Thursday, August 27, 2020

Kedah tuntut ganti rugi RM100 juta dari Kerajaan Pusat

 

ALOR SETAR: Kerajaan Negeri Kedah memohon bayaran ganti rugi RM100 juta daripada Kerajaan Pusat bagi penggunaan Hutan Simpan Ulu Muda di Sik sebagai kawasan tadahan air untuk keperluan domestik dan pertanian.

Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor berkata pihak kerajaan negeri telah berunding dengan Kementerian Sumber Asli untuk memohon ganti rugi itu sebagai pampasan mengekalkan kawasan tadahan berkenaan.

“Kita mohon RM100 juta sebagai pampasan bagi pengekalan kawasan tadahan air di (Hutan Simpan) Ulu Muda,” katanya ketika menjawab soalan tambahan daripada Mohd  Asmirul  Anuar Aris (PAN-Kubang Rotan) pada sesi soal jawab persidangan DUN Kedah di sini, hari ini.

Terdahulu Mohd Asmirul ingin tahu komitmen kerajaan negeri dalam memastikan 96,558 hektar sawah di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) yang turut mendapatkan sumber air dari hutan simpan itu terjamin.

Muhammad Sanusi turut mengulangi pendirian kerajaan negeri yang akan terus mempertahankan kawasan Hutan Simpan Ulu Muda daripada terlibat dengan sebarang aktiviti pembalakan dalam usaha memastikan kawasan tadahan air itu terpelihara.
 
Beliau berkata kerajaan negeri juga komited serta  memberi  jaminan untuk menjaga kawasan tadahan air itu, yang dapat memanfaatkan 4.2 juta rakyat di Kedah, Perlis dan Pulau Pinang bagi penggunaan domestik, pertanian serta industri.

“Kerajaan negeri meneruskan dasar untuk memelihara alam sekitar dan perlu mempertimbangkan kawasan ganti di tempat lain yang dibenarkan Jabatan Perhutanan untuk usaha hasil ganti kepada tuntutan dikemukakan syarikat-syarikat pembalakan,” katanya menjawab soalan asal Mohd Asmirul.

Sementara itu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir (Bebas-Jitra) bertanya jumlah sebenar tuntutan daripada Persatuan Syarikat-Syarikat Pembalakan, yang konsesi mereka dibatalkan di Ulu Muda.

Muhammad Sanusi (PAS-Jeneri) berkata sebanyak RM40,000 sehektar dituntut membabitkan jumlah keseluruhan kawasan seluas 25,553 hektar.

Syarikat konsesi pembalakan menuntut ganti rugi daripada kerajaan negeri selepas konsesi mereka dibatalkan di hutan simpan itu yang diwartakan sebagai kawasan tadahan air oleh kerajaan negeri terdahulu di bawah pimpinan Pakatan Harapan (PH) pada Mac 2019.

Muhammad Sanusi juga memaklumkan kerajaan negeri terdahulu, ketika Mukhriz menjadi Menteri Besar, sudah melepaskan semua sekatan pembalakan di kawasan hutan simpan berkenaan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Hasil Bumi pada 5 Mei 2020. – BERNAMA

Hibur Hibur Sikit

3 comments:

Anonymous said...

Laa..citer balak lg. Xde balak x blh hidup ke?

Anonymous said...

Tahi yang ditinggalkan oleh Pee H terpaksa dibersihkan oleh kerajaan baharu. Tindakan Pee H yang amat memalukan. Cuma RBA berbangga dengan pencapaian Pee H kencing rakyat.

Anonymous said...


Tengku Zafrul dedah siaran Piala Dunia RM30 juta bukan ditaja tapi projek direct-nego PH

by - Cinca on - 8/27/2020 08:22:00 Am

Menteri Kewangan Tengku Dato' Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz hari ini mendedahkan siaran Piala Dunia FIFA 2018 yang menelan belanja sebanyak RM30 juta yang kononnya telah ditaja oleh syarikat swasta adalah satu pembohongan Pakatan Harapan (PH).

Melalui senarai 101 projek rundingan terus yang dikongsikan oleh Tengku Zafrul itu, siaran piala dunia tersebut merupakan salah satu projek rundingan terus yang telah diberikan kepada syarikat Sports Media & Distributor Sdn Bhd.

Sebanyak RM30 juta telah diperuntukkan kepada Kementerian Kumunikasi Dan Multimedia di bawah menterinya ketika itu Gobind Singh Deo A/L Karpal Singh.


Read more: https://cin-ca.blogspot.com/2020/08/engku-zafrul-dedah-siaran-piala-dunia-rm30juta-direct-nego.html#ixzz6WHmrdvP3

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails