Monday, October 19, 2020

Dia pukul orang, dia mengadu dipukul!

 


Kelakuan politik Pakatan Harapan sudah ketinggalan

KUALA LUMPUR: Kelakuan Pakatan Harapan (PH) tidak ubah seperti pepatah Arab di mana dia memukul orang, tetapi pergi mengadu bahawa dirinya dipukul, demikian bidas Naib Presiden PAS, Senator Ustaz Idris Ahmad.

Menurut beliau, PH sendiri terlibat dalam perbuatan korup dan kleptokrasi tetapi mereka menuding jari dan mengungkit-ungkit kepada orang lain dengan dakwaan seperti itu seperti lupa pada diri sendiri.

Ahli Dewan Negara ini menjawab persoalan dan mengupas pelbagai isu politik semasa ketika bersiaran langsung di Facebook Pemuda Bukit Gantang, malam tadi.

Antara ditampilkan beliau adalah mengenai pembentukan Kerajaan Negeri Sabah selepas PRU14 yang awalnya dipimpin BN, tetapi terjadinya melompat parti hingga teraju bertukar kepada WARISAN.

“Ini kerajaan apa pula? Kalau yang kita dia sebut ‘kerajaan tebuk atap’, ‘kerajaan pintu belakang’. Ini yang mereka pula pergi menghadap Yang di-Pertuan Agong, tak membawa pun senarai nama yang sepatutnya bawa.

“Sekurang-kurangnya Tan Sri Muhyiddin dulu dia bawa SD yang ditandatangan oleh semua kalangan anggota-anggota Ahli Parlimen yang menyokong Tan Sri, yang menepati dengan Perlembagaan Malaysia.

“Yang dirasakan pada hemat Yang di-Pertuan Agong mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat, ataupun di kalangan Ahli Parlimen,” ujarnya memberi perbandingan itu.

Manipulasi yang sedemikian juga kata Ustaz Idris, dijayakan PH menerusi penguasaan di media sosial melibatkan laskar siber dengan berbuat sebarang tindakan demi untuk mencapai matlamat mereka.

Bidas beliau, kalangan laskar siber tersebut bukanlah bergerak untuk mengemukakan kebenaran, tetapi lebih kepada mencari makan hingga membuat pelbagai tuduhan dan penyataan tidak seimbang.

Antara contoh ditampilkan Ustaz Idris adalah apabila Menteri Agama, Dato’ Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang disahkan positif COVID-19 diserang, tetapi tidak pula kepada ADUN DAP, PKR dan PAN.

“Sebab itu apabila kita berhujah macam mana pun, kita tidak akan, mereka tidak akan terima kebenaran. Pada kita ialah lebih baik kita move forward, tugas kita ialah untuk nak menjaga rakyat,” ujarnya.

Sedangkan secara fakta lain hujahnya, Malaysia menjadi antara negara paling berjaya mengawal COVID-19 hasil peranan barisan hadapan negara dan inisiatif kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bahkan katanya, negara di bawah teraju Muhyiddin dapat menjadikan rakyat patuh untuk bersama menghadapi pandemik ini tidak seperti negara lain hingga berlaku pemberontakan dan siri demonstrasi.

Namun kesalinya, ada juga pihak yang terus berpolitik menghilangkan fokus dan mewujudkan ketidakstabilan, terus berteori dan beretorik serta berkonfrontasi, sedangkan era politik juga sudah berubah.

“Politik era pandemik pada hari ini, lebih saintifik, bukannya berbentuk retorik. Mesti dibuktikan bukan janji-janji kosong. Politik era ini hendak kepada soal peace talk, bukan berbanding dengan war talk.

“Politik yang bersifat bekerja dan bertindak, bukan berteori ataupun hanyalah bercakap semata-mata. Ini politik yang wujud era pandemik pada hari ini,” tegasnya memberi mesej kepada semua ahli dan parti politik. – HARAKAHDAILY 16/10/2020

Komen Weblog Ibnu HasyimDia pukul orang, dia mengadu di pukul. Itu juga dikatakan perangai anak-anak keling dulu-dulu, politik budak-budak, tidak matang! Walaupun sudah nampak macam tua politilk PH, tetapi kini sudah kembali kepada 'politik budak-budak' yang tidak matang.

Hibur Hibur Sikit: H2S Pilihan: 01 -Dikir Barat PAS

2 comments:

Anonymous said...

Kemelut politik tanah air tidak perlu dipanjangkan dengan pelbagai ulasan oleh pihak yang cuba mengelirukan serta tidak berhujah berdasarkan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Menurut mantan profesor kuliyah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr Aziz Bari, Perlembagaan ditulis dengan jelas, apabila seseorang Perdana Menteri (PM) telah kehilangan sokongan maka pilihan beliau sangat terhad, iaitu meletak jawatan atau meminta membubarkan Parlimen.

Katanya, tidak dinyatakan pilihan membawa hal itu ke Parlimen dan diuji dengan Undi Tidak Percaya atau lain-lain cadangan seperti yang dipropagandakan oleh media arus perdana muktahir ini.

"Perlembagaan kata apabila seseorang PM hilang sokongan maka dia wajib letak jawatan. Tidak timbul soal Parlimen dan sebagainya. Ini berlaku di Malaysia dan negara-negara Wesminister.

"PM boleh letak jawatan atau minta raja, presiden atau gabenor jeneral bubar dewan kalau dibenarkan. Kalau tidak, dia perlu letak jawatan. Ada dua pilihan saja, bukan tiga atau empat. Tak ada soal Parlimen. Itu tak disebut dalam Perlembagaan. Mengapa kita buat sesuatu perkara yang tak perlu?

"Atau panggil presiden (ketua) parti buat apa, buang masa sahaja. Kalau betul apa yang didakwa oleh Ahli Parlimen Port Dickson (Datuk Seri Anwar Ibrahim), lantik sahaja, dia akan pergi ke Parlimen dan parliament will deal with him

Anonymous said...

Pemimpin PAS dan UMNO mana tahu buat kerja, makan rasuah, makan duit rakyat dan ngentot dia tahulah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails