Sunday, February 28, 2021

Berita Gembira! Undang-undang sivil dan syariah boleh diharmonikan. Insya Allah!

 

PAS yakin undang-undang sivil dan syariah boleh diharmonikan

KUALA LUMPUR: PAS akan berusaha supaya undang-undang sivil yang berteraskan Undang-Undang Lazim atau Common Law dalam negara ini dapat diharmonikan dengan undang-undang syariah.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata PAS juga yakin pengiktirafan undang-undang syariah termasuk oleh Mahkamah British di negara ini pada zaman pra-kemerdekaan berupaya mewujudkan wajah baharu terhadap sistem perundangan negara.

Justeru, beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) berharap semua pihak menghormati dan tidak melakukan tindakan tidak wajar.

"Menyedari bahawa Malaysia sebuah negara yang majoriti penduduknya beragama Islam, PAS akan turut berusaha supaya undang-undang sivil berteraskan Undang-Undang Lazim (Common Law) dalam negara ini diharmonikan dengan undang-undang syariah.

"Ini dapat dilihat dalam keputusan kes Ramah binti Ta'at vs Laton binti Malim Sutan yang diputuskan pada tahun 1927 yang mengatakan 'the Mohammedan law is not a foreign but local law, that it is the law of the land'.

"Begitu juga dalam kes Fatimah binti Harrris vs Ismail Haji Tahir yang diputuskan dalam tahun 1939, Mahkamah British pada masa itu mengatakan 'that Mohammedan law is a part of the law of Johore," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Takiyuddin juga berkata, PAS turut meminta semua pihak tidak cuba mengambil sudut pendekatan yang tidak wajar dengan mencabar aspek perundangan sedia ada yang dibuat oleh Badan Perundangan Negeri.

Beliau berkata, ia demi kebaikan kehidupan sosial, keharmonian, agama dan budaya serta perpaduan negara.

"PAS bimbang sesuatu keputusan yang terpaksa dibuat oleh Badan Kehakiman atas desakan yang tidak wajar akan membawa kepada implikasi yang tidak bermanfaat kepada negara dan rakyat," katanya.

Kenyataan itu merujuk keputusan Mahkamah Persekutuan pada Khamis lalu, bahawa peruntukan undang-undang syariah Selangor yang menetapkan seks luar tabii sebagai jenayah adalah tidak sah dan tidak konsisten dengan Perlembagaan Persekutuan.

Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang mempengerusikan panel sembilan hakim, dalam penghakimannya berkata hanya Parlimen ada bidang kuasa menggubal undang-undang yang menjadikan seks luar tabii sebagai jenayah.

Katanya, Seksyen 28 Enakmen 28 Kesalahan-Kesalahan Jenayah Syariah (Selangor) 1995 yang membenarkan hukuman bagi seks luar tabii, adalah tidak konsisten dengan Perlembagaan Persekutuan.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Rakyat Malaysia akan menyambutnya dengan gembira, insya Allah!

6 comments:

Anonymous said...

Berapa lama nak pakai undang2 British. Sebelum keparat british jajah negara ini, kita sudah pun ada undang2 sendiri. Biar bumiputera tentukan undang2 di negaranya sendiri.

Anonymous said...

So hudud sm ruu355 apa citer??

Sapa pgg kuasa skrg??

Anonymous said...

ulah mah yang remas "nenas" isteri orng, guru tafiz yang geling bontot jantan.
bila nak hukum cara isle.

Anonymous said...

Yang penting asas undang2nya adalah Islam, samada sudah tertulis samada dibawah undang2 sivil itu sendiri atau sudah pun sudah termaktub didalam undang2 syariah itu sendiri! Ianya saling lengkap melengkapi! Hanya yang punyai perbezaan ketara wajiblah diperbetulkan kembali mengikut undang2 Islam! Bergitu juga mana2 bahagian yang LOMPONG!

InsyaAllah pencinta2 Islam akan berusaha kearah itu!




Anonymous said...

Dah makan obat.

Puaka Rimba said...

Harmoni setelah Chief Lobai kata. Hudud hanya helah politik untuk memancing kuasa...kuyup serban lobai diguna untuk lap kencing chief .hihihikikikihahahakahkahkah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails