Wednesday, August 26, 2020

LGE seperti tidak ingat yang diberi projek.. -Dr Kamarul Zaman

 

Isu ‘direct nego’ akan meletup ke muka DAP?

KUALA LUMPUR: Tuntutan mendesak pimpinan DAP supaya didedahkan penerima 101 projek rundingan terus dan cara mereka menyelar pengumuman kerajaan yang belum mahu mendedahkannya seolah-olah mereka itu putih bersih sejernih embun pagi.

Penganalisis Politik, Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata, pemimpin dan penyokong DAP bersungguh-sungguh cuba membersihkan imej mereka yang tercemar ekoran pendedahan Menteri Kewangan, Tengku Dato’ Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, kelmarin.

Menurutnya, beliau bersetuju dengan desakan banyak pihak atas dasar menyerlahkan ketelusan sebenar, namun berasa hairan dengan sikap bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang seperti tidak mengingati para kontraktor diberikannya projek-projek terbabit.

“Saya secara peribadi ingin mendesak kerajaan untuk sekurang-kurangnya mendedahkan berapa banyakkah jumlah dan nilai projek-projek yang diberi secara ‘direct nego‘ kepada syarikat atau pihak yang mempunyai kaitan dengan pimpinan parti tertentu di Sandakan serta siapakah yang memberikannya?

“Pasti akan ada isu-isu yang tersangat menarik jika pemberian projek-projek secara ‘direct nego‘ kepada pihak-pihak tertentu di Sandakan ini terdedah nantinya,” cabar beliau.

Katanya, dalam kes projek-projek di Sandakan itu beliau difahamkan ianya bukan projek berkaitan kes-kes keselamatan atau seumpamanya yang mewajarkan rundingan terus untuk diadakan.

Dr Kamarul juga melahirkan rasa pelik apabila Lim Guan Eng menyatakan hal tersebut tidak bercanggah dengan Manifesto PH sedangkan ia jelas bercanggah. – HARAKAHDAILY 26/8/2020

Hibur Hibur Sikit

4 comments:

Anonymous said...

Ni masalah nya geng lobai bodoh tak boleh diajar, cerdik tak boleh diikut. Limau purut tiga serangkai, Buta perut tak dak akai.

cikminah said...

Cer tanya Dr.Kamarul ni, dia ingat tak nama semua student yang amik kursus dia tahun kepas.

Anonymous said...

Memang kaki klentong eng guan ni. Itu pun ada yg percaya.

Anonymous said...

Muak ar dgn si kamarul bahlol ni. Dia bisingkan manifesto ph. Pas lg xde manifesto dia xnk bising.
Xyah manifesto la. Ruu355 dan hudud apa citer?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails