Saturday, October 24, 2020

Pencemaran Bau: S'gor Lagi, Sungai Kundang Pula..

 

Kilang berlesen sebabkan pencemaran bau Sungai Kundang

Shah Alam: Kerajaan negeri mengesahkan kilang yang dipercayai menjadi punca pencemaran bau sehingga 10 ton di Sungai Kundang, kelmarin adalah industri berlesen di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Selayang (MPS).

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar & Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli Selangor, Hee Loy Sian berkata, siasatan mendapati kilang itu terletak di kawasan perindustrian Kundang, Rawang.

"Kilang itu adalah kilang berlesen dengan MPS yang sudah beroperasi selama 19 tahun, sejak 2001. Ia kilang membuat dan memproses produk minyak kelapa sawit," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Hee berkata, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) sudah membuat laporan polis berhubung insiden itu, semalam bagi membolehkan tindakan selanjutnya diambil.

Menurutnya, setakat ini rekod mendapati kilang itu tidak pernah menerima notis berdasarkan kesalahan di bawah Enakmen LUAS 1999.

Semalam, media melaporkan siasatan awal LUAS bersama Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) mendapati pencemaran bau yang dikesan di Sungai Kundang adalah daripada bahan biodiesel.

Penjejakan pencemaran itu membawa kepada sebuah kilang di kawasan perindustrian Kundang Jaya yang kemudian dikenakan Surat Arahan henti discaj efluen serta-merta dan lakukan pembersihan di bawah Seksyen 121(1), Enakmen LUAS 1999 (MyMetro)

Hibur Hibur Sikit: H2S Pilihan: 23 -Lagu Lawak

8 comments:

Anonymous said...

MENTERI MEWA TIDO KE?

Sani said...

Ini Bukan masalah Menteri.ini sikap biadap pengilang.memang bangsat punya pengilang.tutup Dan sumbat tokey dalam penjara.

Anonymous said...

DAH SETTLE TERBAIK KERAJAAN SELANGOR
BELAJAR DARI PENGALAMAN

SHAH ALAM, 23 Okt (Bernama) — Selangor berjaya mengatasi dua insiden pencemaran sumber air yang dikesan berlaku di Lembangan Sungai Selangor dan Sungai Langat semalam bagi mengelakkan loji rawatan air (LRA) dihenti tugas.



Exco Pelancongan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau, Hal Ehwal Orang Asli Selangor , Hee Loy Sian berkata dalam insiden pertama, pencemaran bau sehingga 10 TON (threshold odour number) dikesan di Sungai Kundang pada pukul 10.45 pagi ketika pemantauan 24 jam Ops Statik Sungai Gong Rawang.

Beliau berkata siasatan awal Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mendapati pencemaran bau itu berpunca daripada bahan biodiesel yang melebihi 10 ton pada aliran disyaki dari kawasan perindustrian Kundang Jaya.

“Siasatan lanjut oleh LUAS bersama Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ke sebuah premis telah mengesan bau sama sehingga 10 TON di pelepasan akhir premis berkenaan.



“Surat arahan di bawah Seksyen 121(1) Enakmen LUAS 1999 dikeluarkan terhadap premis tersebut supaya menghentikan serta merta discaj efluen selain melaksanakan tindakan pembersihan segera,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Susulan itu kata Hee, LUAS meletakkan 300 kilogram (kg) karbon yang diaktifkan untuk mengawal pencemaran di lokasi pertemuan Sungai Kundang dan pensampelan di tiga lokasi berbeza di sekitar aliran sungai itu telah dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia untuk dianalisis bagi tindakan selanjutnya.

Bagi insiden pencemaran kedua pula kata Hee, tumpahan minyak diesel ke dalam Tasik Putrajaya dikesan sekitar pukul 9.35 pagi disebabkan kebocoran tangki gelongsor paip saluran bawah tanah Institut Kanser Negara (IKN).

Beliau berkata siasatan LUAS mendapati minyak diesel tersebut telah mengalir ke longkang IKN dan memasuki Tasik Putrajaya dan Perbadanan Putrajaya (PPj) telah mengarahkan IKN melaksanakan kerja-kerja pembersihan segera bagi mengelakkan kejadian menjadi lebih teruk.

“Beberapa langkah mitigasi dijalankan oleh IKN merangkumi pembaikan paip sambungan, meletakkan “oil pad” dan “oil boom” pada sistem saliran selain menyedut minyak yang telah bercampur. Insiden ini berpotensi mencemarkan Sungai Langat serta boleh menyebabkan LRA Bukit Tampoi yang terletak di bahagian hilir kira-kira 10 kilometer daripada alur limpah tasik berkenaan dihenti tugas.

“LUAS telah memohon kerjasama PPj untuk meletakkan “oil boom” di kawasan alur limpah Tasik Putrajaya ke Sungai Langat bagi mengelakkan pencemaran berlarutan. Pemantauan rapi dari semasa ke semasa dijalankan oleh LUAS bersama pihak terlibat,” katanya.

Katanya, hasil tindakan segera oleh LUAS dan pihak terlibat berjaya mengelakkan pemberhentian operasi LRA dan tiada gangguan air kepada pengguna.

Hee turut menyeru kerjasama semua pihak supaya melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan yang berpotensi mengakibatkan pencemaran sumber air.

Sejumlah 1,196,457 pemegang akaun Air Selangor membabitkan 1,292 kawasan di Lembah Klang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual selepas LRA Sungai Selangor FAsa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan Rantau Panjang dihenti tugas, ekoran pencemaran sumber air mentah pada Isnin lepas.

Selasa lepas, Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor, Suhaimi Kamaralzaman berkata empat LRA itu dihenti tugas sebanyak enam kali tahun ini ekoran pencemaran sungai dan mengakibatkan gangguan bekalan air tidak berjadual kepada kira-kira 1.2 juta pengguna di Lembah Klang.

— BERNAMA

Anonymous said...

Udah rakyat selangor bising, baru ambil tindakan. Jika tidak sembunyi kilang yg buang toksid.

Anonymous said...

Rakyat Kelantan dah 22 tahun bising tp xde tindakan pun camno tu
Nampak kat Selangor yg baru berlaku 2-3 kali
kat Kelantan dah berpuluh tahun butakan mata plak
adil sungguh

Anonymous said...

RBA bodoh berlapis-lapis ternakan parti ultra rasis Dajjal Action Party mengidap penyakit mental kronik kerana RBA cuba menutup kelemahan kera jaan Pee H dengan menyalahkan kerajaan Ktn. Apa kaitan antara kelemahan kera jaan Pee H dan kerajaan Ktn ? Tiada sebarang kaitan !

Unknown said...

Dajjal Action Party..kahkahkah...memang sesuai

Babonn said...

Bodoh punye org selangor
Pengotor
X g sek ke negeri maju nie
Ke dh pndi sngt smpi jdi bodoh balik
Puihhhhh
Bodoh ngan rakyat selangor berpisah tiada

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails