi dari sudut lain, mereka melakukan kegiatan yang tidak bermoral seperti rasuah dan sebagainya.

“Kita tengok orang yang perasuah ini, tiap-tiap tahun dia umrah, dan bagi duit kepada orang lain jugak suruh buat kerja Haji. Tetapi duit berbilion-bilion curi.”

Apabila ditanya pula soal rakyat “mendewa-dewakan perasuah,” Mahathir menjawab:
“Kita orang Melayu mempunyai satu budaya yang mana kita akur kepada pemimpin, pada pembesar, dan kita dengar Melayu tak akan menderhaka bukan sahaja kepada raja, (malah) kepada pemimpin.

“Kelainan orang Melayu dengan orang lain ialah mereka utamakan orang, bukan perbuatan.

Kalau pun orang itu buat yang tak baik, tapi dia ‘bos aku, taka pa lah…lagi pun dia Melayu-Islam…’ Mahahir menjawab, “Kita cakap pasal nilai, kita tahu nilai yang baik, tapi kita tak amalkan nilai yang baik. Sebab itu prestasi kita tidak baik.

“Sebagai orang Islam, kita bercakap berkenaan Ad-Din, cara hidup Islam. Tetapi kita tak amal 'sampuk' ostat Mahathir lagi.

Apakah cara idup anak anak ostat Mahathir mungkin boleh dijadikan cara hidup islam kottt..!!

Anonymous said...

Kesiaaaan. Tanpa asas kukuh dan pengetahuan.

Sani said...

Manusia tak boleh pakai.macam mana boleh jadi lecturer.dah lah bertaraf kangkung.patutlah U kat Malaysia tak boleh setaraf Oxford,UN, uni Bandung..sebab Ada lecturer yg sibuk berpolitik Dari mengajar.mmg tak boleh pakai

Anonymous said...

Masalah rasuah tidak akan selesai selagi mana perasuah2 TIDAK dikenakan penjara sebagaimana org yg menerima rasuah. Kebiasaannya perasuah2 ini akan terlepas hanya dgn membayar denda sahaja? Percayalah.. he..he..

Anonymous said...

Didoakan Dr Kamarul akan beroleh kemenangan. Anda punyai asas2 yg kukuh!

Anonymous said...

Jgn tercirit lg sudah..

Anonymous said...

So hudud sm ruu355 apa citer?

Sapa pgg kuasa skrg???

Unknown said...

Hang tu pandai sangat ke sani? Dr kamarul ada phd hang ada apa, aku agak baca fatehah pun tunggang langgang macam suara gagak bongok

Anonymous said...

Sekurang2nya doktor sentiasa bawa isu yg berbeza. Tapi khadam terikat dgn satu isu shj. X355. Sampai dlm mimpi pun isu sama.

Bengap bertingkat2.

Anonymous said...

So hudud sm ruu355 apa citer???

Anonymous said...

Bengap bertingkat2

Anonymous said...

Anjing pas dgn modal maki. Nak bagi hujah mmg dah bahlol melampau2..

Anonymous said...

Bengap bertingkat2.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails