Thursday, August 27, 2020

Tangkap 2 Polis Bantu Jenayah. K'jaan PM 8 Terus Hebat Berwibawa.

 Seorang pegawai tentera berpangkat Mejar antara enam penguatkuasa yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Tinggi atas kesalahan membantu ahli kumpulan jenayah terancang, tiga tahun lalu. Dua lagi anggota penguatkuasa yang tidak hadir mahkamah dikenakan waran tangkap. - Foto NSTP/Zain Ahmed Seorang pegawai tentera berpangkat Mejar antara enam penguatkuasa yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Tinggi atas kesalahan membantu ahli kumpulan jenayah terancang, tiga tahun lalu. Dua lagi anggota penguatkuasa yang tidak hadir mahkamah dikenakan waran tangkap. - Foto NSTP/Zain Ahmed

Waran tangkap untuk dua polis kes bantu kumpulan jenayah terancang

JOHOR BAHRU: Waran tangkap dikeluarkan terhadap dua anggota polis kerana gagal hadir ke Mahkamah Sesyen Kota Tinggi, hari ini untuk pendakwaan bersama enam penguat kuasa yang lain atas pertuduhan membantu ahli kumpulan jenayah terancang, tiga tahun lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata pegawai berkenaan adalah antara 19 anggota penguat kuasa PDRM dan ATM yang ditahan dalam Op Pintas Selatan dan Op Benteng, pada 12 hingga 19 Jun lalu dan disiasat kerana membantu kumpulan jenayah terancang.

Polis Johor telah menjalankan siasatan di bawah kumpulan jenayah terancang di bawah Seksyen 130V hingga 130ZB Kanun Keseksaan.

"Kertas siasatan dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara dan memutuskan untuk menuduh lapan penguat kuasa yang terdiri daripada enam anggota PDRM dan dua ATM di bawah Seksyen 130W Kanun Keseksaan kerana membantu suatu kumpulan jenayah terancang.

"Bagaimanapun, dua anggota PDRM gagal hadir dan waran tangkap telah dikeluarkan terhadap mereka.

"Seramai 19 anggota penguat kuasa yang ditangkap, enam didakwa, dua dikenakan waran tangkap, tujuh lagi untuk tindakan Jabatan dan empat masih dalam siasatan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru itu, Ayob Khan meminta anggota penguat kuasa pelbagai agensi supaya tidak terbabit dan bersekongkol membantu atau menjadi ahli kepada kumpulan jenayah terancang.

"Polis Johor tidak akan bertolak ansur untuk ambil tindakan ke atas mereka yang terlibat," katanya. (BH)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kerajaan baru di bawah PM 8 terus bergerak lancar, hebat dan berwibawa.  Ai-hamdulillah!

Mejar antara 6 penguat kuasa didakwa bantu ahli jenayah terancang

7 comments:

Anonymous said...

Polis yyg hebat ato kerajaan PN yg hebat?..

Kenape poliis blm berjaya tangkap cina prompak jho lo?..

Anonymous said...


TAHNIAH KPD KERAJAAN PAKATAN NASIONAL PH yg dikhianati kera2jaan PNkhianat kerana berjaya meng REFORMASI kan PDRM JOHOR.

ITULAH KERJA2 MULIA KERAJAAN PAKATAN HARAPAN YANG TELAH MENG REFROMASI KAN SELURUH PENTADBIRAN KERAJAAN KLEPTOKRASI HASIL DIDIKAN UMNO BN hamPAS NAJIB RAZAK SELAMA INI.

SYABAS KETUA POLIS JOHOR. IBNUhancing, KERAjaan PNkhianat tu BILA NAK TANGKAP JO LO???

Anonymous said...

Kita juga merasa hairan kerana selama 22 bulan KERA jaan Pee H bercakap pong pang pong pang heboh satu negara konon mahu tangkap Jo Low Life tetapi Jo Low Life hidup bebas di luar negara. Adakah Pee H main wayang opera roket ?

Adakah Jo Low Life ini proksi parti kafir harbi biaDAP untuk menggulingkan kerajaan pimpinan Melayu seperti cerita mission impossible ?

Anonymous said...

Wah RBA sangat terdesak sehingga sanggup kencing diri sendiri.

Unknown said...

Wibawa bodek umno pas bersatu
Pejuang mandat rakyat

Anonymous said...

Ko ni dah mmg bodoh melampau ke smpi xde hujah??

Anonymous said...

Selama ni kerajaan ph dan bn x tangkap polis korup ke?
Ni lebai Q7 apa citer? Bila nk tangkap?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails