Thursday, October 22, 2020

Pembangkang X reti diam, terkinja melalak mahu tukar k'jaan -AP K/Krai.

 

Bajet untuk rakyat dan negara

PADA 2 November 2020, persidangan ketiga penggal ketiga Parlimen keempat belas akan berlangsung. Persidangan kali ini sangat penting dan genting kerana pembentangan bajet bagi tahun 2021 akan berlangsung. Pembentangan bajet kali ini akan dibuat pada Jumaat, 6 November 2020.

Setiap rakyat tentunya menantikan bajet kali ini. Sementelah lagi bajet kali ini dilihat sangat penting untuk menghadapi kemelut COVID-19 yang masih belum berpenghujung. Dengan bajet yang bakal dibentangkan nanti, kerajaan dapat menggunakannya untuk mengurus negara dan lebih pentingnya untuk kebajikan kepada seluruh rakyat jelata.

Rakyat tentunya menjadi keutamaan terpenting bagi sesebuah kerajaan. Tentunya bagi sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, saya yakin bajet kali ini akan mengutamakan keseluruhan keperluan rakyat terbanyak termasuk operasi melindungi nyawa.

Menjadi persoalan dan teka-teki kepada kita semua ialah bagaimana pembangkang hari ini seakan tidak reti duduk diam, satu demi satu tohmah dilontar, beraneka domba dimainkan, terkinja-kinja melalak mahukan penukaran kerajaan. Di ketika COVID-19 kembali meningkat, mereka turut sama terus menyulitkan keadaan.

Usul Undi Tidak Percaya di kalangan Ahli-ahli Parlimen pula sangat tidak releven. Andainnya Perdana Menteri tidak mendapat kepercayaan di Dewan Rakyat, adakah pembangkang berhasrat inginkan satu lagi pilihan raya segera?

Pilihan raya tentunya bukan jalan terbaik ketika ini, dan pastinya tidak akan menyelamatkan rakyat malah memporak-perandakan lagi keadaan negara ini!

Kelihatannya mereka ingin mencalonkan Perdana Menteri yang baharu. Persoalanya siapa? Mahathir? Anwar? Shafie? Kesemua mereka telah terbukti tidak mempunyai majoriti Ahli Dewan Rakyat sebelumnya. Kerana itulah Tan Sri Muhyiddin terpilih sebagai Perdana Menteri Mac lalu.

Mengganggu kestabilan adalah perkara paling mudah. Adakah dengan bertukar Perdana Menteri boleh menghapuskan wabak dan negara ini menjadi semakin baik? Sesebuah kerajaan perlukan kestabilan dan masa. Rakyat mesti didahulukan, dan negara semestinya diselamatkan.

Jadinya, saya menyeru ‘simpan’ sekejap niat untuk menukar Perdana Menteri. Bersamalah kita memberi fokus yang lebih utama. Sesekali cubalah jadi pembangkang yang lebih bertanggungjawab. 

Paling tidak berganding bahu dengan memberi cadangan kepada kerajaan untuk keluar daripada pandemik ini. Peri pentingnya sekarang ialah bersama menyelesaikan wabak COVID-19 secara bersama.

Bak kata orang Iban, ‘Utai Besai Gaga’miet’, sesungguhnya jika kita bersatu, berganding-ganding antara kerajaan dan rakyat, tiada masalah yang tidak dapat diselesaikan. 

Nyiur gading puncak mahligai,
Ketupat pulut berisi inti,
Biar dilambung gelora dan badai, 
Perjuangan mulia ini tak boleh berhenti.

ABDUL LATIFF ABDUL RAHMAN
Ahli Parlimen Kuala Krai
5 Rabi’ul Awal 1442
22 Oktober 2020 – HARAKAHDAILY 22/10/2020

Hibur Hibur Sikit:H2S Pilihan: 40 -Nyanyian Alam, Kashmir &Nasheed.

3 comments:

avanza5990 said...

macam ayah aku kato. macam lembu kenyang buat bodo jer........

Anonymous said...

Dalam ph, dap jadi boss. Kuda kudanya pkr dan pan. Macam anjing dah diikat leher. Macam itulah yg berlaku pada pkr dan pan. Kesian kerana terikat dengan dakwah dan nafkah dari dap.

Anonymous said...

MAS akhirnya tawar VSS dan mungkin tutup firefly jadi syarikat kebangsaan semua bermula zaman Tun Daim dan Anwar melalui Tajuddin Ramli proksi Daim sekarang terasa bahana dari perbuatan mereka.

Oleh kerana ramai yg menganggur buang kerja sebab Covit19 ekonomi merudum maka umur persaraan wajib kena kembalikan pada 55 tahun. Suka atau tidak sektor awam dan swasta kena terima.

Bila ramai bersara umur 55 tahun maka graduan menganggur dan lepasan kolej spm stpm dll akan mengantikan pesara wajib ini.

Bulan depan bentang bajet wajib turunkan umur bersara pada 55 tahun.

Sekarang buisness online, grab, grab food dll sudah jadi trending maka tiada alasan umur bersara wajib 60 tahun

Bersara 60 tahun yg dipraktik zaman Tun adalah idea bodoh dan lapuk..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails