Friday, February 19, 2021

Kes Rasuah Guan Eng &isteri, disebut semula 28 Mei

 

BUTTERWORTH: Mahkamah Sesyen di sini menetapkan 28 Mei ini untuk sebutan semula kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dihadapi bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, isterinya Betty Chew Gek Cheng dan ahli perniagaan Phang Li Koon.

Hakim Ahmad Azhari Abdul Hamid menetapkan tarikh itu selepas peguam RSN Rayer yang mewakili Lim dan isteri serta A. Ruben Kumar yang mewakili Phang, memohon masa selama tiga bulan kepada mahkamah bagi meneliti dokumen setebal lebih 1,000 muka surat sebelum menasihati anak guam masing-masing, ketika kes tersebut ditetapkan untuk pengurusan kes hari ini.

Pada prosiding hari ini juga pihak tertuduh turut memaklumkan bercadang membuat permohonan interlokutori.

Pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Syafiq Hasim dan Ashrof Adrin Kamarul memberitahu mahkamah mereka tidak membantah permohonan tertuduh.

Ketiga-tiga tertuduh tidak hadir di mahkamah kerana mendapat pengecualian kehadiran.

Pada 11 Ogos lalu, Lim didakwa sebagai seorang pegawai badan awam iaitu Ketua Menteri Pulau Pinang dan Pengerusi Lembaga Tawaran Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), telah menggunakan kedudukan untuk suapan, iaitu wang berjumlah RM372,009 bagi isterinya Chew melalui syarikat Excel Property Management & Consultancy Sdn Bhd.

Lim dituduh melakukan kesalahan itu dengan cara mengambil tindakan memastikan syarikat Magnificent Emblem Sdn Bhd ditawarkan Jemputan Cadangan Perkampungan Pekerja di Lot 631, Mukim 13, Juru, Seberang Perai Tengah dan sebahagian Lot 282, Mukim 13, Batu Kawan, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang bernilai RM11,610,000 yang Chew secara tidak langsung mempunyai kepentingan.

Ahli Parlimen Bagan itu dituduh melakukan kesalahan tersebut antara 19 Ogos 2013 dan 3 Mac 2016 di pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Tingkat 28, Komtar di George Town, Pulau Pinang mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Phang pula didakwa telah bersubahat dalam pelakuan kesalahan oleh Lim dalam melakukan perbuatan itu di tempat dan tarikh sama dan boleh dihukum di bawah seksyen dan hukuman serupa.

Chew didakwa atas tiga pertuduhan melibatkan diri dalam pengubahan wang haram dengan menerima wang berjumlah RM372,009 daripada syarikat Excel Property Management & Consultancy Sdn Bhd yang telah dimasukkan ke dalam akaun Public Bank Berhad miliknya.

Beliau dituduh melakukan kesalahan itu pada tarikh berbeza, antara 7 Okt 2013 dan 4 Ogos 2014; 3 Sept 2014 dan 11 Ogos 2015 serta 4 Sept 2015 dan 3 Mac 2016 di Public Bank Berhad, Cawangan Taman Melaka Raya, Melaka.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM5 juta atau penjara hingga lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Lim, 60; Chew, 56; dan Phang, 48; masing-masing mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dihadapi mereka. – BERNAMA

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Teruskan jilat semoga tidak jatuh terlentang?

6 comments:

Anonymous said...

Tahniah kerajaan. Rakyat tak mahu pemimpin yg rasuah terutama dari dap. Dakwa semua tanpa kira parti termasuk dari parti senjata bersilang yg amat dikenali sebagai sawang rasuah dan salah guna kuasa.

Anonymous said...

Klu Zaman PH@Tun suma kes ditutup sbb Tun barua DAP@Lee Kwan Yew... so kesimpulan nya kalau Tun nak join UMNO suruh barua LeeKwanYew@DAP berambos....

Tun bole klaim ramai orang jumpa dia mintak selamatkan negara... selamat kepala bana lagi nak melingkupkan negara.... puiiii..!!

Anonymous said...

Tegur dalam hati je la..

Anonymous said...

Koman sangat tegor dlm hati. Buat macam abam, siap beraksi tanpa silu. Atau mat sabun durjana. Lari dari ulamak untuk berkhidmat sama dap.

Anonymous said...

InsyaAllah tak lama lagi kedalam la tu!

Teruskan beri sokongan!

Anonymous said...

Dlu ada sekor lebai ada kasi tau daa..

Seseorg itu belum terbukti bersalah sehingga mahkamah sudah jatuh hukum daa..

Skrg walaun sudah lupa daa..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails