Saturday, January 02, 2021

DAP Bantah Kerap Cabut Judi Nombor.. DAP/PH Nak Haramkan Judi?

 

Malaysia bebas judi menjelang 2025

ISU berkaitan pengharaman judi di Malaysia telah menarik perhatian umum apabila Ahli Dewan Negara yang mewakili DAP, YB Liew Chin Tong, telah menyuarakan bantahan mereka mengenai peningkatan kekerapan cabutan khas judi ramalan nombor dari 8 kali kepada 22 kali setahun. 

Bantahan DAP tersebut telah digambarkan oleh pihak-pihak tertentu seolah-olah DAP dan PH berhasrat mengharamkan judi.

Hakikat sebenarnya DAP dan PH (termasuk PAN) tiada hasrat pun mahu mengharamkan judi daripada bumi Malaysia. Hakikat ini terbukti apabila DAP sebelum ini sememangnya berpendirian tidak mahu judi diharamkan di Malaysia, cuma mereka menuntut kekerapan cabutan khas itu dikurangkan manakala cabutan biasa judi ramalan nombor yang dibuat selain daripada hari Selasa setiap minggu tetap diteruskan.

Cara DAP membantah peningkatan kekerapan cabutan khas di Dewan Negara kemudian disambut oleh tentera siber PH yang cuba mengelirukan masyarakat awam, seolah-olah kekerapan cabutan judi ramalan nombor ini hanya 8 atau 22 setahun. Sedangkan sebenarnya kekerapan cabutan judi ramalan nombor selain daripada cabutan khas, ialah tiga kali seminggu iaitu sekitar 162 kali setahun. Persoalannya mengapa DAP dan PH membisu mengenai kekerapan 162 tersebut?

Manakala PAS sememangnya dari dahulu bertegas untuk mengharamkan sepenuhnya judi dari bumi Malaysia temasuklah judi ramalan nombor, iaitu 162 cabutan biasa dan 8 atau 22 cabutan khas. Malah di dalam Wawasan Induk Negara Sejahtera (WINS) yang dikemukakan oleh PAS sebelum PRU ke-14 yang lalu, pengharaman sepenuhnya industri judi ini disasarkan menjelang 2025 iaitu di dalam Fasa Pertama WINS antara 2018 sehingga 2030.

Pengharaman sepenuhnya industri judi ini dijangka mengambil tempoh tertentu kerana ia bukan sahaja melibatkan judi berlesen, tetapi juga melibatkan judi tidak berlesen dan judi dalam talian. Kegiatan judi berlesen sama ada rumah judi terbuka seperti Kasino Genting Highland atau judi ramalan nombor seperti Toto, Magnum dan Da Ma Cai mudah dibenteras dengan kehendak politik pemerintah, manakala judi tidak berlesen dan judi dalam talian berbeza.

Sehubungan dengan itu, pasukan penggubal WINS di bawah PAS berhasrat untuk mengemukakan cadangan penuh atau proposal WINS membersihkan kegiatan judi di negara ini kepada Kerajaan Malaysia. Sebelum dikemukakan kepada pihak kerajaan, proposal tersebut akan dikemukakan kepada semua pihak sama ada NGO-NGO dan parti-parti politik untuk diperkukuhkan dan ditambah baik.

DR MOHD ZUHDI MARSUKI
Ahli Jawatankuasa Kerja 
PAS Pusat
Panel Penggubal WINS
1 Januari 2021
17 Jamadilawal 1442 – HARAKAHDAILY 1/1/2021

IHtv


21 comments:

Anonymous said...

Dap puk_ memang pandai berlakon. Konon bantah judi. Jom banteras judi. Pedulikan jika dap mengamuk.

Kau betul aku salah said...

Pas kununnya nak haramkan tapi takut abang beso mca tengking..penakut nak mampos! Kununnya nak haramkan terus 2025! Kenapa tak kata 2100 terus? Lama sket mentekedarah? Dah sedap ada kuasa kan? Buat masa ni tegur dlm hati aje bak kata pjp perak..tapi masa ph perintah terpekik terlolong macam dah x de esok? Aik skrg bleh plak 2025 ye? Mmng bodoh kalau percaya biawak² ni semua

Unknown said...

Kau bangang ke, kau ingat kalau nak tutup terus tokey tokey dan pekerjanya tu terus tukar kerja jual apam balik ke? Allah nak haramkan arak pun berperingkat peringkat. Semua tokey judi tu satu kandang/puak dengan kau

Budak kampung Selatan said...

Aik? Alhamdulillah bagus sbb kepala hotak ko yg beku dulu dh cair..dh tak bangang..aku maapkan la kebangangan ko terpekik terlolong masa zaman PH ke arah nak haramkan arak dan judi..bila hotak ko dh mula berfikir tu tanda yang bagus sbb baru boleh rasa macamana kena maki sbb orang ingat ko bodoh..cuma tabiat megkapiorkan orang sesama islam masih tak hilang2 lagi..semoga ko berubah satu masa nanti

Anonymous said...

LEBAI LEBAI NI KATA DEPA PELOPOR USAHA MENGHARAMKAN JUDI. DEPA HENTAM MUJAHID. LA NI DEPA HILANG PEE MANA TAK TAU...


No photo description available.

MOHD MUKHLIS MOHD SYARIF

Sebelum jadi menteri lebai Ahmad Marzuk Shaary Ustaz Ahmad Marzuk Shaary

kata PAS melopor usaha mengharamkan judi. Dia juga memetik yang menteri agama waktu itu ( Dr Mujahid) patut jadikan pengharaman judi sebagai komitment khas.

How the table turn. Macam mana Allah balikkan fitnah pada golongan ruwaibidhah. Waktu zaman PH, special draw di kurangkan secara berperingkat dari 22 ( BN) kepada (PH) 11 dan 8. Sudah tentu keputusan untuk mengurangkan special draw ini datang daripada keputusan kolektif kabinet yang Dr Mujahid dan LGE ada sekali.

Tapi bila PN naikan pula special draw jadi 22 kali sama macam zaman BN, Lebai Marzuk membisu, Menteri Kewangan Melayu Isle Zafrul senyap dan Menteri Agama PN tak bunyi apa dan siap endorse; Dan paling hina yang teguran itu datang dari DAP. Yang lebai lain semua senyap taat dan redha pada MCA. Walaun ingat lebai mereka akan haramkan judi, rupanya mereka lipat gandakan usaha judi dia Bumi Malaysia!

Tak cukup dengan arak yang jadi halal, ratu cantik pun halal dan di sokong kalau tukar nama, sujud pada berhala dalam kuil perkara kecil, makan daging tak sembelih bukan perkara serius, ini hendak di tambah azab dan murka Rabbi dengan judi special draw?

Sedangkan Allah dan Rasul telah isytihar perang pada judi dan arak rujuk pada tulisan Menteri Agama waktu di jadi Mufti https://www.muftiwp.gov.my/.../3619-bayan-linnas-siri-ke... .

Cuma nasihat saya, bagi walaun yang kecewa, mohon baca doa ini bagi lebai yang menipu:

Dan mereka berkata lagi: "Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah MEMATUH kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka MENYESATKAN kami dari jalan yang benar.

"Wahai Tuhan kami, berilah mereka azab sengsara DUA KALI GANDA, dan laknatkanlah mereka dengan laknat yang sebesar-besarnya!"

(Quran33:67-68)

Unknown said...

Itulah yang kau wirid kan siang malam bila takde modal nak jawab, tuduh pas kapir kan orang lain... Kau senaraikanlah nama nama orang islam yg hj hadi dah kapir kan, aku nak sangat tengok.

Moga fitnah kan yg menuduh pas suka mengkapirkan orang kembali pada kau

Anonymous said...

Semua yg depa tulis tu khusus untuk pan dan pkr. Tk khadam dap.

Anonymous said...

Kerajaan ph batal bina jambatan sehingga ada nyawa melayang.

Kau betul aku salah said...

Dah kalau mengata aku sekandang dengan tokey judi tu tak mengkapir ke? Ade ke tokey judi yg islam? Lain kali nak tuduh orang fitnah, tengok diri sendiri dlu..jari tu jangan cepat sangat dari otak

Kau betul aku salah said...

Bila hati dah hitam..salah sendiri tak nampak..semua salah orang lain

Anonymous said...

Berketua dengan abam dan mat sab, jadi gelap lah pulak.

Unknown said...

He eleh tokey judi mmg penyokong PH pun, ada tokey judi penyokong pas?

Unknown said...

Ha. Ha. Dah tak dapat jawab mengelabah, tak boleh nak beri senarai nama orang yg hj hadi/pas kapirkan tuduh pulak aku kata hang kapir sebab aku kata hang sekandang dengan tokey judi, apa punya benak lah otak hang ni, maksud aku hang dengan tokey judi sama-sama satu team penyokong PH, bukan aku kata hang kapir..

Anonymous said...

Aku baca belake Komen dua2 pihak kesimpulannya PAS Makin pelik bila jadi kerajaan tebuk atap.. penyokong PAS nacam x boleh berfikir Cara waras.. terbukalah sikit sebagaimana pimpinan PAS Dan berfikir canggih menerima UMNO walaupun UMNO menunggu PRU 15 Untuk rempuh PAS

Unknown said...

He eleh dah hang penyokong PH, hang katalah begitu, walhal apa ditulis geng PH dok ulang cerita sama je, pas kapirkan orang, bila minta nama2 orang yg pas kapirkan nganga tak jawab.

Pastu sebut balik pasal cabutan judi macamlah jijik sangat dengan judi, walhal negeri sendiri bergelumang dengan judi, tokey tokey judi pun penyokong PH. Kelantan dan Terengganu ada lesen judi?

Hakikatnya hang bukan tak tahu pas 18 kerat je dlm pn mana sangatlah suara pas, baki MP yg ada dlm pn pun mungkin akan tolak nak haramkan judi secara drastik, apa lagi puak puak hang dlm PH, mau terjerit jerit macam lotong mabuk bantah kalau pas suruh tutup judi seluruh malaysia

Kemudian sebut hudud atau ruu355 macamlah hang sokong sangat hudud, ungkit ungkit hudud pun tujuan nak perli pas. Aku rasa kalau PAS sebut nak bentang ruu355@hudud hang dengan puak puak hanglah akan terlalak lalak tuduh pas bodoh, gelojohdan tak berhikmah dengan tak mengambil situasi negara yg dilanda covid

Anonymous said...

Sapa pgg kuasa skrg? Ada kuasa tp xtau guna, berenti je la dari jd org.
Habuan dunia kebas jgk!

Hudud sm ruu355 apa citer?

Unknown said...

He. He. 7:58 Sahlah hang ni budak hompong, baca apa unknown 5:04 tulis tu. Jangan sombong untuk dengan kebenaran

Kau betul aku salah said...

Mana aku tau ade ke x de tokey judi sokong pas..yg aku tau yg sokong pas semuanya yg bangang² kena kencing pn nganga aje..lps tu kawan plak dgn ameno..haa dah kena dah .. pembelit kawan dgn penipu..Bila masa aku nk bagi nama org yg hady kapiorkan?ko jangan nak fitnah aku plak ye. Ingtkan dh hilang bangang..rupa²nyaade lagi

Kau betul aku salah said...

Mana aku tau ade ke x de tokey judi sokong pas..yg aku tau yg sokong pas semuanya yg bangang² kena kencing pn nganga aje..lps tu kawan plak dgn ameno..haa dah kena dah .. pembelit kawan dgn penipu..Bila masa aku nk bagi nama org yg hady kapiorkan?ko jangan nak fitnah aku plak ye. Ingtkan dh hilang bangang..rupa²nyaade lagi

Kau betul aku salah said...

Apalah ko mengarut tu? Tahu plak pas lemah ye? Masa terpekik terlolong pasal arak judi masa zaman PH ko x pikir plak pasal tu? Skrg ko dh ada kuasa, gunakanlah kuasa yg ada..usaha..ni belum buat dh banyak alasan..baru ko tau kan jadi kjaan mcmana? Amacam? Rasa baik jadi pembangkang kan..senang nk maki sini sana demo sini sana..skrg? Mana geng2 maki pejuang hapuskan arak judi? Semoua dh allahyarham kot?..islam dh terjamin kot? Bentanglah hudud355 ke apa ke..bila lagi..kami bukan kapir kot, macam ko tulis kat atas.. kalau baik kami sokong lah..tapi bersedialah berhujah dengan pakar² undang2 syarie kami juga..ade berani? Nampak mcm x berani nk bukak mulut pn korang ni.sbb ade abg besa MCa huhuhu..sembang kari aje lah

Kau betul aku salah said...

Sekurang²nya zaman ph cabutan dh dikurangkan kpd 11..skrg naik 22..takkan pejuang² anti judi senyapppppppppp aje? Oh ya lupa lak..dh keluar amanat baru..maki dan marah dlm hati aje yek..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails