Wednesday, February 17, 2021

Persundalan elit: Gesa tindakan atas Darren Chan -Muslimat Pahang

 

KUANTAN: Muslimat PAS Negeri Pahang mahu tindakan undang-undang dikenakan terhadap Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Sugarbook, Darren Chan kerana menawar kegiatan yang menjurus kepada persundalan elit.

Sehubungan itu, laporan polis telah digerakkan Dewan Muslimat PAS Kawasan-kawasan negeri ini menggesa kegiatan tidak bermoral dan menggadai maruah wanita terutama anak muda remaja tersebut dapat dihentikan segera.

Timbalan Ketua Muslimat PAS Kawasan Bentong, Faezah Mohammad berkata, aplikasi tersebut boleh menyebabkan kegiatan pelacuran mungkin terjadi semudah akses di hujung jari antara Sugar Daddy dan Sugar Baby.

“Pemilik dan seluruh aplikasi ini mesti disiasat dan diharamkan kerana menyedia ruang kepada rakyat Malaysia terlibat dalam perbuatan salah di sisi agama dan undang-undang,” ujarnya kelmarin.

Beliau yang menyuarakan kebimbangan terhadap keterlibatan anak-anak mahasiswi Institusi Pengajian Tinggi (IPT) itu diiringi Ketua Penerangan Muslimat PAS Bentong, Yusma Yusof membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong.

Ketua Muslimat PAS Kawasan Jerantut, Ustazah Norasmah Idris mahu aplikasi tersebut dihapuskan sama sekali dari terus menyebabkan golongan kesempitan wang terjebak ke dalam kegiatan ditawarkan Sugarbook.

Tegasnya, kecanggihan teknologi yang berkembang pesat era millenia ini mesti dipantau dari perkara merosakkan akhlak dan menjerumus ke kancah maksiat serta menyelamatkan negara dari kemurkaan Allah.

Norasmah bersama Ahli Jawatankuasa Harian Muslimat PAS Jerantut menyuarakan perkara tersebut ketika hadir membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Jerantut, kelmarin.

Manakala laporan oleh Muslimat PAS Kawasan Kuantan telah dibuat Ketua Penerangan, Maskhazila Ismail yang diiringi Ketua, Azizah Ali dan Timbalan, Ustazah Sakinah Mokhtar di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan, semalam.

Muslimat PAS Kawasan Temerloh pula menyifatkan Sugarbook terang-terang membawa kepada aktiviti penzinaan dan kegiatan tidak bermoral ke atas maruah kaum wanita khususnya generasi pemangkin negara di IPT.

Ketua Muslimat PAS Temerloh, Ustazah Alawiyah Kasdan berkata, ia bukan sahaja mencemarkan IPT, tetapi lebih utama adalah kesalahannya di sisi agama dan undang-undang yang mesti dipandang serius dan berat.

“Ia merosakkan imej masyarakat dan negara. Jalan-jalan dosa mengundang kemurkaan Allah seperti ini mesti ditutup. Islam melarang menghampiri zina, apalagi melakukan zina. Ia dosa besar wajib dijauhi.

“Tidak mustahil juga berlaku kelahiran tidak sah taraf dan mengambil jalan teruk seperti buang bayi dan sebagainya,” ujarnya yang hadir bersama Ketua Penerangan Muslimat PAS Temerloh, Suhaila Sahbudin di Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh, semalam.

Beliau menasihatkan pelajar yang terjebak agar kembali ke pangkal jalan dan bertaubat serta berharap pihak kementerian berkaitan mengambil langkah usahasama membanteras segera isu ini dengan tindakan sewajarnya.


Sementara Muslimat PAS Kawasan Indera Mahkota telah membuat laporan polis dengan turut bersama Pertubuhan Cakna Hal Ehwal Wanita (HELWA Care) Kuantan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan, hari ini.

Ketua Penerangan Muslimat PAS Indera Mahkota, Habsah Ali menegaskan, laporan itu sebagai mempertahankan maruah wanita yang seolah dipijak-pijak dengan kegiatan dan pekerjaan dipromosikan Sugarbook.

Bidas beliau, pemilik platform ‘dating’ itu ternyata tidak sensitif dengan sentimen keagamaan, malah menyebabkan kegiatan dan perhubungan sosial bebas semata-mata untuk mendapat pulangan lumayan.

Manakala Timbalan Pengerusi HELWA Care, Salbiah Seeni Abdul memuji langkah diambil Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang pantas membuka fail kes dan menggesa masyarakat tidak bimbang melaporkan anasir seperti ini.

Menurut Penolong Pegawai Penyiasat Jenayah IPD Kuantan, Sarjan Hamie Abdullah, semua laporan berkenaan akan dihantar ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk tindakan lanjut. 

Ketua Muslimat PAS Pahang, Ustazah Salamiah Mohd Nor menegaskan, sepatutnya golongan lelaki menjadi pelindung maruah wanita, tetapi aplikasi tersebut Sugar Daddy mencemarkan Sugar Baby.

Beliau mendesak siasatan pihak berkuasa akan dilakukan hingga akar umbi dan membanteras dan mengenakan hukuman sewajarnya ke atas pihak terbabit kerana melanggar undang-undang dan kemuliaan wanita. – HARAKAHDAILY 16/2/2021

11 comments:

Anonymous said...

Tangkap darren chan. Tengok dia ahli parti apa. Ahli pas jauh sekali. Ahli pkr mungkin sebab ada abam sebagai presiden. Yg paling pasti ahli dap yg memang jahat dan maksiat.

Anonymous said...

Jangan kongsi bodoh kau tu....asalkan buat jahat jer cari parti apa

Agaknya kau tu parti agama kot sebab baik sangat2....

Anonymous said...

Timbul satu isu,munafik PAS konon mula bersuara,isu lama mcm pramugari berpakaian mcm telanjang dah senyap terus dah...kan munafik namanya,sejak pas berkuasa ni pramugari dah pakai jubah ke...begitulah ahli negara menjual agama utk mendapatkan sebulan gaji

Anonymous said...

PAS dah ambil tindakan sewajarnya pada pengasas SugarBook Cina sialan itu.

Otai Reformasi hari hari balun PAS dah ambil tindakan ke blom...!? Aljuboori merangkap PM ke 9 dah buat tindakan ke blom...!? Lansung tak bunyi bunyi..!!

Tun Mahathir yg mintak matapelajaran Isle dikurangkan dah cakap sesuatu ke pasal SugarBook ini... kerr dah jadi Setan Bisu... Marina Gereja agak agak ada nak cakap pasal Sugar Book tak..!?

Gebang Islam peerghh ke main kebabom sana sini... bab sugar book macam sial gampang..

Tuan Puan Pok Cik Makcik Apek Anee Apaa Uncle sklian Rakyat dah celik minda dan tak mudah di bodoh bangang oleh Tun dan Anwar Aljubori dan gang walaun semua...!!

Anonymous said...

Dalang perpecahan melayu ialah bang non dan group 18 pan. Bang non kepingin jadi pm. Group 18 bersundal dengan dap utk nafkah hidup.

Anonymous said...

Lantik tghh jadi pm, baru boleh kata pas berkuasa. Apa2 pun terima kasih kerana menaruh harapan yg tinggi pada pas.

Anonymous said...

Doakan yg terbaik. Jangan fitnah dan hina ahli ilmuan agama.

Anonymous said...

Oooo..baru tau..selama ni pas x berkuasa rupanya, tapi hanya makan gaji buta..

Anonymous said...

Apa yg ko merepek ni syaitan???

Anonymous said...

Tu parti tunggang agama xpe..dah dpt tiket sorga..

Anonymous said...

Apa kes report polis MP PAS dah jadi KERA JAAN buat jadah apa dah ada kuasa guna la kuasa dlm kERA JAAN yg pi bodoh report polis dah mcm zaman PAS pembangang….Nampak sgt PAS tak berkuasa apa-apa dlm KERA JAAN ikut telunjuk MCA....Darren Chan ni parti MCA laaa berani ke nak kacau SAKA MCA? Silap laaa sekali MCA ludah PAS berlari keliling kampung citttttt

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails